Latest Postings
Loading...
Sep 8, 2014

2/9/14 TRINITY...bukan sekadar ada pada Jesus Christ tetapi juga pada kita?

Islam, sampai kapanpun akan terus tercabar. Sebabnya mudah. Sedari sebelum adanya manusia, Allah telah mempersiapkan tatacara untuk mencabar Islam. Untuk apa sebegitu rencananya Allah? Itu seharusnya mudah kita mengerti. Dalam istilah Pendekar Bujang Lapok, semuanya adalah agar adanya cobaan. Segala-gala di dalam hidup ini harus ada test. Segala-gala harus teruji. Di dalam dunia moden, sangat mudah ini untuk dimengertikan. Dalam bidang Kejuruteraan Quality Test adalah caranya sesuatu itu diuji samada menepati Piawaian Kejuruteraan atau tidak. Clinical Test adalah cara untuk memastikan segala ubatan tidak memudaratkan kesihatan piawai manusia. Di dalam bidang Perakaunan, sering kita dengar perktaan Auditing. Itu juga adalah suatu bentuk penilaian. Banyak lagi. Maka Allah atas MahaMengetahunya Dia, manusia pasti akan berlaku onar, maka mereka harus diuji tahap kemanusiaan mereka. Di dalam Islam, sifat kemanusiaan manusia haruslah pada Adeen Islam. Untuk menentukan darjah keIslaman manusia itu, maka Syaitan dan Iblis adalah tatacara terpilih untuk tugas itu. Allah menciptakan Syaitan dan Iblis untuk menguji manusia, menguji keIslaman manusia. Akhirnya,. manusia itu sendiri adalah pencabar Islam paling dahsat.

(2) Trinity adalah suatu konsep di dalam agama Nasrani. Ianya merujuk betapa Jesus Christ punya tiga kuasa iaitu sebagai manusia luhur, sebagai Malaikat Agung (Holly Ghost), dan sebagai Tuhan (Lord). Pelbagai kehebatan "Jesus Christ" ditonjolkan sebagai asas terhadap membuktikan kedudukan ini. Di antaranya, lahir tanpa bapa, suatu kelahiran yang amat suci, mengubati orang buta, menghidupkan yang mati, bangkit kembali, dsb. Atas sifat-sifat itulah, maka Jesus Christ sering digambarkan sebagai Anak Tuhan iaitu the Son of God. Soal wujud atau tidak Bapa Tuhan iaitu God Father itu bukan perkara yang penganut agama Nasrani hiraukan sangat. Yang paling penting buat mereka, sebetulnya di kalangan ulama Nasrani adalah mereka ingin mengenengahkan betapa MahaBerkuasanya Jesus Christ. Lantaran itu, dia mesti dipatuhi, ditaati. Itu saja. Itu saja keperluannya. Saya melihat Trinity dalam Nasrani sebagai metafora pedewaan ke atas Jesus Christ agar dia menjadi terhormat ditaati.  Namun adakah ianya sekadar metafora?

(3) Trinity, jika kita tidak faham asal pembentukan konsep dan kefahamannya, pasti boleh menjadikan penganut Islam yang tidak kuat Imannya akan goyah. Manusia kini, kian yakin kepada perkara-perkara logik. Manusia kian inginkan yang nyata Sifat inginkan logik, maka manusia lebih yakin kepada yang nyata. Sesuatu yang mistik akan sukar difahami bagi mereka yang berfikiran mudah dan ringkas. Allah dalam Islam adalah suatu zat yang tidak boleh digambarkan. Allah itu mistik sukar untu ditangkap otak akan keberadaan dan rupabentukNya. Lantaran itu, ianya mudah untuk dijadikan sasaran pemesongan. Saya menulis ini, tidak untuk menyanggah Trinity tetapi cuba mengurai permulaan konsep dan apa maksudnya bagi agama Nasrani.

(4) Manusia sedari mulai tersesatnya mereka, di saat musibah melanda mereka juga pada tahap kegilaan kuasa, kembali mencari-cari kuasa yang boleh membantu mereka. Pendewaan menjadi sebagai jalan pencarian keTuhanan. Kekuasaan Tuhan sering digambarkan secara bayang-bayang penuh kesamaran. Banyak mentafsir Tuhan secara mistik. Sangat mistik seringnya. Tuhan digambarkan wujud dalam pelbagai bentuk yang diharap boleh meyakinkan pegagangan roh mereka. Lewat waktu, kekuasaan Tuhan itu juga terus berkembang. Lantaran itu, Tuhan menjadi semakin mistik sukar digarap apa sebetulnya Dia. Firaun umpamanya mulai melihat matahari sebagai Tuhan, namun akhirnya mengangkat dirinya sebagai Tuhan bagi segala Tuhan. Dengan cara itu, rakyat di bawah kekuasaan Firaun dapat lebih mudah untuk melihat Tuhan kerana ianya nyata dan bermanafaat. Sebegitu juga Caesar Rom.  Sehingga Zeus Planet yang paling jauh yang belum ditemui sehingga kini menjadi Tuhan Roman. Kedaan yang sama berlaku di kalangan masyarakat Farsi, Cina, India kuno, dsb.

