Latest Postings
Loading...
Dec 28, 2017

1/12/17 SENJATA TERHEBAT ISLAM ..... bila cara mengutip pahala tidak kita fikir mendalam (DRAFT)

Budaya tunjuk perasaan atau demonstrasi (demo) dalam masyarakat Melayu Malaya saya kira, bermula dengan Onn Jaafar dalam usahanya untuk membantah Malayan Union pada 1 April, 1946. Dari 1946 Melayu Malaya terus berdemo sehinggalah pada 31 Ogos, 1957. Dari siri-siri demo, maka tertubuhnya UMNO. Dengan siri-siri demo UMNO kemudiannya maka tumbangnya Malayan Union. Raja-Raja Melayu kembali berkuasa penuh juga hasil dari siri-siri demo berkenaan. Malaya juga mengecapi kemerdekaan hasil dari siri demo UMNO tersebut. Di Sarawak, budaya demo muncul kerana rakyat membantah niat Charles Brooke hendak menyerahkan Sarawak menjadi tanah jajahan Britain pada 1941. Walaubagaimanapun Sarawak terus kekal sebagai tanah jajahan British sehingga 1963. Pengaruh UMNO mungkin menjadi ilham kepada Persatuan Kebangsaan Melayu Sarawak (PKMS) untuk mengerakkan demo di kalangan Melayu Sarawak untuk membebaskan Sarawak untuk merdeka.

(2) Sejarah asal demo biar di Malaya, Sarawak dan Sabah telah melahirkan rahmat Allah yang tidak terhingga iaitu Negara-Negara merdeka. Namun, setelah merdeka, khasnya di Malaya, siri-siri demo seterusnya, saya lihat banyak membawa padah dari rahmat. Demo pada 1969 di Kuala Lumpur membawa berlakunya peristiwa berdarah Mei, 13, 1969. Peristiwa itu, kemudiannya sehingga kini menjadi parut yang dengan mudah dikoyak dan dilukakan kembali. Segala demo selepas itu, bentuk dan sifatnya tidak lain, melainkan untuk melukakan pihak lawan. Demo-demo kita selepas Mei 13, 1969 adalah demo untuk saling melukakan. Semua ini kerana pihak-pihak yang berdemo terus berfikir bahawa demo-demo yang mereka lalukan akan menghasilkan keputusan sepertinya demo-demo untuk hancurkan Malayan Union dan Anti-Cession. Sesungguhnya, mereka kepada saya adalah golongan berilusi bahalol. Demo-demo di Negara ini selepas Mei, 1969 adalah demo-demo yang tidak membawa wajah dan usaha penyatuan untuk kesejahteraan semua

(3) Saya mengakui, ada juga demo-demo yang mengambarkan keperihatinan kita tentang hal-hal di luar Negara. Namun demo-demo ini, kerana hasil dari demo-demo lainnya adalah berupa melukakan, sering lebih condong dan atau dipergunakan oleh satu-satu pihak untuk berlawan dengan pihak lawannya, maka apa-apa demo kitapun tentang apapun, kesannya tidak ada. Kita sudah tidak berhasil untuk melahirkan demo yang memberikan rahmat besar. Demo-demo di Malaysia selepas peristiwa 13 Mei, 1969 tidak akan mencapai apa-apa makna. Bagi saya demo-demo kita lebih merupakan jalan bodoh, tanpa pemikiran strategis dalam mengatur cara untuk menang besar. Semua sekadar  permainan bungapi anak-anak kecil yang akhirnya menjadi punca pergaduhan atau membakar diri.

