Latest Postings
Loading...
Oct 14, 2015

1/10/15 KEEP THE PENANS AND SEMANG to their natural lives! (DRAFT)

Minggu lepas sekali lagi saya berkampung di Cilandak, Jakarta Selatan. Jika dua bulan lepas, semasa di sana, saya asyik ngangkrem duduk berfikir di kantor, namun kali ini saya mengambil sedikit waktu untuk berkeliling mendekati kehidupan masyarakat di sekitar kantor. Chilandak, adalah kediaman bagi kalangan Menengah Atas dan Elit. Di celah-celah itu, tetap kedapatan yang nyempelet tersepit susah. Saya singgah di sebuah warung Makan Padang. Terhidang Gulai Masak Putih juga Masak Cabek Merah Ayam Kampung. Saya pesan sebotol Teh Botol dua potong masakan ayam kampung dan paling istimewa dan baru saja saya temui Nasi Bakar. Sambil menikmati makanan, serta kerana tiada tetamu lain, saya meminta Mbak Empunya Toko untuk duduk ngobrol bersama. Dia asalnya dari Flores. Loghat bicara saya adalah loghat Jakarta. Dengan cara itu, saya menghitung pasti memudahkan, tetapi ternyata tidak kerana Body Language Mbak itu ternyata kurang seneng. Lantas saya memperkenalkan diri saya dari Malaysia, Bahagiannya Kuching, Sarawak. Selepas itu segala pembicaraan adalah lancar bagai hujan di Gurun Bekha, Mekah. Segala rahsia Nasi Bakar, Masak Ayam Putih dan Merah bahkan dari cerita asal mula dia berniaga di situ semuanya terbongkar tanpa malu-malu apa lagi curiga. Dia menyewa kawasan lapang milik PT syarikat di mana suaminya telah berkerja sejak 20 tahun sudah. Dia punya empat anak, dua sedang kuliah, satu di SMA dan satu di SD. Pada pengamatan saya, dia pasti adalah antara warga Flores yang sudah agak berjaya dalam membina masa depan di sebuah Kota Dunia seperti Jakarta ini.

(2) Dari ngomong-ngomong itu fikiran saya tetap pada kerja kantor yang harus saya bereskan dalam semingguan ini. Ternyata, dalam berbahagi fikir timbul konsep biarkan kaum Penan dan Semang seadanya, Konsep ini timbul kerana jiwa saya telah sekian lama ingin melihat suatu kebangkitan ketemadunan Melayu dan Islam di sebelah sini. Darul Hana di Kuching, adalah mula-mula hasil pemikiran itu, namun saya tidak kebagian untuk mengusainya. Samalah halnya, saya sering menulis malah ketemu dengan mereka yang ingin membangun semula Kampung Baru Kuala Lumpur, tetapi kemelut 1MDB sepertinya pasti menjadikan Kampung Baru tergadai menjadi Kampung Kapitalis Melayu juga akhirnya. Saya ingin mencari asas kepada kebangkitan ketemadunan hebat Melayu dan Islam di sebelah sini. Pada saya 300 juta Umat Melayu Nusantara, adalah kelompok yang sangat besar. Melayu adalah Bangsa Besar, namun terus kerdil lantaran kehidupan Melayu terus dinaungi Barat. Pada saya telah sampai waktunya, Melayu harus kembali bertunjang kepada Islam untuk kembali hebat melebih waktu sebelum-sebelumnya. Kehadiran kaum Penan dan Semang yang kebetulan saya pernah terjebak dengan mereka sedikit waktu dulu-dulu, ada hikmah di baliknya. Sepertinya Mbak ini kerana adanya dia ini maka saya bisa menikmati makanan enak paling asli Indonesia dengan harga tidakpun sampai 30 persen dari masakan yang sama jika dinikmati di Chitos (Chilandak Town Square) atau Gandaria8 dan apa lagi di Pondok Endah Mall (PEM). Keaslian adalah suatu nikmat dan ianya sangat berpatutan kepada sesiapa juga mahu menikmatinya. Allah, Taufik dan HidayahNya ada di mana-mana jika kita mahu berfikir. Dia memberikan saya ilham ke arah apa yang sedang saya carikan.

