.

18/5/09 MALI dan atau LIMA......peringatan terbaik untuk keduanya

Posted By: Abdullah Chek Sahamat - May 22, 2009

Share

& Comment



(Dulupun DMM pernah buat kerja ini...kemudian dia jual gerai pisangnya...permulaan sifat Usahawan dan Pedagangnya beliau)

Beberapa bulan sebelum Dr. Mahathir hendak melepaskan jawatannya sebagai PM, RTM dan TV3 saban malam menayangkan tentang kehebatan Dr. Mahathir, terutama bagaimana beliau telah dapat melonjakkan Malaysia ke tahap yang sangat tinggi dari terdahulunya.

Saya mengikuti banyak dari imbasan kembali tentang segala kerja yang telah Dr. Mahathir lakukan, namun terlalu sedikit yang ingat bahawa Komplek DayaBumi (kenapa di sebut DayaBumi?)merupakan satu Projek Maha (Mega) beliau yang pertama yang mendapat tentangan banyak pihak samada di dalam dan luar Kerajaan. Paling ketara bagaimana orang dengan mudah lupa akan jasa Dr. Mahathir, bila hampir dengan PRU11, Tok Mat (RTM dan TV3) dok asyik kempen, undilah BN sebagai tanda terima kasih kepada Dr. M, sedang bila BN menang besar, maka ada suara mengatakan kemenangan besar itu adalah atas faktor feeling good ke atas diri individu tertentu, tanpa mengaitkan dengan kerana rakyat Malaysia juga mengundi BN atas kempen Tok Mat ke atas 'Terima Kasih pada Mahathir'. Betullah bila Mahathir menangis di PA UMNO dengan sajak Melayu Mudah Lupanya


(2) Pokoknya di Malaysia, telah terlalu banyak yang Dr. Mahathir buat untuk meletakkan kita ke tahap di mana kita rasa punya harga diri yang amat tinggi seperti hari ini. Sama juga dengan Lee Kuan Yew di Singapura (dari Third World to First World!).

(3) Namun, bila masa berlalu, segala Gutrie London Dawn Raid, Pengambilaihan Carcosa Sri Negara, Lebuhraya, PROTON, KLIA, Putera Jaya, Cyberjaya, lorong SMART, Pengembanagn PNB, penglobalan PETRONAS, Litar F1 Sepang, segala Jambatan, dsb akan menjadi penuh sesak, akan menjadi satu masalah kepada kita di suatu masa nanti. Segala masalah ini akan perlahan-lahan menyebabkan kita lupa akan Dr. Mahathir. Seperti juga bila nama-nama seperti Ibnu Sina, Inbu Khaldum, Ibnu Bathuta, Al Jabar, Hamka, Zaaba, Tok Janggut, Rentap, Sharif Masahor, Rosli Dobi, dsb sudah mulai dilupakan, maka apapun sumbangan mereka juga kian luput dari ingatan dan penghargaan kita. Nama mereka mungkin, tak apalah kalau kita lupa, namun amat sedih jika filkiran dan akal mereka turut kita lupakan!

(4) Jalan terbaik untuk supaya kita terus-terus mengingati Dr. Mahathir, bukan kerana namanya, namun kerana akal dan keberaniannya (mungkin juga keras hati dan kepalanya)ialah dengan membina Jambatan Johor-Singapura. Ianya akan mengembalikan banyak hak dan kedaulatan negara kita terutama dari segi hak perairan, kedaulatan perundangan, dan mungkin juga sebagai detik mula bagi kita menyemakan semula bekalan sumber air negara ke Singapura.

(5) Bila siap Jambatan ini, elok kita namakan Jambatan ini, dari sebelah Malaysia sebagai MAHALEE (atau MALI) dan dari sebelah Singapura sebagai LeeMA (atau LIMA). Tak apalah kalau bengkok, lagi bengkok lagi baik (asalkan falsafah di sebaliknya tidak bengkok), kerana kalau lurus tak ada orang akan kutuk, elok bengkong, biar ianya menjadi lambang kebengkokan hubungan kita dua negara, dan terus-terusan jadi kutukan! Kita pasti mudah ingat dan akan kekal ingat kepada benda-benda yang tak berapa nak elok, bengkok. Jambatan MALI dan atau LIMA!

(6) Saya sedang melihat Mahathir dari sudut Ho Chii Minh yang ingin jadi techno-nationalist. Untungnya Mahathir kerana tidak mengibarkan bendera Bintang Merah, dan sayangnya Ho Chii Minh kerana tiada kesempatan hidup dalam kemerdekaan. Namun Mahathir, hidup dalam kemerdekaan yang kian terjajah kembali! Marilah kita baca hebat akan akal dan hati kerasnya!

(Kuching 22 Mei, 2009).

#Abdullah Chek Sahamat

Writing that complies Bizarre, Odd, Strange, Out of box facts about the stuff going around my world which you may find hard to believe and understand

4 comments:

Anonymous said...

I agree with you, he may have his own set of weaknesses (tell me who on Earth doesnt???) but he sure contributed a lot and help mould Malaysia into what it is today!!!!

Many countries and leaders regard him as their idol and a great leader. Rejoice in his glorious work now while he is still alive, let him know we are grateful.....

Rgds, Swak Princess

Bayu Senja said...

Dr M --Melayu mudah lupa..
great thinker and strategist with an overall perspective. Had a fruitful time working with him even though it was a short stint!
Will Malaysia see another Dr M?

Abdullah Chek Sahamat said...

Let see deeply into his mind and soul for his people. Once he was and to this day (though not many remember) he is still the same Ultra-Malay Mahathir. That why he dare to stand firm doesn't matter what may come, if such Ultra-thinking and believe that he has being decepted! Let remember him most by his spirit, thinking, and believe!

(2) I believe, there will never be another him. But, what make us not be a smaller him (or even just work out to the best)? Just like, there will never be another Muhammad saw, but what stop us from working hard to understand his teaching and walk his thought! Sikit-sikit lama-lama jadi bukit, Tak ada rotan akar pun berguna....I believe applies.

Anonymous said...

Politik yang kotor menjadi kita semakin kotor. Rakyat perlu kemajuan itu saja. Tidak perlulah memikirkan bagaimana hendak mengkayakan diri sendiri. Fikir siang dan malam pun tidak guna kalau rakyat tidak menikmati kemajuan ini. Banyak-banyak cakap pun tidak berguna jika ada rakyat yang makannya hanya sekadar melepas keperitan perut menanggung kelaparan. Gaji besarpun tidak berguna jika hanya tahu cakap itu dan ini. Wahai orang-orang yang kaya di seluruh Sarawak....orang-orang yang berilmu di seluruh Sarawak...wakil-wakil rakyat di seluruh Sarawak...menteri-menteri di seluruh Sarawak ...kuseru anda semua pergilah ke kawasan yang paling mundur (berikan mereka kemudahan seperti apa yang anda nikmati sekarang). Kesian mereka. Kita seakan tidak memperdulikan nasib mereka...sedangkan mereka juga sebahagian dari kita.

Copyright © 2010 abc sadong™ is a registered trademark.

Designed by Access. Hosted on Blogger Platform.