(4) Saya menulis ini, kerana malam tadi saya menerima satu sms panjang dari rakan-rakan tentang seruan PERKASA (?) agar rakyat Malaya turun beramai-ramai ke Bangunan Mahkamah Putera Jaya untuk menentang demo anjuran Hindraf (?) berkait dengan isu Kerakyatan Tetap (PR) Zakir Naik. Jawaban saya kepada ajakan demo sebegini adalah ajakan bahalol. Saya juga tidak setuju dengan siri Demo Bersih bahkan Demo Rohingya dan atau Palestine. Sejak merdeka, selama tidak kurang 54 tahun lamanya, apakah kesan rahmat terbesar demo-demo di Negara ini? Contoh, jika demo Palestine itu sudah berjaya, pastinya Palestine itu sudah aman damai dan makmur kini. Namun, Palestine terus parah. Smalah suatu waktu7 dulu dalam Demo Baling. Sehingga kini, apakah Baling telah bebas dari kemiskinan?  Maka di penghujung 2017, kita harus bermuhasabah diri, cuba melihat apakah cara kita selama ini cara terbaik. Jika semua itu terbaik, maka seharusnya, segala apa juga masalah yang kita sedang hadapi pasti sudah lenyap. Lantaran apapun masalah kita selama ini, ianya bukan bertambah baik, malah semakin parah, maka wajar kita berubah cara berfikir dan bertindak. Soal amalan demokrasi, ayuhlah kita mengamalkan sistem demokrasi yang lebih cerdik. Apa tanpa demo jalanan maka kita tidak demokratik?

(5) Sebelum membaca selanjutnya tulisan ini, wajar pembaca melawat tulisan saya sebelum ini iaitu 1/2/17 MELAYU TIDAK MENJADIKAN SHOLAT KEKUATAN SEBENAR MEREKA .....silapnya di mana? Dalam tulisan kali ini, saya ingin mengusul agar kita merenung sedalam-dalam dan seluas-luas kenapa Allah menganjurkan kita untuk sholat berjemaah. Dari cara umat Islam menunaikan sholat jemaah, sebetulnya Allah telah memberikan kita kekuatan berdemo yang cukup azali dan berkesan, cuma kerana kita tidak mengerti untuk memanafaatkannya maka kita tidak dapat melihat betapa demo cara Allah jauh lebih besar kesannya dari demo ala Barat yang sedang kita ikuti. Kerana sholat itu banyak di antara kita perbuat, kerana kita diwajibkan sholat, maka bersholatlah kita. Allah tidak mewajibkan kita untuk berfikir memahami kenapa kita mesti bersholat, maka kitapun tidak pernah mahu berfikir apakah hikmah sholat yang wajib kita lakukan khusus untuk melihat ianya dari sudut pembinaan keluarga, masyarakat dan bangsa Negara kita.

(6) Ada enam sholat berjemaah yang sangat agung Allah telah kurniakan kepada kita. Pertama semasa mengerjakan Haji. Itulah himpunan (demo) yang paling tinggi darjatnya dalam Islam. Bagi kebanyakan orang, Haj dan Ummrah adalah waktu-waktu kita paling dekat kepada Allah. Itu tradisi kefahaman kita. Namun dari sudut hubungan internationalnya Islam tidak kita fikirkan. Kedua pastinya semasa Umrah. Ke tiga adalah semasa sholat jemaah Aidil Fitri dan Aidil Adha. Kita sangat jarang mengerti maksud meraikan kejayaan pengorbanan yang Allah nobatkan pada sholat Aidul Fitri dan Aidul Adha. Kita hanya meraikan sholat itu di atas puasa dan ibadah korban binatang kita. Jauh dari itu kita tidak fikirkan. Ke empat adalah sholat Jumaat. Kita kata, kita sholat Jumaat kerana hari Jumaat hari paling mulia umat Islam. Apakah itu benar? Tidakkah Yahudi asalnya juga adalah Muslim. Sabtu Allah "jadikan" hari paling mulia buat mereka, maka apa maksudnya dari sudut Islam itu sendiri. Saya tidak pasti asal usul hari Ahad sebagai hari mulia kaum Nasarani. Cuma jika Yahudi dan  Nasrani itu asalnya adalah Islam, maka seharusnya Jumaat, Sabtu dan Ahad juga hari-hari mulia Islam. Jadi hakikatnya, kenapa kita bersholat jemaah pada hari Jumaat itu tidak banyak yang menyelidiki di luar dari kebiasaannya. Kebanyakan menerimannya hanya bersebab itulah amalan semasa SAW. Saya yakin, SAW mendirikan Sholat jemaah pada hari Jumaat pastinya ada asasnya. Serta kenapa Allah menjadikan banyak perkara pada hari Jumaat pasti ada sebabnya. Maka kenapa hari Jumaat menjadi hari kelepasan bagi banyak negara-negara Islam kini kerana kefahaman tentang itu tipis, maka hari kelepasan Jumaat itu telah menjadi hari liburan dari melihatnya sebagai hari yang sangat istimewa dan cara meraikannya harus lain dari kebiasaan kita. Ke lima adalah sholat-sholat jemaah waktu di Masjid dan Surau. Ke enam adalah sholat jemaah bersama keluarga di rumah. Sesungguhnya Allah telah memberikan kita peluang berdemo tidak kurang dari lima kali sehari. Cuma lantaran konsep sholat berjemaah itu kita telah sempitkan kepada proses untuk menghambat pahala sebanyak 27 atau 40,000 kali ganda, maka kita tidak dapat melihat sholat berjemaah itu sebagai senjata demo Islam yang paling hebat. Umat Islam sebetulnya tidak perlu berdemo cara demokrasi Barat. Cukup jika bersholat da bersholat jemaah pada pengertian meluas. Kekuatan kita pasti terserlah dari situ.

