Yang dinamakan wilayah Sulu itu sebetulnya di mana batas daerahnya? Pasti jika kita ingin bercakap prihal ini, suatu perkara asas yang seharusnya kita perlu pastikan, adalah batas waktu mana harus kita perhitungkan. Maka dalam soal menentukan batas waktu, pastinya kita tidak akan menjauh dari asas kepentingan yang hendak kita tegakkan. Saya menulis, atas dasar untuk mempertahankan keutuhan Malaysia. Malaysia itu terbentuk pada 16 Septembar, 1963 lantaran atas nasihat Amerika dan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu. Sebetulnya Malaysia ingin Tunku Abdul Rahman Putera istihar penubuhan dan kemerdekaannya pada 31 Ogos, 1957. Atas diplomatik bertolak ansur Malaysia akhirnya tertubuh pada 16 Septembar, 1963. Malaya, Singapura, Sarawak dan Sabah adalah wilayah asal penubuhan Malaysia. Apakah Malaysia akan terus wujud jika Sabah tidak ada bersama? Hakikatnya, soalan ini tidak perlu dijawab, lantaran keutuhan Negara harus dipertahankan biar korban nyawa harus kita persembahkan. Namun Umat Melayu punya satu dasar yang harus kita hidupkan kukuh menarik rambut dalam tepung, rambut tidak putus, tepung tidak terurai. Kita hakikatnya tidak perlu berputih tulang, berpatah arang lantaran kita jangan sampai berputih mata saat sebegitu terhantuk baru terngadah.
(2) Wilayah Sabah sepertinya telahpun wujud sekitar 23,000-30,000 tahun dahulu. Penghuni asal Sabah, pastinya lantaran tidak kenal huruf tidak tahu menulis, maka Sejarah keberadaan mereka 23,00-30,000 tahun terdahulu adalah tanpa bukti penulisan. Cuma Sejarah Sabah mulai tertulis jelas hasil dari penemuan Barat pada kurun ke 15, yang merupakan sebuah wilayah Kesultanan Brunei sama sepertinya Sarawak. Cuma pada 1658, bahagian Timur Sabah telah diserahkan oleh Kerajaan Brunei kepada Kesultanan Sulu. Namun pada awal abad ke 19, Sabah tergadai kepada North Borneo Company ie "diswastakan" kepada sebuah Syarikat United Kingdom. Pada 1888, lantaran kebangkraban Syarikat North Borneo, pengurusan Sabah telah diselamatkan oleh Kerajaan United Kingdom. Mungkin inilah contoh awal public bailout yang Barat amalkan. Sejarah selanjutnya adalah pembentukkan Malaysia hasil dari persetujuan rakyat pribumi Sabah lewat Pungutan Suara tajaan Bangsa-Bangsa Bersatu. Biarpun pada masa ini, Sandakan dinamakan sebagai Residensi Pantai Timur, namun saya mengira, berasaskan kedudukan capaian Laut Sulu, maka seluruh Sandakan, Lahad Datu, Semporna, dan Tawau adalah dulunya wilayah serahan Kesultanan Brunei kepada Kesultanan Sulu.
