.

3/11/19 PRIHAL UNDANG-UNDANG DAN AKHLAK ..... kemelut Melayu yang membazir.

Posted By: Abdullah Chek Sahamat - November 12, 2019

Share

& Comment

Negara pada masa ini sedang banyak berdepan dengan persoalan perundangan dan akhlak yang cukup getir. Getir lantaran proses dan ketentuan perundangan dan akhlak telah, sedang dan akan mewarnai nilai-nilai sebenar kemanusian manusia-manusia Malaysia, Malaysian public atiquette. Perundangan adalah bersabit dengan keperluan mematuhi perlembagaan dan atau undang-undang yang sediada. Secara khusus perlembagaan dan undang-undang adalah untuk kepentingan orang perseorangan dan juga masyarakat. Akhlak lebih merujuk kepada budi pekerti atau adat susila seseorang atau masyarakat. Maka akhlak atau lebih biasa disebut sebagai moral, adalah melibatkan kesusilaan dan keharmonian hidup seseorang dan masyarakat. Fungsi perundangan dan akhlak hampir-hampir serupa. Cuma bedanya adalah dari segi penghukuman. Di bidang perundangan, hukuman biasanya melibatkan sekatan tertentu, denda kerja-kerja sosial, wang ringgit, sebatan, pengasingan, penjara dan atau nyawa. Sedang dalam prihal moral, hukumannya lebih berbentuk maruah, martabat dan kemudiannya pahala dan dosa yang pengadilannya adalah di Masyar. 

(2) Sesungguhnya, Perlembangaan, Akta, Ordinan, Undang-Undang dan bahkan Peraturan, semua itu adalah cara temadun kini hendak menegakkan nilai-nilai baik dan atau hak-hak tertentu di kalangan orang perseorangan dan atau masyarakat di semua peringkat sehingga ke serata dunia. Maka undang-undang asasnya adalah akibat tuntutan akhlak ke atas seseorang dan atau kumpulan tertentu. Cuma beda, undang-undang dan akhlak mempunyai keterangkuman yang agak berbeza. Undang-undang melibatkan pengkhususan perkara yang diliputinya. Akhlak, perkara yang dirangkuminya adalah sangat luas, pelbagai dan banyak bersifat subjektif. Namun, undang-undang tidak boleh lari dari keperluan penjagaan akhlak pribadi dan masyarakat di mana ianya terpakai.

(3) Namun, jika diteliti dari segi hukuman antara keduanya, maka perundangan melibatkan hukuman yang jelas, definite. Perundangan lebih merujuk kepada suatu yang nyata. Contoh Robin Hood. Dari segi perundangan, sifatnya merompak untuk kebajikan tetap salah. Yang undang-undang lihat adalah rompakan. Kebajikan itu soal lain. Sedang dari segi akhlak, hukumanya seolah-olah tidak jelas. Yang menjadikan hukuman prihal akhlak adalah tidak jelas lantaran pertembunngan tidak harmoni antara akal dan nafsu. Batas atau saling tindakbalas action and reaction akal dan nafsu seringnya kurang harmoni iaitu mereka seringnya bersetentangan hala antagonistic reaction. Lantaran itu, keputusan seseorang atau masyarakat dalam prihal akhlak sering bercelaru. Juga mengambil contoh Robin Hood. Dari segi akhlak, orang sering melihat Robin dari sudut hasil kebajikannya. Mereka melupakan prihal rompakan. Di dalam Islam, rompakan boleh mengakibatkan hukuman bunuh. Lantaran manusia, lebih menjurus kepada nafsu, maka Robin Hood dilihat lebih dari sudut kebajikan. Soal keselamatan harta pihak lain itu tidak penting. Yang penting di mata umum adalah kebajikan. Di sisi nafsu rakyat, Robin Hood adalah juara, pahlawan. Di sisi nafsu penguasa, Robin Hood adalah perompak. Islam tidak melihat Robin Hood sebegitu. Islam tetap melihat Robin Hood sebagai perompak. Kekejaman pemerintah serta kebajikan rakyat biasa, secara akhlak Islam, itu harus diurus cara lain dan diberikan pertimbangan saksama. Islam melihat Robin Hood lebih kepada sudut hikmah dari yang zahirnya. 