(7) Di dalam ceramah-ceramah biasa para agamawan di Negara ini, penekanan kenapa harus sholat jemaah adalah lantaran ganjaran pahala 27 dan atau 40,000 kali. Orang Melayu sepertinya, bila bersholat berjemaah, tujuannya adalah untuk mendapat lebih pahala iaitu sholat untuk berdagang dengan Allah. Banyak juga yang bersholat sebagai peminta sedekah terutama di saat kesusahan. Banyak juga yang sholat kerana takut. Tidak banyak yang sholat kerana itulah kewajiban dan sebagai rasa taat syukur. Belum pernah saya mendengar kupasan yang jauh lebih hebat dari berdagang. Bagaimana dan kenapa sholat berjemaah boleh melipat gandakan pahala kita menjadi 27 dan atau 40,000 kali itu saya kira saya belum pernah mendengarnya. Apakah prasyaratnya untuk beroleh lipatan pahala 27 dan atau 40,000 kali itu? Benar itulah apa yang SAW perkatakan. Namun saya yakin, apapun yang diperkatakan dan diperbuat oleh SAW pasti ada asasnya. Ada waktunya SAW menjelaskan asas-asas tersebut. Ada waktunya, banyak asasnya yang perlu kita selidiki dan fikirkan sendiri. Dari zaman saya di sekolah, membawa ke Universiti malah kini, belum pernah saya mendengar kupasannya tentang sholat jemaah di luar dari kebiasaannya. Tekanan pendidikan Islam kita, seperti semua menjurus kepada terima saja dari kaji, fikir, faham dan semai hebat. Dalam erti kata lain, pendidikan Islam yang kita laksanakan kini lebih menjadikan Muslim untuk melihat Islam sebagai perkara yang perlu diterima kerana keterpaksaan. Lantaran itu, biar kita sholat, pribadi kita malah lebih buruk dari yang tidak pernah sholat. Juga sholat jemaah kita tidakpun mendatangkan apa-apa kekuatan kepada kita. Jalanan demo Islam kita bukan kekuatan kita.