(3) Sejarah wilayah-wilayah Melayu sepertinya menjejaki budaya pernikahan dalam masyarakat tersebut. Semuanya adalah bersebabkan, seluruh Nusantara, adalah asalnya Gugusan Melayu. Setiap Melayu adalah bersaudara. Setiap saudara, dalam pengertian Melayu, harus bertolak ansur agar terus terjalin keutuhan bangsa dan adatnya. Nusantara asalnya adalah Borderless World. Melayu bebas bergerak di antara wilayah-wilayahnya. Penyerahan Brunei ke atas Timur Sabah kepada Sulu, pastinya punya pertimbangan demi Melayu, namun Barat merombak segala. Aturan politik Barat harus kini diterima, kerana jika tidak pasti para Anglo dan Yahudi di Amerika harus kembali pulang ke Eropah dan Red Indian serta para Mexican harus kembali memiliki seluruh Amerika Utara. Pastinya ini tidak terhenti di batas itu sahaja. Seluruh dunia akan menjadi kacau. Maka dunia seperti telah menerima, cut off point bagi tuntutan kepemilikan dan tututan politik harus pada batas waktu tidak lebih awal dari 14 Mei, 1948. Itulah tarikh keramat terbentuknya Israel. Sesungguhnya mainan politik Amerika Syarikat dan British pada 1948 sepertinya adalah World Order yang harus semua patuhi. Jika tidak pasti Eropah khususnya akan bergolak hebat. Inilah cut off point penyelesaian Barat atas sikap kepura-puraan mereka kepada bangsa Yahudi. Inilah World Order yang bangsa Sulu-Moro harus sedar dan patuh, juga Malaysia harus manfaatkan.
(4) Sesungguhnya perceraian di dalam masyarakat Melayu sangat jarang terjadi selagi nafkah tertunai sempurna. Pernikahan dalam adat Melayu, mengikat bukan sekadar pasangan menikah, namun menambat kuat dua keluarga menjadi besar serta saling mendokong. Inilah budaya yang saya kira Mohd Najib Abdul Razak harus mengerti yang tersurat dan tersiratnya. Tunku Abdul Rahman, sebermulanya "menikahi" Sabah untuk membawanya ke dalam keluarga Melayu mandiri. Inilah asas asal penubuhan Malaysia. Pastinya Abdul Razak Husein, "membimbing" Sabah kemudiannya ke jalan sama membangun. Namun atas faktor kedudukan serta bentuk muka bumi, Sabah sepertinya Sarawak agak jauh ketinggalan. Keributan kepimpinan sering menghambat segala. Lantas Mahathir Mohammed, melihat akan keresahan anak-anak Sabah kemudiannya secara bijak mengikat Sabah untuk terus menjadi ahli keluarga yang setia bersama lewat formula kitaran kepimpinan dwi tahunan. Kemudian, dengan kelompok pribumi terbesar Sabah meleburkan diri ke dalam UMNO maka mereka sudah punya tapak kukuh untuk berdiri dan siap belari pecut.
(5) Kini Sabah kian mantap namun keadaan keliling kian berubah menjadi resah. Sesungguhnya jika kita melihat ke dalam politik Filipina, sehingga ke sebahagian Luzon, iaitu setidak-tidaknya sehingga ke Teluk Manila dulunya adalah dikuasai oleh kaum Sulu. Tidak perlu disoal kenapa Kesultanan Sulu tidak kembali menuntut wilayah ini. Juga harus kita sadar, kerajaan Filipina kini sedang goyah. Kemiskinan dan resah keselamatan kian merebak. Di Utara ada gerila komunisnya. Di Selatan, pasti bangsa Moro-Sulu terus saja mahu berdiri sendiri. Apakah pilihan yang harus Manila permainkan? Jawabannya tidak usah diketengahkan, sebagai bangsa Melayu, kita sudah dididik untuk membaca yang tersirat. Seharusnya kilas air di laut, kita sudah kenal jantan betinanya. Cuma pastinya tidak banyak yang mengerti lantaran jauhari juga mengenal