Latest Postings
Loading...
Mar 5, 2018

1/3/18 KEGHAIRAHAN EKONOMI CHINA, kita menjadi biar papa asal bergaya! (DRAFT)

Mao Zedung meninggal dunia pada 9 Sept., 1976. Beliau adalah suatu susuk penting yang Allah kurniakan dalam menjadikan China sepertinya China kini. Pada 1981, mengikut Bank Dunia, kadar kemiskinan di China adalah pada kadar 88 peratus.  Jika sebegitu keadaan kemiskinan di China pada 1981, maka pada 1960an dan 1970an, pasti kemiskinan di sana jauh lebih parah. Namun kadar itu menurun ke 6.5 peratus pada 2012,  turun lagi ke 4.1 peratus pada 2014, dan dijangka turun ke 2.0 peratus pada 2018. Pada 2020 China menjangkakan akan dapat menghapuskan sepenuhnya kemiskinan di negara tersebut. Di lihat dari sudut kemakmuran rakyat China, bagi tempoh 1990-2000 GDP Per Kapita China naik dari U$200 ke U$1,000. Kemudian dari 2000-2010 GDP Per Kapitanya meningkat dari U$1,000 ke U$5,000. Pada 2016, GDP Per Kapita China adalah pada U$6,894 berbanding US pada U$52,194. GDP China pada 2016 bernilai U$11.2 trillion berbanding US pada U$18.57 trillion. Sebegitulah sekilas pandang kedudukan ekonomi China dari 1976-2018 iaitu bagi tempoh 42 tahun yang lepas. Perubahan besar ekonomi China dimulakan oleh Deng Xiaoping pada 1978 bila dia menukar urustadbir ekonomi China ke Komunis-Kapitalis dari tok tok Komunis sebelumnya.
(2) Jika kita melihat bagi tempoh pemerintahan Mao Zedung, 1949-1976, tumpuan beliau adalah untuk menjadikan China-China iaitu kesatuan China yang tidak boleh digugat oleh bangsa apapun, khususnya Tar Tar, Jepun dan malah Amerika. Allah mengadakan keberadaan Mao adalah untuk membentuk China yang satu atau 1China. Sebelumyna, Allah telah memberikan China temadun Yang Tze untuk dikembangkan, namun China kemudian berubah menjadi Feudal yang sering bergolak, sehingga muncul Koamintang di bawah Chiang Kai Shek yang mengibarkan bendera Nasionalis-Kapitalis. Namun itu juga gagal lalu 1China yang dibentuk oleh Mao adalah China berteraskan tradisi peasant chinese. Inilah China yang dibentuk dari kekuatan China sediada. Saya melihat, mahabijaksana Allah, Dia perlu mengaruh sehingga terbentuk 1China, kerana tanpa China bersatu teguh, perpecahan China pasti mengundang malapetaka bagi seluruh Asia Timur malah Nusantara. Ada perkara yang Allah cuba lindungi di atas wujudnya 1China. Maka Tumpuan asas Mao adalah untuk membentuk China yang aman dan rakyat boleh hidup. Mungkin kemakmuran temadun Yang Tze pada 3,000-2,000BC dahulu menjadi sumber ilham beliau. Dari mulanya keruntuhan temaddun Yang Tze sehinggalah di awal abad ke 20, China telah terlalu lama bergolak. Bagi beliau, China adalah suatu keluarga besar. Segala-galanya milik China, harus diusahakan dan diperkongsi oleh sebuah keluarga besar China. Beliau tidak membenarkan kejayaan individu. Individu yang berjaya adalah musuh keluarga dan harus dinyah. Kepada Mao Zedung, kemandirian China haruslah berteraskan kesamarataan dalam keluarga besar. Rakyat harus menikmati taraf hidup yang hampir-hampir mendatar. Tiada siapa yang harus lebih mewah dari yang lain. Hanya ketua keluarga iaitu dirinya perlu punya kelebihan yang luas untuk membolehkannya dapat mengekalkan sebuah keluarga besar. Itulah logik pemikiran tok tok Komunisma Mao. Secara keseluruhan beliau berjaya menyatukan tanah besar China melainkan Macau, Hong Kong dan Taiwan. Mao berjaya mengekalkan sebuah keluarga China yang 'bersatu padu, aman dan makmur'.

(3) Allah mengadakan Mao sesuai pada masanya. Juga jika diteliti mendalam, banyak hikmah yang cuba Allah sampaikan melaluinya. Pertama-tama dan paling utama adalah rakyat harus bersatu membina keluarga besar. Mao mendapat ilham mengenainya. Dia bersungguh-sungguh bekerja ke arah itu. Dia menjadikan long march sebagai permulaan ke arah itu. Dalam keadaan getir yang dikeliling musuh-musuh yang handal-handal, hanya kuasa rakyat yang dapat menantang segalanya. Sekali lagi Mao mendapat ilham tentang itu dan bekerja keras ke arah itu. Dia menjadikan musuh Negara sebagai musuh rakyat. Rakyat pada masa itu cukup derita kerana dirayah penjajah malah golongan sarakah di antara mereka. Menghapus kesengsaraan rakyat beliau angkat menjadi sebuah perjuangan. Beliau berjaya menjadikan kesengsaraan rakyat sebagai perjuangan rakyat untuk menantang segala musuh mereka. Moa dengan bijak menjadikan kemiskinan sebagai benteng dan kereta kebal menantang musuh. Beliau berjaya pada jalan itu. Namun, seperti kita tahu, di waktu-waktu akhirnya, Mao menjadi seperti lupa diri. Di situlah kebesaran Allah, pada Mao Dia hanya berikan sedikit ilham bagi menyedarkan kita sebagai pemerhati betapa jika apapun yang kita lakukan tidak bertepatan dengan kehendak Allah, kita pasti gagal juga akhirnya. Moa mengajak rakyat payah, namun pada akhirnya dia menikmati segala kemewahan sedang rakyat kekal terus susah. Mao berjaya menyelamatkan Negara, tetapi Mao gagal dalam membela rakyat.