(8) Untuk menjelaskan keindahan sholat berjemaah, biar saya gunakan beberapa kias perbandingan analogi seperti berikut. Sebuah bangunan adalah terbina dari susunan konkrit yang sangat teratur. Tanpa menggunakan secukup dan atau banyak konkrit, dan tersusun rapi, maka ketegapan sesuatu bangunan pasti tidak terjamin. Semua orang tahu hal itu. Cuma untuk berfikir jauh dari itu, saya yakin banyak yang malas malah ramai yang menambil sikap  lengai, indifferent. Dalam dunia Melayu lama, lidi-lidi diberkas barulah boleh menjadi penyapu. Berkas lidi-lidi yang bagus, dan diberkas bagus baru menjadi penyapu yang bagus. Namun kerana bahan ini sudah kian berkurangan, maka istilah lidipun Melayu kini sudah tidak tahu. Maka berkas penyapu lidipun sudah asing bagi mereka. Segala bentuk penyapu kini sudah tidak diberkas. Samalah sebuah kabel besi. Kabel besi yang kukuh adalah terdiri dari pintalan jaringan kabel-kabel yang tegap-tegap. Lagi banyak, lagi padat pintalannya, maka lagi kukuhlah kabel besi tersebut. Pintalan kabel besi selebar 3-6 inci garis pusat boleh dijadikan asas kepada pembinaan jambatan sehingga merentas beberapa puloh kilometer. Ilham pembikinan kabel besi ini sebetulnya, para pakar kejuruteraan perolehi tidak lain tetapi dengan melihat secara mendalam akan susunan anatomi tumbuh-tumbuhan seperti rotan, buluh, malah palma khasnya kelapa dan nibong. Keuletan rotan, buluh dan batang kelapa sebenarnya tidak lain dan tidak bukan adalah berdasarkan kepadatan  susunan gentian sklerenkima dan parenkima yang saat tuanya menjadi gentian-gentian kaitin. Serat-serat pada sabut dan tabuhan lainnya menjadikan manusia khususnya para pemikir kejuruteraan Barat dapat menghasilkan kabel-kabel besi yang kini menjadi asas kepada bidang pembinaan moden. Dari kabel besi maka banyak terbina jambatan untuk manusia menyeberangi sungai-sungai malah tasik-tasik yang sangat luas. Namun apa maksud itu dari sudut Islami yang kita mesti pandang?

(9) Bata-bata itu dari mana? Tidakkah dari pasir, simen malah batu-batuan dan debu yang datang dari pelbagai sumber? Saat tidak disatukan, apakah akan terbina bata dan bangunan darinya? Samalah lidi. Tidakkah lidi datang dari pelbagai seludang frond kelapa dan pelbagai pokok kelapa dari perkebunan yang berbeda-beda? Jika lidi-lidi itu tidak dikumpul dan diberkas apakah akan adanya penyapu? Samalah juga dengan gentian-gentian besi dalam kabel besi itu, asalnya dari mana? Tidakkah semuanya berasal dari segala macam sumber besi, tulin, tidak tulin malah besi burukpun ada. Tanpa itu semua dihimpun dan diolah secara piawai, apa boleh terhasil kabel-kabel kukuh? Pakupun mungkin tidak akan terhasil. Maka sholat berjemaah ibaratkan bangunan, penyapu malah kabel besi menghimpun seluruh khariah yang tua, muda, kaya, miskin malah papa berhimpun bersama secara harmonis untuk berdepan dengan Allah. Saat itu adalah sebegitu, apakah itu tidak manis, dan Ar Rahman dan Ar Rahim Allah tidak terpancar dan sampai kepada jemaah dengan hebat. Apa lagi jika bangunan, penyapu, dan jambatan yang terbaik itu adalah jemaah sholat yang terbaik, apa tidak mungkin Ar Rahman dan Ar Rahim Allah tidak melimpahi kita menjadi 27 dan atau 40,000 kali lipat?

