Mengikut Wikipidia, gateway atau dalam Bahasa Melayu gerbang merujuk kepada an opening that can be closed by a gate atau jika dirujuk dalam dunia maya adalah a device used to connect two different networks, especially a connection to the Internet. Maka secara konsepnya, gerbang, gateway adalah titik sambungan dua media. Jika ianya gerbang istana, pastilah yang menandakan kawasan istana dan bukan istana ie pintu masuk utama. Jika gerbang perkahwinan, maka dalam dunia Melayu pasti ianya merujuk kepada titik mula dan perpisahan antara hidup berkeluarga dan bujangan. Bagi rakyat Malaysia, tahun 2018 In Shaa Allah akan menjadi tahun yang sangat menarik. Inilah tahun saya kira, adalah suatu titik penting samada kita akan mundur atau terus gagah maju ke depan. Inilah tahun, di mana rakyat di Negara ini akan melakar corak masa depan pengurusnan Negara kita.
(2) Selama ini, tulisan saya sememangnya agak condong kepada Mahathir. Bukan kerana dia Mahathir. Bukan juga kerana saya ada terhutang budi kepada beliau. Mungkin, dia adalah seorang doktor perubatan di mana kepakarannya dalam meneliti human anatomy (struktur) and physiologynya (sosiologi) dia ubah menjadi kecenderungannya kepada menilai untung nasib bangsa, sedang saya adalah seorang berpendidikan asas botani di mana sifat penelitian ekologi (keadaan), anatomi dan fisiologi tumbuhan telah saya olah untuk meminati bidang-bidang bagi kebangkitan bangsa Melayu dan Islam, maka gateway kami berdua sepertinya sama. Sama atau paling tidak serupa dalam cara menganalisa masa depan Negara, Bangsa dan Agama. Dari 1986 sehingga 2003, saya meneliti dan menghayati serta berusaha untuk menerapkan dasar-dasar beliau. Saya juga berkesempatan untuk meneliti dasar-dasar Abdullah Bahdawi (2003-2009) dan Najib Razak (2009-2011), namun di zaman Mahathir saya berasa cukup seronok lelah bekerja, sedang pada zaman Abdullah dan Najib, saya cukup bosan kelelahan menanti apa untuk Negara. Bila saya mengundur diri dari perkhidmatan awam pada 2011, pada 2012 sehinggalah 2014, saya berasa amat resah merasai kepincangan sosio-ekonomi Negara, khususnya di kalangan generasi baru Melayu. Kemuncaknya pada 2015, suatu penyakit maha merbahaya bagi orang-orang Melayu yang Allah cukup peringatkan ie rasuah dan salahguna kuasa mengila menular di kalangan para khalifah Melayu. Di peringkat politik, urustadbir jentera Negara dan malah di kalangan GLC Melayu, rasuah dan salahguna kuasa menjadi suatu budaya yang sedang diterap menyeluruh. Tahun 2015-2017, adalah tempoh di mana kebobrokan sistem kita terbongkar satu persatu menjadikan payah untuk saya menutup muka Melayu dan Muslim yang menempel di wajah saya. Saya mengira, Melayu dan Muslim di Negara ini perlukan topeng untuk mereka boleh berdiri tegak dan berjalan lurus kini bagi menutup sisa-sisa malu yang masih melekat di wajah-wajah mereka. Maka tahun 2018, bersempena tahun wajib PRU 14, saya melihat tahun 2018 sebagai gateway untuk Melayu di Negara ini untuk menentukan halatuju dan tujuhala mereka.
(3) Allah dengan tegas memperingatkan kita, "Jangan kita mengambil Majusi, Yahudi dan Nasrani sebagai pemimpin di kalangan kita". Kita membaca itu sebegitu dan kita didoktrinkan sebegitu, sehingga telah menjadi sebati di dalam hati Melayu betapa jika khususnya UMNO/BN tumbang, maka Melayu akan keparat hilang segala-gala. Melayu ditakut-takutkan untuk takut kepada bangsa Cina. Inilah bangsa yang Melayu tohmah sebagai perampok kesejahteraan Melayu. Melayu diajar untuk melihat kelemahan diri dengan membantai pihak lain. Melayu lemah kerana Cina. Melayu tidak menyorot kelemahan diri pada dirinya. Melayu lupa di Mahsyar, di Akhir Zaman, dan di Neraka, baik buruknya individu Melayu akan Allah timbang di atas dirinya. Dirinya bertanggungjawab penuh ke atas dirinya. Biar Iblis yang menyesatkan, biar sanak saudara, biar sahabat handai juga musuh-musuh kita semua tidak dipertanggungjawab di atas kebaikan dan keburukan diri kita di sana kelak. Semuanya, kerana Allah telah membekali kita secukupnya untuk menjadi diri kita pada jalan sewajibnya; akal-fikiran, rasa hati dan Islam telah Allah sempurnakan untuk kita sebagai jalan perhitungan dan pedoman.
(4) Sayangnya, Melayu hanya melihat, peringatan Allah "Jangan kamu mengambil Majusi, Yahudi dan Nasrani sebagai pemimpin kamu" hanya dari sudut larangan dalam soal kepimpinan. Melayu tidak melihat pernyataan itu sebagai suruhan. Jika Melayu bijak, seharusnya Melayu juga harus melihat itu sebagai suruhan agar kita mandiri dalam segala apapun, tidak bergantung kepada apa dan siapapun. Syahadah kita kepada Allah seharusnya menjadikan kita tegar sebegitu, namun Melayu tidak menjadikan Syahadah mereka sebagai jatidiri mereka. Saya amat khuathir, Melayu sedang melakukan syirik nasional ie tidak berpegang penuh kepada hanya kepada Allah aku berserah apapun dalam semua urusanku.
(5) Dari sisi lain, Melayu tidak dapat melihat "larangan" Allah itu di luar dari literasinya. Bagi saya "larangan" itu sangat luas maksudnya. Antaranya, Melayu terlupa terlalai untuk melihat bahawa pesanan Allah itu juga merangkumi janganlah kita terikut-ikut cara perniagaan Majusi, Yahudi dan Nasrani. Di ketemadunan Babylon dan Rome (Byzanthium) urusniaga Majusi, Yahudi dan Nasrani bertembung menjadikan riba dan speculative sebagai teras perniagaan mereka. Allah melarang riba. Allah mengharamkan riba. Biar Al Quran tidak terang dalam larangannya terhadap usrusniaga speculative namun jika Al Quran dilihat secara menyeluruh total pasti kita dapat mengambil kesimpulan bahawa Allah juga tidak membenarkan speculative market. Tidakkah Allah mengharamkan bertenung nasib. Apa bedanya, contohnya bertenung nasib dengan speculative market? Apa bezanya, SAW dan para sahabah besar beliau melarang future trading dengan doing business as in-situ? Abu Bakar dan Umar Al Khataab contohnya, sangat benci dan mengharamkan kegiatan menyorok dagangan untuk mengaut untung lebih dari kedaan kekurangan yang wujud. Apakah itu tidak serupa dengan speculative market. Maka jika digabungkan larangan riba, bertenung nasib dan future trading apakah ianya tidak menjurus kepada larangan terhadap speculative market.
(6) Sesungguhnya pada 2003-2017, saya berani berkata Melayu khususnya di kalangan generasi professional muda baru, mereka telah menjadikan speculative trading sebagai asas ekonomi Negara. Melayu professionalisma baru menjadi taksub kepada the easy way of making money. Kita tidak menjalankan urusniaga secara fizikal tetapi kita lebih cenderung untuk untung atas angin. Yahudi telah lama bermain permainan ini, sehingga Amerika Utara dan Selatan dan Eropah berada dalam genggaman penuh mereka. Kepakaran yang ada pada mereka, tidak mungkin mereka akan perkongsikan sepenuhnya dengan kita, melainkan hanya untuk memerangkap kita. China kini sedang menjejaki dengan berusaha menguasai Afrika, Asia malah berusaha menerobos dunia Barat. Kita yang pada kita telah Allah anugerahi Islam, sedang cara majusi, Yahudi dan Nasrani menjadi ikutan kita, pastinya apa yang Allah telah peringatkan: "Telah aku suluh jalan terang bagi kamu, jika jalan gelap yang kamu pilih, maka gaung kegelapan sedang menanti kamu."