(4) Pada Mao, Allah menunjukkan teladan antara kejayaan sebuah perjuangan tanpa Iman berbanding sebuah perjuangan atas landasan Iman sekitar 1,300 terdahulu yang dipelopori oleh SAW dan para sahabat besar beliau. SAW berjaya membina dan membela Ummah, malah kemaraan Islam terus kekal sehingga kini biar dirinya tetap zuhud seisi keluarga sehingga akhir hayat. Perjuangan yang berteraskan keImanan dan Taqwa tidak menuntut nikmat kemewahan, yang utama adalah janji Syurga yang telah Allah tetapkan.

(5) Pemimpin China selepas Mao, khasnya Deng Xiaoping, sedar China tidak boleh bertahan sebagai China Mao, lantaran dunia sedang berubah dan bilangan rakyat China sendiri juga sudah kian meningkat mendadak. Mereka melihat, dalam menantang musuh luaran, kuasa ekonomi luar bandar bukan bentengnya. Jika China terus kekal dengan peasant-based economy, bukan sahaja mereka akan gagal menantang kuasa-kuasa luaran, malah rakyat sendiri akan bangkit memberontak akhirnya. Demografi China dan dunia sudah berubah. Pada tahun 1953 penduduk China berjumlah 583 juta orang. Pada 1964, jumlah itu, meningkat ke 694.5 juta. Pada 1982, jumlah rakyat China terus meningkat ke 1,008 juta. Biar dengan adanya dasar satu orang anak bagi satu keluarga yang diperkenalkan pada 1982, kini penduduk China sudah meningkat ke 1.43 billion pada 2017. Dari segi taburan penduduk, pada 1980, sekitar 19.6 peratus dari penduduk China tinggal di bandar. Keadaan ini berubah di mana kini pada 2018 sekitar 51.27 peratus rakyatnya mendiami kawasan bandar. Sejumlah 680 juta rakyat China tinggal di bandar berbanding Amerika di mana 83.7 peratus dari sejumlah penduduknya yang berjumlah 326 juta tinggal di bandar. Hakikatnya, penduduk bandar China hampir 300 peratus lebih besar dari di US. Kerana itu, Model Ekonomi Komunis Mao sudah tidak terpakai di China bermula dari saat kematiannya. Deng Xiaoping mula mengenengahkan Model Ekonomi Komunis-Kapitalis.

(6) Dengan Model Komunis-Kapitalis ie bukan tok tok Komunis dan bukan juga tulin Kapitalis, maka Model Ekonomi China saya lihat sebagai Model Ekonomi Quasi Komunis-Kapitalis. Dalam sistem ini, Negara masih menguasai apa saja atas kepentingan Negara. Pengusaha bebas melakukan apa saja asalkan tidak bercanggah dengan kepentingan dan ketentuan Negara. Berbanding dengan Komunis tulin, kini pihak swasta sudah mengambilalih kebanyakan dari tugas-tugas memakmurkan Negara. Namun kebebasan pengusaha adalah cukup terkawal dan terarah. Pengusaha harus membina apa yang Negara perlukan dan pada syarat-syarat yang Negara tetapkan. Negara tidak berkompromi dengan apa-apa yang terpesong dari kepentingan Negara. Peranan rakyat pula, mereka mesti patuh kepada kehendak Negara dan Pengusaha. Sedang peranan Negara, agak mudah dan jelas iaitu mengawal segala-gala. Rakyat dan Pengusaha adalah milik Negara. Negara pula dilihat sebagai sekelompok penguasa Central Comunist Committee CCC. Simbiosis antara Negara, Pengusaha dan Rakyat adalah agak sedikit berbeza dari Komunis Mao dan Kapitalis Amerika. Sistem Quasi Komunis-Kapitalis China juga agak sedikit berbeza dari Sosialis Russia. Dalam sistem sosialis Russia, pengusaha dan Negara adalah kelompok yang sama. Pengusaha Russia lebih menjurus kepada GLC. Di China, pengusaha adalah private enterprises cuma mereka mendapat dokongan awal dari pemerintah. Biasanya mereka punya hubungan sangat akrab dengan penguasa di peringkat wilayah, negeri atau majlis perbandaran dan nasional. Sebetulnya kedua-dua Russia dan China kini sedang melakukan evolusi sistem ekonomi baru iaitu lari dari Kapitalis, Sosialis malah Kapitalis. Russia mungkin sedang mengevolusi Sosialis-Kapitalis dan China sedang mengevolusi Komunis-Kapitalis. Kedua-duannya sedang menempah kejayaan dengan cara tersendiri. Namun apapun China nampaknya jauh lebih berjaya dari Russia atas sebab beda strategi. Russia lebih menjurus kepada pantang dicabar sedang China menyusup seperti api dalam sekam. China jarang terlibat di dalam apa-apa pertelingkahan hebat dunia, lantaran itu maka segala sumbernya digunakan untuk kebaikannya, sedang Russia sering terheret ke dalam kancah mendalam sehingga segala sumbernya menjadi terhakis.

(7) Dalam ertikata lain, Russia gemar menari mengikut gendang musuh, sedang China lebih gemar melihat fire across the sea. Sifat-sifat jati diri kendiri seperti yang SAW amalkan terilham sebagai teras strategi China dalam mendepani musuh-musuh luaran mereka. Bilangan penduduk China yang sangat besar, menjadikan musuh-musuh luaran agak tidak terlalu keras terhadap China, umpamanya US bila berdepan China di Pig Bay mereka terpaksa berundur bila Mao mengugut untuk menghantar 200 juta rakyatnya ke US. Dari segi musuh dalaman, China tiada tolak ansur. Biar geng of five Mao Zedung pun mereka hapuskan.

