Kita ibarat sedang berada di dalam sebuah bahtera, juga sedang berlayar di samudera luas. Semua sedang asyik dengan perlakuan dan bidang tugas masing-masing. Tebing pendaratan kita biar masih agak jauh, tetapi seperti pasti. Diam-diam, seseorang lantaran rasa keinginan nafsu yang mengunung gila, dari kerjanya untuk turut mengemudi bahtera ke tempat tujuan dengan selamat dan lancar, dia mengambil gerudi membolongkan badan kapal. Air laut mulai masuk. Para penumpang kian hiruk pikuk geger bahkan banyak sudah kian binggung. Hairannya, hiruk pikuk terus berlaku sedang sang pengerudi terus saja mengerudi tanpa peduli kebisingan yang kian melanda. Malah dia dengan selamba bersahaja menoleh tersenyum dan sesekali terdengar mengherdik kepada para penumpang yang bising: "Kamulah yang sedang menengelamkan bahtera ini. Cuba kamu semua terjun saja ke laut, pasti kapal ini tidak akan tengelam". Paling anih, biar sadar bahtera akan tengelam, ada juga di antara penumpang kapal bertepuk sorak gembira redha pada kerja pembolongan beliau tersebut.
(2) Dari 2011 prihal 1MDB sudah mulai membuak di Negara ini. Sebelumyna, pada 27 Mei, 2010, Idris Jala telah mengutarakan betapa Negara akan menuju kebankrapan jika hutang Negara terus meningkat dan apa lagi bila subsidi terus tidak dikawal. " Malaysia is one of the most subsidised nations in the world. Its total subsidy of RM74 billion in 2009 is equivalent to RM12,900 per household. This covers the areas of Social (RM42.8bil), Fuel (RM23.5bil), Infrastructure (RM4.6bil) and Food amounting to RM3.1bil. All savings to reduce these savings are intended to reduce our deficit and debt of RM103bil in five years" sebegitulah hujah beliau. Sebetulnya, sudsidi bukan isu jika hutang Negara adalah rendah. Subsidi menjadi pokok pelarian scape goat saat hutang sudah mengunung. Lebih parah, bila Kewangan Negara tidak terurus dengan baik, bahkan malah dipergoyahkan lagi dengan adanya Hutang Jangka Pendek 1MDB.
(3) Saya melihat Najib sedang mengurus Negara ini seoalah-olah Negara sudah berada di tahun 2020. Beliau seperti bertanggapan Negara sudah lima tahun berada in the fore front of the real time. Najib sedang mengurus Negara sepertinya kita sudahpun mencapai kedudukan sebagai Negara Maju. Mungkin kartun futuristic Doraemon sudah mengusai jalan pemikiran Najib. Najib kian berfikir secara BOS; NBOS untuk melakukan apa saja secara easy fast alternatives. Strategi sebegitu tidak salah, namun silapnya dia bila dia tidak teliti apa lagi kelihatan tidak telus. Najib, kian menuruti cara Kapitalis Amerika dalam cara melonjakkan pendapatan Negara. Diua mkelihatan agak tergopoh gapah atas tujuan untuk mencapai Negara Berpendapatan Tinggi. Kapitalis Wall Street, mereka gemar bermain Paper Trading dan kini Electronic Trading dan bahkan sudah menjadi Cyber Trading sebagai asas untuk menjana pendapatan lumayan. Mereka gemar bermain momokan dagang speculative trading untuk mempengaruhi sentimen pasaran saham apa saja yang mereka kira logical and trendy. Contohnya, apa ada pada Face Book, Google, WhatChat, dsb yang nilai sahamnya mengatasi harga sebuah negara contohnya Somalia dan atau Iraq? Jika disorot dari sudut Sejarah, sifat Najib menjurus kepada ciri-ciri Sulaiman AS. Apa saja yang Sulaiman AS mahu, segalanya tertunai cepat. Tanpa sedar, hakikatnya, mereka yang mengelilingi Najib adalah sama saja denagn kaum yang mengelilingi Sulaiman AS. Inilah kaum yang pemalas, pengecut, tetapi mahu untuk bersenang lenang secara mudah dan cepat. Allah mengurniakan mukzizat kepada King Solomon to be the Greatest, demi untuk memuaskan nafsu rakyat di sekeling baginda, namun saat Sulaiman AS telah wafat, kaum tersebut menjadi laknat Allah hingga ke hari ini. Lewat Sulaiman AS, Najib harus telah belajar sesuatu tentang keingian nafsu untuk menuruti natijah haloba mereka di sekeliling beliau.
(4) 1MDB adalah hasil pemikiran dan kefahaman betapa momokan dagang boleh menghasilan pendapatan tinggi. 1MDB dengan cita-cita menguasai bidang perdagangan strategik seperti Penjanaan Kuasa Elektik dan Hartanah (Bandar 1Msia, dsb) direncanakan dan telah dimomokan, speculated agar pencinta pasaran saham dengan termakan janji masa depan yang unggul nilai saham 1MDB akan melambung, dan quick trading boleh dibuat agar beratus billion Ringgit akan dapat dijana. Najib berharap 1MDB dapat menjana quick big money untuk Negara. Inilah sebetulnya, perniagaan Dunia Maju iaitu Cyber Trade atau Perdagangan Maya. Jika dilihat, dari mulanya, niat akan cara kerja sebegini adalah tidak suci bersih sebagaimana kehendak syarak maqasid yang Najib sendiri hendak tegakkan. 1MDB terkecundang. Kini telah timbul segala macam kekeliruan tentang coverup ke atas kesilapan besar ini. Kisah 1MDB menjadi sangat malang bila kita melihat segala macam laupran di mana seoalah-olah wang hilang, harta hilang, hutang tertinggal, kita sebetulnya dapat apa?
