.

21/4/09 BILA RTM JADI RADIO TV MALAYA........

Posted By: Abdullah Chek Sahamat - April 24, 2009

Share

& Comment


Pada kebiasaanya agak-agak dalam jam 2000 pada setiap malam, saya akan mengadap TV1 untuk mengikuti perkembangan samasa Negara dan Luar Negara melalui Berita Nasional. Saya percaya, Jam 2000, adalah Prime Time bagi seluruh Negara (Seluruh Negara)! Namun, suatu hari, sedikit masa lalu saya agak terperanjat, bila membuka TV1, saya dapati pada masa itu tersiar Berita dalam Bahasa Manderin. Maka saya berhubung dengan beberapa rakan di Jabatan Penerangan mengenai perkara ini. Jawap mereka, itu adalah atas kehendak Menteri dalam rangka beliau hendak merombak sistem penyampaian di RTM.

Saya nyatakan ketidakpuasan hati saya mengenai perkara ini kepada beberapa ahli Parlimen Sarawak, Sabah dan juga di Semenanjung untuk membangkitkan perkara ini di Parlimen. Melalui seorang rakan lama, saya telah dapat dihubungkan dengan Menteri berkenaan ie YB Datuk Shabery Cheek, dan saya dengan pantas mengirim SMS kepada beliau.



(2) Saya amat membantah, penukaran Berita Nasional dari jam 2000 kepada 2100 atas dasar-dasar berikut, iaitu Berita Nasional Jam 2000 adalah acara harian kekekluargaan yang berbentuk maklumat dan kenegaraan. Inilah masanya, ahli-ahli keluarga kebanyakan di Malaysia, akan bekumpul mendengar, peristiwa semasa negara dan dunia. Pada masa inilah mereka mungkin sedang menjamu hidangan malam di samping keluarga masing-masing dan akan berborak sambil mendengar peristiwa terkini.

(3) Asas bantahan saya yang ke dua adalah, bagi Sarawak dan Sabah, Berita Utama pada jam 2100 adalah terlalu lewat. Anak-anak di sini pada masa ini sudah hendak masuk tidur kerana esoknya mereka hendak ke sekolah atau paling tidak sedang membuat kerja rumah dan sebagainya yang tidak harus diganggu. Dengan tidak (atau kurang) mendidik kanak-anak untuk mengikuti perihal negara, pasti suatu hari nanti, mereka akan melihat Malaysia tidak wujud!

(4) Saya juga membangkitkan kenapa Berita Manderin di utarakan pada jam 2000? Kenapa tidak di kekalkan di TV2 seperti biasa.

(5) Saya tidak banyak mendengar sangahan di Parlimen pada masa itu, namun salah seorang ahli Parlimen yang mendapat SMS saya, menjawap dengan mengatakan: Menteri bodoh dan tak reti berfikir!

(6) Namun YB Menteri selepas menerima SMS saya, terus menjawap, dengan alasan sebegini:

(a) Prime Time adalah relatif. Ianya boleh dianjak ke bila-bila masa? Jam 2000 atau 2100 tidak menjadi persoalan dan rakyat akan biasa mengenai perkara ini. Pada masa itu sayapun terfikir elok juga Prime Time di ubah ke jam 2400, pasti tidak menjadi masalah, jika alasan beliau itu diterima pakai! Nampaknya Menteri tidak faham apa itu Prime Time dan mengapa ianya disebut sebagai Prime Time.
Jam 2400 tengah malam, jadi Prime Time, prime untuk apa ya agaknya?

(b) Pada jam 2000, di Semenanjung, masih banyak orang belum balik ke rumah. Banyak yang masih tersekat di jalanraya dan di surau atau masjid. Jadi, jam 2100 paling sesuai untuk di jadikan Prime Time. Atas alasan ini, saya membalas kembali kepada Menteri berkenaan (walau tidak dijawap olehnya kemudiannya), bagaimana halnya dengan orang-orang kampung lainnya di Sarawak, Sabah dan bahkan di Semenanjung Malaysia. Mengikut telitian saya, masuk waktu maghrib di Sabah adalah antara jam 1815-1825, di Sarawak antara 1825-1845, manakala di Semenanjung adalah dari 1700-1730. Biasanya, lepas maghrib orang akan balik ke rumah untuk makan malam bersama keluarga. Masa itulah mereka akan makan sambil dengar berita. Dalam masa yang sama, mereka yang tersekat di jalanraya, apakah bila sampai ke rumah akan masih mahu mendengar Berita Nasional? Orang Sarawak kata, Jauh Pak Awi!