(8) Namun apapun, permodenan dalam padangan China pasca Mao tetap bersandarkan kesamarataan. Dengan penduduk yang begitu besar serta dari suku kabilah yang pelbagai, China tidak akan lari dari konsep kesamarataan. Saya melihat itu sebagai teras China, lantaran itulah asas kepada kekuatan China. China tidak boleh lari dari keperluan kesamarataan dalam sebuah keluarga yang besar. Mereka tidak boleh mengamalkan kesaksamaan. Kesamarataan dan kesaksamaan adalah dua konsep yang berbeza. Kesaksamaan mengambilkira persoalan keupayaan. Siapa yang berupaya, maka dia ke depan.  Konsep kesamarataan China melibatkan unsur-unsur paksaan. Pengusaha, rakyat malah pemimpin selain pemimpin nombor satu Negara, semua harus dipaksa berkerja ke arah kepentingan Negara. Tidak ada yang boleh terlepas dari tuntutan norma tersebut. China melihat cabaran dan acaman kepada keutuhan Negara bertitik tolak dari kesamarataan. Kepincangan bahkan berlebihan di mana-mana pasti mengugat keutuhan Negara. Dengan cara Model Ekonomi Quasi Komunis-Kapitalis, China telah dapat merombak struktur ekonominya ke arah ekonomi moden bandaran sehingga dapat membebaskan tekanan kemiskinan di luar bandar. Biar sektor pertanian terus berjalan, namun tumpuan harus kepada perindustrian. Bermula dengan industri pembinaan, kini China sudah siap sedia untuk bergerak pantas dalam industri pembuatan. Ekonomi China bukan lagi bersifat domestic consumption tetapi harus berebut hebat menjadi exporting economy. Semua ini harus dibuat dengan cepat. Maka lantaran struktur sosial dan geografi China yang sangat mencabar, maka kuasa mutlak penguasa mereka pergunakan sepenuhnya sebagai kekuatan paling mampan untuk menghapus segala rintangan. Moa dari satu sudut, beliau telah berjaya mengujudkan sebuah keluarga yang mana para ahlinya sangat patuh manut kepada ketua. Dengan sebab itu pengunaan kuasa penguasa menjadi sangat berkesan di China. Tiada siapa yang berani membantah melainkan inginkan nyawanya dicabut.

(9) Dengan permodenan sektor bandar, China sedang bergerak cergas untuk mencapai Negara maju sepenuhnya pada 2020 sama dengan sasaran W2020 Malaysia. Jika di zaman Mao, kesamarataan adalah sekadar untuk hidup aman damai di dunia agarian, kini kesamarataan mereka telah menjurus kepada rakyat hidup aman dan makmur di sektor moden. Dari 1978 sehingga kini, China tekad untuk menjadi Negara Maju menjelang 2020, bukan sekadar maju tetapi menjadi gergasi ekonomi dunia. Pada tahun 2020, GDP China disasar mencapai U$24.6 trillion mengatasi US. Mao melihat kemakmuran sebagai menghancurkan Negara, namun kini kepimpinan China sedang menghambat kemakmuran sebagai teras kekuatan sebenar Negara dan bangsa. Secara bandingan, Mao terbawa-bawa semangat Yahudi Orthodox, ie tidak mengapa miskin, yang penting kesatuan bangsa China; sedang para pemimpin selepas beliau melihat kemakmuran menyatu kukuh Negara cuma ianya harus terkawal dan terarah menghampiri fahaman Yahudi Zionis-Kapitalis. Di zaman Mao, bilangan rakyat yang miskin adalah senjata yang mantap untuk mempertahankan China; China kini juga menjadikan bilangan rakyat yang sangat ramai juga sebagai senjata utama. Cuma jika dulu lebih kepada saikologi ketenteraan, kini ianya diubah menjadi kuasa ekonomi domestik yang semua pihak perlu hargai dan manafaatkan. Tiada negara sanggup untuk bermusuh secara terang-terangan dengan China demi kepentingana dagangan.

(10) Sesungguhnya, Model Ekonomi Quasi Komunis-Kapitalis China 1980-2010 tidak banyak pihak menelitinya dari sudut keperluan China. Apa lagi untuk menjadikan ianya sebagai perbandingan dengan Model Ekonomi Islam. Kebanyakan melihat kebangkitan China pada tempoh itu (dan kini) sebagai ancaman kepada dunia terutama para prejudis Barat. Tujuan kapitalis Barat adalah mudah. Ianya adalah sebuah sistem liberal tulin. Pengusaha punya kebebasan untuk berbuat apapun bagi mengoptima keuntungan mereka. Model Kapitalis Barat adalah Sistem Ekonomi Amerika. Bagi Barat, bahkan dunia, Amerika adalah the Lord of Today Economic System iaitu sistem ekonomi yang percaya kepada individual merit. Kenapa itu menjadi tunjang sosial dan ekonomi Amerika? Jawabannya cukup mudah ie mereka asalnya adalah pelarian dari segala bentuk penindasan feudal penjajah biar British, Peranchis, Spanyol malah Jerman. Bangsa Anglo dan Yahudi Amerika, mereka terdahulunya adalah bangsa-bangsa yang pernah tertekan hebat oleh negera-negara ibundna penjajah mereka, mereka sanggup berperang melawan ibunya penjajah mereka, maka bila Amerika merdeka, mereka mahu merdeka dalam segala sisi dan tidak mahu terikat dengan apa-apa yang yang terdahulu biar di bidang agama sekalipun (melainkan bagi Yahudi). Slogan We are American bermaksud bahawa Amerika tidak perlu terhutang budi kepada sesiapa. Amerika merdeka penuh.

(11) Amerika sebagai tunggak Barat, cukup bernafsu untuk mengembangkan sistem ekonomi liberal mereka ke seluruh dunia. Amerika sangat berminat agar dunia mengamalkan sistem ekonomi liberal, cuma di Amerika sendiri, mereka tidaklah liberal sangat. Mereka mahukan dunia mengamalkan sikap liberal biar di dalam negara, mereka cukup bijak menjadikan ianya only for America. Asasnya mudah. Mereka telah terkedepan dalam segala bidang, maka pastinya amalan sistem ekonomi liberal peringkat dunia akan sangat memperkayakan mereka. Negara-negara membangun pasti sukar berdepan dengan mereka atas kekurangan segala faktor pengeluaran.

(12) Today Free America adalah kerana rakyat mereka serik dan tidak sekali-kali mahu terikat dengan kuasa penjajah biar ibunda mereka sendiri; is all about America is an independent Country, free to set it own course. Sesiapapun yang menjadi rakyat Amerika, sifat dan sikap mereka adalah we are free American dalam context the American cultures. Namun, saya tidak akan membicarakan itu serta perbandingan ekonomi Quasi Komunis-Kapitalis China dengan Ekonomi Islam, biar kita lihat bagaimana China dari 1978-2010 khususnya telah berjaya menyediakan dirinya untuk menjadi gergasi nombor dua dunia pada 2017. China memulakan segalanya dengan segala macam kegilaan. Barat pernah mengkritik dan menghentam China bilamana China mula membina projek-projek raksaksa di sana. Pada 1994, Barat mengkritik hebat usaha China membina the Gorges Dam. Cuba lihat kesan pembinaan empangan tersebut: The project used 27.2×106 m3 (35.6×106 cu yd) of concrete (mainly for the dam wall), used 463,000 T of steel (enough to build 63 Eiffel Towers), and moved about 102.6×106 m3 (134.2×106 cu yd) of earth.[28] The concrete dam wall is 181 m (594 ft) high above the rock basis. Dengan kejayaan projek ini pada 2010, China sedar akan kesan economic trickling effects apapun Projek mega seterusnya. Maka langkah seterusnya China adalah dalam pembinaan lebuhraya-lebuhraya secara meluas. Tujuannya mudah, untuk mengangkut segala sumber kekayaan bumi Negara dari kawasan luar bandar ke kawasan-kawasan industri. Kawasan-kawasan industri pula pada permulaannya dibangun dengan teknologi apapun yang ada, biar kuno sekalipun, namun yang lebih penting dalam pemikiran pemimpin China adalah agar profession rakyat dapat diubah dari traditional peasant. Tenaga rakyat yang dulu diperah di tanah sawah, kini diubah diperah di kilang-kilang, biarpun dari segi sengsaranya tiada beda. Lalu kemudian, berlaku rampasan tanah-tanah perumahan rakyat yang kuno slums bagi membina kawasan perumahan yang menjulang langit serta percambahan hebat bandar-bandar baru yang kian tersusun menjadi megacities yang modern seperti apa yang ada pada hari ini. Deng Xiao Ping mengilhamkan kepada seluruh kepimpinan China sehingga kini, "buat apa yang mesti kita buat, jika perlu, peluru harus dijadikan kuasa penentu". China kini mengunakan sepenuhnya para pengusaha mereka untuk membina kemakmuran China bukan berteraskan Kapitalis tulin tetapi Komunis-Kapitalis. "Kamu buat apa yang Negara perlukan, jika tidak nyah kamu." Pada kacamata China, demokrasi dan apapun nilai-nilai lainnya tidak penting. Yang penting adalah China mesti makmur, rakyat China bersatu padu, Negara kuat.

(13) Di pasca Mao, pemimpin China telah dengan bijak mengadunkan kuasa mutlak yang ada pada mereka dengan sifat manut rakyat China yang dibina oleh Mao, dalam cara lain ie secara Quasi Komunis-Kapitalis. China dari 1976-2018 punya sikap yang sangat jelas, mereka tidak peduli hal-hal lain, melainkan mengunakan sepenuh kuasa dan kekuatan rakyat untuk membina Negara. Bahkan sehingga 2020, sikap mereka akan tetap sama.

(14) Sesungguhnya menjelang abad ke 21, China sekali lagi sedang mengubah Model Keluarga Besarnya dari hanya membina dari dalaman, mereka kini sedang membina Keluarga Besar China di persada antarabangsa. Dengan tempoh sekitar 40 tahun (1978-2018), jika China dapat menambah penduduk bandarnya dari 19 peratus ke 52 peratus iaitu dengan pertambahan 33 peratus, maka bagi tempoh sehingga 2020, tidak mustahil penduduk bandar China boleh mencecah 80-85 peratus. China mempunyai strategi cukup berani, tegas dan cepat untuk merobah struktur keseluruhan ekonomi rakyatnya. Lantaran rakyat China kian menuju kota-kota besar, maka keperluan China sudah kian berubah dan pasti sukar dipenuhi jika cara baru tidak segera dicari. Untuk tujuan itu, apapun strategi 1978-2000 kian sudah tidak terpakai, maka strategi 2000-2015 yang menekankan industri asas tempatan juga sudah lapuk, maka dengan adanya asas-asas kukuh yang telah terbangun sehingga 2015, maka China kini sedang hebat melihat keluar negara sebagai asas membina kekuatannya. Maka dengan sebab itu, China kini sedang bergerak cergas ke seluruh pelusuk dunia untuk menguasai sumber-sumber ekonomi di sana. Afrika, Asia, Australia dan Latin Amerika kian menjadi sasaran hebat China. Sikap China ini tidaklah susah untuk dimengertikan. Tidakkah Amerika dan Eropah pada kurun ke 16 sudah mulai menguasai dunia biar penduduk mereka hanya sekitar 300 juta pada masa itu, dan sangat mencengkam dunia pada saat revolusi industri mereka di awal abad ke 19? Maka apa yang berlaku dengan China adalah serupa. Cuma bedanya, jika di zaman perluasan Barat di abad ke 17, negara-negara sasaran belum punya sekutu bahkan masih bebas, namun kini di saat kebangkitan China, Barat sedang menguasai negara-negara ini. Kepentingan Barat sedang terjejas dengan kebangkitan China. Lantaran itu, dunia kini melihat kebangkitan China agak berbeza dengan semasa Barat menjajah mereka.

(15) Belajar dari Barat, China jelas akan keperluannya untuk membina kekuatan dagangan, kewangan, diplomatik, malah ketenteraan sebagai strategi menyeluruh bagi membina dan mempertahankan the Great China. Kebangkitan kuasa ekonomi China kini sedang digembar-gembur dengan kebangkitan kuasa ketenteraan China yang meniupkan api-api kekhuathiran tentang peralihan penjajahan dari barat ke China. Apakah dunia ke tiga akan mengalami pisang berbuah dua kali, jika itu terjadi apa tidak mungkin dunia ke tiga akan mengalami sudah jatuh ditimpa tangga. Kedudukan Malaysia bagaimana? Persoalan ini, tergantung dengan cara kita melihat dan bersiap diri untuk mengatasi atau mencapai nikmat darinya.



(16) Secara bandingan GDP Per Kapita Malaysia pada 1970 adalah U$900, meningkat ke U$3,400 pada tahun 2000. Pada 2016, GDP Per Kapita Malaysia adalah pada U$11,028. Darai segi GDP Per Kapita, kita sekitar 100 peratus terkedepan dari China. Kadar kemiskinan telah turun dari 54.5 peratus pada 1970 ke 5.5 peratus pada 2000. Pada 2012, kadar kemiskinan di Malaysia terus turun ke 1.7 peratus dari 3.8 peratus pada 2009 dan pada 2016 kadar kemiskinan menjunam ke 0.4 peratus. Secara perbandingan, sesungguhnya Malaysia berada jauh ke depan dari kebanyakan negara di Asia dan rantau ASEAN sejak 1970an lagi melainkan Burma (kini Myanmar) dan Filipina. Namun kedua-dua Burma dan Filipina kecundang berbanding Malaysia di 1980an berpunca dari masalah rasuah dan salahguna kuasa. Dari 1972 berakibatkan malapetaka Mei, 13 pada 1969, Malaysia di bawah Razak membawa ke Mahathir (2003) sangat menitik beratkan pertumbuhan ekonomi melalui agihan, growth with distribution.

(17) Razak, bukan kerana kefaham Komunisma, tetapi atas citarasa menjiwai kesusahan rakyat dan martabat Islam, maka bermula dari 1970-76, dalam keadaan Negara masih miskin dan agak kacau, beliau menekankan pembangunan luar bandar. Beliau menekankan pembangunan prasarana asas, komoditi makanan dan eksport. Perlahan-lahan beliau juga mengasak perubahan struktur pentadbiran untuk memacu Negara ke bidang-bidang perindustrian. Melihat akan musibah akibat private enterprises penjajah, maka Razak membina banyak institusi awam bagi tujuan pembangunan ekonomi Negara. Felda, Felcra, Risda, MARA, PKNS, FAMA, Bernas dsb adalah beberapa contoh tentang government heavy weight involvement dalam mengurus ekonomi Malaysia di bawah Razak. Razak mengubal DEB sebagai strategi untuk mencapai apa yang dinamakan sebagai pengagihan saksama kekayaan Negara. Konsep saksama Razak berbeda dengan saksama liberal Barat. Beliau lebih menekankan sokongan kepada pribumi yang terpinggir di samping tidak menyekat kalangan berkeupayaan untuk berbuat apa yang terbaik. Saya melihat tindakkan beliau mirip Model Ekonomi Komunis Mao iaitu pembangunan ekonomi berteraskan institusi milik Negara. Cuma dalam bahasa sedikit lembut, Razak membina ekonomi Negara lewat demokrasi terpimpin.

(18) Kemudian bila Mahathir mengambialih pentadbiran pada 1981-2003, dia meneruskan dasar-dasar Razak namun mengubah secara mendadak di sekitar pertengahan 1980an. Tekanan Mahahtir adalah permodenan prasarana, penstrukturan institusi awam ke arah pengswataan dan seterusnya menjadikan GLC sebagai tonggak pembinaan dan agihan kekayaan Negara. Agihan ekonomi Negara di zaman Mahathir lebih kepada memperbaiki kepincangan DEB, di mana DEB dari mengalih ekuiti asing kepada pribumi, namun ianya telah beralih dari British kepada bukan pribumi. Cara Mahathir adalah mirip Quasi Sosialis-Kapitalis Russia, bahkan dasar ekonomi Mahathir jauh lebih berjaya dari Vladimir Putin yang menjawat jawatan Perdana Menteri Persekutuan Russia sejak 1999-2000 dan 2008-2012 dan kini sebagai Presiden Russia sejak Mei, 2012. Maka dengan sebab itu dikatakan, Putin mempunyai rasa hormat yang cukup tinggi kepada Mahathir. Namun dasar Mahathir, tidak digemari oleh Barat kerana ianya menyekat Barat dari menyusup mengaut untung dari sistem ekonomi kita. Sistem ekonomi kita dicap sebagai sistem ekonomi separa tetutup. Samalah di zaman Razak, semua pengamal sistem ekonomi agak tertutup terutama di negara-negara baru merdeka juga menjadi musuh Barat. Saya melihat Mahathir dan Putin berpunya keperibadian yang agak serupa bila melibatkan Barat. Kedua-duanya antagonistic West.

(19) Namun sedikit berbeza dengan Model Quasi Sosialis-Kapitalis Russia, dasar Mahathir memberikan banyak kelonggaran kepada local private enterprises untuk bersama-sama GLC dalam memajukan Negara. Lantaran itu, kita dapati semenjak awal 1990an, Bursa Saham Kuala Lumpur menjadi sangat aktif dan ekonomi kita mulai terbuka luas. Mahathir mendidik kalangan pribumi melalui segala macam GLC yang beliau wujudkan dari penswastaan institusi-institusi awam agar boleh bersaing hebat dengan private non-bumi enterpises. Mahathir mengunakan pendekatan preparing equal platform untuk membolehkan kalangan generasi baru kaum pribumi untuk kemudiannya bersama kalangan private enterprises bukan pribumi untuk sama-sama membina kekuatan Negara. Pendekatan ini saya kira amat wajar bagi sebuah Negara majmuk seperti Malaysia ini. Pendekatan Russia dan China sukar kita terap penuh memandangan kedua-dua Negara tersebut mempunyai masyarakat yang agak monogenous. Apa lagi mereka berpunya the benefit of being authotitarian. Kita, pada takdir Allah sebagai masyarakat majmuk apa lagi terasnya adalah Islam, menciplak sepenuhnya samada Barat, China atau Russia pasti bukan cara terbaik buat kita.

(20) Saya berkeyakinan, jika langkah-langkah Mahathir diteruskan katalah untuk tempoh sekitar 15-25 tahun dari tarikh dia mengundur diri pada 2003, Malaysia akan menjadi sangat lain, dan dari segi ekonomi kita mungkin boleh mencapai taraf yang lebih saksama. Malaysia juga In Shaa Allah lebih makmur dan sejahtera. Sayang hanya dengan silap cara mengurus kasus Anwar Ibrahim, Malaysia kini terseret dalam krisis ideologi dan strategi yang cukup merugikan.

(21) Bila Mahathir mengundur, agenda-agenda mulia tersirat di sebalik segala usaha beliau telah dicompromised sehingga bila beliau membuat penentangan di atas apa yang sedang berlaku maka seluruh Negara terseret ke kancah politicking yang tidak berpenghujung. Atas pengalaman dan pemerhatian saya, penglibatan saksama kaum pribumi di Negara di dalam sektor-sektor apapun, tidak boleh dibiarkan kepada mereka secara individu. Masyarakat pribumi di Negara ini, secara sejadinya bukanlah economically extrovert, sifat keusahawanan bukan jati diri mereka. Sistem feudal terlalu kuat mengakar di kalangan masyarakat pribumi Malaysia sehingga biar mereka merdeka, tetap mereka tidak merdeka secara individunya. Sifat dan jatidiri pribumi di Malaysia adalah kemasyarakatan. Sifat mereka mirip serigala, the wolves. Mereka tidak boleh hidup dan atau berjaya dalam apapun tanpa mereka harus berbuat secara berkelompok. A wolf can't survive by its own. The wolves need a team to hunt. Lantaran suka berkelompok, maka majlis-majlis kenduri dan atau kemasyarakatan di kalangan mereka cukup berjaya. Mereka cukup berjaya dalam gerombolan politik malah keagamaan. Selain dari itu, mereka lebih gemar melepas tangan. Saya yakin dengan mengakui tabii tersebut maka Razak menggunakan institusi awam sebagai senjatanya untuk mengembeling kalangan pribumi untuk maju. Samalah bagi Mahathir, dia mengunakan GLC lalu kemudian perlahan-lahan melepaskan GLC ini untuk menjadi entiti private enterprises sebagai jalan mengupayakan kalangan pribumi untuk boleh maju jauh ke depan.

(21) Wawasan dan tujuan Razak dan Mahathir sama saja. Cuma mereka berbeda strategi atas faktor masa dan keadaan.

(22) Razak membina kekuatan talent bagi jalan pentadbiran Mahathir. Mahathir menyambut baik prihal itu dan menggunakannya untuk kemajuan selanjutnya. Mahathir tidak mengubah apa-apa dasar Razak, malah terus memperbaiki dan memperkukuhkannnya. Saya yakin, melalui MARA contohnya, Razak telah memberikan Mahathir sumber tenaga pribumi yang punya kemahiran serta semangat membela bangsa. Sebegitu juga pengalaman luas dan kegigihan para peguasa pribumi di institusi-institusi awam telah Mahathir gunakan untuk merobah institusi-institusi tersebut agar lebih bersifat berkeusahawanan enterpreneurizing. Pokoknya, Mahathir cukup menghargai sumbangan Razak serta sangat menghargai local talents. Beliau memulakan usaha to attract and retain talents dalam usahanya membina Negara. Selama tempoh 22 tahun (1981-2003) Mahathir sebetulnya telah memperluas dan memperdalam asas-asas local talents bagi pembinaan kekuatan pribumi di Negara ini seiringan dengan kaum-kaum bukan pribumi lainnya.

(23) Khilafnya, saat Abdullah (2003-2008) mulai mengenepikan local talents berbanding dengan penasihat asing, maka Mahathir di atas sifat taksub kenegaraannya menjadikan Abdullah sebagai musuh jalanan pembinaan bangsa, agama dan Negara. Abdullah bagi Mahathir telah mengkhianati segala dasar yang dia sendiri menjadi sebahagian pengubalannya bilamana dasar-dasar itu tidak beliau teruskan. Apa lagi dengan "kelemahan" Abdullah, Malaysia telah mulai "kehilangan beberapa hak kepada Singapura", maka itu telah menjadi senjata paling baik untuk Mahathir menyerang menurunkan Abdullah. Najib mengambilalih tampuk kepimpinan Negara mulai 2009. Kemelut Abdullah-Mahathir 2003-2009 telah mengheret Malaysia sedikit ke belakang dari landasan dan sasaran W2020 Negara. Saya yakin, Najib sedar, jika perkembangan cepat ekonomi Negara tidak tercapai, maka di tangannya W2020 akan gagal. Najib mungkin tidak ingin perkara ini terjadi. DEB telah gagal pada 1990. Maka W2020 tidak boleh digagalkan. Di mana maruah Melayu jika terus gagal mencapai cita-cita membina bangsa, agama dan Negara. Najib saya kira berada dalam dilema berat. Beliau cuma ada sekitar 10 tahun saja lagi untuk mencapai W2020, sedang gabungan krisis kewangan serantau 1997 dan kemelut Abdullah-Mahathir telah hampir-hampir menyeret kejayaan pegangan ekuiti pribumi ke taraf 1990 iaitu pada garis kegagalan DEB. Bermaksud, pada 2009, kedudukan sosio-ekonomi pribumi Negara ini telah mengundur sekitar 20 tahun ke belakang. Mana mungkin untuk dapat memperbaiki keadaan tersebut dalam tempoh 10 tahun ke depan jika cara yang sama harus Malaysia tempuhi. Maka di sinilah Najib mula mengatur experimental economic stragtegies ujikaji ekonominya yang tersendiri. Saya perhatikan, saat detik itu bermula, Najib telah banyak khilafnya.

(24) Najib sebetulnya ingin melangkah one-step-ahead dari kebiasaan. Kebetulan buku The Blue Ocean Strategies juga baru diterbitkan semasa beliau mengambilalih, maka buku tersebut menjadi ilham falsafah untuk beliau membawa seluruh Negara beralih dari cara Rahman, Razak, Husein, Mahathir dan malah Abdullah. Cara paling cepat dan mudah agar pendekatannya diterima rakyat adalah dengan langkah rebranding apa yang biasa. Istilah-istilah seperti NKA, NKRA, transformasi, dsb beliau perkenalkan bagi mengantikan apa saja yang terdahulu. Biar substances tetap sama, namun nama harus baru. Akibatnya, rakyat jadi sangat berharap, namun hasilnya tidak jelas. Itu langkah jangka pendek Najib. Secara jangka panjang dia mula melihat FDI secara lain. Bahkan penubuhan kawasan-kawasan perindustrian juga beliau mulai robah dari kebiasaan. Beliau memperkenalkan dasar-dasar yang jauh lebih liberal. Konsep pengswastaan beliau juga robah selaras dengan pure capitalist merit. Bagi mendokong dasar economic liberalization ini, maka banyak dasar-dasar yang lain juga turut dibuka luas. Kemasukan boroh asing juga menjadi semakin liberal. Dalam masa yang sama, kerajaan tidak lagi terlibat secara langsung dalam apa-apa usaha biarpun di bidang yang terdahulunya dikenali sebagai strategik. Institusi penting Negara, seperti Felda, MARA, TH, Prasarana, Khazanah, KWSP, dsb harus berkembang ke luar Negara. Malah 1MDB ditubuh untuk mengembeling kekuatan dana Negara untuk dapat meneroka ke alam lebih jauh serta lebih bebas. Semua institusi ini harus menerokai sektor global keluar dari kepompong local. Dasar percukaian Negara juga beliau ubah. Najib benar-benar runs 1,000 steps ahead biarpun di depan Mahathir. Cuma, nasib tidak bersama Najib, segala usahanya mengalami banyak masalah dan paling malang segala itu meletup-meletup terbakar pada waktu yang hampir-hampir berjujukan. Akibatnya, biar ekonomi Malaysia terus berkembang, namun itu tidak memberikan kesan terbaik ke atas keberhutangan rakyat (dan Negara). Di bawah Najib, Negara mungkin kian kaya (?), namun rakyat terbeban hutang.  Apa lagi, bila Mahathir sudah mula menjejaki kekhilafan Najib, dan menyerang beliau, maka segala-galanya kian menjadi retak menanti belah. Najib melihat Mahathir sebagai pengkhianat segala usahanya. Mahathir pula di satu pihak melihat Najib sebagai pengkhianat yang boleh mengheret Negara ke kancah sangat payah.

(25) Sesungguhnya, mengambil maklum dari sifat pribumi Negara ini yang tidak individually entreprizing, saya berpandangan, kekhilafan Najib yang paling utama bukan dari strategi ekonominya, tetapi lebih kepada siapa yang beliau percayai untuk melaksanakan strategi ekonominya. Najib mungkin telah banyak tersalah pilih driversnya. Najib saya kira terlalu bergantung kepada pakar-pakar (?) asing malah anak-anak muda Melayu lepasan pengajian tinggi luar Negara untuk melaksanakan kebanyakan dari strategi ekonominya. Bukan soal mereka orang asing atau lepasan pengajian luar Negara, soalnya adalah pengalaman dan kesetiaan terhadap tugas membina Negara, apa mungkin mereka terbaik? Paling malang, beliau juga lebih condong untuk mengguna "musuh-musuh Mahathir dan malah Abdullah" untuk mengalas tanggungjawab memacu institusi-institusi penting Negara. Najib saya kira sangat silap untuk tidak menggunakan yang terbaik antara segala sumber manusia yang ada di Negara ini. Mungkin kerana takut ditikam dari dalam dan atau takut gunting dalam lipatan menjadikan Najib menyisih banyak mereka yang berwibawa di zaman Mahathir dan Abdullah. Brain drain menjadikan institusi-institusi penting Negara agak hilang pertimbangan membina bangsa, agama dan Negara. Kita kacau di peringkat good governance. Anak-anak muda yang menguasai institusi penting Negara untuk melonjak keupayaan Melayu telah banyak mengambil peluang liberal Najib untuk kepentingan diri mereka sendiri. Creative corporate governance mengambilalih good corporate governance. Musang berbulu ayam sudah membiak menjadi sereban ayam sedang ayam-ayamnya sebetulnya kian lenyap. Negara dan institusi tampak kian maju, namun rakyat kian terbeban. Pokoknya, rakyat bukan menjadi sebahagian penting dari kemajuan Negara. Rakyat khususnya generasi baru kian tersepit dalam perebutan untuk hidup dalam serba kemodenan.