(10) Itu analogi pertama. Saya yakin ada analogi lain yang lebih baik, yang belum terfikir oleh saya. maka sesiapapun boleh kemukakan agar kefahaman kita menjadi lebih hebat dan mendalam. Fikirkan analogi seterusnya. Cuba bayangkan saat kita telah membina rumah-rumah yang indah-indah, dan rumah-rumah itu kita biarkan kosong tidak berguna. Agak-agak apa tanggapan umum di atas perbuatan kita itu? Pasti jika kita tidak dicap bahalol, paling tidak membazir atau riak, menunjuk-nunjuk. Dan rumah itu pasti menjadi istana para jin. Maka samalah dengan Masjid dan atau Surau, jika tidak diguna penuh maka, sedar atau tidak, bahalol dan riaklah tujuan kita membinanya. Masjid dan Surau, kita bina sebagai rumah Allah. Maka wajarkah rumah Allah tidak kita raikan sebaik mungkin? Maka benarlah bahawa Masjid dan Surau adalah tempat rasmi untuk kita berhimpun dan lebih dekat kepada Allah.  Jika itu sebegitu, apa mustahil untuk Allah tidak Ar Rahman dan Ar Rahim kepada kita dengan penganugerahan 27 dan atau 40,000 kali lipat ganjaran rahmat? Malah jika kita dapat membangun rumah-rumah sendiri yang hebat-hebat dan di dalamnya kita tidak menysukuri nikmat Allah, apa tidak mungkin Allah akan melupakan kita? Maka apapun yang kita boleh bina berasaskan dari rahmat Allah, maka adalah dituntut ke atas kita untuk terlebih dahulu berterima kasih kepada Allah dan sentiasa ingat kepadaNya di atas nikmat dariNya.

(11) Di sisi keluarga, dalam budaya Cina malah Barat, mereka punya konsep family dinning. Sesebuah keluarga yang mengamalkan sentiasa makan bersama, pasti kerukunannya sangat berbeza dari keluarga yang sering makan berpisah-pisah. Bagi keluarga Muslim kini, makan malam bersama adalah terbaik. Seisi keluarga harus makan malam bersama. Cuma dalam tradisi Islam, sekadar berkumpul untuk makan sama, pasti rahmatnya tidak besar. Bayangkan, jika kita ke kedai, kita ambil apa juga barangan, dan kita tidak mahu membayar, pastinya sikap kita itu adalah sikap pencopet, pencuri dan atau perompak.  Seseorang Muslim yang hanya mengambil rezeki Allah sedang lalai atau tidak sholat, dia saya yakin adalah pencuri. Adakah patut kita hanya mengambil rezeki Allah dan kita tidak mahu berterima kasih kepadaNya. Lagi anih, yang dapat rahmat semua, sedang yang mengucap terima kasih mungkin hanya seorang dua. Maka selain makan malam bersama, umat Islam wajar sholat jemaah bersama di rumah-rumah masing-masing. Seluruh isi keluarga harus bersama-sama secara berkumpulan mengucap terima kasih kepada Allah di atas segala nikmat hidup yang telah dan sedang mereka nikmati. Sholat bersama akan memberikan kekuatan ketenangan hebat, sedang makan bersama-sama santai akan memberikan buah fikiran dan kemesraan yang lebih utuh. Gabungan keduanya, pasti adalah wadah pembinaan adap-susila yang paling berkesan. Jika itu adalah sebegitu, maka tidakkah Allah cukup senang dan kerana Ar Rahman dan Ar RahimNya, maka 27 ganjaran pahala pasti Dia anugerahkan?

(12) Namun sholat berjemaah, saya yakin tujuannya adalah jauh lebih mendalam dari itu. Kita bersholat bukan sekadar untuk mengejar ganjaran pahala. Kita harus ingat, apapun perlakuan kita di dunia ini, Allah telah tetapkan ianya wajib berunsur khalifah. Maka apapun yang kita lakukan, maka unsur-unsur kepentingan umah dan mahluk Allah yang lain harus menjadi sesuatu yang kita perlu perhatikan hebat. Itulah fitrah dan itulah asal tujuan kejadian kita. Namun yang paling utama, kerana kita adalah nyata, iaitu kehadiran manusia itu adalah nyata berkembang hebat dan sedang bergelut dalam dunia yang terbatas, fixed maka perhatian kita kepada masyarakat manusia menjadi sangat utama. Tanpa itu menjadi asas tanggungjawab kita, maka pastinya dunia ini akan kacau. Mengikut logik pemikiran saya, Allah tidak menurunkan Nabi dan Rasul kepada batu, hutan, lembu, cicak, virus dll selain kepada manusia. Nabi dan Rasul Allah hanya diturunkan kepada manusia. Maka dengan itu, kita harus boleh mengerti, memberikan pertanggungjawaban kepada manusia, masyarakat manusia adalah keutamaan Allah kepada kita. Bagaimana sholat jalan demo Allah terkait dengan ini?