(5) 1MDB mulanya kelihatan berjalan baik. Lantaran itu, Najib dengan penuh yakin mencipta FGV yang juga ala-1MDB. Kita tahu, FGV hanyalah SPV yang dibekali loaded dengan kekayaan Felda yang Abdul Razak, Husein Onn dan Mahathir telah bina sejak sekian lama dengan berhutang dengan Bank Dunia (WB). Najib, atas strategi berwawasan One Step Ahead NBOSnya, mencuba menjadikan FGV sebagai alat untuk menjana Pendapatan Tinggi kepada Felda, Negara dan akhirnya peneroka. Itu juga kelihatan bagus. Cuma kegopohan menjadikan segalanya terbalik lintang pukang. Paling malang, saat FGV hendak melangkah, kegawatan menerjah industri sawit, nilai saham FGV menjunam dan kini mungkin sama-sama akan hilang sepertinya pesawat MH370. Apa lagi kemelut 1MDB turut memalit lumpur ke FGV. Cuma, banyak orang tidak sedar, Felda, Negara dan peneroka mungkin terlepas dari bahana susut nilai saham FGV, namun berbilang pelabur institusi pasti meringis, tercengir bagai kerang busuk tersentap tidak boleh berbuat apa-apa. Wang terlepas, kita dapat apa?
(6) Untung-rugi, benarlah, itu semua adat berniaga. Namun kepada saya itu Jap Rangkak kata Melayu Sarawak. Jab adalah singkatan dari Jawab. Rangkak adalah sifat gelojoh, kebulur kata orang Kedah. Maka untuk mengatakan 1MDB dan FGV mengalami masalah adalah lantaran itu permainan biasa dunia perniagaan adalah jawaban orang gelojoh. 1MDB bukalah perniagaan biasa-biasa. Ianya menyangkut pengurusan Negara. Allah terang-terang di dalam Al Quran, berpesan "Jangan berniaga cara riba". Perniagaan secara speculative adalah gaya niaga berunsur riba. Allah sangat benci riba. Kita yang heboh punya Maqasid pula berseronok pada riba. Bagaimana keserasiannya? Allah juga berpesan keras, "Jangan ikut Yahudi dan Nasrani". Namun, itulah jalan ikutan kita. Maka, kegagalan 1MDB dan FGV apakah bukan tanda kemurkaan Allah pada kita yang suka bermain sandiwara?
(7) Negara ini adalah Negara membangun. Kita perlu kekal pada jalan sistem ekonomi membangun iaitu mengunakan segala sumber kekayaan kita untuk berniaga secara fizikal. New Zealand contohnya, mereka tidak heboh dengan Pasaran Saham, malah Pasaran Saham Wellington tidakpun kedengaran hebat, namun, bagaimana kehidupan rakyat serta kesejahteraan New Zealand berbanding Malaysia yang mempunyai sumber kekayaan yang jauh lebih hebat. Rakan setaraf kita pada awal 1970an iaitu Korea Selatan, mereka punya MNC yang jauh lebih hebat dari Malaysia, apa mereka sebok untuk berdagang secara Cyber Trading syarikat-syarikat mereka itu? Korea dan bahkan Jepun, Jerman dsb terus-terus mahu berdagang dan melabur secara real in physical. Inilah negara-negara maju yang tidak punya tabiat seperti Kapitalis Amerika lantaran mereka patuh kepada Al Quran, biar mereka tidak berpunya Maqasid sekalipun.
(8) Telah tiba masanya Najib secara terhormat, lebih mementingkan Negara dan kesejahteraan rakyat dari terus berdolak-dalik dalam prihal 1MDB (dan FGV dan segala setaranya). Bersihkan imej Negara sebagaimana lazim diamalkan oleh demokrasi Barat yang Najib sanjungi. Muhammd SAW sendiri saat diselubungi fitnah baginda khalwat dan mengasingkan diri biar dalam tugas belaiu sebagai rasul pendakwah agung sekalipun. Beliau meletakkan para sahabah untuk bebas mengusrusi prihal baginda. Najib harus ada keberanian sebegitu jika dia yakin tiada apa salah laku olehnya.
(9) Sesungguhnya, segal prihal yang menyelubungi 1MDB (dan FGV) boleh menghakis kepercayaan antarabangsa dan tempatan tentang our good governance. Tanpa good governance apakah kita kelihatan boleh dipercayai? Pelabur asing mereka lebih risau tentang keselamatan wang ringgit mereka. Imej good governance mesti terus kita amal dan tampakkan untuk semua berpunya harapan tinggi bernegarakan Malaysia ini.
Kuching, Sarawak
16 Okt., 2105

0 comments:
Post a Comment