12/7/09 KENAPA KUDA SERING TERTAWA SEDANG LEMBU GELENG-GELENG...?
Posted By: Abdullah Chek Sahamat - July 17, 2009Kenapa lembu, bila berjalan suka geleng-geleng kepala, dan kuda suka angok-angok, malahan seperti ketawa girang, ngik ngik ngik. Sedang sang gajah selalu saja tertunduk seperti malu?
(2) Dulu-dulu, dikisahkan di zaman Nabi Sulaiman, semua binatang boleh berkata-kata sesama sendiri, saling memahami. Juga segalanya sangat patuh kepada perintah dan suruhan Nabi Sulaiman.
(3) Pada satu hari, bagi membuktikan ketaatan segala binatang ini, maka diadakan satu perlumbaan dan semuanya diarahkan mengantungkan ‘telur’ masing-masing pada sepohon pokok besar. Maka segalanya ikut perintah; kuda, lembu, gajah, segala berlumba-lumba menurut perintah menggantung ‘telur’ masing-masing di sebatang pohon seperti dimaksudkan.
(4) Kemudian diperintahkan supaya mereka, mengambil dan memakai kembali ‘telur’ masing-masing. Apa lagi sang kuda terus saja memecut, lantas menyambar telur yang terdekat. Wah, kerana dia paling pantas, maka dialah yang pertama dapat mengambil telurnya. Langsung dipakainya telur itu. Wah besar sekali telur kuda ini! Bukan main banganya dia, memiliki telur yang paling besar, biar sebenarnya bukan salnya milik dia,lantas melompat-lompat, mengangguk-ngangguk kepala, sambil berbuat bunyi yang sungguh girang, ketawa ngik ngik ngik…..
(5) Sang lembu, yang kebetulan di belakang sang kuda tersebut, mengeleng-geleng kepala, mengucap, bertasbih kekesalan kerana sang kuda telah tersalah ambil telur, iaitu telur gajah, sedang tidak dia punya hati untuk menegur sang kuda. Sedang sang gajah pula, kerana telurnya sudah diambil kuda, kerana takut malu tidak bertelur, diambilnya dan dipakainya saja telur kuda yang tertinggal tetapi lebih kecil, maka dia terus tertunduk malu, kerana telurnya lebih kecil dari telur kuda, biarpun badannya jauh lebih besar, sedang matanya terus saja terkebil-kebil menerima seadanya.
(6) Begitulah perilaku para binatang ini untuk sekian lamanya sehingga menjadi tabiat sejadi mereka.
Mekarsari, Jakarta
9 June, 2009
#Abdullah Chek Sahamat
Writing that complies Bizarre, Odd, Strange, Out of box facts about the stuff going around my world which you may find hard to believe and understand
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment