.

1/08/09 DULU MELAYU MALAS....kini, kita kian malas-malas, dan jadi malas!

Posted By: Abdullah Chek Sahamat - August 01, 2009

Share

& Comment

(Lagi cerah warnanya lagi baik khasiatnya...elok makan banyak buah, termasuk buah hati! Dapat juga segala buah kat Kampung dan orang Kampung dapat duit!)


Saya telah temui, OT Dussek, ie Pengetua SITC yang pertama seperti diperkatakan oleh Abdullah Husein dalam tulisan beliau dalam Harun Aminurrashid, Pembangkit Semangat Kebansaan, adalah manusia Inggeris yang terdokumen menyatakan Melayu itu Bodoh hanya kerana mereka tidak mahu berdagang. Saya juga masih tercari-cari, bukti bertulis, siapakah orang Inggeris yang mengatakan bahawa Orang Melayu itu Malas, dan atas alasan apa? Saya masih tidak dapat menemui jawapan kepada persoalan ini. Persoalan Melayu Bodoh dan atau Malas, bagi sebahagian mungkin remeh. Namun, sebahagian pula melihatnya sebagai penghinaan! Namun jika kita rasa terhina, apakah cukup jika hanya membara di dada, menyala di mata, bersakit di kepala?



(2) Bagi yang menganggap persoalan ini remeh, biar lah dia Seperti Luncai Terjun Dengan Labu-labunya! Hanya masa (Demi masa....) akan menentukan di mana dan kemana akan dia nantinya terpaksa talakan kepala dan muknya (mereka)! Bagi yang menganggap ianya penghinaan, maka kita perlu berdepan dengan masalah ini dengan satu pendekatan yang berani dan mengutungkan, iatitu bangkit dari segi semangat dan gerak kerja bagi memastikan bahawa kita bukan Melayu Bodoh dan atau Malas. Biarlah Melayu lain Bodoh dan atau Malas, tetapi kita tidak dan bukan! Kita tidak boleh dikata dan di lihat sebagai Melayu bodoh dan atau Malas, dan kita tidak sekali-kali Melayu jenis itu, tidak dan tidak, bukan!

(3) Sejak beberapa bulan ini, kerana hari-hari hidup saya sudah mulai Asar, maka saya perlu ada disiplin yang lebih ketat, saya telah mengatur jadual hidup, bangun seawal jam 0500 pagi. Setelah melakukan apa-apa yang wajib, minum secawan air suam, segelas susu, dan segelas kecil air madu asli, dua biji pisang, lantas menyarung pakaian sukan dan terus ke mana-mana Taman (khasnya Taman Tasik, Khutub Khanah, Wisma Tunku, dan Tebingan Sungai) untuk (a) menghirup udara subuh yang bersih dan menyegarkan, (b) membiarkan sentuhan embun pagi menjerap segala haba kotor dari kulit muka, (c) membakar sisa lelemak di badan, (d) membersih rongga-rongga peluh agar kulit sentiasa segar dan merah, (e) merehatkan jantung, (f) menlentur dan mengentalkan segala otot, dan (g) melatihkan mata agar tidak terus bertambah rabun.

(4) Dari segi pemakanan, sejak dulu saya suka makan banyak sayur. Ianya sperti satu kemestian untuk makan dua sayur dan ulaman, ikan, sedikit nasi, secawan Teh 'O' ais atau air limau nipis sejuk, dan sekali-sekala daging atau ayam. Sup adalah makanan paling saya gemari, khususnya sup sayur, daging, atau tulang. Sup kaki ayam paling sedap. Cara pemakanan begini sebenarnya membolehkan sistem metabolisma kita menjerap sepenuhnya Vit A,D,E,K yang sangat penting bagi kesihatan fizikal dan mental kita.

(5) Tidur, saya agak ada masalah sedikit, sentiasa kurang dari 6-7 jam sehari. Namun, saya sering dapat 'baby sleep'.