(7) Malaysia sejak limpahan para professional Melayu baru pada 2003, dan kini akhirnya kita terperangkap dalam kemelut future trading speculative market yang terkena kepada Sime Darby, TH, 1MDB, FGV dan MARA yang menyeret bermacam-macam institusi lain seperti KWSP, KWAP, Khazanah, TLAT, MayBank, CIMB dll kemudiannya ke kancah kecairan kewangan. Inilah institusi-institusi yang telah dibina oleh Abdul Razak, Hussien dan Mahathir sebagai khazanah untuk melonjak martabat sosio-ekonomi Melayu, namun semua ini sedang diurus secara speculative trading. Dengan kegoyahan institusi-institusi amanah gergasi Negara, maka Rating Antarabangsa (yang juga sangat speculative) kita menjadi goyah, mengakibatkan masalah ketidakstabilan Nilai Ringgit. Paling parah, asas-asas bagi kebangkitan sosio-ekonomi Melayu telah dirobak-rabekkan.
(8) Lantaran kita adalah Ekonomi Pengguna, Consumer Economy berasaskan Import, dan dengan nilai Ringgit yang goyah maka akhirnya belanja sara hidup rakyat menjadi terjejas. Apa lagi dengan keadaan kewangan Negara yang kian kuncup, kita sedang membiayai hebat keperluan pembangunan kita dengan berhutang. Lantaran penarafan kewangan kita adalah agak kurang sihat, maka bunga atas pinjaman kita semakin berat. Wang kita bukan sekadar untuk bayar hutang, tetapi menanggung bunga hutang yang tinggi. Peralihan kita dengan berhutang ke China sedang mendedahkan kita kepada masalah-masalah lainnya. Benar, mereka mampu menawarkan kadar bunga rendah, namun syarat-syarat pinjaman cukup menjajah.
(9) Saya menjangka bermula 2017 kita sedang mengalas ekonomi ala biawak hidup. Ini semua sedang mengarah kita kepada masalah sosial yang berat. Inilah musibahnya, bila peringatan Allah hanya kita lihat dari sudut sempit. Para agamawan dan chauvinist Melayu berjaya menyekat Melayu dari berpemimpinkan DAP Cina, namun kita akrab dengan perniagaan ala Majusi, Yahudi dan Nasrani. Kebangkitan China dan India pastinya akan menjadikan kita bahan percaturan Amerika, Russia dan Jepun yang sangat menarik dan kesilapan demi kesilapan pasti boleh terjadi dalam keadaan kita terdesak.
(10) Benar, Najib harus diberikan peluang untuk memperbetul keadaan. Pokoknya, dia sudah berkuasa sejak 2009. Beliau sekali lagi telah diberikan peluang pada tahun 2013 biar dengan majoriti undi popular yang sangat menurun. Masalah kecelaruan sosio-ekonomi Negara sudah mula tampak jelas bermula dari 2011 dengan masalah di Sime Darby kalau tidak khilaf saya. Sehingga untuk tempoh penutupan 2017 pun, tetap terus berlaku kepincangan di mana-mana. Selama sudah lapan (8) tahun Najib sudah diberikan peluang, sistem kita lebih banyak menunjukkan kegagalan dari kejayaannnya. Soalnya, di zaman Najib adanya media sosial, itu sekadar alasan. Bukan media sosial isunya, yang paling Najib lupa dan lalai adalah demografi rakyat kita sudah sangat berubah. Selama 22 tahun Mahathir memerintah, rakyat sudah lebih ramai yang celek dan mahukan Negara diurus sempurna. Ada atau tiada media sosial, bukan masalah kerana Al Quran telah ada sejak 640M iaitu 1,400 tahun dahulu, dan mungkin telah berada di tangan Melayu sejak 700M. Peringatan di dalam Al Quran tidak pernah berubah dan tidak pernah terhenti. Al Quran telah menjelaskan bentuk dan corak masyarakat yang harus kita uruskan dengan peredaran zaman. Al Quran dengan tegas menjelaskan bahawa masyarakat tidak statik jumud. Mereka akan berubah-ubah. Lantaran itu, sifat kekahlifahan kita juga telah Al Quran nyatakan agar berubah pada masanya berteraskan Al Quran. Namun kerana pengertian manusia-manusia akhir zaman sering kita lihat dari sudut sempit, maka kebijaksanaan kita dalam mendepani mereka juga hanya sekadar menanti kiamat.
