Latest Postings
Loading...
Nov 18, 2014

4/11/14 DULU MELAYU MISKIN SEKARANG MELAYU RESAH.....bila kota kita bina, desa kian kita lupa, sebegitulah jadinya!

Muhammad SAW sering mengingatkan kita sayangilah kalangan miskin. Jika ingin mencintai dia, maka sayangilah kalangan miskin, yatim dan susah. Muhammad SAW menyuarakan agar kecintaan kita kepada Allah dan orang-orang miskin susah harus terus subur. Sepertinya, kemiskinan dan manusia itu akan terus berada berdampingan sampai kiamat mungkinnya. Kenapa? Sesungguhnya kemiskinan adalah fitrah kehidupan baginda. Sehingga baginda telah menjadi Rasul sekalipun, tetap kemiskinan terus menjadi kehidupan pilihan baginda. Natijah ini adalah jelas dari periwayatan, biar semasa peperanganpun bala tentera baginda tidak cukup makan. Pernah baginda terpaksa berkongsi sepotong roti dengan bala tentera yang banyak. Begitu juga saat cucu-cucu baginda Hasan dan Husein sudah anak-anakpun, tetap kemiskinan tidak pernah undur dari kehidupan baginda bila dengan tegas permintaan puteri kesayangan ditolak dan ganti dengan tiga Qul: Al Ahad, Al Falaq, Al Ikhlas. Sekitar 25 tahun pemerintahan baginda kemiskinan belum pudar. Kemiskinan terus saja tersangat dekat dengan Muhammad SAW. Namun, mengetahui akan semua ini, kita Umat Islam, Melayu, mengertikah kita apa maksud sebenarnya? Kenapa kemiskinan Muhammad SAW gandingkan menjadi terlalu dekat dengan perintah-perintah Allah yang lainnya?

(2) Selepas Muhammad SAW, Abu Bakar tetap menghadapi perkara serupa. Dari seorang bergelar billionaire baginda menjadi punya sekadar cukup lantaran semua harta perlu dikorbankan demi Islam. Ada riwayat menyatakan betapa jauh-jauh malam baginda merayau-rayau membantu si mikin payah. Kisah paling dekat kepada baginda adalah perebutan melakukan bakti di antara baginda dan Umar Al Khataab, iaitu pembantunya. Umar sering berebut ke rumah si tua di hujung desa, namun Abu Bakar jauh sentiasa lebih duluan membantu si tua fakir sendiri itu. Syukur, sepertinya kemiskinan sudah menjauh ke hujung Kampung di zaman Abu Bakar Ass-Siddique. Dirinya, adalah miskin bikinan. Suatu pengorbanan keabadian pada seruan Muhammad SAW. Abu Bakar Ass-Siddique, seperti sujud mutlak kepada Al Quran yang mulai dia susunkan betapa Allah menghendaki Umatnya mengikut kuat teladan Muhammad SAW. Cinta Allah buat Abu Bakar adalah berpaksi kepada cinta dan taat baginda kepada Muhammad SAW. Namun, pembacaan dan pengertian kita cinta rasul, cinta Allah Umat Islam, Melayu kini bagaimana?