(6) Semua amalan ini bukan hanya dapat menjadikan berat badan saya terkawal, kecergasan terjaga (fizikal dan mental), namun apa yang lebih penting sistem kelalian (immunity) badan saya dapat dikekalkan pada tahap yang baik. Alhamdullilah, saya sangat kurang menghadapi segala macam penyakit. Paling istimewa, kerabunan saya dapat dikawal. Dulu, mula-mula pakai cermin mata sejak 1976, pada degree 125 kedua belahnya, namun sehingga kini (33 tahun), degree saya kekal pada 250-375.

(7) Namun, sejak dari dulu, sehingga kini, saban waktu saya ke Taman, jarang sekali saya lihat Masyarakat Melayu kita mahu membuang masa berjalan-jalan, berlalri-lari tau duduk-duduk di Taman demi penjagaan kesihatan mereka. Biarpun di hujung minggu dan waktu kelapangan lainnya, tetap mereka kurang dan atau tidak pentingkan kecergasan dan kesihatan mereka. Mungkin, bermalas-malas di bawah selimut lebih enak dari punya badan yang cergas dan badan yang sihat! Yalah, biarpun kita ada moto Badan Cergas Otak Sihat, biarlah ianya hanya sekadar moto!

(8) Jika saya ke hospital kerana sesekali melawat sesiapa yang sakit, ke restaurant atau gerai-gerai, ke temnpat-tempat hiburan yang sangat santai....wah di situ memang penuh orang kita! Tidak lama lagi, orang kitapun semakin besar-besar dan berat-berat! Jalan mereka pun suatu hari nanti semakin perlahan-lahan. Pastinya segala tindakan mereka juga semakin perlahan-lahan....dan akan perlahanlah segala-galanya. Hidup kita, tindakan kita, kemajuan kita...akan semakin perlahan. Jika ini terjadi, maka, kesengsaraan hidup akan menjadi kian cepat menghambat kita!

(9) Teringatlah saya akan kata-kata Munshi Abdullah, dalam lawatan beliau ke Trenggannu, Orang Melayu ini malas-malas.....tak tahu nak jadga kesihatan sendiri...sampah merata-rata, rumah tak teratur, makanan suka yang 'busuk-busuk'! Ya, Munshi Abdullah, Melayu itu malas! Mungkin kita malas, kerana kebodohan kita yang tidak suka melihat dari kesan kemalasan kita!

(10) Sekarang kita kian malas-malas, esok pasti kita akan jadi malas, dan orangpun suatu hari malas nak nak uruskan kita! Inilah agaknya masa depan bangsaku ini? Kenapa terlalu susah untuk kita faham apa kesan malas-malas dan malas kita ini. Zaman di mana sanak saudara, anak cucu akan menjaga kita bila kita sering saja kesakitan sudah kian luput. Mereka sudah tiada punya masa untuk kita lagi. Maka wajarlah kita generasi yang lebih dewasa, menunjukkan sikap rajin menjaga kesihatan sendiri biar segala anak cucu kita pun akan rajin, dan terus cergas.


Kuching, Sarawak
1 August, 2009

#Abdullah Chek Sahamat

Writing that complies Bizarre, Odd, Strange, Out of box facts about the stuff going around my world which you may find hard to believe and understand

1 comments:

Bayu Senja said...