(5) Isa AS sebetulnya Allah turunkan di Palestin untuk memperbetul segala penyelewengan di dalam agama Yahudi. Ajaran bawaan Isa AS adalah kesinambungan ajaran asal yang Allah turunkan kepada Musa AS di kalangan kaumnya iaitu bangsa Yahudi. Beda kehadiran Isa AS dan kewujudana agaman Yahudi adalah  ratusan jika tidak ribuan tahun. Agama Yahudi sudah mengakar kuat di kalangan para penganutnya iaitu bani Yahudi. Maka saat IsAS cuba merombak apa-apa yang salah dalam agama tersebut pastinya tersangat payah. Atas sebab itu Isa AS mendapat tantangan sengit Yahudi. Baginda dimusuhi kuat. Di dalam hidup singkat baginda, hanya sedikit dari masyarakat Yahudi dan suku-suku lain kembali ke jalan ajaran baginda iaitu Islam sebetulnya. Yahudi bersekongkol dengan Roman untuk menghapuskan Isa AS. Maka lantaran di atas keghaiban baginda akibat  pengkhianatan oleh bangsa Yahudi, maka terputuslah hubungan keTuhanan baginda dengan para pengikut keras baginda. Bagi mengisi kelompangan ini, maka Isa AS harus terus diwujudkan dan di sinilah berlaku perselisihan asas (akidah) di antara Islam dan Nasrani. Para ulama Nasrani harus meneruskan pengembangan ajaran Isa AS menantang agama Yahudi yang sudah berkembang luas, namun ketiadaan baginda secara zahir pasti menyulitkan. Dalam masa yang sama, di rantau Palestin, di mana agama Yahudi dan Nasrani bertembung, juga terdapat suku-suku kaum lain yang sangat kuat fahaman agama adat yang berTuhankan segala macam perkara mistik. Tuhan Yahudi itu sendiri iaitu Ellah, juga bersifat mistik. Sifat-sifat  mistik Tuhan itu sebetulnya apa yang cuba di atasi oleh para ulama Nasrani agar mudah penganut agama itu mengerti tentang keTuhanan baru mereka. Agama Yahudi yang menjadi tantangan Nasrani sudah punya Tuhan, maka mana mungkin Nasrani harus mengakui Tuhan Yahudi adalah juga Tuhan Nasrani, lantaran dalam dakwah mereka agama Yahudi bukan lagi agama yang benar. Jika agama sudah salah, maka Tuhan mereka juga adalah salah. Perselisihan ini menjadikan keTuhanan tersendiri Nasrani harus dicari. Akibatnya, maka pelbagai mukjizat sangat hebat Isa AS lalu bertukar menjadi keKuasaan "Isa". Lantaran itu Isa AS di dalam Islam bertukar menjadi Jesus Christ  the Son of God yang bersifat Trinity. Jesus Christ diangkat oleh para ulama Nasrani sebagai mempunyai kekuasaan Trinity Three In One, Tiga Dalam Satu. Dia adalah manusia luhur, dia juga adalah Malaikat Agung (Holly Ghost), dan dia juga adalah Tuhan (Lord). Islam bawaan Isa AS akhirnya terus bertukar menjadi agama Nasrani yang berTuhankan Jesus Christ the Lord. Itulah pegangan Nasrani sehingga kini. Lantaran ajaran Isa AS tidak tertulis di zaman baginda, maka ajaran Jesus Christ yang juga tidak tertulis di zamannya pasti terus berubah-rubah demi memenuhi tuntutan dakwah dan agama Nasrani mengikut keperluan masa dan keadaan. Di situlah bedanya Al Quran dan hadith jika dibandingkan dengan Injil yang agama Nasrani anggap sebagai Kitab suci mereka. Dengan adanya Tuhan dan Kitab, Nasrani kemudiannya boleh bersaing hebat dengan Yahudi, mulanya di Constantinople lalu merebak ke Roman (Italy), Afrika, Arabia dan Barat amnya.