(4) Di dalam Islam, prihal akhlak dan perundangan termaktub di dalam peraturan Syariah. Peraturan Syariah Islam, tidak berada dalam bentuk satu doktrin khas sepertinya Perlembagaan, Akta, Ordinan atau Undang-Undang sesebuah Negara, Negeri atau apa juga pertubuhan entity. Akhlak dalam Islam merujuk kepada kepatuhan kepada Al Quran. Akhlak Islam dan atau Syariah Islam adalah Al Quran itu sendiri secara keseluruhannya total. Maka dengan sebab itu Aishah RA menyatakan dengan tegas bahawa akhlak SAW adalah Al Quran, tidak lebih dan tidak kurang. Secara ringkas, jalanan hidup SAW adalah sepenuhnya berpandukan Al Quran. Undang-undang dan peratusan hidup SOP SAW adalah Al Quran. Sesungguhnya, temadun terhebat dan termulia manusia adalah Al Quran dan kepatuhan kepada Al Quran. Lantaran ianya adalah termadun, Al Quran bukan sekadar peraturan tetapi tatacara hidup lengkap manusia adeen

(5) Sesungguhnya, tiada temadun lain selain Islam yang tercatat penuh sebagai sebuah doktrin lengkap bernama Al Quran. Biar Yang Tze, Nil, Euphrates, Ganges, Yunani, Latin, Farsi dan apapun, tidak ada dan tidak akan pernah tertulis sepertinya Al Quran. Al Quran, sebagai doktrin teragung, bukan ciptaan manusia, tetapi penguasa alam iaitu Allah, sifatnya pasti lain. Al Quran adalah temadun yang terus berkembang dan selari dengan zaman. Al Quran adalah a living civilization doctrine.

(6) Tujuan saya menulis tulisan ini adalah akibat terpanggil dengan konsep "One is not guilty until and unless proven guilty".  Sebagai bukan pengamal bidang perundangan, tetapi lebih kepada pemerhati umun generalist observer, saya ingin melihat "One is not guilty unless proven gulity" dari sudut yang lain. Dari sudut perundangan kini, sebegitulah tujuan dan ikatannya. Namun, sebagai manusia, yang mengikat kita bukanlah undang-undang semata-mata, tetapi termasuklah juga adat susila atau tuntutan akhlak. Seperti yang saya katakan terdahulu, adat susila dan bahkan perundangan, kedua-duanya adalah berteraskan kepada tuntutan kepada pembentukan akhlak mulia. Maka kepada saya, dalam menyorot salah benar sesuatu perlakuan itu, nilai-nilai akhlak harus mengatasi nilai-nilai perundangan lantaran matlamat akhir undang-undang adalah berkait prihal akhlak. Undang-undang yang adil, pasti menjurus kepada pembentukan akhlak yang mulia. 

(7) Banyak kes berprofil tinggi kini, telah menimbulkan kemelut di kalangan masyarakat. Negara sedang berdepan dengan pembicaraan kes-kes rasuah dan salah guna kuasa yang cukup hebat. Di satu pihak, tertuduh seperti telah bersalah di mahkamah awam public court, sedang di pihak lain pula mereka bermati-matian menyatakan kes berkenaan masih tidak sah salah selagi mahkamah belum mendapati pembuktian sahih dan menjatuhkan keputusannya. Soal salah atau benar, bukan persoalan pokok yang hendak saya bicarakan. Persoalan yang hendak saya ulas adalah pembaziran masa, tenaga bahkan sumber rakyat dan Kerajaan dalam penglibatan mereka dalam kemelut tersebut. Saya melihat, lantaran beda pendapat tersebut, rakyat dan Kerajaan banyak membuang masa, tenaga dan sumber untuk bertelingkah tanpa penghasilan yang terbaik untuk kemajuan Negara dan rakyat. Rakyat binggung tanpa faedah. Kerajaan sibuk tanpa hasil baik dalam terus sibuk menyanggah kesan dari kebinggungan rakyat dengan cara polimik poilitik cetek. Kita seperti sedang sasau tengelam punca akibat bukan perkara pokok.