(11) Masalah Najib dalam mengurus Negara, saya kira bermula dengan masalah Abdullah Badawi yang "mengikut telunjuk" Khairi Jamaluddin, KJ dalam cara dia cuba menyusun kembali corak pengurusan pembangunan Negara. Sebaik Mahathir berundur, di atas kemelut Anwar Ibrahim dengan Reformasinya, maka Abdullah berusaha untuk merombak cara lama Mahathir, sehingga Unit Perancang Ekonomi , UPE menjadi terpinggir dengan wujudnya para professional asing dan keluaran luar negara di Tingkat 4 JPM sebagai dakwaan Mahathir. Persoalan pokoknya bukanlah kerana wujudnya Tingkat 4, yang dipersoalkan adalah soal kematangan dan kepakaran setempat mereka. Saya mengira teguran Mahathir dalam hal Tingkat 4 ini pastinya berpunca dari sumber-sumber dalaman JPM itu sendiri, dan teguran itu lantaran Tingkat 4 bersifat terasing, kendiri, sedang sistem yang ada adalah kebersamaan dan agak telus. Dari sudut akademik, mereka mungkin terbaik. namun masih mentah dalam soal mengatur kehidupan rakyat. Saya berkira Abdulah ingin lari dari cara pentadbiran Mahathir untuk membendung kemaraan Anwar. Musuh Anwar adalah Mahathir. Maka apapun terkait dengan Mahathir harus dipisah dan singkirkan. Namun dalam usahanya untuk merubah cara Mahathir, Abdullah terperangkap dalam ada tangan-tangan mengaut untung. Keadaan ini akhirnya, mungkin menjadikan beliau sedikit celaru, lalu tidak berani berbuat keputusan sehingga ekonomi Negara tidur yang akhirnya memaksa untuk dia berundur. Selama sekitar lima tahun, 2003-2009 Malaysia tidak beranjak sedang seluruh dunia sedang mara, lalu menjadilah kita tertinggal, mengundur.
(12) Bila Najib mengambilalih pentadbiran Abdullah, pastinya dia juga ingin merombak cara Abdullah. Anwar Ibrahim pada masa ini mengubah dari memusuhi Mahathir kepada memusuhi Najib yang berupa pilihan dan anak didik Mahathir. Lantaran Mahathir masih berpengaruh dalam UMNO, maka di situlah titik perhitungan Najib untuk merenggangkan diri (dan UMNO) dari Mahathir. Namun, saya mengira dendam Anwar kepada Mahathir kini beralih penuh kepada Najib. Najib juga saya kira ingin terus menjauhkan diri (dan UMNO) dari Mahathir untuk meredakan serangan Anwar ke atasnya. Dia mula memilih jalan sendiri. Namun silapnya Najib, saya kira, samalah dengan Abdullah. Najib bila dia meminggirkan UPE malah memperluaskannya kepada lain-lain institusi penting Kerajaan maka di situlah orang-orang dalaman ini mulai berkunjung dan meminta campurtangan Mahathir. Saya kira Najib telah memerhati cara-cara kerja Abdullah dan Mahathir, di mana Abdullah mengenepikan UPE dan "mengantikannya" dengan Tingkat 4, sedang Mahathir mengasak GLC untuk merobah sistem Kerajaan dengan UPE sebagai pengawalselia utama. Najib mula berpilih tentang institusi mana yang dia merasa enak untuk berurusan, malah mengujudkan GLC baru bagi melaksanakan jalan pemikirannya. Dia juga mula mengambil penasihat asing untuk menasihati beliau. Apa lagi lantaran W2020 kian hampir, sedang Negara terus menjauh dari sasaran tersebut, maka muncul keperluan untuk short circuit jalan ke arah itu. Penasihat-penasihat asing ini, kerana mereka biasa dengan cara mereka terhadap speculative trading, maka saya berkira di situlah Najib mula terperangkap. Maka Najib mengusahakan segala macam perubahan yang jentera awam kurang mengerti dan terasing. Di atas perubahan yang Najib cuba bawakan, ini telah menjadikan jentera Kerajaan di Putera Jaya seperti jika bukan naga, tetapi sekurang-kurangnya mengakarung berkepala dua. Malang, usaha-usaha TRANSFORMATION Najib telah merobah jentera awam dari mesra rakyat kepada two headed lizard.