(3) Umar Al Khataab di saat memegang tampuk khalifah, konsep zuhud baginda terjelas kuat. Dia juga adalah billionaire, namun dia korbankan segalanya sehingga pakaiannya bertampal sebelas, bikinan dari kain kasar. Makanannya adalah gandum bermutu rendah. Dia tidak menjamah apa-apa yang jauh lebih baik dari milik dan mampu rakyat kebanyakan. Sepertinya, Umar Al Khataab mendekati dirinya kepada kemiskinan. Dia sendiri menjadikan dirinya miskin. Sikap baginda pernah ditegur oleh Ali Abi Thalib "Amirrul Mukminin meletakkan tanda aras yang pasti sukar orang lain ikuti kemudiannya". Serta keprihatinan baginda lebih kepada menjaga kemiskinan pada jalan Iman. Umar Al Khataab, paling keras dalam Work Process Islam. Baginda, sering digambarkan sebagai khalifah sentiasa ada anak kayu di tangannya. Baginda sering merotan pesalah di kalangan umum. Paling indah dan nostalgik bagi Umar Al Khataab, adalah tentang dua perempuan. Satu, saat baginda merayau-rayau lalu lelah, maka tumpang bersandar pada dinding sebuah rumah, di mana berlaku sembang dagang di antara anak gadis dan siibu penjual susu. Si ibu mahu mencampurkan susu dengan air, agar menjadi lebih banyak. Sedang si anak gadis melarang. Kata si ibu "Usah khuathir, Umar tidak akan tahu!" sedang jawab si anak "Bukan Umar yang harus kita takut, Allah ada di mana-mana!". Takdir, gadis itu kemudiannya menjadi menantu Umar Al Khataab, lalu melahirkan seorang cucu hebat juga khalifah besar bernama Umar Abdul Aziz. Kemiskinan dan kepayahan rakyat seperti hilang di zaman Umar Abdul Aziz. Perempuan kedua adalah, pada saat berkeliling di kota Madinah, Umar Al Khataab sudah tidak mendengar lagi keluh kesah kemiskinan, namun dia terlihat api berkelip-kelip jauh di padang pasir di luar kota. Baginda ke sana. Perit hati baginda mendengar rintih seorang ibu bersama anak-anak yang sedang kelaparan; "Kenapa Umar tidak ke sini, membantu kita ini?" Umar dalam sebak kembali ke Baitumal memikul sendiri gandum dan raisin untuk diberikan kepada perempuan itu. Di situ ungkapan keramat Umar Al Khataab, mungkin tidak banyak tahu apa lagi hafal dan mengerti; "Jangan aku kamu bantu, di akhirat nanti, bukan kamu dipersoal atas penderitaan rakyatku, tetapi aku!" Itulah penegasan Umar saat pembantunya menghulur bahu ingin membantu. Kita kini, mungkin sekadar berkata SubhannaAllah, semoga Allah selamatkan roh Umar, namun selepasnya, apa?

(4) Othman Affan jauh lebih kaya dari Umar Al Khataab. Namun Bench Mark Umar Al Khataab menjadikan baginda ikut zuhud, sehingga suatu hari, baginda terlewat Jumaatan ke Masjid lantaran perlu menunggu sehingga baju hanya sehelai baginda kering dan mendapat kemarahan Umar Al Khataab. Kisah ini adalah semasa baginda baru menjadi pembantu akrab Umar Al Khataab. Namun, semasa baginda memerintah, di atas perluasan Negara Islam, kemakmuran kian mencurah-curah datang ke Madinah. Khabar kemiskinan kian kurang, namun perebutan kekayaan dan pilih kasih kian memuncak sehingga timbul fitnah yang menumpahkan darah Othman Affan sendiri. Ali Abi Thalib, mengambilalih tampuk khalifah dalam penuh kecelaruan dan perebutan. Kisah-kisah kemiskinan kian hilang, namun kepayahan lain akibat penindasan dan kerakusan menular menjauh sehingga Islam sudah bertukar jadi lain. Pasti ada yang mengungkap SuhannaAllah, MasyaAllah, Astafirullah semua dalam nada sebak dan kesal dan mati di situ. Selanjutnya bagaimana?

(5) Sesungguhnya Al Quran itu penuh dengan cerita. Perjalanan Islam itu adalah cerita-cerita panjang. Zabur, Taurah, dan Injil sebahagiannya mengandungi cerita-cerita seperti juga di dalam Al Quran, Melayu membacanya penuh khusyuk sebahagiannya, sedang sebahagian lain membaca dengan penuh harap, namun mengertinya sangat sedikit. Kenapa kita tidak berusaha keras untuk mengerti semua ini, menyorot segala ke dalam permasalahan kini, lalu meneroka jalan penyelesaian bagi segala kemelut kini yang Allah pasti akan senyum dengannya? Sesungguhnya, saya berkira, kita tidak mengerti akan maksud Allah bila menyeru "Bacalah Al Quran, di dalamnya adalah ilmu. Membacanya akan mendapat seribu rahmat dan keberkatan". Kita membaca untuk membaca, tidak untuk mengerti sebagai landasan untuk bertindak. Kita taksub pada membaca, tidak gigih pada mengerti mengamal. Apakah rahmat Allah akan datang besar kepada kita selagi sebegitu sikap kita?

