.

19/5/09 SYURGA dari susu dan madu......

Posted By: Abdullah Chek Sahamat - May 26, 2009

Share

& Comment


(Kenapa bunga-bungaan itu kelihatan berwarna-warni, pelbagai bentuk dan bauan.....yang indah itu pastinya indah juga hasilnya!)

Kalau tak silap, nyanyian Hetty Koes Endang, lagu Madu dan Racun sesekali didendang pasti akan mengingatkan kita betapa indahnya dunia dikampungan di tahun-tahun 1990an. Bagi sebahagian, paling istimewa, mungkin kalau Madu dan Racun (buangkan) itu dihadiahkan sama dengan sepatu dari kulit rusa, dibeli dari Gedung Besar di Orchard Road Singapura! Tapi kenapa tajuk lagunya adalah Madu dan Racun?

Di kisahkan di dalam pelbagai perihal tentang Muhammad saw, beberapa kali dia dikunjungi pengikutnya yang sedang sakit, bila ditanya tentang apa obat yang paling baik untuk penyakit yang sedang mereka hadapi, dia sering menasihatkan agar meminum air madu. Juga beberapa kali dia turut menasihatkan agar para pengikutnya juga meminum susu segar. Kita mungkin, jarang sekali berfikir hebat apa sebenarnya yang ada pada Madu dan Susu? Bagaimana Madu dan Susu itu tersangat hebat khasiatnya buat kita?

(2) Di dalam Al Quran, beberapa Ayat ada mengambarkan bahawa Syurga itu teramat indah, kerana di sana mengalir beberapa sungai antaranya Sungai Madu dan Sungai Susu. Apa sebenarnya, yang di maksudkan Allah, mengisahkan keindahan syurga, dengan gambaran aliran madu dan susu ini? Kenapa tidak digambarkan dengan gunung, salji, segala burung, segala binatang, segala kehijauan dan warna-warni kehidupan yang hebat-hebat lainnya, kenapa Madu dan Susu dijadikan pilihan gambaran utama?

(3) Mungkin kita perlu melihat secara dalam dan luas tentang kehidupan mamalia. Dari sang paus di samudera, kepada sang beruk di hutan rimba, para kuda di padang luas, Ilama di gunung Andes, sampai sang tikus di semak-belukar dan paling hampir bayi-bayi yang kembang biak di mana-mana. Semuanya, bila saja lahir menjengah dunia, susulah makanan dan minuman utama untuk beberapa ketika dalam pemula hidup mereka. Tiada apa yang dapat mengantikan susu sebagai pemula hidup mereka. Itu sudah tabii aturan Ilahi!

(4) Juga cuba kita perhati tajam, fikirkan secara dalam dan jauh. Para semut, rama-rama, lebah, burung madu, dan kelelawar, semua mereka ini adalah fauna yang sangat lincah dan punya pergerakkan yang amat pantas. Kerana mereka biasanya terlalu kecil, kita tidak pernah ambil peduli tentang kehebatan mereka. Namun, jika kita amati benar-benar, mereka ini punya kulit, warna bulu, dan bahkan sifat setia kawanan yang jauh berbeda dari segala fauna yang lain. Semua mereka ini, menjadikan madu sebagai makanan utama. Sang beruang, pun juga sama.

(5) Susu, terutama yang keluar dalam tempoh beberapa jam dan atau hari yang pertama dari kelahiran anak, sebenarnya mengandungi pelbagai galian, protein istimewa, juga hormon yang sangat penting bagi pertumbuhan pelbagai organ dan kelenjar (gland) bagi pertumbuhan selanjutnya sang bayi atau anak-anak mamalia. Kalau kita amati benar-benar, anak-anak yang disusui ibu dengan baik, berbanding dengan anak-anak yang hanya sedikit atau tidak disusui ibu, pasti dari pelbagai ruang kehidupan mereka akan agak berbeda, khususnya dari pertumbuhan keseluruhan, ketahanan dan kelalian, kecerdasan fikiran dan sifat-sifat perilaku mereka.