(13) Saya yakin, kedua-dua Abdullah dan Najib telah terlalu terikut-ikut akan rentak serangan Anwar sehingga mereka tersalah baca dengan berusaha menjauhi Mahathir. Khilaf paling khilaf mereka berdua adalah mereka terheret untuk politicking dari gigih membuat kerja. Kerana mereka tidak atau kurang bekerja maka di situlah Mahathir kian menjadi musuh mereka. Akhirnya mereka berdepan dengan dua musuh yang sangat besar. Mereka berusaha untuk menyisihkan Mahathir. Untuk menghapus pengaruh Mahathir adalah ibarat cuba menghapus pengaruh Abdul Rahman dan Abdul Razak, which amounting to deleting the Malaysian History, which is impossible. Maka di atas kekhilafan Abdullah dan Najib, saya yakin kini jentera pentadbiran awam Negara berada dalam fragmentation, in isolation. Jentera awam sudah tidak lagi bersatu, berpadu dan sekata dalam usaha-usaha menunaikan tanggungjawab mereka kepada rakyat. Saya yakin, sikap curiga mencurigai kian menular dalam sistem yang ada. Apa lagi perasaan hopeless, dengki, tamak dan curiga sudah kian menjadi asam garam mereka. Saling berahsia malah membocorkan dan atau saling sidelining saya yakin kian menjadi budaya pentadbiran jentera awam kita. Ini jelas kalau kita melihat contohnya gelagat BNM, MACC, Polis dan Jabatan AG di tahun-tahun 2016/17. Pengujudan PEMANDU dan UKAS di JPM juga banyak menimbulkan inertia di kalangan rakan-rakan setaraf mereka. Bahkan di awal perlaksanaan inisiatif besar Negara seperti GST, kita melihat para ahli Kabinet Najib juga tidak sehaluan bahkan ramai seperti dalam inertia. Najib sedang menghadapi fenomena pentadbiran awam yang inertia malah musuh dalam selimut. Tidak kurang yang menjadi musang berbulu ayam.
(14) Masa depan Malaysia, bukanlah terlalu bergantung dengan masa depan Najib dan atau Mahathir bahkan Anwar. Masa depan Negara adalah berkait dengan masa depan rakyat. Rakyat dan Negara saling bergantung. Tiada rakyat, tiada Negara. Saya akur, masa depan rakyat dan Negara tergantung kepada kepimpinan. Kepimpinan adalah penting, Lantaran itu manusia Allah cipta untuk memberikan kekhalifahan yang Dia mahukan. Di dalam dunia demokrasi, kebijaksanaan rakyatlah yang menentukan jenis pemimpin yang harus mereka angkat dan dokong.
(15) Demi Negara ini, demi Melayu dan Islam di sebelah sini, dan dengan bebanan ekonomi, kewangan, pengurusan dan sosial semasa, saya tidak nampak Kabinet Najib dan sistem yang ada boleh memperbaiki keadaan ini dengan mantap dan cepat. Bagi saya, soal Najib secara pribadi salah atau tidak dalam segala permasalahan yang ada, itu bukan isunya. Najib secara pribadi mungkin tidak bersalah. Najib mungkin sedang dikelilingi oleh mereka yang tidak matang dengan permasalahan yang ada serta samada sedang buntu dan atau sengaja tidak mahu mengubah lantaran atas kepentingan masing-masing. Namun yang jelas, ahli kabinet dan jentera beliau tidak mampu membantu beliau untuk menyelesaikan masalah yang ada. Bagi saya Najib sudah seperti sudah jatuh ditimpa tanga. Bukan sekadar itu, Najib juga mungkin sedang jatuh di rumah bobrok iaitu jatuh, ditimpa tanga dan rumahpun sedang runtuh ke atasnya. Bagi saya, Najib dan sistem beliau sudah keletihan. Dalam kata lain., saya melihat Najib kini seperti "sang kuda puith" yang dipacu jockey kelelahan dan sedang dikerumuni keroyok oleh para serigala dan gubuk Hyiena kelaparan. Najib bagi saya sudah terkepong dalam kemelut yang boleh memudaratkan Negara dan rakyat. Najib seperti kata KJ "Mereka adalah peminat besar MU". Jika itu adalah minat Najib, pasti dia sedar bahawa pemain yang keletihan biar seorang Captain sekalipun harus ditukar. Beliau perlu berundur dan membiarkan pihak lain memikul beban yang ada. Najib berundur, bukan kerana kalah atau salah, tetapi lantaran berjiwa besar sebagai Negarawan dan anak Negarawan Besar Negara. Malaysia, rakyat dan Islam lebih penting dari kedudukan Najib dan mereka di sekelilingnya. Berundur berehat, dan jika ada daya kembali semula membina Negara ini. Janganlah ego merosakkan jasanya Najib. Iblis lantaran ego mereka akan menjadi ahli kekal Neraka jahanam.