(6) Sebelum kedatangan Penjajah, Melayu tidak miskin. Melayu adalah bangsa besar. Satu Nusantara adalah Kampung Melayu. Penjajah menjadikan Nusantara kepada Pattani, Cham, Malaya, Indonesia, Sulu, Borneo dan Brunei. Dulu kita adalah anak-anak pelaut Nusantara bebas berkeluarga besar. Kita membentuk Kesatuan Bangsa Besar sebelum Barat. China, India dan Arab adalah tetangga keluarga besar kita. Barat memporak perandakan semua, biar India, biar China dan pasti Arab dan Melayu telah lumpuh terus-terusan. Saya telah banyak kali menulis tentang itu, dan tidak hendak mengulang semua itu di sini. Apa yang hendak saya bicarakan adalah kecelaruan ekonomi Melayu, cara kita memahami Islam dan menangani kemelut kita tidak bercerminkan diri tetapi terkepeleset di telunjuk Barat. Kemiskinan dan kepayahan rakyat, saya lihat sedang Mohd Najib heret pada jalan kerakusan Kapitalis dan Demokrasi. Selagi Melayu tidak menari pada irama sendiri, selagi itu tarian kita tetap canggung. Itulah kias Muhammad SAW bila baginda mengasuh kita agar berbeda dan Al Quran jelas mengarah kita jangan patuh pada telunjuk bukan dari tangan kita.

(7) Kepayahan Melayu kini adalah bikinan Barat. Di Negara ini, sedari tahun 1511 Melayu terus-terusan tunduk kepada Barat. Melayu dulu-dulu tidak miskin juga tidak payah. Di mana-mana Melayu tetap mudah mencari rezeki untuk hidup pada batas Melayu. Saat bench mark kemakmuran sudah berkiblat ke Barat, Melayu menjadi sangat terperosok ke gaung undeveloped pariah. Adakah ini bermaksud kita harus undur keMelayuan di tahun 1500? Janganlah jadi bodoh dan dunggu. Kita harus bedakan tempelakan politik rakus berbanding kesungguhan untuk menyorot cara kini berbanding cara Islam. Allah menghulur Islam buat Melayu. Namun Melayu kian lari dari Islam. Tidakkah sebetulnya Melayu sedang memurtabkan diri? Kenapa Melayu sebok orang lain sedang gigih memurtabkan segelintir Melayu, serta segala ajaran sesat sedang melanda Melayu, namun Melayu secara massa sedang memurtadkan diri tidak Melayu sadarai malah berseronok elok?