(6) Dari sudut Sains Islam, pada fikiran saya trinity adalah sesuatu yang bukan ajaib. Pada fikiran saya, trinity wujud dalam manusia. Trinity itu wujud dalam semua manusia. Atas hujah ini, saya yakin akan ada pembaca Muslim akan menyanggah saya, betapa Islam itu bukan dari buah fikir. Itu ada benar dan tidaknya. Saya tidak menafikan Al Quran itu bukan dari buah fikir. Al Quran datang lansung dari Allah. Dalam tulisan ini saya tidak menyanggah Al Quran. Namun saya yakin Hadith dan Sunnah adalah buah fikir. Ianya sebahagian besarnya adalah buah fikir Muhammad SAW dalam menghayati Al Quran. Buah fikir SAW untuk memperjelaskan Al Quran. Hadith dan Sunnah juga adalah sebahagian dari intipati Adeen Islam. Pada saya kekuatan Islam adalah lantaran Allah memberikan kita kemampuan untuk berfikir. Jika Allah tidak perlukan kita berfikir, terima seadanya maka menjadi batu seharusnyalah kita. Lumut tumbuh kita terima. Dihempas ombak menggilapun kita terima. Dipijak lalu di lumuri najis binatangpun kita terima. Kudrat fitrah batu. Terima lantaran Allah tidak memberinya deria fikir iaitu otak. Maka, saya tidak yakin Islam harus berdiri atas sifat terima tanpa berfikir. Islam membenarkan kita berfikir selagi jalan fikir kita itu adalah menjurus kepada memperkuatkan akidah. Tulisan ini adalah buah fikir saya untuk membantu memperkukuhkan keImanan diri saya jika tidak umat Islam seluruhnya. Saya yakin Islam adalah bersifat mutlak (Al Quran) juga bersifat dinamik (fikiran).

(7) Adakah Trinity itu benar-benar wujud pada Jesus Christ? Hakikatnya, saya berpandanganan trinity itu wujud dalam semua manusia. Bukan sekadar Jesus Christ. Bagaimana? Untuk menjelaskan persoalan ini, kita harus kembali kepada fitrah kejadian manusia. Sebermula dari tanah dan debu, Allah menciptakan jasad manusia. Jasad yang Dia bentuk dari tanah dan debu itu sebetulnya hanyalah patung jasad. Patung jasad penuh rongga. Siap sahaja pada hari ke enam (?) penciptaan jasad manusia itu, maka Allah biarkan ianya kaku di tamanNya. Pada saat itulah syaitan sebagai fitrah zatnya yang anjal bentuknya memasuki segala ruang tubuh jasad itu dan mengenali setiap inci darinya. Lantaran setelah mengetahui, betapa manusia itu dijadikan adalah sebagai khalifah semua mahluk Allah di bumi, maka atas sifat syaitan sebagai tercipta dari yang lebih baik dari asal kejadian manusia, maka pastinya wujud rasa tidak senang hati syaitan terhadap manusia. Kenapa yang terbuat dari yang kotor harus memimpin dari yang terbuat dari yang terhormat? Syaitan terbuat dari lidah api. Sebelum penciptaan manusia, malaikat yang terkenal sangat patuh sekalipun telah mempersoalkan Allah. Lantas sumpah syaitan "Jika kedudukan manusia Allah nobatkan adalah rendah darinya, maka dia akan membiarkan manusia. Namun jika kedudukan manusia adalah lebih tinggi darinya, maka dia sudah tahu di mana segala kelemahan manusia, manusia akan dia sesatkan". Pernyataan lebih kurang sebegitu pernah saya baca di mana-mana namun saya telah lupa rujukannya.

(8) Sesungguhnya ketelantaran patung jasad manusia di taman Allah untuk seketika waktu usai Allah membentuknya pastinya sengaja Allah lakukan dengan penuh hikmah. Pertama, saya berkira agar syaitan dapat membiasakan diri dengan mahluk yang akan dia uji iaitu pesongkan tersebut. Keduanya, agar manusia sedar, tubuh kita ini, was nothing before iaitu tidak lebih dari tanah dan debu yang kotor tidak bermakna apa-apa tanpa adanya tangan Tuhan selanjutnya. Ini saya kira adalah untuk mengingatkan manusia tentang asal kejadian kita, hina tiada apa-apa. Inilah hakikatnya, namun kini banyak manusia telah sombong dan bongkak ingkar akan natijah ini sehingga badan mereka perdagangkan bukan pada jalan akhlak kemahuan Allah. Manusia kini, mereka lebih cenderung untuk memuaskan nafsu jasadnya dari keperluan akhlak yang seharusnya. Kini manusia semakin mendewa-dewakan nafsu jasadnya dari memulaikan akhlaknya. Saya yakin, manusia tidak lengkap sekadar jasad dari tanah itu sahaja. Sebetulnya jasad manusia tidak hina. Yang hina kotor adalah bahan yang menjadikan jasad itu iaitu tanah dan debu. Setelah menjadi jasad, sebetulnya ianya menjadi mulia. Kenapa? Sesungguhnya, jasad manusia dibentuk sendiri oleh tangan Allah. Ianya tidak terjadi atas perintah Kun Fa YakunNya sahaja. Dia menjadikan jasad manusia dengan tanganNya sendiri. Proses kejadian jasad manusia itu adalah suci, maka menjadi sucilah tubuh badan manusia sedari asalnya. Allah saya kira, mahukan jasad manusia adalah zat yang suci bersih. Hanya dengan mempunyai sifat suci bersih, maka barulah ianya layak menjadi mahluknya yang paling mulia.