(3) Ketemadunan Melayu, harus pada jati dirinya. Ianya harus bangkit dari sumber kekuatan lingkungan aslinya. Ianya tidak boleh bangkit dari keterasingan yang sangat asing. Allah berfirman di dalam Al Quran "Bagi sesuatu kaum ada para Nabinya tersendiri; dan Setiap sesuatu yang Aku jadikan adalah untuk kamu, hanya jika kamu orang-orang yang berIman, berTaqwa dan berfikir" Allah mengadakan Nabi pada setiap kaum. Maka persoalannya, apa ada Nabi bagi Melayu? Sesiapa mengatakan ada, pasti Melayu akan menghukum mereka itu murtad sesat kerana Nabi terakhir telah tiada. Maka siapa Nabi Melayu dan kenapa Allah berfirman sepertinya ianya ada? Sesungguhnya, jika kita berfikir dan jika kita berIman iaitu percaya kepadaNya, dan berTaqwa iaitu berbuat kebaikan pada kehendakNya, sebetunya Nabi itu terus hidup di dalam sesuatu kaum itu. Kita mungkin sudah lupa, Nabi itu untuk apa? Selagi, tugas-tugas dan ciri-ciri Nabi terus diperlakukan, maka Nabi terus ada di dalam kaum itu. Sesungguhnya, roh kenabian, bukan Nabinya yang harus kita terus hidupkan jika kita mahu hebat!

(4) Penan adalah kaum nomadic di pedalaman Sarawak. Mereka ini menduduki kawasan bergunung ganang di Kapit, Miri, Limbang dan Bintulu. Inilah kelompok penghuni Horse Range. Semang atau dulunya di kenali sebagai Negritos adalah puak nomadic di pedalaman Kedah, Perak dan Pahang iaitu pendeknya puak-puak Pergunungan Titiwangsa. Inilah puak-puak yang kita yang dikatakan realtif maju mahu ubah menjadi kita. Kita ingin kitakan segala apa dalam lingkungan kita. Melayu terlalu taksub untuk memeMelayukan segala apa di lingkungan mereka. Melayu sikap kita setaraf Yahudi. Hairan. Kenapa kita terlalu ingin mengangkat diri kita menjadi Allah sedang di dalam Al Quran Dia entah berapa ratus kali berfirman "Betapa Muhammad itu hanyalah persuruh Allah...", yang ibaratnya, Muhammad SAW hanyalah manusia biasa dan biar dia sekalipun tidak dapat mengubah apa-apa tanpa keredhaan Allah. Maka kenapa Melayu hendak segalanya berubah pada nafsu Melayu? Kita mungkin melihat kira-kira maksud firman itu tadi hanya pada satu jalur sempit, maka fikiran kita terus-terus menjurus betapa tugas Muhammad SAW adalah agar semua harus di"Islamkan" dikitakan, sedang ianya ternyata tidak dan tidak perlu. Muthalib, adalah manusia awalan paling dekat kepada Muhammad. Bahkan ibunya Aminah dan apa lagi bapanya Abdullah, dan apa lagi yang dinamakan Abi Thalib, semua mereka itu tidak mati setelah bersyahadah. Kenapa Allah sebegitu tindakNya? Kenapa tidak saja mereka itu mati setelah memperakukan keesaan Allah dan kerasulan Muhammad SAW? Tidakkah itu jelas tentang apa maksud Allah yang bermaksud "Iman itu urusan Aku!". Jika sebegitu, apa urusan kita? Sesungguhnya, urusan kita mudah saja iaitu sebagai khalifah menyeru ke jalan baik dan mencegah ke jalan mungkar. Kita berbuat itu, dan kita patuh saja ke situ. Muhammad SAW adalah contoh praktis nyata: dia insani, dia meneladani kebaikan dan menyeru ke jalan baik. Muhammad SAW tiada kuasa tentang Iman.