(8) Mekah itu kota kaya saat Muhammad SAW memulai kebangkitkan Islam. Ianya adalah kota dagang serta kota suci. Maka, sukar bagi Muhammad SAW untuk meyakinkan agar mereka termasuklah datuk dan bapa saudara dekatnya beralih dari Budaya-Agama Quraish kembali ke jalan Islam. Manakala Madinah pula adalah sekadar bandar persinggahan dalam perjalanan dagang dari Mekah ke Sham (Syria, Palestin, Jordan, Lubnan dan Iraq). Puak-puak Ansar dan Kawarij di sana boleh terbilang sebagai kalangan miskin. Muhammad SAW dalam perjuangan baginda mengembalikan Islam, sebetulnya didokong oleh kalangan miskin. Hanya segelintir sahaja yang kaya raya berkedudukan mengikuti baginda. Namun, biar baginda adalah miskin asalnya, saat menikah dengan Khadijah, beliau bertukar menjadi hartawan, pedagang berjaya. Namun saat terangkat menjadi Rasul, baginda memilih jalan zuhud demi Islam. Baginda terlahir miskin, bergelumang di waktu remaja dengan perit miskin, namun punya kesempatan untuk mewah dan melupakan segala, tetapi kemewahan baginda gadaikan untuk kemanusiaan. Quraish jika tidak kembali kepada Islam, kaum itu pasti akan musnah. Muhammad SAW faham akan prihal itu dan baginda berjuang memperbetulkan apa saja yang boleh menjerumus Quraish ke jalan kehancuran. Namun Allah rencanaNya lain, seluruh Arab sebetulnya sedang menuju jalan kehancuran, maka Dia mengalih Muhammad SAW ke Madinah agar bukan hanya Quraish menjadi tanggungjawab baginda tetapi seluruh Arab dan manusia sejagat akhirnya. Sesungguhnya dengan adanya Abu Bakar, Umar Al Khataab, Othman Affan, panglima-panglima perang seperti Khalid Al Walid dsb di lingkungan Muhammad SAW di masa pemerintahan baginda di Madinah, baginda boleh menjadi MahaRaja serba mewah. Yaman, Mesir, serta Iraq dan Syria sudah mulai tunduk kepada baginda. Segala bentuk kekayaan sudah kian mencurah masuk ke Madinah. Namun tetap baginda memilih zuhud sebagai jalan hidup. Kekayaan terus baginda perguna untuk Ummah dan Islam.  Sebegitulah khalifah-khalifah selepas baginda. Ummah dan Islam gagah melangkah ke depan. Ini kita tahu, tetapi apa sikap kita? Peringatan Allah dalam Adhuha baginda pegang kuat: di saat kemenangan dan kemewahan melimpah ruah, itu sekadar ujian agar kemungkaran, kemiskinan, kepayahan dan kemelaratan terus baginda perjuang hapuskan.

(9) Islam pernah gah di Nusantara. Melayu juga pernah gah. Tetapi kenapa punah? Sejarah Melayu samalah dengan Sejarah Arab-Islam selepas Ali Abi Thalib. Gah dan saling memusnahkan. Ummayah, Abbasiah, Fatimah, Ayubi, Timur, Othmaniah, Kordova dsb semuanya saling meruntuhkan. Bukankah sebegitu Melayu-Islam Majapahit, Melaka, Pasai, Demak, Palembang, Melaka, Pahang, Trengganu, Pattani, Cham, Sulu, Brunei, Sambas, Pontianak dsb. Islam hadir untuk membebaskan Melayu dari perhambaan Buddha dan Hindu, namun Islam sekadar kembang sebagai Kerajaan-Kerajaan Kota, City States buat Melayu yang akhirnya dipergunakan ampuh oleh Barat sebagai alatan penjajahan baik buat menghambat Kapitalisma. Hakikatnya, kini di Negara ini, pentadbiran kita juga terus berpaksi Negara Kota. Kita membangun kota-kota dari membangun Negara. Kota lebih utama dari Negara. Kuala Lumpur lebih penting dari Kelantan sebagai sebuah Negeri. Begitu juga Petaling Jaya, Shah Alam lebih utama dari Serlangor seluruhnya. Apa lagi Pahang, Trengganu dsb. Akibatnya, kemiskinan dan ketidak seimbangan terus berleluasa biar Kuala Lumpur sudah mencapai ke langit. Bahkan di Kuala Lumpur itu sendiri penuh dengan rayapan kepayahan dan kemiskinan yang jauh lebih parah.