(13) Dari sudut kemasyarakatan, sosial, jika dilihat pada zaman SAW, sebelum dan sesudah sholat jemaah adalah waktu-waktu untuk membicarakan banyak hal. Prihal akidah dan pengurusan Negara Ummah dilakukan di Masjid. Pre dan pasca sholat jemaah adalah majlis bagi mengadakan apa-apa kegiatan yang boleh menjurus kepada usaha-usaha membina ummah. Jika ini dapat kita kembangkan kepada kehidupan moden kini, pastinya kita akan mahu melihat Masjid malah Surau-Surau kita perlu dijadikan tempat kemasyarakatan. Masjid dan surau harus menjadi tempat himpunan dan kegiatan bagi anak-anak sampailah kepada yang tua-tua. Di zaman SAW, Masjid adalah asas sebuah Kampung dan atau permukiman. Masjid SAW jadikan sebagai central place kependudukan beliau. Nabawi adalah markas pusat pentadbiran beliau. SAW menjadikan Nabawi sebagai institusi pendidikan. Beliau membina insan di sana. SAW juga  menjadikan Nabawi sebagai Dewan Rakyat atau City Hallnya. Di situlah tempat untuk rakyat berhimpun.  Malah Nabawi adalah pusat dagangan, bazzar kira-kira trade center. Di sekeliling Nabawi rakyat mencari rezeki berdagang dan malah tempat untuk mencari bekalan kehidupan harian mereka. Di Nabawi juga masyarakat boleh mendapatkan perkara-perkara asas mereka seperti bekalan air dari zam-zam. Nabawi di sisi SAW adalah suci dan central. Nabawi bersifat multi-dimensional dan multi-functional. Ianya adalah one stop facility untuk rakyat. Lantaran itu, maka Nabawi sangat dekat kepada rakyat dan rakyat menjadikan Nabawi kekuatan mereka.Nabawi adalah teras kepada fardhu Ain dan Fardhu Kifayah. Cuma lantaran peredaran waktu, Nabawi telah menjadi terlalu besar untuk keperluan sholat, maka konsep asal micro Nabawi sudah berkembang menjadi Madinah-Nabawi yang lebih luas.

(14) Sesungguhnya, konsep pembinaan dan pengurusan Nabawi, Muhammad SAW ilhamkan dari asalnya Kaabah. Maka pada keduanya, ciri-cirinya tetap sama kerana yang membangkitkan kedua-duanya adalah sosok tubuh yang sama iaitu Muhammad SAW. Cuma beda, Kaabah telah berkembangan menjadi Mekah yang jauh lebih hebat dan megah. Al Haram dan Nabawi adalah bersifat multi-dimensional dan multi-functional dalam menerap Fardhu Ain dan Fardhu Kifayah kepada umat Islam secara menyeluruh. Bertandang dan sholat di Al Haram dan Nabawi saya kira punya tujuan untuk membawa roh sebegitu pulang, lalu menjadi asas kepada pembinaan Ummah. Lantaran itu, jika itu dapat difahami, saya berkira maka di situlah ganjarannya 40,000 lipat paha akan kita perolehi. Bagi saya, Al haram dan Nabawi adalah open university bagi umat Islam. Keduanya adalah show piece bagi ketemadunan umat Islam di seluruh dunia.

