21/5/09 MENGGALI KUBUR KEMERDEKAAN......
Posted By: Abdullah Chek Sahamat - May 30, 2009(Sedang masih banyak yang terasing, terpinggir, sengsara sebegini....pemimpin UMNO seperti sudah leka di padang Golf, Warung Starbuck, makan malam berkomplot, tersandar enak di kerusi tamak kuasa dan harta....segala, sudah tidak telus, jujur, ikhlas, kental akan sifat jujur membela bangsa membangun Negara....kemelut yang pasti mengembalikan kita terjajah! UMNO...kau yang kini berkuasa, jika ini terjadi kaulah petualangnya! Warna merah gagahmu pasti nantinya bertukar jadi merah hamburan korban darah bangsamu sendiri!)
RAHMAN! Kini sudah sekian waktu (Mac, 2009) tiori RAHMAN dalam giliran kepimpinan UMNO terzahir dengan peralihan kepimpinan Abdullah kepada Najib. Ada juga yang sudah berkira-kira, mahu mencipta rumusan baru, bagi memungkinkan kesinambungan dan kemandirian UMNO sebagai peneraju kepimpinan politik Melayu Malaysia. Saya kira apa juga rumusan terbaru, ianya hanyalah sekadar penyedap hati, sedang hakikatnya kebosanan Melayu (saya kata bosan dan perlahan-lahan jadi benci!)pada UMNO sudah terlalu jelas.
Maka, kini, apakah mungkin Melayu masih perlukan UMNO? Atau perlukah UMNO kepada Melayu? Atau masih Melayukah UMNO dan atau masih UMNOkah Melayu?
(2) Tengahari ini, sedang saya membaca buku Hamka: Pujangga Islam Kebangaan Rumpun Melayu, karangan H. Rusydi Hamka, terbitan Putaka Antara, Jakarta, saya mendapat SMS dari seorang sahabat istimewa dari Penang Darul DAP. Bertanya khabar yang agak pelik....bagaimana tangan dan mulutmu? Saya agak kaget, kerana saya tidak pernah ada sakit mulut atau tangan sejak beberapa waktu ini.....soalan itu rupa-rupanya soalan ikhlas dan jujur yang amat dalam dan jauh maknanya.......kenapa saya telah lama diam...juga berbaur curiga?
(3) Semasa menjawap SMS beliau, nasib Melayu sedang berputar ligat di kepala saya. Dulu, semasa, sebelum kita mencapai kemerdekaan, saya percaya, atas kebijaksanaan dan kewarasan nenek moyang kita, maka di maktubkan bahawa Raja mesti wujud dan perlembagaan mesti memastikan kemandirain tahta Raja Melayu. Hak dan kedudukan Islam dan Melayu ditetapkan. Begitu juga hanya Melayu boleh jadi Raja, juga menjadi Yang Di Pertuan Agung. Begitu juga ada negeri yang mewajibkan hanya Melayu boleh menjadi Menteri Besar. Semua ini atas nasihat si Tuah....supaya Melayu takkan hilang di dunia!
(4) Paling istimewa, dalam kedudukan Perak, perlantikan para ketua Kerajaan Negeri mestilah dengan perkenan Raja/Sultan. Maksudnya, jika Sultan/Raja tak berkenan maka MB/KM tidak boleh dilantik. Namun, Raja/Sultan tidak boleh memecat MB/KM? Hanya Dewan boleh berbuat sedemikian. Maka sesiapapun, jika hendak memecat MB/KM mesti merujuk kepada Dewan.
(5) Kenapa segala peruntukan seperti ini di perlukan. Di sinilah kebijaksanaan dan kewarasan nenek moyang kita dulu, mereka telah nampak masalah Perak jauh ke depan dari masalah itu sendiri! Namun, kita tidak sadar!
(6) Lantaran kerana terburu-buru hendakkan kuasa, saya kira Najib dan juga Abdullah telah tidak menghalusi segala peruntukkan perlembagaan Perak. Jika mereka menyemak semua ini, mereka hanya dengan menggunakan kelompok yang hanya sealiran dengan mereka, tidak menggunakan tenaga kepakaran yang bebas dan jujur! Atau mereka yang tidak faham apa yang tersirat disebalik semua itu?
(7) Berbalik kepada SMS kawan saya, maka jawap saya kepada......'sense of suspicious beliau'....kita boleh mengata (menyoal) apa saja, namun sebelumnya, wajar kita fikir dalam-dalam, jauh-jauh....kenapa Hidung, Mata, Telinga, Mulut (Lidah) terletak di antara Otak dan Hati......pasti Dia punya sebab untuk meletakkan segala deria penting itu pada susunatur sebegitu!
(8) Jika Najib, telah menggunakan mata, telinga, hidung, lidahnya dengan baik, berasaskan pemikiran yang tajam, dalam, jauh...kemudian baru bertindak seiring kata hati...pasti kemelut Perak akan selesai secara mudah dan terhormat.
(9) Kini, Raja/Sultan boleh pecat MB/KM....bayangkan pada suatu hari ada seorang Laknatullah jumpa dan gunak dengan apa cara mendesak Sultan/Raja supaya pecatkan MB/KM....well precedent had been set...enforcement of law biasanya ikut precedent...tidakkah mungkin haru biru kita di buatnya....
(10) Manusia sememangnya manusia sifatnya.....ke kanan, maka menghampiri malaikat sifatnya...kekiri maka syaitanlah sifatnya! Namun sebagai pemimpin Negara, kita tak boleh terus-terusan beralaskan pendapat ini. Kita perlu banyak berfikir, menyelidik....berhemah...mengguna semua sumber yang bilajksana, jujur dan ikhlas yang ada...
(11) Sanggahan Nik Aziz, MB Perak adalah MB Mahkamah...saya kira, bukan itu maksud sebenarnya beliau...(atas sifat pakar semendanya beliau)...dia, saya kira sedang khuathir...manalah tahu, jika....ya...katakan...Sultan Kelantan akan memecat dan mengantikan dia mungkin dengan Ku Li....begitulah daulat pelindung Melayu sudah kian pupus lantaran UMNO sudah jadi kuda tunggangan....matanya sudah tertutup...di pacu kemana saja semahu penunggangnya....
(12) Kerana UMNO sudah jadi kuda tunggangan, maka UMNO bukan lagilah Melayu, dan kuda tak semestinya ditunggang oleh Melayu, maka UMNO sudah tak perlukan Melayu....UMNO=Kuda (buta mungkin juga!). Mudah-mudahan belum begitu!
(13) Tuah...sumpahmu kini ternyata tidak benar! Akan pupuslah Melayu di dunia!
Kuching, 30 Mei, 2009
#Abdullah Chek Sahamat
Writing that complies Bizarre, Odd, Strange, Out of box facts about the stuff going around my world which you may find hard to believe and understand
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comments:
Mudah-mudahan Melayu akan terus maju.Dari robohan Kota Melaka kita bina jiwa merdeka kita lestarikan bangsa melalui kemajuan dan kekuatan Melayu yang tak lupus di dunia. Bersama-sama rakyat Malaysia.
Kutuk mengutuk, salah menyalahi adalah bukan amalan hidup kita. Budi bahasa Budaya Bangsa.. InsyaAllah Melayu akan kuat maju mengorak langkah..walaupun ada yang mahu Melayu lupus di dunia..
Post a Comment