.

5/7/09 100 HARI NAJIB JADI PM...

Posted By: Abdullah Chek Sahamat - July 12, 2009

Share

& Comment

Naik saja, ah...tiada satu rakyatpun perlu terasa terpinggir! Alhamdullilah, bagus tu! Biar Punan jadi Penan, tidak terus-terusan merayau-rayau mencarim hidup yang payah dan susah! Satu demi satu, saban ketika, ada saja dilaungkannya. Begitulah mungkin untuk tempoh entah berapa lama! Kita ucapkan syabas kepada PM kita, kerana cuba menjejaki langkah-langkah yang terdahulu: Husein, Razak, Mahathir, Abdullah. Saya berdoa dan di mana boleh dan perlu, pasti akan berusaha mendokong beliau supaya menjadi lebih baik dari Tun Razak dan Dr. Mahathir.


(2) Mudah-mudahan beliau dan sesiapa saja yang rapat dengan beliau samada secara pribadi dan atau profesional akan sentiasa putih dan bersih, atau setidak-tidaknya banyak yang putih dan bersih.

(3) Kelmarin dulu, di dada akhbar, terpampang beberapa nama yang menjadi pemikir dalam Model Baru Ekonomi Malaysia. Banyak muka-muka baru serta dari luar. Kita berharap, saya tebarkan sedikit rasa mahu hati-hati (curiga mungkin), lantaran mereka ini akan terdedah dengan segala maklumat negara, jangan sampai nanti ada mereka yang akan menikan dari belakang khusus bila sebahagian dari mereka nampaknya adalah dari tetangga yang sedang mahu bersaing kuat dengan kita.

(4) Saya amat tertarik dengan Model Baru Ekonomi Malaysia yang cuba ditonjolkan oleh Najib. Apa tah lagi bila dia mahukan Model baru ini akan mengerakkan kita kepada 1 Malaysia. Dari segi matematik mungkin apa yang Najib hendak perkatakan boleh saya ringkaskan seperti formula ini:

Y= y1+y2+y3+y4+....yn (di mana Y adalah pertumbuhan Ekonomi dan y adalah segala faktor bagi pertumbuhan ekonomi). Bagi mencapai ketinggian dan kestabilan Y, maka y harus di mantap dan dikembangkan secara mampan, dan y ini merupakan fakror-faktor yang mungkin sangat recam (complex) dan majmuk (saling berkait) tergantung kepada siapa melihatnya. Para pakar dan ilmuan kuantitatif (eg. Ekonomi, Kewangan, dsb) akan mengantikan y ini dengan pelbagai faktor bersifat Kuatitatif, sedang para ahli dan ilmuan kualitatif (eg sosiologi, sainpolitik, keagamaan) akan mengantikannya dengan pelbagai faktor Kualitatif. Maka jika Najib, mahukan Y adalah juga lambang 1 Malaysia, maka Y perlulah ada sifat-sifat kuantitatif dan kualitatif. Maka saya kira, wajar rumusan Y di rombak menjadi:

Y= Qi1 + Qi2 di mana Qi1 memberikan nilai-nilai Kuantitatif sedang Qi2 memberikan nilai-nilai Kualitatif. Qi1 mungkin tidak jauh bezanya dengan apa saja yang telah kita rumuskan dalam Model GDP (KDNK) atau GNP (KNK) yang ada. Namum, kemelut sosial (dan yang berkait dengannya) sekarang yang dihadapi oleh dunia dan negara kita, GDP tidak mengambarkan kesejahteraan sebenar negara. Maka sejak dulu lagi GDP atau GNP telah diperdebatkan sebagai ukuran yang perlu diperhalusi dan di nilai tambah dengan faktor-faktor Quality of Life (QoL). Maka Barat telah dengan lantang mengusulkan soal faktor-faktor seperti Kebebasan Bersuara, Ketelusan, Demokrasi, Perdagangan Bebas, Kebersihan Alam Sekitar, Kebebasan Beragama, Kebebasan Sek...dsb. Semua ini saya kira akan menjadi faktor-faktor penting yang perlu diambil kira dalam menentukan Qi2.

(5) Kalau tak silap, debat samaada faktor-faktor Kuantitatif atau Kualitatif dan atau gabungan kedua-duanya hendaklah dijadikan asas utama dalam perkiraan GDP atau GNP kita, perlulah para pendukung asal penubuhan Unit Perancang Ekonomi (EPU) dan Unit Penyelarasan Perlaksanaan (UPP)bangkit kembali menyatakan hujah masing-masing. Sama juga para ilmuan kita di Menara Gading dan Pusat-pusat Kajian Khas, menyemarakkan lagi perdebatan ini. Saya kira, jika kita dapat bergerak cepat dan menyeluruh dalam soal ini. Model Ekonomi Baru Malaysia pastinya akan menjurus dengan baik kepada pembentukan 1 Malaysia.

(6) Untuk ini, jangan Najib dibiarkan sendirian melaung-laungan faktor-faktor penting dalam mencorak GDP negara. Saya perhatikan dia telah hanyut dalam perkiraan Qi1 sahaja, dan jugav kerana desakkan masa dua tahun yang ada padanya, pasti dia akan bertambah ganas dan hanyut dalam pertimbangannya. Saya percaya banyak pertimbangan dalam Qi2 nya mungkin perlu dicabar kuat, contohnya:

(a) Dalam soal menyahut keperluan imbangan ekuiti di kalangan kaum di negara ini. Pertimbanagn sosial secara lebih mendalam saya kira belum kita (apatah lagi beliau) rungkai dengan mendalam dan lebih meluas. Apa yang diumumkan hanyalah tidakbalas sementara Politik! Isu-isu ISA, Handraf (?), Jati diri, Maruah Melayu...dsb perlu dipertimbangkan secara menyeluruh dalam menentukan faktor-faktor Qi2.

(b) Samalah dalam nafsunya untuk melihat mungkin penggunaan Emas Dinar sebagai asas tukaran asing (FOREX), maka beliau telah juga mengorak langkah cepat dan sangat berani dalam liberalisasi kewangan negara. Namun, sedarkah dia bahawa Asas Kewangan Islam yang kita laksanakan adalah jauh lebih membebankan para peminjam! Saya khuathir jika ini tidak dinilai secara mendalam, pastinya akan menjejaskan Sifat Kebajikan Islam itu nanti!

(7) Ayuh, inilah masanya kita perahkan fikiran buat bangsa kita di masa depan. Jangan nanti kita hanya disumbat dengan Model yang kita tidak mahu menyumbang dalam pembikinannya, lalu kita terngadah setelah terhantuk! Akibatnya, ...yahlah...nenek datuk kita memang bergeliga bila mereka berpesan...sesal dulu pendapatan, sesal kemudian....habukpun tarak!


kuala lumpur
12 July, 2009

#Abdullah Chek Sahamat

Writing that complies Bizarre, Odd, Strange, Out of box facts about the stuff going around my world which you may find hard to believe and understand

0 comments:

Copyright © 2010 abc sadong™ is a registered trademark.

Designed by Access. Hosted on Blogger Platform.