(16) Kini sudah muncul ketumbukan Graduan Universiti Penjara sebagai pilihan rakyat Malaysia untuk memulihkan segala masalah yang sedang kita hadapi. Mahathir, seorang yang sudah jelas keberanian dan kebijaksanaannya sedang mengetuai para graduan ini. Sejak berhenti pada 2003 sehingga 2018, saya yakin dalam tempoh 15 tahun berada di luar gelanggang, Mahathir telah sedar akan khilaf silap masa lampau beliau. Usia beliau yang akan memcecah 93 tahun, pasti sedang memberikan beliau kebijaksanaan dan rasa hemah yang jauh lebih hebat berbanding 30-40 tahun terdahulu. Untungnya, seperti nukilan sejarah, biar sejarah Islam sekalipun, golongan graduan dari penjara biasanya mempunyai kelebihan mata hati terhadap rakyat. Contoh terdekat kita adalah Sukarno-Hatta di Indonesia. Universiti Penjara Bandung telah menjadikan Sukarno-Hatta pembela sejati rakyat Indonesia. Malah di persada dunia, kita harus belum lupa kepada Nelson Mandela. SAW dan sebilangan pengikutnya mulanya terpinggir malah terpenjara dari Quraish kebanyakan di Madinah, baginda akhirnya menjadi pemimpin yang sangat hebat. Samalah para Imam besar Islam antara lainya Hambali. Ghazali, Malik, Ibnu Khaldun dsb, mereka juga biasa keluar masuk penjara, dan lantaran itu mereka juga terus hebat.
(17) Namun yang lebih penting ketumbuhan Mahathir ini adalah pengkritik hebat kelemahan yang ada. Pastinya lantaran itu, mereka tahu titik lemah dan atau silapnya Najib. Mereka juga bangkit dari suara dan keringat jalanan rakyat. Mereka juga sudah sangat berpengalaman dalam mengurus Negara. Mereka telah membuktikannya. Saya yakin dengan semangat, kepakaran malah ketidak sepakatan penuh mereka boleh menjadi daya utama dalam membawa Malaysia kembali sebagai tonggak Negara Melayu dan Islam yang dihormati semua. Anjing dengan kucing, pada azalinya tidak pernah sepakat. namun keberadaan anjing dan kucing pada sesebuah rumah, pasti menghidar tikus untuk berleluasa. Kudrat Allah, dalam perbezaan, ada kekuatannya jika kita mengerti menafaatkannya.
(18) In Shaa Allah saya yakin dengan usia ketumbukan para graduan Mahathir serta beban kerja yang harus mereka pikul, apa lagi kecondongan mereka untuk mendokong professional Islami, maka ugutan untuk memenjarakan Najib saya kira hanyalah slogan politik. Itu jelas, kerana itu bukan perkara pokok dalam Manifesto mereka. Apa lagi sangat terbukti, Mahathir sejak sekian lama sangat bersifat pemaaf. Najib sebagai Perdana Menteri dan bekas Perdanan Menetri harus mendapat hak-haknya sebagai Perdana Menteri dan bekas Perdana Menteri dalam apa hal sekalipun. Segala-gala harus mengikut lunas-lunas undang-undang Negara seperti mereka telah perakukan. Namun saya menyokong suatu hukuman setimpal kepada mereka yang menangguk di atas kelemahan Najib wajib dijalankan sebagai peringatan kepada sesiapapun kemudiannya.