(c) Berita pada jam 2000 kena dibuat dalam Bahasa Manderin, kerana hendakkan masyarakat Cina mengikuti perkembangan nasional dan luar negara yang kritikal pada masa itu. Berita ini terpaksa di alih ke TV1, kerana kita hendak kawal, agar Berita Manderin dan Tamil memberi perhatian pada isu-isu nasional, sebagai contoh, beliau berkata, dalam Pertabalan DYMM, kedua-dua berita berkenaan tidakpun memberikan liputan yang baik akan majlis tersebut. Sama juga dengan isu pembunuhan Palestin, mereka tidak memberikan perhatian berat mengenai perkara tersebut. Hahhhh, saya balas balik, bukankah RTM2 itu di bawah tanggungan terus Kementerian dan Jabatan. Kalau ini terjadi, bukankah itu bermaksud Kementerian sudah tidak ada kewibawaan, anak sendiripun tak boleh di kawal! Menunjukan kelemahan pentadbiran yang nyata!

(7) Saya sebenarnya amat kesal dengan pandangan cetek Menteri berkenaan, dan paling sedih, banyak keputusan dan menjadi satu budaya kerja yang diamalkan pada masa itu, adalah para Menteri sangat suka membuat sesuatu tanpa membuat penyelidikan secara menyeluruh dan mendalam. Paling dukacita, Shabery Cheek adalah graduan UKM (UKM), kalau tak silap, dan sangat saya sedih bila semangat UKM beliau luput hanya kerana mengejar populariti (saya kira)!

(8) Kini, dan amat saya hargai, bila Menteri baru, Pak Rais Yatim, umumkan segalanya kembali seperti sediakala mulai 1 Mei, 2009. Setidak tidaknya Pak Rais Yatim kembali sedar bahawa TV1 adalah TV untuk kebanyakan Rakyat Malaysia, terutamnya di Sarawak dan Sabah. Dia orang ni, masih terlalu banyak yang belum mampu Astro Full Package.

(9) Mudah-mudahan Pak Rais Yatim, dapat menggunakan sepenuhnya RTM sebagai benar-benar wadah menyebar maklumat yang tepat, benar, seimbang, dan meransangkan. Dia pernah buat kerja ni, dulu, dan sehingga kini, saya masih kagum dengan sikap dia yang neutral dalam menjalankan tugas semasa itu.

(10) Pak Rasis Yatim, bueklah kojo tu baik-baik, tak usah ee dok tayang muko sendiri jo (masa Pak Rais jadi montori dulu...eden tengok kurang bondo ni...harap-harap kali ni samolah yo!). RTM milik rakyat Malaysio, bukan nak tayang muko montori atau muka Pak Rais Yatim jo. Didiklah anak bangso kito ini dengan baik, supayo boleh dio orang berfikir secaro kreatif dan berkeyakinan. Janganlah di jadikan RTM seperti RTV Tok Mat (masa zaman Tok Mat), RT Malaya (masa zaman Shabery)...meluat rakyat dok tengok muko montori jo...rakyat nak tengok....apo hasil cakap-cakap mentori...rakyat dah pandai dah lani ha....

(11) Dalam apapun keputusan di buat di Kuala Lumpur,kena ingat kembali apakah asas penubuhan Malaysia, dan menteri Kabinet YAB Najib, kena ingat bahawa mereka adalah Menteri Persekutuan bukan Menteri Kawasan.