(5) Soal Iman, itu urusan mutlak Allah. Muhammad SAW hanyalah alat. Kita hanyalah media. Penentu tetap padaNya. Maka usaha-usaha mengkitakan Penan dan Semang harus kita teliti dengan sempurna. Allah menjadikan Penan dan Semang itu untuk apa? Pernahkan kita berfikir ke situ? Apakah Allah mahukan mereka menjadi Muslim? Atau apakah Allah mengadakan mereka sebagai salah satu ujian kehebatan pemikiran dan kekahlifahan Islam kita? Bagi saya, dan saya yakin, jika Allah mahukan Penan dan Semang menjadi Muslim, sekali seru mereka pasti sudah bersyahadah. Sudah berapa lama kita mendekati kaum Semang umpamanya? Saya yakin tidak kurang dari 50 tahun. Muhammad SAW menyeru Mekah dan Madinah kepada Islam dalam berapa tahun, tidakkah cuma dalam 22 tahun? Apakah maksudnya ini? Kenapa di zaman SAW bahkan Abu Bakar, Umar dan Othman, wujudnya Abdullah bin Saba? Tidakkah jika Allah mahu, Abdullah bin Saba itu akan lebih Muslim dari Abu Bakar, Umar, Othman atau Ali Abi Thalib? Abdullah bin Saba malah Munafik yang SAW juga harus mengakuinya. Maka jika keberadaan Penan dan Semang dapat kita sorot secara halus dari segala jalan halus Allah dalam Sejarah panjang Islam, pasti keberadaan Penan dan Semang punya maksud dan tujuan lain selain keperluan kekitaan yang Melayu selama ini lihat dan cuba asakan.

(6) Buat saya, kerana pokok pencarian saya adalah Ketemadunan Melayu dan Islam di sebelah sini, saya berkeyakinan kehadiran Penan dan Semang di Hutan Pelbagai Tropika kita adalah sebahagian hadiah Allah sebagai asas kepada jalan pembentukan temadun itu. Allah saya kira mahukan Melayu untuk menjadi khalifah yang saksama. Khalifah yang mampu melihat fitrah dan hikmah Allah di balik segala kejadian di sekeliling untuk kebaikan sejagat. Allah sedang menyediakan wadah yang sangat luas agar Melayu menjadi Muslim yang menjaga kepentingan semua di sekeliling mereka. Segala teknologi dan sistem pengurusan terbaik pasti boleh kita jelmakan dari segala apa di sekeliling kita, jika kita khusyuk ke situ. Jika itu dapat tercapai, tidakkah temadun Melayu akan menjadi hebat dan Islam akan terhormat. Saat itu terjadi, Iman segala mahlukNya di sekeliling Melayu pasti hanyalah sekadar lafaz Kun Fa Yakun dariNya? Penan dan Semang boleh menjadi salah satu sumber keTermadunan hebat Melayu dan Islam di sebelah sini. Fikirkan saat Penan dan Semang sudah menjadi kita siapakah yang akan menjadi wali dan atau nabi Allah untuk menjelaskan contohnya kegunaan segala herba yang tumbuh kaya di hutan? Untuk berharap kepada anak katakan Rosmah bt Mansur, saya kira di antara lembu dengan sapipun mereka sudah tidak kenal. Maka kebijaksanaan Melayu untuk menjadi khalifah yang saksama, punya kekuatan berfikir yang jauh dan jitu untuk melihat fitrah dan hikmah di balik segala kejadian Allah adalah asas kepada kebangkitan kehebatan Melayu dan Islam di rantau ini. Untuk itu, kita harus berhati-hati dengan sikap taksub Melayu yang terlau gemar mengkitakan segala. Yahudi punya sifat sebegtitu, kita telah Allah ingatkan jangan menuruti cara mereka itu.

Taman Cilandak, Chilandak, Jakarta Selatan
10 Okt., 2015

0 comments :

Back To Top