(10) Sesungguhnya di zaman Muhammad SAW dan khalifah-khalifah besar, cara mereka amat berbeza. Mereka menitik beratkan Negara dari Kota. Mereka tidak membangunkan Madinah melebihi tanah-tanah taklukan lainnya. Pembahagian harta dan segala tidak pernah diabaikan di segala pelusuk tanah taklukan. Bahkan pemimpin-pemimpin yang tinggi ilmu dan akhlak dihantar buat mentadbir secara saksama segala tanah taklukan. Sesungguhnya, di zaman Ummayah, Baghdad telah dijadikan Negara Kota yang sangat hebat. Baghdad terbangun kuat sedang Negara kurang diperdulikan, hanya bila Umar Abdul Aziz memerintah baru keadaan baginda robah sehingga Negara berdiri saksama lalu kemiskinan menjadi sesuatu yang sangat asing. Yunani dulu adalah Negara Kota. Sebegitulah Rom dan Byzantium. Keruntuhan Yunani dan Rom kemudian menumbuhkan Negara Kota-Negara Kota di seluruh Eropah. Bila empayar Islam bersemarak, ianya tidak berfungsi sebagai sebuah empayar melainkan tetap Negara Kota. Paksinya di Ibu Kota Ibu Kota Besar (Baghdad, Damshek, Kaherah, Kardoba, Istanbul, dsb) bukan pembangunan saksama keseluruhannya. Maka bila Kota-Kota Besar di serang musnah, "Negara" runtuh mudah. Barat belajar dari kesilapan mereka. Barat juga sadar Empayar itu penting. Maka akibat keruntuhan Islam, Barat membina Empayar lari dari konsep Negara Kota. Dunia Islam mereka asak menjadi Negara Kota lantaran itulah kelemahan segala. Mereka bergerak cepat membina Negara. Mereka menyatukan Negara Kota-Negara Kota. Maka di waktu penjajahan hebat Barat ke serata dunia, mereka mengujudkan Negara-Negara Kota, kota-kota dagang sebetulnya sebagai suatu cara melemahkan perpaduan sejagat anak-anak jajahan. Kota-kota dibangun sedang luar bandar terus terabai. Rakyat jajahan dikotakan urbanized lalu mereka terperangkap dalam dunia asing menyulitkan. Sebegitulah kita selanjutnya tanpa sedar itulah perangkap yang telah menjerat kita sekitar 600 tahun dahulu dengan runtuhnya "Empayar Islam".

(11) Model Pembangunan berasaskan Urbanization adalah senjata paling kuat dalam melumpuhkan Melayu. Kekayaan Melayu yang luas di luar bandar tidak terbangun hebat, malah kian tergadai lantaran tiada nilai ekonominya lalu mereka menyerah diri terjerat di kota-kota. Anak-anak Melayu kian tumbuh dalam suasana terjerat hebat. Jiwa merdeka desa hilang deras dari darah daging Melayu. Melayu hilang harta, hilang nilai-nilai diri. Melayu bagai ayam mati di kepuk, itik kehausan di kolam. Melayu kian ditelan Kapitalisma. Kemiskinan kian menghambat Melayu. Mohd Najib dan sesiapa bangga Melayu kian mendadak ke kota, namun tanpa sedar Melayu sedang secara massa menuju ke abatoir untuk disembelih satu-satu cepat deras. Mula-mula Melyu hadir sebagai setinggan berselerakan di kota-kota. Kuala Lumpur dulu-dulu penuh dengtan setinggan. Juga Pulau Pinang dan Johor Baharu. Kini para setinggan telah dipindah ke appartmen-appartmen, namun suatu penyakit baru timbul, home extension. Kehidupan mereka kembali berasak-asak, kembali ke persekitaran setingan lepas-lepas. Masalah sosial yag dulu terkait dengan setingan kini berulang kembali, bahykan lebih parah. Kenapa ini terjadi?

(12) Di peringkat Negara, urbanization menghenyak Melayu. Di peringkat petadbiran, sifat sendiri-sendiri biar pada pemimpin juga pentadbir Melayu kian berleluasa. Anak-anak Melayu lebih enak duduk-duduk di kerusi malas berhawa dingin di kantor-kantor dari berkeliling menjadi Abu Bakar juga Umar Al Khataab. Mereka lebih gemar menjadi Maharaja perut buncit bersenang menerima gaji di hujung bulan. Para pemimpin Melayu pula, mereka tiada lain, hanya kelihatan berjuang bertekak di Parlimen dan atau DUN. Apakah mereka benar-benar bersinsing lengan ke lapangan. Kus semangat, jauh Pak Awi kata Melayu Sarawak.