(15) Cuma silap dan salahnya, bila Melayu melihat kesucian Masjid dan Surau itu dari sudut yang sangat sempit, maka budaya sholat jemaah di Masjid dan Surau menjadi sangat payah untuk diterapkan dalam sistem hidup Melayu. Masjid dan Surau menjadi tempat suci yang terasing dari menjadi central place. Kira-kira kesemua Masjid dan Surau di Negara ini adalah an isolated place. Masjid Sultan Muhammad Kota Bharu Kelantan mungkin sedikit berbeza. Masjid dan Surau tidak menjadi pusat kemasyarakatan. Masyarakat asing, Masjid dan Surau mengasing. Biar tampak bersama tetap terasing. Pembinaan Masjid dan Surau bukan integral kepada pembinaan kejiranan Melayu. Rantaian hubungan fizikal dan sosial physical and social connectivity Masjid dan masyarakat tidak terbentuk kukuh. Masjid dan Surau terbangun untuk kesuciannya. Pembinaan Masjid dan Surau meminggirkan sifat multi-dimensional dan multi-functionalnya. Melayu faham tentang roh pembinaan Nabawi, namun saat mahu mengamalkannya, Melayu sering terlupa atau meninggalkannya. Inilah kepincangan asas dalam pembinaan Masjid dan Surau di Malaysia. Sebagai contoh, saya belum menemukan sebuah binaan Surau yang cukup selesa dan indah di Mall-Mall di Malaysia, sangat berbeza dengan di Indonesia. Malah di Kuala Lumpur Sentral, KLIA, semua lapangan terbang, dan stesyen-stesyen Komuter dsb Surau pasti perkara terakhir yang difikirkan. Maka sholat jemaah di Negara ini, tidak memberikan nikmat keselesaan santai dan khusyuk seperti sepatutnya. Kebanyakan sholat berjemaah dibuat secara buru-buru usai salam terus ramai yang bubar. Sesungguhnya lantaran ketiadaan sifat central Masjid dan Surau di Negara ini, maka semua itu hanya menjadi menjadi tempat untuk sholat dan hanya berkait dengan sholat. Masjid dan Surau tidak menjadi pusat kekuatan Melayu. Lantaran itu, saya yakin, biar Melayu tetap ada yang sholat berjemaah di Masjid dan Surau, ganjaran 27 kali lipat pahala saya tidak yakin Melayu perolehi as that simple. Sebabnya, berlandaskan cara di zaman SAW, saya yakin sholat berjemaah di Masjid dan Surau di Negara ini tidak memenuhi syarat (wajib dan sunatnya) pre dan pasca jemaah di zaman SAW. Kita tidak menjadikan sholat berjemaah sebagai asas bagi pembinaan kekuatan ummah. Masjid dan Surau di Negara ini tidak menjadi wadah hebat bagi menyatukan Fardhu Ain dan Fardhu Kifayah Umat.

(16) Itu jika dilihat dari sudut pembinaan Masjid dan Surau. Di rumah-rumah juga kita tidak memikirkan persoalan membina Kamar Mushola Khas. Bagi golongan tidak mampu, itu tidak perlu difikirkan sangat. Namun tetap di mana-mana di dalam rumah kita harus kita utamakan ruang bagi sholat berjemaah. Kebiasaan ruang tamu di jadikan ruang sholat jemaah. Namun kerana kemodenan hidup, ruang tamu sudah sesak dipenuhi dengan perkara-perkara yang boleh mencuri tumpuan sholat kita. Maka sholat jemaah di Negara ini, amat terbatas kesemarakanya lantaran kita tidak pernah memikirkan physical requirement dan layout bagi keperluan tersebut. Lantaran itu, untuk membentuk sholat berjemaah di Negara ini tidaklah semudah membentuk budaya berkumpul bersantai seperti di McDonald, Starbuck, malah di kedai-kedai Mamak dan Warung-Warung kopi............. bersambung, In Shaa Allah


0 comments :

Back To Top