(5) Kenapa harus Allah menciptakan jasad manusia dengan tanganNya sendiri. Kenapa tidak, pada apa saja Dia perintahkan contohnya dari batu permata bangun menjadi manusia lewat Kun Faya KunNya sahaja? Di sinilah kita harus ingat. Manusia Allah jadikan sebagai ciptaanNya yang paling baik. Paling mulia. Lantaran itu Dia sendiri mahukan lewat tanganNya Dia mesti menciptakan jasad manusia. Kenapa harus jasad manusia Dia ciptakan paling mulia? Asalnya jasad manusia mati kaku, sebuah patung sahaja. Maka sampai waktunya, Allah bangunkan jasad itu lewat pemberian roh kepadanya dan roh itu, nyawa manusia adalah hembusan nafas Allah. Zat Allah adalah zat MahaSuci. Nafas Allah, roh kita, zat suci yang harus dikendong oleh wadah suci. Maka itulah sebabnya jasad manusia harus juga suci untuk mengendong zat suci Allah. Nafas Allah iaitu roh, nyawa manusia adalah zat suci. Itulah zat Allah yang Dia pinjamkan kepada kita. Setelah jasad kita menerima zat nafas Allah maka sempurnalah kita menjadi manusia. Manusia adalah sekujur jasad dari tanah dan debu, yang dibuat oleh tangan MahaSuci Allah, lalu kepada jasad itu Allah hembuskan zat nasfasNya sebagai pinjaman roh, nyawa kita.

(6) Adam AS dan Hawa RA asalnya menjunjung Adeen Allah. Islam adalah Adeen bagi Adam AS. Namun lewat waktu, atas godaan syaitan dan iblis, anak cucu cicit Adam-Hawa mulai terpesong. Qabil adalah manusia paling awal menantang keras perintah Allah sehingga menumpah darah mencabut nyawa adiknya Habil. Namun akhirnya manusia di saat tertentu dalam hidupnya, seperti tercari-cari siapa Tuhan mereka. Lantaran sudah banyak tersesat jauh, maka Allah kian tidak mereka kenali, lantas pelbagai kuasa mereka mulai lihat sebagai Tuhan. Sepertinya, biar bagaimana engkar sekalipun manusia contohnya Firaun dan Caesar Roman, akhirnya Tuhan juga mereka cari dan ingin serahkan diri. Di Barat, konsep Tuhan ini sudah mulai dikaji di luar dari bidang theology. Telah ada hipotesis yang mengusul keinginan berTuhan ada pada diri manusia secara sejadinya. Kehadiran keinginan ini, sebagaimana sifat-sifat lain manusia cuba dilihat dari sudut genetiknya. Kajian mulai menunjukkan, sememangnya ada satu kod genetik di dalam tubuh manusia yang mendorong manusia untuk kembali ke jalan keTuhanan di waktu-waktu tertentunya. Saya sispkan petikan dari capaian saya di internet mengenai ini Nowhere has that idea received a more intriguing going-over than in the recently published book The God Gene: How Faith Is Hardwired into Our Genes (Doubleday, 2004; 256 pages), by molecular biologist Dean Hamer. Chief of gene structure at the National Cancer Institute, Hamer not only claims that human spirituality is an adaptive trait, but he also says he has located one of the genes responsible, a gene that just happens to also code for production of the neurotransmitters that regulate our moods. Our most profound feelings of spirituality, according to a literal reading of Hamer's work, may be due to little more than an occasional shot of intoxicating brain chemicals governed by our DNA. "I'm a believer that every thought we think and every feeling we feel is the result of activity in the brain," Hamer says. Dalam erti kata lain, keinginan keTuhanan itu sememangnya wujud dalam diri  manusia. Cuma keadaan mengakibatkan rasa keingianan keTuhanan pasti terlahir dalam pelbagai bentuk. Sebabnya, adalah akibat jalan fikiran masing-masing.

