.

21/07/09 ORANG MELAYU BODOH!.....

Posted By: Abdullah Chek Sahamat - July 25, 2009

Share

& Comment


(Sebuah rumah (pondok, gubuk?) di pinggir pekan Debak, Betong, Sarawak.....para segala orang besar pasti lewat di sini, termasuk saya! Dan ia tetap di situ sebagai orang kecil, entah sampai bila?)

Saya (mungkin juga sdra/i) sering mendengar bagaimana penjajah British sering mengangggap bahawa orang Melayu itu bodoh. Lantas, teringin sekali rasanya saya hendak tahu siapa bangsa Barat itu yang memulakan tuduhan seperti itu. Dalam tulisan Dr. Mahathir, dia banyak kali meluahkan rasa marah beliau tentang tuduhan sebegitu. Untung sekali, dalam lawatan saya ke Johor Baru baru-baru ini, saya telah membeli sebuah buku tulisan Abdullah Husain, Sasterawan Negara, berjudul Harun Aminurrashid, Pembangkit Semangat Kebangsaan.

(2) Buku ini mengisahkan bagaimana Harun, sebagai anak Melayu dari Singapura yang terdidik dan seterusnya mendidik di SITC (Sultan Idris Training College) di zaman pemerintahan Inggeris telah dengan sifat sejadi beliau menjadi seorang yang petah berpidato dan gaya kepimpinan tersendiri dalam membakar dan menyebar semangat Kebangsaan Melayu sehingga kepada gerakkan kemerdekaan Malaya dan seterusnnya pembentukkan Malaysia.

(3) Dalam buku ini, Harun dikisahkan bekerja di SITC di bawah pimpinan OT Dussek seorang Inggeris yang sering menghina orang Melayu sebagai bodoh. Sekurang-kurangnya sekarang saya tahu, bahawa OT Dussek, pengetua SITC adalah orang Inggeris yang sering memperkatakan sebegitu. Mungkin kerana terasa terhina atas tuduhan itu, para pelatih guru Melayu (yang pada masa itu sangat kuat semangat kebangsaan mereka) di SITC telah menyebarkan perkara ini keseluruh Tanah Melayu, Sarawak, Sabah, dan Brunei. Saya menggagak dari situlah mungkin asalnya terkeluar dan tersebarnya perkataan Melayu bodoh!

(4) Dalam buku ini, beberapa ungkapan yang sangat tajam ingin saya pinjam buat renungan semua:

(a) OT Dussek dalam syarahannya bukan hanya mengatakan orang Melayu itu bodoh, bahkan menepelak, “Kamu orang Melayu, asam-garampun, kena beli dari orang lain”;, dimana dalam syarahannya pada 11 Ogos, 1935 OT Dussek antara lain berkata, “Mana dia penganjur-pengajur dalam sesebuah kampong Melayu yang mahu membantu bangsanya, seperti yang didapati di dalam lain-lain kampug merata-rata dunia ini? Tidakkah ada seorang anak Melayu yang mahu berkata: “Mari kita bermaufakat, membuka sebuah kedai, cuba mari kita membeli asam dan beras kita di kedai-kedai bangsa kita sendiri, tidak di kedai-kedai bangsa lain”.(Saya kira semangat sebegini terus tiada pada kita sehingga ke hari ini!)

(b) Kata-kata OT Dussek bahawa orang Melayu itu bodoh tertanam kejap di dalam kepala Harun, dan selalu dia bertanya kenapa orang Inggeris mengatakan orang Melayu itu bodoh! Dia lalu memerhati akan sekelilingnya dalam masa ia berjalan-jalan sekitar pekan Tanjong Malim, Kuala Lumpur, Pulau Pinang, atau ketika menaiki keretapi untuk pulang ke Singapura. Dia melihat keadaan kehidupan orang Melayu dan yang paling dekat ialah kehidupan dirinya dan neneknya (dia telah kehilangan kedua orang tuannya semasa dia masih kecil) yang tidak pernah mempunyai sebuah rumah yang sempurna!

(c) Tujuannya (Harun) bersyarah dan bercakap-cakap kepada murid-muridnya itu ialah untuk membuka mata mereka supaya jangan selalu dihina seperti yang telah dilakukan oleh OT Dussek. Dia memberi semangat kepada orang-orang Melayu supaya bangun….dia menyuruh orang Melayu sedar, tolong-menolong kerana kita masih di bawah penjajahan (sehingga kini, saya kira!). Dia juga berpesan kepada para guru (muridnya), bila pulang ke kampong, jangan hanya mengilap basikal Raleigh saja (kini mungkin segala jenama kereta atau motorsikal besar!), tetapi mesti mengajar anak-anak bangsa kita!

