.

29/07/09 AL QAEDA Sudah hampir...

Posted By: Abdullah Chek Sahamat - July 29, 2009

Share

& Comment


Kalau kita menonton RTM1 sebentar tadi (Berita jam 2000), tercatat pengakuan Al Qaeda Indonesia yang bertanggungjawap mengebom hotel penting di Jakarta baru-baru ini. Apa benarkah wujud Al Qaeda di Indonesia? Jika benar-benar wujud, kenapa ianya wujud? Apa pula kesannya kepada Malaysia? Jika tidak wujud, kenapa pulak ada Al Qaeda Indonesia seperti didakwakan?

(2) Jika Al Qaeda benar-benar wujud di Indonesia, apakah itu tiada kaitannya dengan penjajahan IMF ke atas Indonesia dewasa ini? Biarpun Indonesia seperti telah pulih dari malapetaka krisis kewangan 1997 dan kejatuhan Suharto, namun, segala nikmat dari pemulihan itu mungkin tidak kesampaian kepada masyarakat kebanyakan, sebaliknya mungkin untuk membayar hutang luar negara? Maka tidak heran, jika rakyatnya mula bangkit, mahu membebaskan diri dari cengkaman penjajahan yang lain.

(3) Juga mungkin itu adalah 'amaran' kepada SBY dan Wakil Presidennya yang bersifat 'banking person' agar tidak terjerumus terus dengan perangkap IMF dan tangan hitam di belakang Organisasi itu.

(4) Jika andian saya ini benar, maka eloklah kita di Malaysia dan Sarawak khasnya, berhati-hati dalam memilih dan menaikkan kepimpinan negara dan negeri kita. Jangan sampai kita terpilih orang yang akan jadi talibarut biarpun kepada sesiapa. Kita mesti bijak dan berani untuk memilih mereka yang dapat memimpin kita kepada kemerdekaan sebenar!

(5) Jika Al Qaeda Indonesia benar-benar wujud, jika negara serantau tidak hati-hati dalam menangani keresahan dan kepayahan masyarakat Islam khususnya (Malaysia, Indonesia, Thailand, Filipina, Kampuchia, dan Myanmar), pasti sayap Al Qaeda akan berkembang ke negara-negara ini. Jika ini terjadi, pasti Uncle Sam akan duduk bertinggung depan pintu kita, memaksa kita berperang dengan Al Qaeda ini. Akhirnya, wang kita habis, negara kita punah, kerana kebodohan kita suka ikut telunjuk dan lupa akan masalah sebenar kenapa wujudnya Al Qaeda!

(6) Jika Al Qaeda sebenarnya tidak wujud di Indonesia, maka tepatlah hipotisis saya yang mengatakan bahawa Indonesia adalah ibarat gadis sunti yang mengiurkan. Ada saja tangan yang ingin mendapatknanya samada secara terhormat atau gila!

(7) Kita rakyat Malaysia dan Sarawak khususnya, janganlah terlalu mudah untuk terikut-ikut dengan kemanisan (yang berhempedu sebenarnya) bibir Uncle Sam. Kita mesti ingat bagaimana hampir seluruh dunia telah khilaf dalam menyokong perang Amerika-Vietnam!

(8) Al Qaeda kepada saya adalah lambang kewujudan kemiskinan, kepayahan, dan penindasan (tiada kemerdekaan) seperti di Palestin, Afghanistan, Somalia, Sudan, Pakistan, bahkan di Saudi Arabia. Pasti Iraq, Lubnan, Seria, dan beberapa negara Islam di Asia Tengah dan Eropah Timur akan turut membangunkan Al Qaeda mereka sendiri. Inilah sumpahan Sadam Husein, Amerika sudah menemui 'weapon of mass destruction' ie Al Qaeda di serata dunia!

(9) Janganlah kita sampai jadi terlalu bodoh untuk sentiasa Terhantuk baru nak terngadah!

Kuching, Sarawak
29 July, 2009

#Abdullah Chek Sahamat

Writing that complies Bizarre, Odd, Strange, Out of box facts about the stuff going around my world which you may find hard to believe and understand

1 comments:

Anonymous said...

Manusia seringkali terlupa untuk menilai perilakunya sendiri sebelum dan selepas. (before and after) Kesedaran hanya berlaku apabila sesuatu itu melibatkan dirinya sendiri ataupun keluarga terdekat. Tapi seringkali ianya mudah sangat untuk dilupakan.
Kemalangan yang negri berlaku di depan mata. Satu keluarga mati terbunuh. Kita membaca dengan rasa sedih dan teringat akan betapa lajunya aku memandu tempohari.(itu pada ketika saatnya kita membaca) Namun selepas berberapa detik dan ketikanya kita sudah lupa apabila memasukki ruangan memandu. Apa sebenarnya masalahnya?
Takut mati ataupun tidak kisah?
Masalah Al-Qaeda sebenarnya bermula apabila rasa manusia itu sendiri menyaksikan permainan politik yang tidak adil terhadap semua. Apabila sesuatu yang diharapkan seperti tidak kunjung tiba. Setahun ataupun 10 tahun mungkin dapat diterima namun yang pasti 100 tahunpun tidak berubah manusia mana yang tidak akan marah. Apa sebenarnya masalah ini?Politik wang ataupun perancangan yang tidak tersusun?
Satu-satu negara seperti Malaysia amat kecil dalam peta dunia. Namun di saat ini Malaysia tercinta seperti akan menghadapi saat-saat yang getir dalam mempertahankan kemerdekaannya. Tapi rakyat sedarkah akan perihal ini. Jika tidak bersatu negara kita akan jadi seperti Iraq. Jangan kita biarkan kerajaan bersendirian memperkuatkan pertahanan negara. Apa sebenarnya masalah rakyat kita? Tidak kisah ataupun terlupa?
Satu saranan terhadap semua. Fikirkan sesuatu dahulu sebelum melakukannya. Seorang manusia kelihatan cerdik apabila tahu apa yang dilakukannya,tapi kelihatan bodoh dan dangkal apabila hanya mengetahui setelah melakukannya.-Andalusia-

Copyright © 2010 abc sadong™ is a registered trademark.

Designed by Access. Hosted on Blogger Platform.