manikam. Itu faktor pertama. Keduannya, sedang berlaku perebutan hebat akan sumber dan wilayah di Laut China Selatan. Ini menjadi jelas saat kecelakaan kepada MH370. Keributan di Laut Sulu khususnya telah mengundang Bapa Yahudi untuk menghulur kaki. Seperti biasa Bapa Yahudi ini sedang mencari de facto untuk hadir di Laut China Selatan. Ketiganya, seluruh Arab sedang goyah kecuali beberapa tali barut dan kuda tunggangan. Begitu juga Iran sedang terpancing baik dalam kemelut di Iraq kini. Pakistan dan Bangladesh sememangnya sudah lama tengelam dalam kebanjiran Ganges. Turki pasti tidak berani untuk keluar dari keenakan dakapan gebu kapitalisma Eropah. Indonesia jika Prabowo dan Joko Widodo tidak sujud kepada adat Jawa pasti negara majoriti Islam terbesar dunia itu akan menghadapi kemelut berpanjangan. Jalan perpecahan mungkin terpaksa mereka lalui. Malaysia kini adalah satu-satunya negara majoriti Islam yang "utuh". Pelbagai serangan dalaman telah kita hadapi gagah. Kini serangan luaran sedang dipaksakan ke atas kita. Saya yakin, masalah Moro-Sulu, Pattani, juga Rohingya dan mungkin nantinya saki-baki Champa adalah serangan luaran terkesan ke atas Negara ini jika kita tidak hati-hati serta punya jalan penyelesaian jangka panjang. Seperti yang saya duga terdahulunya, kemelut politik negara-negara tertangga adalah wadah paling ampuh bagi tangan gelap untuk mengugat kita. Kemungkinan kita untuk menyatu Umat Melayu seramai lebih kurang 300.00 juta orang adalah sesuatu yang dicurigai biar oleh kawan apa lagi lawan. Maka permusuhan Negara dengan serpihan Melayu-Melayu ini adalah jalan menyekat ampuh pada perjalanan besar kita.
(6) Apakah permainan sepak terajang yang harus kita lakukan? Yahudi (pada proxy America) dan China adalah dua gergasi berkepentingan di rantau sebelah sini. Namun kita jangan menidakkan Jepun. Apa mahunya mereka? Filipina, Siam, Kemboja, Vietnam, Laos, Burma dan bahkan Indonesia, apa mahunya mereka? Juga Pattani, Champa, Rohingya, dan Moro-Sulu apa mahunya mereka? Paling dekat, para Kapitalis di Negara ini, serta anak-anak muda Melayu kini, apa mahunya mereka? Saya menghitung mereka sepakat mahu satu perkara, semuanya adalah memenuhi nafsu Kapitalis. China dan Jepun mahukan bekalan minyak, jika boleh dari Laut China Selatan, sebagai sandaran dari kemelut Arab yang tidak berkesudahan. Amerika pula, mahu agar ASEAN jadi rakan dagang akrab. Yahudi (Amerika) tidak mahu lain selain untuk mencari untung kewangan. Jepun juga sebegitu kehendaknya. Sedang sahabat-sahabat ASEAN, sangat mengharap aliran pelaburan bagi mengatasi masalah kemiskinan rakyat mereka. Sedang masyarakat terpinggir Sulu, Pattani, Champa, dan Rohingya mahukan agihan kekayaan dari Pusat, namun lantaran Kerajaan-Kerajaan Pusat berkenaan juga dalam kepapaan maka mainan politik mereka terhenyakkan. Maka apakah pilihan kita? Berdiam diri. Wajar sebegitu sikap kita jika kita nantinya mahu Allah persoalkan kemana kita saat saudara Islam tertindas. Juga mungkin kita tega menyaksi kebangsatan bangsa kita sejagatnya. Pasti kita tidak sedayus itu. Pastinya kita mahukan bangsa kita terharga, apa lagi Islam jadi terhormat. Sesungguhnya saya nampak, Allah sedang menghampar luas rezeki dan lowongan untuk kita ke syurga paling indah. Cuma adakah kita membaca semua itu sebegitu?