(8) Saya melihat, kesasauan di pihak rakyat, adalah akibat pemahaman terhadap tuntutan akhlak yang rendah di kalangan semua yang terlibat. Dengan ayat ini, pasti ramai yang tersenyum, "Jika mereka berakhlak mulia, pasti mereka tidak berdepan dangan permasalahan high profile cases ini". Itu benar. Jika kita berpendirian sebegitu, kenapa kita juga bertindak sepertinya tidak mengenali akhlak apa yang dituntut oleh Negara, masyarakat dan Islam? Jika kita sendiri sedar tentang akhlak yang dituntut ke atas kita, seharusnya kita tidak menari ikut gendang tetapi mengambil sikap yang sewajibnya kita ikuti. Lantaran kesasauan yang meluas sedang berlaku, saya yakin di semua lapisan, ada masalah akhlak yang meluas.

(9) Cuba ingat kasus di mana para isteri SAW telah dituduh berlaku onar. Apa SAW perbuat. Ingat SAW adalah orang yang berkepentingan dalam pertuduhan tersebut. Yang dituduh adalah isteri-isteri beliau. Para isteri Nabi dan Rasul adalah manusia yang sangat mulia dari segi darjat dan kehebatannya di sisi Allah. Tuduhan yang dilemparkan, jika mengikut hukum boleh saja isteri-isteri yang terlibat direjam mati. Sebegitu juga Abu Bakar dan Umar Al Khataab adalah juga mereka yang sangat berkepentingan di dalam kasus tersebut. Para isteri SAW yang dituduh adalah anak-anak mereka. Apa sikap dan pendirian mereka? SAW, Abu Bakar dan Umar Al Khataab malah para isteri yang terlibat, mereka, khasnya SAW mengambil sikap mengasing, diam dan membiarkan pihak yang dipercayai untuk menguruskannya iaitu Ali Abi Thalib. Ali Abi Thalib pula bebas dalam menjalankan tugas beliau, biar Abu Bakar dan Umar Al Khataab adalah rakan-rakan akrab dan pembesar yang sangat SAW percayai. Beliau mengambil sikap bebas dan benar.

(10) Di Malaysia, jika kita memahami perkisahan prihal musyibah fitnah ke atas keluarga besar SAW
dari sudut apa yang berlaku kini, pasti kita tidak sasau. Pertama, yang tertuduh harus bersedia menjalani proses keadilan secara terhormat iaitu diam berkhalwat. Belalah diri secara perundangan dan berakhlak. Tidak perlu melalak-lalak, sehingga akhlak hilang. Namun dalam banyak kasus yang ada sebegitulah keadaannya kini. Konon berani kerana benar.  Kebanyakan mengambil sikap berani menantang dan melalak lantaran mereka percaya mereka benar. Mereka tidak berani diam, khalwat tanda menyerah proses pengadilan pada jalannya. Mereka sendiri telah mengambil the law into their hand. Adat dunia, when there is an action, there must be an equal reaction. Maka terjadilah kemelut, di pihak lain. Mereka mengambil keputusan, lantaran sudah tertuduh, maka pastinya telah bersalah. Pepatah, kalau tidak berangain, masakan pohaon bergoyang menjadi sandaran. Kedua-dua pihak tidak tidak sabar membiarkan proses keadilan berjalan lancar bebas tersendiri. Sebabnya, demi kepentingan masing-masing dan tiada kaitan dengan kebenaran hakiki.

(11) Maka sesungguhnya, untuk undang-undang apapun agar berjalan baik, nilai-nilai akhlak harus diberikan pertimbangan setimpal. Hanya dengan memelihara susila Melayu, saya berkira Melayu akan patuh dengan undang-undang dan ketenteraman akan terjamin.


Kuching, Sarawak
17-19, Nov., 2019


Kuchig, Sarawak
12 - Nov., 2019

#Abdullah Chek Sahamat

Writing that complies Bizarre, Odd, Strange, Out of box facts about the stuff going around my world which you may find hard to believe and understand

0 comments:

Copyright © 2010 abc sadong™ is a registered trademark.

Designed by Access. Hosted on Blogger Platform.