(26) Apakah ada jalan pemulihan? Ada pihak yang berpendapat, masalah generasi muda kini yang meliputi sekitar 40 peratus dari penduduk Negara adalah berpunca dari gaya hidup mereka. Kedai kopi, warung nasi lemak dan setaranya bukan lagi tempat mereka melepak Restoran, pub, kiosk-kiosk khusus dsb adalah pilihan mereka. Begitu juga dari segi tempat tinggal. Appartmen malah kondo menjadi kegilaan. Mereka sudah jijik untuk tinggal di rumah-rumah pangsa. Mereka lebih suka hidup mewah, mudah, selesa dan bergaya. Kepada sebilangan yang prihatin tentang masalah golongan generasi muda kini, mereka mahu generasi ini untuk mengudur dari segi gaya hidup mereka. Apa mungkin mereka mahu? Jika mereka mahu, pasti mereka kini tidak terjebak dengan beban hutang domestik yang tinggi. Keberadaan hutang domestik yang tinggi adalah petanda bahawa generasi muda Malaysia sekali-kali tidak akan sujud kepada masalah biar papa asal bergaya. Maka saranan untuk kembali ke pangkal jalan seperti sesetengah pihak pasti bukan jalannnya. Maka harus bagimana kita?

(27) Sesungguhnya Model Pembangunan Negara yang telah diasaskan oleh Razak adalah tepat pada masa dan keadaannya.  Biar masalah sosio-ekonomi Melayu menjadi asas perkiraan Razak, namun segala langkah pembangunan Negara telah spilled over kebanyakan di tangan pengusaha Cina. Pengusaha Cina telah menjadi tulang belakang dalam melaksanakan segala kontrak awam. Keamanan dan kemakmuran di zaman Razak adalah kerana biar adanya DEB, wealth distribution adalah sangat ketara di semua lapisan rakyat. Razak sebetulnya telah mengikuti langkah Deng Xio Peng dan malah Putin dalam meletakkan asas bagi perkembangan China dan Russia menjadi Negara Maju. Barat tidak gemar cara Deng dan Putin lantaran mereka tidak beroleh manafaat besar dari cara mereka. Sistem ekonomi Malaysia, biar ada unsur-unsur demokrasi di zaman Razak, namun ianya adalah demokrasi terkawal tetap juga Barat kritik hebat.

(28) Sebegitu juga bila Mahathir telah merombak Model Razak yang lebih condong kepada public driven ke private sector driven. Mahathir sangat mementingkan efficiency dan productivity dalam governance beliau. Mahathir khuatir, jika ekonomi Malaysia terus-terusan dikuasai oleh sektor awam, maka akan sampai waktunya, Malaysia akan menghadapi masalah pembiayaan. Sektor awam telah terbukti bukanlah entiti yang sangat cekap dalam menjana pendapatan. Mahathir menukar public entities Razak menjadi semi government lalu corporatized. Putin Russia, mengekalkan Model Pengurusan beliau kekal di tangan sektor awam, di mana GLC yang dibina terus dikuasai sektor awam, sedang Deng Xio Peng dan kemudiannya diikuti oleh Hu Jintao, dsb sehinggalah kini Xi Jinping menukar segala entiti awam kepada koprat sepenuhnya, namun harus bertindak pada landasan yang telah ditetapkan oleh CCC. Kesannya, kita boleh melihat bahawa ekonomi China membangun jauh lebih pantas dan berkesan dari Russia. Pendeknya, governance China di zaman Deng Xio Peng sehingga Xi Jinping menjurus kepada guided free market. Mahathir juga melihat langkah guided free market yang dilaksanakan oleh China sebagai sesuatu yang munasabah untuk diteladani oleh Malaysia. Kepincangan sosio-ekonomi antara kaum di Negara ini harus diusrus secara guided free market. Maka dengan sebab itu, kebanyakan GLC yang Mahathir jelmakan dari entiti awam Razak seperti TNB, MAB, PosMalaysia, STMB, PLUS, Khazanah, dsb adalah menjurus kepada penguasaan dan agihan kekayaan Negara secara lebih saksama khusnya melalui pegangan ekuiti oleh KWSP, KWAP, TH, PNB dll. Semua pihak iaitu Negara, agensi dan rakyat mendapat faedah dari langkah guided liberalization Mahathir.

(29) Cuma, apa yang saya nampak, kepincangan guided economic liberalization Mahathir terkurang kawalan ke atas penguasa politik dan institusi sebagaimana di amalkan oleh CCC. CCC sepertinya mempunyai tatacara yang cukup keras dalam mengawalselia agar semua GLC dan bahkan di kalangan pemimpin di semua peringkat agar terus patuh pada tuntutan nilai-nilai kesaksamaan dan kebersihan. Perasuah dan penyalahguna kuasa di China akan menghadapi tembakan maut, sedang di Malaysia mereka boleh dengan mudah melarikan diri. Pincang kita adalah pada sudut kawalan nilai kenegaraan pada pimpinan kita di semua peringkat. Keadaan ini menular hebat di zaman Abdullah dan kini di zaman Najib sudah menjadi perkara yang cukup memeningkan. Pening bukan kerana tiada ubatnya, tetapi pening kerana tidak mahu berobat.....bersambung In Sya Allah bersambung

0 comments :

Back To Top