(7) Maka seharusnya kita segera memikirkan bagaimana keseimbangan antara bekalan bahan mentah, aliran modal, dan keselamatan harus kita olah. Abdul Razak Husein, cukup cerdik dalam menilai cara mengimbangi konflik Kapitalis-Imperialis dan Komunisma serantau seiringan tuntutan agihan kekayaan di dalam Negara. Beliau menggunakan Bank Dunia dan Bank Pembangunan Asia. Dengan cara itu, beliau dapat memakmurkan menyatukan Negara dan dalam waktu yang sama bersahabat dengan semua. Saat Mahathir Mohammed menutup pintu kepada mereka ini, maka di situlah permulaan peperangan Mahathir-Barat. Kita tahu, di rantau ini adanya Bank Pembangunan Asia (ADB). Pemegang saham terbesar Bank ini adalah Jepun, Amerika dan China. Melanggan Sumber Kewangan dari Bank ini pasti memberikan ruang pelaburan bagi tiga gergasi ini. Inilah hambatan mereka. Tidakkah harus kita mengerakkan sumber dana ini untuk memenuhi keperluan rakan serantau dan membantu rakan terpinggir? Saat kepentingan mereka kita jaga pastinya berasaskan konsep Kapitalis tulin kepentingan kita juga akan terjaga. Saya mengira, tidak sukar untuk kita berbuat sebegitu. Pertamanya, GLC kita sudah kian mantap sejak ianya diasak oleh Mahathir Mohammed. Begitu juga GLC kita sudah punya keupayaan untuk raise fund di mana-mana. Saya yakin, rakan-rakan serantau kita punya kepayahahn untuk mendapat biaya besar dari ADB mahupun WB. Maka pengalaman luas kita dalam mengarab sumber kewangan asing (termasuk dari IDB dan atau Sukuk) dan tempatan harus kita pergunakan kembali. Sesungguhnya, saya mengira, rakan-rakan serantau apa lagi saudara terpinggir kita, semua mereka dalam sakit kronik. Lihatlah jalan perhubungan mereka. Apa lagi sistem perumahan. Pendidikan, kesihatan, pengurusan kumbahan, segala semuanya dalam keadaan sangat dhaif. Inilah sebenarnya peluang bagi kita. Sesungguhnya, saat nyawa di hujung tanduk babi sekalipun menjadi halal untuk dijadikan penyelamat. Cuma kita harus hati-hati lantaran melepas anjing tersepit, ada ketikanya kita dia terkam gigit.
(8) Mohd Najib Abdul Razak saya kira harus menumpu kepada soal sederhana panjang dan jangka panjang dalam prihal untuk mencapai taraf Negara Berpendapatan Tinggi. Pendapatan rakyat harus meningkat selari dengan Pendapatan Negara. Jika tidak, kita akan menjadi Negara Subsidi, yang akhirnya menjadikan kita Negara Mengundur. Membuka ruang pelaburan luas di negara jiran tertangga pasti memberi ruang untuk pelaburan meluas rakyat kita. Pengalaman kita dalam menyusun dana dan pelaburan dalam PNB harus menjadi asas kukuh kita untuk melonjak jauh ke depan di samping membantu rakan taulan serta memberi ruang pertumbuhan kapitalisma yang tiga gergasi itu tuntut. Saat wadah ekonomi serantau sebegitu dapat kita wujudkan, pastinya kita akan dapat menyuburkan complementing Islamic Financial System. Cuma instument pelaburan kita harus menjurus kepada sesuatu di mana rakyat boleh ikut serta. Saya melihat Tabung Haji, Felda, Sime Darby, MRCB, Plus, Dana Harta, dsb boleh memainkan peranan baik dalam mengembang Ekonomi Negara ke luar persisir.