(19) Sesungguhnya, gandingan kewujudan Mahathir, Anwar dan Najib di Negara ini harus semua pihak lihat betapa Allah itu sangat bijaksana. Tanpa ada ketiga-tiga mereka, politik dan institusi di Negara ini pasti tidak akan pernah berubah. Kehadiran mereka kepada saya adalah jalan Allah hendak memperkukuhkan Melayu dan Islam di rantau ini. Dengan kebijaksanaan dan ketegasan Mahathir, juga kesilapan-kesilapan beliau, dengan adanya Anwar yang cekal berjuang dan beraura hebat juga dengan kesilapan-kesilapannya, serta Najib yang ingin merobah hebat berserta kesilapan-kesilapannya, menjadikan politik Malaysia lebih matang, terbuka dan In Shaa Allah jika itu dapat diterima sebegitu maka akan bergabunglah reformasi dan transformasi dalam membentuk Bangsa Melayu Islami Hebat. Perumpamaan hebat Melayu Sekali air bah, sekali pasir berubah harus menjadi peringatan betapa kita perlu mengambil sikap positif dalam apa halpun. Dalam Islam, itulah apa yang dimaksudkan dengan bermuhasabah diri. Gabungan yang ada bersama Mahathir, In Shaa Allah akan dapat melupuskan sikap perkauman yang bukan hanya menimbulkan masalah politik malah pertumbuhan ekonomi mampan di Negara ini. Saya melihat ketumbukan Mahathir terbaru ini akan dapat mengukuhkan pembinaan Negara Bangsa yang kita kehendaki. Pengunduran Najib atas sifat Negarawannya serta sifat kemaafan para pemimpin tertinggi Pakatan Harapan, pasti memberikan rakyat Malaysia pilihan jelas dalam cara kita berpolitik dan mengurus Negara ini. Sudah terlalu lama kita mengamalkan One Option of Politic maka telah tiba masanya kita berpunya the alternative of political choice. Kewujudan mereka memeriahkan dan menyemarakkan amalan demokrasi kita. In Shaa Allah 2018 akan menjadi gateway kepada maju atau mundur jauhnya Melayu dan Malaysia. Ayuh kita jadikan tahun 2018 tahun merobah untuk kesejahteraan semua.
(20) Bagi saya, Najib harus mengundur dari terus memimpin UMNO. Najib tidak perlu gusar tentang masa depan UMNO dan Melayu. Tun Razak pergi tanpa ada gusar tentang Melayu bahkan masa depan keluarganya. Taib Mahmud juga pernah berpunya penyakit cinta-was-was yang sama, namun beliau mengundur dan PBB mengukuh hebat. Biarlah UMNO dan Melayu bebas memilih masa depan masing-masing. Kepada saya, pengunduran Najib dari memimpin UMNO untuk bertarung di dalam PRU 14 ini, akan menjadikan UMNO jikapun kalah adalah ketumbukan alternative political choice Melayu bila mana Bersatu-PH jika mereka menang besar, juga nanti jika berlaku onar terhadap Melayu. Allah sering menjadikan apapun berpasangan-pasagangan. Biarlah kelahiran Bersatu-PH menjadi pasagnag hebat UMNO-BN. Marilah kita raikan itu sebegitu mengikut fitrah Islam. Pengunduran Najib dari memimpin UMNO sekarang lebih menjamin kelestarian UMNO dan Melayu, kerana jika tidak, Najib akan menyaksikan exodus di depan hidungnya di saat detik-detik "kalahnya" UMNO. Sesungguhnya, kebakaran hutan Conifer yang sering terjadi di Hemisfera Selatan atau Utara bukanlah kerana Allah hendak menjahanamkan hutan-hutan tersebut, melainkan itulah His natural law of succession hukum tabii kebangkitan semulaNya. Di hari Kiamat, semua akan termusnah, hanya untuk bangkit hebat kemudiannya. Jangan khuathir, Melayu tidak akan bangsat biar tanpa UMNO-BN. Allah seperti janjinya tetap berada bersama-sama mereka yang berIman dan berTaqwa. Dia pasti ada caraNya tersendiri untuk menyelamatkan Ummah. Syahadah kita mengajar kita untuk hanya bergantung kepadaNya selagi kita benar. Semoga Umrahan Najib sekeluarga kini mendatangkan hidayah sebegitu kepadanya dan seisi keluarga. Ameen. In Shaa Allah.
Kuching, Sarawak
8-9 Januari, 2018.

0 comments:
Post a Comment