(Mukah, 24 April, 2009)

#Abdullah Chek Sahamat

Writing that complies Bizarre, Odd, Strange, Out of box facts about the stuff going around my world which you may find hard to believe and understand

13 comments:

bayu senja said...

sdra abdullah
kebetulan saya memang suka menonton rancangan berita jam 8.00 malam. kadang kadang di TV1 , kadang kadang di TV3. Saya tidak mempunyai Astro di rumah.

2. sepatutnya lah kita membantah kerana Prime Time itu seolah olah bagi Semenanjung sahaja, tidak difikirkan bagi seluruh negara. Masa bagi keluarga bersama bagi yang berkeluarga...
makan biasanya selepas maghrib sebelum pukul lapan. just in time to watch news and to keep the kids on toes on the happenings in the country. In fact,kalau datuk seri Rais kita nak tayang muka pun ,inilah masanya.Nanti tak kenal pulak menteri, susah ya.

3. Alasan kenapa ditukar dengan berita Mandarin itu tidak boleh diterima akal, di mana logiknya.Tidakkah menteri kita tahu bahawa coverage suratkhabar Cina begitu komprehensif?Itu sebab menteri tak boleh baca bahasa Cina....saya nak sarankan Datuk Shabeery agar belajar bahasa Cina, dia masih muda.saya belajar bahasa Perancis..

4.Menteri nampaknya bukan sahaja tak tahu bahasa Cina tapi juga tidak faham istilah prime time. Dia lulusan UKM, takpa lah, at least dia tak ke alma mater kita (UCD), kalau tidak lagi haru rasanya

5.Hari kedua Datuk Seri Najib jadi PM, dia turun padang tanpa red carpet. Saya antara orang yang paling gembira, sebab skrag kita tak perlu lagi sambut menteri dan YB kerana precedent from the premier dah ada.harapan saya lebih 15 tahun yang lalu supaya protokol tu takada.taklah susah rakyat bertungkus lumus bekerja nak menyambut menteri. Harapnya sekarang senang lah nak berbincang dengan menteri tanpa banyak protokol ya.....orang kerdil juga bisa berbicara...kok bagus begitu

6. Moga moga Pak Rais boleh membawa sesuatu yang berlainan walaupun dia orang lama. Yang pertama sekali,saranan saya supaya audio visual RTM1 ditingkatkan.bunyinya kadangkadang tak lepas macam dalam gua...kalau kita tengok TV3, jelas sekali.Jangan lah ada alasan yang TV3 tu tu private ,jadi bagus. TV1 dan 2 gomen punya,jadinya begitu....gomen should be at par if not better, it's not about money, it;s about attitude....

&,Kalau dapat, menteri yang mana mana masih mempunyai tampuk pemikiran zaman batu, diberi training khusus...kalau sdra abdullah buat training course tu, saya pun nak jadi trainer jugak....

bening bayu malam ini...saya menulis di luar rumah ni....selamat berjuang

Abdullah Chek Sahamat said...

I believe Pak Rais Yatim could do something real good to RTM. I believe he is a man of great professionalism.

(2) YB Datuk Shabery Cheek need to walk, see, listen, think and discuss alot. He must alway think hard not talking hard...sampai berbuih mulut! I hope so, a new Minister in new Ministry!

Bayu Senja said...

I believe Pak Rais could do us good if not great. He is a man of wisdom and experience and strives for professionalism.

2.Our new,young and inexperienced YB need all those. But he is not seeing this blog, it just u and me agreeing....how is this?

u thought me about breeze...thanks my bro

Anonymous said...

...yeah bro..this is a real good and constructive points..ministers should have viewed this long time ago..remember when we were young watching black and white battery operated tv, cerita Combat is on..rtm..thats nostalgic eh...

Abdullah Chek Sahamat said...

I believe all of us are connected with some good guys out there. If what ever idea written is found good, may be great to spread it around. I believe one day God will help us as long as what we are doing is sincerely for the good of mankind.

(2) I'm just wanting to contribute a bit here and there. Thnaks.

Anonymous said...

