20/5/09 KATA SAYANG ANAK....
Posted By: Abdullah Chek Sahamat - May 26, 2009(Mungkin keadaan kesengsaraan rakyat sebegini sudah tidak wujud di Perak atau Negara ini, maka kita yang sebahagiannya ditugaskan memimpin dalam apa kedudukan sekalipun, sudah tidak lagi perlu bekerja keras....sebaliknya, elok menumpukan sepenuh masa bertelagah antara satu sama lain....agar punah ranah bangsa ini akhirnya! Mungkin itulah cita-cita besar tangan tersembunyi yang kita sudah buta untuk mengetahuinya!)
Kita mungkin sering melihat atau mendengar pasangan suami-isteri dan atau bekas suami-isteri bermasalah turun naik mahkamah tak henti-henti sebab tuntut hak penjagaan anak. Masing-masing dengan hujah nak jaga anak dan saling menuduh di antara satu sama lain tak layak jaga anak. Perihal perebutan hak penjagaan anak boleh berlanjutan entah berapa lama, dan masing-masing berkeras atas alasan punya hak nak jaga anak, hak untuk memberikan kasih sayang terbaik kepada anak. Namun akhirnya, saya rasa anak-anak jadi celaru, punya perasaan dan fikiran yang tidak mantap, akhirnya.....sebenarnya mereka ini bukan nak tegakkan hak anak, sebaliknya nak tegakkan sifat kedekut dan tamak masing-masing.
Begitulah keadaan di Perak sekarang ini, BN kata nak jaga kepentingan rakyat. PR pun dakwa begitu. Masing-masing berebut di mahkamah nak tentukan hak masing-masing nak jaga rakyat. Ya, mereka saling berebut hak nak jaga rakyat, sedangkan, adakah mereka sedar apa hak rakyat? Mereka sebenarnya sedang bermati-matian hendak tegakkan hak mereka, bukan memperjuangkan hak rakyat. Saya percaya mereka tak tahu, dan tak ada niat langsung nak jaga hak rakyat!
(2) Suatu ketika dulu, di Acheh, perang kemerdekaan begitu meluas, agar sebuah Kerajaan Acheh merdeka ditubuhkan. Ini adalah kerana, Kerajaan Acheh hendak mengaga hak rakyat mereka. Hak kebebesanan rakyat mereka. Sedang bagi pemerintah Pusat di Jakarta, mengekalkan Acheh di dalam pelukan Jakarta adalah hak mereka dan penting bagi menjamin kedaulatan dan kemerdekaan bukan saja Acheh bahkan Indonesia keseluruhannya. Masing-masing nak hak masing-masing sedang hak sebenar tak pun pernah dimergerti dan tertunai!
(3) Akhirnya, tentera sesama Islam bertempur antara satu sama lain. Darah sesama Islam sudah menjadi halal untuk ditumpahkan. Semua pihak saling bermusuh hebat sehingga sepakat menadah tangan kepada Allah swt agar menurunkan segala bala bagi menghancurkan musuh masing-masing. Akhirnya, 25 Dec.,2006 yang sepatutnya menjadi tarikh kegembiraan, telah bertukar menjadi tarikh turunnya murkaNya lantaran kebodohan dua manusia yang Dia sayangi, yang tidak mengerti, dan sempit hati dan fikiran!
(4) Apakah ini tidak mungkin akan terjadi di Perak. Orang Islam BN, PAS, PKR saling bermusuhan di antara satu sama lain, saling berdoa agar diturunkan segala bala ke atas musuh masing-masing, sehingga mungkin Dia jadi bosan kerana kebodohan, kedegilan, kebutaan, kedurhakaan....maka semuanya dihapuskan. Saat itu baru kita nak mengadah ke langit mohon ampun. Begitulah sifat kita orang Melayu, suka minta maaf, suka minta ampun, lantaran kerana kita suka buat kesalahan! Apa sudah jadi?
(5) Seronok juga kalau kita dapat lihat mereka ini bersidang di bawah pokok durian yang sedang lebat berbuah. Elok waktu senja dan angin tengah bertiup hebat. Di Manjung elok kot!
#Abdullah Chek Sahamat
Writing that complies Bizarre, Odd, Strange, Out of box facts about the stuff going around my world which you may find hard to believe and understand
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comments:
Salah siapa sebenarnya. Rakyat bukan meminta semua perkara yang berlaku di Perak sekarang. Cuma rakyat dahagakan kemajuan negeri Perak. Udah-udahlah tue wahai sekalian parti-parti yang bersengketa di Perak. Fikirkanlah nasib rakyat jelata. Dek kerana ingin menunjukkan kekuasaan maka yang salah menjadi benar dan yang benar menjadi salah. Bukan kupinta menjadi begini...tetapi keadaan menjadi aku sebegini rupa. Kalut orang-orang politik sekarang. Terasa diri tersangat hebat dan bangga namun jauh disudut hati rakyat jelata sedang menunggu hari yang sesuai untuk membuang semua masalah yang melanda. Jangan jadi manusia hipokrit dan tamak. Kita harus sedar dan mereka yang harus sedar perlu sedar akan kesatuan dalam hati untuk membantu rakyat bukan permainan kotor politik untuk menuntut nama untuk dijulang. Kasihan rakyat jelata yang bersusahpayah memangkah untuk memilih pemimpin yang disayangi oleh mereka. Jaga amanah wahahi semua pemimpin di Malaysia jangan anda terlupa seketika. Ketika anda berasa anda sedap menjamah nasi dan laukpauk ada segelintir rakyat yang terpaksa berlapar."Jadilah Khalifah Umar al-khattab sentiasa mengambilberat nasib rakyatnya".-Andalusia-
Post a Comment