(5) Sedang madu, hakitkannya adalah sumber galian, gula ringkas istimewa, serta pelbagai khasiat pemakanan lainnya.

(6) Sebenarnya, dari segi pemakanan, susu dan madu adalah sumber makanan mudah hadam (digest) yang sangat baik. Dari keduanya boleh diperolehi sumber protein, sumber tenaga, sumber galian, sumber vitamin, dan pelbagai gabungan horman tumbesaran yang sangat baik. Keistimewaan susu dan madu terletak pada kebolehdapatan bahan makanan mudah urai serta berkhasiat tinggi, dan ini adalah sangat penting bagi pemakanan bayi serta orang-orang yang sakit di mana sistem pencernaan (digestive system) samada belum kembang dan atau kurang berfungsi dengan baik.

(7) Kita juga harus ingat, dalam pembinaan (synthesis) dan pemuliharaan (regenration) otak kita, terutama sel-sel putih otak, keperluan bekalan pemakanan berkhasiat tinggi adalah tersangat penting. Maka adalah tersangat baik, jika dari baru mula lahir sehingga mencapai ke umur 12 tahun, anak-anak kita dan kita sendiri pada sebilang masa, mengamalkan minum susu dan madu.

(8) Protein ikan haruan, kepala udang galah, kekacang, dan pelbagai buah-buahan dan sayur-sayuran beranika warna juga punya fungsi pemakanan yang sama seperti susu dan madu. Cuma, kandungan mungkin agak berbeza. Madu dan susu, mengandungi hampir kesemua bahan pemakanan asas yang diperlukan. Kerana Allah dan Muhammad telah meletakkan susu dan madu pada kedudukan istimewa di syurga, wajar (mugkin wajib) kita mengambil berat akan amalan meminum madu dan susu.

(9) Mudah-mudahan fikiran kita bukan hanya menjadi tajam, bahkan kuat ingatan dan pantas. Mudah-mudahan dengan ini, kesihatan kita akan kekal baik, dan kita boleh berfikir secara dalam, jauh, dan luas demi kebahagian bangsa kita!

(10) Saya juga terfikir, susu itu putih. Madu itu jernih. Apakah tidak mungkin Allah dan Muhammad itu mahu jika kita minum secukup susu dan madu, perasaan (hati) dan akal (otak) kita juga akan jadi putih dan jernih! Mereka tidak berfirman dan bersabda sebegitu (?), cuma kita saja dipinta berfikir tajam, dalam, dan jauh! Mudah-mudahan itulah maksudNya. Kita jadi bangsa yang putih dan jernih!


Nota: (a)Semasa kecil, kegemaran saya adalah makan ubi kayu bakar dengan madu (hutan), ikan toman dan keli panggang (dengan sambal kicap), dan masak asam pedas kepala udang. Sayur-sayuran dan buah-buahan jarang sekali saya missed! Kesan paling ketara, saya kurang mendapat pelbagai jenis penyakit, dan kalau mendapat luka, paling cepat sembuh. (b) Hasil nasihat Ungku Aziz (Kenny Rogger Malaysia), maka Kementerian Pelajaran (dan KEMAS) sejak sekian lama telah menjalankan bekalan Program Susu dan Telur sebagai makanan tambahan bagi anak-anak di sekolah-sekolah luar bandar. Hanya kerana ada sifat tamak sebahagian pembekal, Program ini sering saja dicemari pelbagai kesengsaraan kepada anak-anak yang ingin kita bina. Bahkan telur yang di bekalkan pun, kadang sebesar telur burung puyuh.....namun banyak mata hanya pejam!

#Abdullah Chek Sahamat

Writing that complies Bizarre, Odd, Strange, Out of box facts about the stuff going around my world which you may find hard to believe and understand

0 comments:

Copyright © 2010 abc sadong™ is a registered trademark.

Designed by Access. Hosted on Blogger Platform.