(9) Bayangkan RM2.00 billion adalah bernilai sekitar P22.00 billion bagi Filipina, BT22.00 billion bagi Thailand, Rp7.00 trillion bagi Indonesia dan KHR2.55 trillion buat Kemboja. Apa tidak mungkin kita mampu untuk mengumpul pelaburan sekitar RM10.00 billion setahun untuk lima tahun bagi membantu rakan-rakan serantau kita? Berapakah nilai BR1M kita pada 2013? Sekitar RM4.50 billion. Biaya BR1M yang tidak memberi kesan jangka panjang kepada Peningkatan Pendapatan Rakyat sudah dapat menampung sekitar 50 peratus dari keperluan pelaburan tersebut. Juga berapa banyak penjimatan dari rasionalisasi pelbagai subsidi. Saya kira tidak kurang dari RM10.00 billion setahun. Maka dari pengursuan kewangan yang lebih mampan, kita tidak punya kepayahan unyuk memenuhi keperluan pelaburan Luar Persisir ke negera-negara sayudara tetangga kita. Kita boleh mengutamakan Filipina, Thailand, Kemboja, Indonesia dan Myanmar sebagai langkah permula. Saya yakin jika kita dapat melabur RM50.00 billion di negara-negara ini dalam tempoh lima tahun, pastinya kitaran semula pelaburan selepas itu pasti jauh lebih besar dari tanaman modal awal kita. Industri sawit, getah, padi, ternakan "bovine" dan perikanan boleh menjadi sumber kekuatan industri serantau yang sangat hebat dalam membangun kemakmuran dan kestabilan sosial rakyat serantau. Saya juga yakin, jika Sektor Pengeluaran Makanan ASEAN dapat dibangukan baik, pasti ini akan menurunkan Kos Hidup rakyat serantau dan pastinya Meningkatkan Daya Beli Rakyat.
(10) Pastinya ekoran dari pelaburan di sektor-sektor asas tadinya, lain-lain kegiatan pengswastaan prasarana di negara-negara ini, pastinya nanti akan terbuka luas buat syarikat-syarikat Malaysia. Begitu juga saya yakin di sektor galian dan seterusnya perusahaan pengilangan dan pelancungan. Malaysia harus punya langkah strategik, berani dan unik cara kita membangun bersama tetangga apa lagi bangsa serumpun kita.
(11) MayBank, CIMB, bahkan Bank Islam yang sudah mengorak langkah deras di rantau ini boleh menjadi sumber pembiaya yang sangat baik. Institusi-institusi kewangan ini, pasti boleh mengarap sumber kewangan Luar Persisir juga Dana Petro-Dollar yang sangat baik. Dalam masa yang sama, PNB pasti boleh menjadi pengumpul Dana Rakyat Individu. Saya yakin, rakyat kini sudah sedar akan pentingnya melabur. Cuma mekanisma untuk mengumpul dana rakyat ini harus kita perkemas dan perluaskan. Pada fikiran saya, kenapa tidak pelaburan tambahan ke segala macam saham terbitan PNB tidak dipermudahkan sepertinya pendepositan dan atau pemindahan wang di mana-mana Bank. Rangkaian BSN kian meluas di luar bandar, namun ianya tidakpun memberi apa-apa sumbangan kepada pertumbuhan simpanan ke Wang Amanah PNB. Kenapa?
(12) Sesungguhnya Allah sedang memberi Malaysia peluang terbesar untuk menyumbang kepada pembinaan Temadun Dunia dan Islam. Kita mampu mengarap segala sumber kewangan yang perlu untuk membangunkan Nusantara ini menjadi suatu wilayah yang akan menyelamatkan sermua di saat segala sedang kegoyahan. Cuma, apakah para pemimpin serta para ahli koprat kita berani dan jujur akan pegangan Islam mereka berjuang demi Ummah untukNya? Saya yakin, Malaysia boleh memimpin seluruh Nusantara menjadi gergasi, cuma berani dan jujurkah kita. Inilah arah yang Mohd Najib harus bawa Negara ini berjalan tegap dari kecoh berpolitik bodoh populist tentang perkara-perkara remeh di dalam Negeri. Rakyat Malaysia, hakikatnya sedang menanti arah serang yang pasti, namun itu belum mereka dapati. Saya yakin, langkah bijak untuk kita mengerak dana rakyat bagi melaburr sebagai usaha langsung untuk meningkat pendapatan mereka pasti akan menjadi daya penyatu Negara Bangsa yang sangat berkesan.
Kuching, Sarawak
19 Sept., 2014

1 comments:
satu artikel yang baik, berpijak di bumi nyata dan berwawasan.
Post a Comment