Buah tomotao tu...bagus untuk mencegah prostate cancer. Yang terbaru buah semangka /tembikai yang mempunyai enzim yang lebih tinggi dari tomato, juga telah dikajiselidik mempunyai keasan viagra, tetapi yang cantiknya, ia adalah asli. So bolehlah makan tembikai banyak-banyak ye...
2.Orang melayu malas, malah malas atau bodoh berdagang, sudah dari dulu lagi dicanang oleh Inggeris kerana keengganan nenek moyang kita untuk bekerja untuk mereka. Maka didatangkan kaum-kaum lain yang kini sudah lupa asal usul mereka. Kini mereka sudah mahu menuntut hak itu dan ini...
3. Melayu tidak malas, mereka ada antaranya leka kerana mereka tidak melalui kepayahan dalam hidup. Ramai yang makan gaji, jadi mereka bersikap sederhana, hidup sederhana. Bagi yang nak cepat kaya, mereka terjebak dalam kancah rasuah dan pelbagai perlakuan yang tak sepatutnya.
4. melayu tidak ramai yang berdagang kerana sudah dari asal lagi mereka bertani dan bekerja, tapi oleh kerana sifat baik hati dan 'bersedekah' yang ada dalam diri mereka yang di kampung, maka jual beli itu tidak wujud. Di situlah orang dari kaum lain mengambil kesempatan untuk menjadi orang tengah, dan seterusnya memperkenalkan dagangan mereka di bandar. Maka terus-terusan kita dalam keadaan ini. Bagi ibu bapa yang di kamapung pula, kalau makan gaji dengan kerajaan, itulah yang terbaik, kerena kerajaan itu terdiri dari orang Melayu, dan seharusnya anak-anak bekerja dengan kerajaaan sebagai tanda taat setia pada negara dan bangsa.
5. Orang Melayu tidak malas, mereka cuma leka. Mereka tidak tahu berdagang kerana mereka tidak digalakkan berdagang, atau mereka tidak ada idola dari kecil yang dapt diikuti jejak langkahnya.Lainlah seperti kaum lain, yang mana dari seawal usia sudah hidup, makan, balajar dan bermain di kedai atau pejabat ayah mereka.

6.Datang Melayu era kini yang mungkin ada kesedaran, yang terusik hatinya kerana seruan kerajaan untuk berdagang, berniaga. Tapi malangnya sukar betul bagi mereka untuk memasuki rantaian ekonomi yang telah lama disemai dan dipupuk oleh kaum pendatang. Maka mereka yang bersemangat kental dan tidak mudah mengalah terus terusan juga berjuang demi menegakkan Melayu yang berdikari tapi seperti kata Confucius...
Tell me and i'll learn
Teach me and I 'll know
Involve me and I'll understand....siapa yang nak involve kan kita kalau bangsa kita sendiri tidak ada dalam sektor ekonomi itu sendiri....
Jadi orang Melayu belajar dari latihan , kursus dan seminar yang dibuat oleh kerajaan, kekadang sijil dah bertimbun, business tak mula jugak lagi. Bukan dia mals, tapi dia tak tahu, masih tak 'understand' keranan tiada 'involvement'.Yang mengajar pun kerajaan yang semmemangnya tidak diwujudkan untuk berniaga.

Di sektor yang lebih professional, agak mudah kerana orang Melayu itu sudah pandai dan mempunyai kemahiran dan kelayakan akademik yang tinggi. Tapi tidak juga semudah itu....rupa-rupanya rakan persaingannya masih lagi menggunakan cara dan kaedah perniagaan yang lama, sama juga macam nenek moyang mereka...aduh....kali ini Melayu ini tidak lagi malas...dia kalah juga..

maka yang terbaiknya ialah membungkus mereka yang tidak sedar diri ini dalam kotak-kotak supaya dapat dihantar pulang ke negara asal...keranna tanpa mereka pun, kita akan tetap maju...malah lebih baik....kerana sekurang-kurangnya selamat juga hutan belantara kita dari ditebang, sungai kita dikorek, gunung kita diletupkan...semuanya penting untuk pembangunan tapi kenalah ikut prosedur, tapi dalam kamus mereka ini yang ada cuma RM, prosedur ke, environmental concern ke, tidak wujud. Macam mana nak bersaing dengan bangsa semacam ini? Mungkin ramai antara akita tak sedar, tapi ramai juga antara kita yang sedar...

Copyright © 2010 abc sadong™ is a registered trademark.

Designed by Access. Hosted on Blogger Platform.