Itulah yang menjadi permasalahan utama di Malaysia ini. Menteri2 yang kualitinya ditahap yang kurang menyakinkan. Apakah kita tidak mampu untuk melihat akan kekurangan ini? Mungkin saudara Abdullah boleh membuka topik ini untuk diberbicarakan..."Peranan Menteri-menteri Kabinet..realiti atau fantasi" Kalau istilah Prime Time itu sudah menjadi masalah...maknanya tidak perlu lagi mengetahui masalah-masalah yang lebih besar. "Prime Time ada masa yang penting dalam penyebaran berita mahupun iklan (itu pasal lah rega iklan mahal sabery cheek oii...."prime time"). Kepada menteri-menteri anda perlu memikir sesuatu untuk diberikan kembali kepada rakyat. -Andalusia-

Anonymous said...

Istilah menteri tiada kualiti harus ditelaah dan difikirkan dalam-dalam. Kerana Menteri adalah pilihan Rakyat. Kalau ada kepincangan , ianya boleh diolah dan diubah.Menteri itu adalah dari Rakyat kepada Rakyat.Yang memepersoalkan harus memberi buah pandangan dan jangan mempersoalkan kalau kamu bukan pengundi atau kalah mengundi.

Soal disiarkan pada waktu Prime Time atau tidak saya merasakan bukan persoalan besar dalam konteks memberi maklumat kerana, surat khabar boleh membawa berita, penggunaan Internet boleh memberi berita terkini, handphone, pun kita boleh melanggan berita dan kita masih ada TV3.

Dan bukan hanya RTM sahaja, kini ada TV 3 dan ASTRO AWANI , yang ketepatannya mungkin lebih hebat dari RTM kalau persoalan ingin mendengar BERITA yang dipersoalkan.

-Secawan kopi-

Abdullah Chek Sahamat said...

Hey..hey, I'm thinking of those who can't effort to have Astro....they won't have access to Bernama, and others. There still lot of area which can't get TV3.

(2) Well, when a product is over advertised, doesn't matter what, some times, one just bought it blindly. In the selection of 'our leaders', is there any birth mark to show that they are good. MM sometimes said, I might have the tendecy to make wrong choice....what more rakyat biasa!

Anonymous said...

Masa mendengar berita, pukul 8 hanya waktu orang-orang bandar yang kebanyakan sebok seharian bekerja atau bekerja sampai pukul 7. Orang di luar bandar boleh mendengar dan melihat RTM bila-bila masa. Balik dari kebun, balik dari berhuma, atau tak payah tengok langsung pun tak pa... Tak percaya? ....

Anonymous said...

Rindok nak nganok Menteri, kita yang kerja di jabatan di bawah Menteri ya pun patut dianok. Mun agen pelaksana sik betol, ingat dak menteri ajak salah... Kelakar diat dirikpun juak.. BukanMenteri ajak kerja nok sik menteri ya gine???

Anonymous said...

Emosinya penulis-penulis komen dalam blog ini. Baca dan fahamilah dahulu sebelum membalas balik komen seseorang. Jangan main "post" saja, ada eloknya di preview terlebih dahulu...baca...baca...sehingga ianya dirasakan sesuai.
Bila menulis komen mahupun idea biarlah berguna dan apabila komen diberi janganlah menilai komen tersebut tak semena-mena sahaja. Bacalah dahulu dan fahami isinya. Betul2...(upin dan ipin) "TheMonkey"

Anonymous said...

Dah baca pun.

Anonymous said...

Saya berbangga dengan Pak Rais. Dia adalah orang yang "multi skill". Walaupun berlatar belakang Undang-Undang... "Pemikiranya adalah dinamik" dan boleh membawa pelbagai tanggungjawab...Moga Pak Rais akan terus berbakti... berpegang pada "Perlembagaan" bertongkatkan "Rukun Negara"..berfikiran "Melayu Berkeupayaan" dan menteri... "Bijaksana serta Berilmu... Yang pasti... "Pak Rais dapat membawa informasi dan teknologi... melalui...RTM teman setia anda... Saudara Abdullah terima kasih daun keladi... terus-teruslah menulis lagi...

Secawan kopi

Copyright © 2010 abc sadong™ is a registered trademark.

Designed by Access. Hosted on Blogger Platform.