(7) Maka saya mengira dan yakin atas sifat Allah itu MahaBijak, Dia menjadikan Al Quran itu mutlak sedang Hadith dan Sunnah adalah lewat buah fikir Muhammad SAW. Gabungan keduannya jika Umat Islam terus junjung baik, akan mengekal dan memantapkan keImanan mereka.

(8) Kajian Dr. Hammer di atas biarpun belum sempurna, namun saya yakin adalah suatu yang tidak ganjil. Saya yakin gene keTuhanan itu wujud di dalam tubuh manusia. Cuba fikirkan, di mana letaknya roh manusia. Di jantung? Di paru-paru? Tidak siapa yang tahu? Sayapun belum terjumpa satu dukumen Islam yang menjelaskan di mana duduknya roh, nyawa manusia. Tetapi, di saat kematian kita, roh digambarkan dicabut dari ubun-ubun kepala. Tidakkah itu menunjukkan kemungkinan roh manusia adalah di otak? Sel putih otak adalah saraf paling penting. Saat sel putih ini tidak lagi berfungsi, maka matilah manusia. Juga tidakkah otak yang sangat membezakan manusia dengan segala mahluk lain Allah? Untuk ini, kita tinggalkan dulu tentang kedudukan roh di dalam jasad kita. Kita kembali kepada soal trinity. Saya yakin, kita ini ada tiga sifat-sifat suci. Pertamanya sifat-sifat manusia luhur, dan itu telah saya bincangkan di atas. Kedua, apakah kita punya sifat-sifat malaikat. Sifat-sifat patuh kita kepada suruhan, perintah Allah adalah sifat-sifat malaikat. Maka kita juga punya sifat-sifat malaikat. Biar mungkin tidak penuh, namun ianya tetap ada berasaskan darjah keImanan kita. Bahkan selangkah dari itu, kita juga ada sifat-sifat syaitan, saat hati kita sudah menguasai fikiran. Maka, akhirnya, apakah kita punya sifat-sifat keTuhanan.

(9) Dalam membicarakan konsep keTuhanan pada manusia, saya ingin mengambil sikap, kita adalah sekadar waliNya. Kita bukan Tuhan, dan tidak mengambil tempat MahaAgungnya. Bukankah di dalam kitab-kitab lama pendidikan Islam di Nusantara ini, konsep wali Allah itu ada? Tanpa memiliki cebis-cebisan sifat-sifatNya, apakah layak kita menjadi waliNya? Pastinya beda di antara Allah dengan kita ialah betapa Dia punya kedudukan MahaAgung dan MahaBerkuasa. Kita sekadar bayanganNya. Contohnya Allah MahaPencipta, kita juga boleh mencipta. Bedanya Dia mencipta dari tiada kepada ada, sedang kita harus mencipta dari yang sudah ada Dia ciptakan. Kita membuat dari segala ciptaanNya. Contoh jelas adalah pesawat terbang. Ilham terbang manusia perolehi  dari burung yang telah Allah adakan. Lalu pesawat terbang manusia cipta dari segala logam dan serat yang Allah telah ciptakan. Kita menciplak MahaKebijaksanaan Allah lantaran semua telah sujud kepada kita. Sesunggunghnya, tidak ada mahluk lain yang dapat mencipta jauh lebih banyak dan luas dari manusia, atas sebab saya kira manusia adalah ciptaan Allah dari tanganNya sendiri serta hidupnya atas nafasNya. Saya yakin pada manusia ada cebisan unsur-unsur keesaan Allah. Maka trinity bukanlah sesuatu yang agung buat Jesus Christ. Trinity juga ada pada manusia-manusia lain, cuma bedanya adalah tergantung kepada darjah pendewaannya.

(10) Di dalam Al Quran, entah berapa puloh, ratus mungkinnya Allah mengingatkan betapa Muhammad SAW itu hanyalah persuruhnya. Itu pasti punya pengertian yang sangat luas dan atau peringatan kepada Umat Islam agar tidak terlanjur dalam pendewaaan kita. Mudah-mudahan apa yang saya tuliskan di atas adalah hidayah dari Allah. Jika ada kesalahannya, itu adalah di atas dhaifnya saya. In Shaa Allah akan terus saya cari dan fikirkan kebenaran sejati.

Nota: Semua gambar sisipan adalah hasil capaian di internet. Terima kasih kepada semua.

Kuching, Sarawak
7 Sept., 2014

0 comments :

Back To Top