(5) Kita sekarang ini, amat kurang kefahaman apatah lagi semangat kebangsaan kita kerana kita hanya membaca majalah-majalah, jernal-jernal, buku-buku dan segala tulisan Barat, yang tidak lain, yang secara halus memesongkan kita untuk ikut telunjuk mereka. Majalah-majalah dan akhbar-akhbar seperti API, Dewan Masyarakat, Warta Negeri, Warta Malaya, Al-Ikhwan, Bintang Timoer(Parada Harahap), Panji Islam (ZainalAbidin), Pedoman Masyarakat (Hamka), Seruan Azhar, Pilihan Timoer, dan segalanya sudah tidak ada dan tidak dibaca lagi. Perlahan-lahan, bukan hanya semangat membela bangsa kita kian punah, bahkan bahasa kitapun kian kucar-kacir.

(6) Mudah-mudahan ada diantara kita, kalau tidak sepenuhnya ada yang akan mengerti dan terbuat apa yang Harun katakan: Saya telah berazam akan menjadi khadam (hamba) kepada kaum Melayu dan sedia berkhidmat walau sehingga ke penjuru alam Melayu (bila beliau ‘dibuang’ ke Brunei oleh Inggeris) ini di mana-mana pun tidak akan saya tolak kerana sesorang khadam bangsa itu akan berasa puas hati dan riang di dalam hidupnya apabila ia dapati hidup di dalam lingkungan kaum bangsanya sendiri (sebagusnya bila bangsanya bersatu padu, makmur dan sejahtera!)….(saya percaya Tun Ghafar Baba, sebagai anak SITC, adalah salah seorang yang telah mengikut rapat jejak Harun)

(7) Sebuah nyanyian ciptaan Harun:

Kita sekelian orang muda Melayu
Mestilah sedar bergerak maju
Kalau kita lambat
Merebut tempat kita
Kita akan rosak
Nama Melayu habis binasa
Ingat-ingat
Kaumku sekalian
(kerana lagu ini, maka dia telah dibuang negeri ke Brunei).

(8) Tercatat beberapa nama besar yang menjadi teman dan murid (dan pengikut setia beliau)Harun Aminurrashid semasa di SITC, antaranya adalah: Buyong Adil (Sejarawan), Hj Othman Hj Zainuddin, Ibrahim (Kuching), Hj. Muhammad Bujang (Simanggang/Melati Sarawak), Ibrahim Yakub (Pulau Pinang), Dr. Burhanuddin, Ahmad Boestaman, dan beberapa nama besar di Brunei dan Sabah.

Pusa, Betong, Sarawak
24 July, 2009

#Abdullah Chek Sahamat

Writing that complies Bizarre, Odd, Strange, Out of box facts about the stuff going around my world which you may find hard to believe and understand

1 comments:

Anonymous said...

Orang-orang melayu harus bersatu dan sedar. Sikap memandang tinggi kaum lain seperti menyalahkan bangsa sendiri sesuatu yang harus kita singkirkan. Jadilah seperti lipan selagi kepalaku tidak hancur selagi itu aku mampu hidup. Bersatulah wahai bangsaku.Pertimbangkanlah saranan ini:-
Pertama: Jika membeli ataupun mendapatkan perkhidmatan.[Fikir dahulu...jika aku membeli dari ataupun mendapatkan perkhidmatan bangsa lain apakah bangsa aku akan berjaya?] Ini seharusnya menjadi pertimbangan. Mahal seposen bukan kemana perginya kita membantu menjadikan bangsa kita sebagai pedagang yang hebat. Bantu mereka dengan membeli dari mereka.
Kedua:Pecahkan dominasi rantai perniagaan bangsa lain.[Bila sudah berfikir yang pertama...maka bangsa melayu mempunyai peluang untuk memusnahkan rantaian yang dikawal oleh bangsa lain]Jangan selamanya kita mengkayakan bangsa lain yang selamanya tidak akan membantu bangsa kita.
Ketiga:Singkirkan pemikiran negatif bangsa melayu yang telah ditanam dalam pemikiran sedari dahulu lagi.[Untuk mencapai yang pertama dan kedua melayu harus membuang segala yang negatif terhadap bangsanya sendiri].
Oleh yang demikian, bangsa melayu harus bertindak dengan kadar segera. Perkumpulan perniagaan harus merintis dan menanam benih-benih ke dalam hati serta pemikiran bangsa melayu untuk memperkukuhkan perniagaan bangsa melayu. Jangan selamanya kita berdagang menjual burger di gerai-gerai kecil. Ada waktunya kita menukarkan perniagaan ditepi-tepi jalan ini menjadi perniagaan seperti Mc'd, Kfc dsbnya. -Andalusia-

Copyright © 2010 abc sadong™ is a registered trademark.

Designed by Access. Hosted on Blogger Platform.