(13) Pengamatan saya, Mohd Najib sebetulnya tidak faham kenapa Abdul Razak Husein membina DARA, KEJORA, KETENGAH, MUDA, KADA, dsb lalu diikuti segala macam IADP (kini IADA). Bandar Jengka, Bandar Muazam, Bandar Tun Razak dsb adalah peninggalan Abdul Razak Husein. Kias strategi Abdul Razak Husein, apa lagi Mahathir tidak Moihd Najib mengerti tepat. Juga penasihat Islam Mohd Najib juga tidak mengerti kenapa Allah mentakdirkan Muhammad SAW harus keluar ke Madinah sebelum dapat menawan Mekah. Apa lagi tidak banyak mengerti kenapa Muhammad harus disusui Badwi di padang pasir, sebelum kembali kepada datuknya Muthalib. Paling dhaif saya kira, para penasihat Mohd Najib tidak faham iktibar dari konsep khariah dalam mendirikan sholat Jumaat. Juga tidak banyak mahu faham bagaimana dalam sholat itu ada ilmu bagaimana penyusunan strategi pembangunan ekonomi Ummah harus diuruskan. Sesungguhnya, saya kian melihat synergy antara kebangkitan Melayu dan perbandaran Mohd Najib tidak dapat garap dengan baik. Kedah, Kelantan, Trengganu, Perlis dan Pahang adalah negeri-negeri di Tanah Merlayu yang dapat mengurangkan keresahan Melayu, namun beliau tidak beri perhatian sebaiknya. Kelantan malah disisih. Lantas Kuala Lumpur terus menjadi beban yang mahal untuk dibangunkan sedang belanja sebenar jika diguna untuk membangun Kelantan, Kedah, Perlis, Trengganu dan Pahang akan jauh lebih murah dan lebih berkesan dari menumpu segala sumber ke Kuala Lumpur. Membangun Kuala Lumpur, meresahkan Melayu, sedang membangun Kelantan, Trengganu, Pahang, Perlis, Kedah, Sarawak dan Sabah pasti memperkasa Melayu bahkan terus menjulang Kuala Lumpur. Kealpaan untuk memberi perhatian ke sektor luar bandar, bukan sekadar mengundang Melayu ke Kuala Lumpur dan menambah segala macam keresahan, malah di Sabah dan nantinya di Sarawak, akan menimbulkan masalah keselamatan dan perpaduan yang parah. Bagi saya, telahan kehancuran UMNO akan berlaku di N adalah semakin nyata. Mohd Najib kian di kelilingi mereka yang tidak boleh berfikir, apa lagi bekerja demi Negara. Di keliling beliau adalah para badot perut buncit baik semasa Christmas muncul.

(14) Paling sedih saya berkira Kementerian Pembangunan  Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) sudah over stretched sehingga soal pokok sudah mereka abaikan. Saya tidak melihat KKLW berusaha keras dalam meningkatkan kecekapan segala agensi di bawahnya untuk memajukan ekonomi Melayu di luar bandar. Shafie Afdal harus di keluarkan dari Kementerian tersebut, cukup sudah apa yang mampu beliau buat. Saya berkira Shafie Apdal has come to his limit. Sama bagi Kementerian Pertanian. Sedang Kementerian Pelajaran yang seharus menjulang Malays' Human Capital sedang hebat membangun Malays' Capitalist yang kian lupa bangsa, lupa jati diri. TV dan Radio Awam pula, sudah ketandusan fikir dan cara untuk menjadikan Melayu sadar betapa time is up buat mereka. TV dan Radio Awam kian menjadikan Melayu lalai lantaran Menterinya bukan profesional berorientasikan research. Negara ini kian menjurus kepada Welfare State di mana Kementerian-Kementerian dan agensi-agensi bercorak membelanja dari membangun kian menjadi lebih penting. Suatu hari bukan Negara menjaga rakyat, namun rakyat menyuap Negara. Kemiskinan dan keresahan akan terus membantai Melayu. Sebabnya, Mohd Najib gemar memilih jalan popular. Kepal reput, ekorpun ikut sama.


Kuching, Sarawak
18 Nov., 2014

0 comments :

Back To Top