.

9/9/14 RUNTUH KEMUDIAN BOCOR......GTP? (draft)

Posted By: Abdullah Chek Sahamat - September 23, 2014

Share

& Comment

Saya sekitar dua minggu lepas ke Kuala Brang, lalu ke Kemaman dan Kuala Trengganu. Sudah lama juga saya tidak ke Kuala Trengganu, kalau tak silap, mungkin sekitar 3-4 tahun dan kali ini saya agak bersyukur setidak-tidaknya perkampungan Melayu di sekitar Hotel Primula sudah berubah menjadi Rumah Pangsa Sederhana. Penduduk Melayu di situ dulu yang rata-rata hanyalah nelayan pantai kini sudah menjadi masyarakat tengah kota tidak lagi seperti dulunya di kota terpinggir. Saya tidak dapat bersyukur penuh lantaran sekilas pandang, saya kira penghuni rumah pangsa tersebut pasti akan mengalami sesak nafas kota sekitar 5-10 tahun lagi. Saya ingin mengucapkan syabas kepada Idris Jusoh, Menteri Besar sebelum Ahmad Said yang saya kira berani menggunakan Wang Ekhsan Petroleum untuk menyuci bisul di bontot Melayu yang saya lihat sejak dari zaman saya masih sekolahan sehingga jatuhnya Wan Mokthar tersebut. Sebetulnya, sakit hati saya kepada penempatan tersebut, sama dengan ngilu hati saya terhadap pelbagai kampung Melayu di Sarawak khususnya dipinggir tengah kotaraya Kuching.

(2) Namun bila Ahmad Said mengambilalih jawatan MB Trengganu, seolah-olah Negeri tersebut telah berttukar status kepada Darul Runtuh. Pelbagai Projek yang dikatakan dilaksanakan di zaman Idris Jusuh banyak yang runtuh terutama bumbungnya. Masjid-masjid dan stadium dikhabarkan paling terkesan. Walaubagaimanapun, Idris Jusoh dikatakan telah membawa perubahan besar di sektor Pendidikan di Negeri tersebut bila mana di segala peringkat kecuali Pengajian Tinggi, Trengganu menjadi Negeri yang harus semua contohi. Sebetulnya, terlalu banyak Wang Ehsan Petroleum digunakan oleh Idris untuk meningkatkan taraf pencapaianan pendidikan asas dan menengah di Trengganu. Soal saya, apakah cara itu adalah cara lestari. Tidakkah cara yang telah Idris laksanakan menjadikan Melayu Trengganu menjadi tersangat bergantung kepada Kerajaan dalam memperbaiki taraf pendidikan mereka. Soalan saya ini sangat terkait, betapa kemiskinan di Trengganu masih belum banyak berubah dari sejak saya perhatikan di zaman persekolahan saya dulu-dulu. Jika kemiskinan belum dapat dibasmi, maka akhirnya, rakyat akan terus tergantung kepada bantuan Kerajaan. Mungkin ini adalah niat UMNO saya tidak pasti. Dasar kerajaan seolah-olah memberi racun di dalam susu.

(3) Biar apapun, Idris Jusoh saya kira telah bersikap agak bias dalam membelanjakan Wang Ehsan Petroleum. Kalau tidak silap, di Kemaman (?) beliau ingin membangunkan sebuah hub pendidikan tinggi. Saya difahamkan sekitar lebih kurang RM500.00 (?) juta telah dibelanjakan untuk membina beberapa bangunan di sana, namun kini, ianya terbengkalai menjadi gajah putih. Trengganu bukanlah sebuah Negeri yang kaya. Jika wang yang seharusnya untuk perkara yang lebih segera untuk rakyat sedang ianya dibenlanjakan bukan sekadar untuk perkara tidak segera namun membazir maka apakah faedahnya kepada sesiapapun melainkan para kontraktor dan yang terkait dengannya.

(4) Saya mengira, Idris Jusoh dibawa ke Pusat dan ditugaskan untuk membantu Muhyiddin Yasin di Kementerian Pelajaran mungkin atas pertimbangan betapa beliau telah berjaya menjadikan Trengganu Negeri contoh di sektor Pendidikan Asas dan Menengah. Namun, tidak disoal, at what cost dan atau at what opportunity cost?. Sesungguhnya, saya telah mengikuti kemajuan pembangunan negeri Trengganu sejak dari zaman Wan Mokthar sehingga kini, nada tema pembangunan mereka tidak jauh berbeza iaitu Gelombang. Lantaran Gelombanglah maka suatu ketika dulu Trengganu terlepas perahu layar. Baru-baru ini, hampir-hampir juga perahu layar sekali lagi terpaksa merempuh gelombang Laut China Selatan bila Ahmad Said tiba-tiba menetas tali perahu.

(5) Lantaran itu, saya berkira apakah bijak untuk Muhyiddin Yasin terus-terus mengekalkan Idris Jusoh memainkan peranan besar sedang dia boleh menjadi bebenan sangat berat bagi UMNO akhirnya. Tidakkah terfikir kepada Muhyiddin Yasin betapa kebocoran kertas peperiksaan peringkat UPSR punya kaitan dengan kemungkinan sabotaj atas rasa tidak senang orang dalam terhadap beliau. Juga, saya melihat, sejak dari PRN Sarawak 2011, Muhyiddin Yasin asyik membalun Pembangkang saja kerjannya. Dia saya lihat sebagai pencanang keburukan pembangkang. Sangat berapi-rapi seringnya. Cuma saya hendak ingatkan kepada Muhyidin Yasin, berdasarkan kefahaman saya tentang kenapa bila kita pergi ke bomoh dan atau tabib mereka sering membaca doa japi serapah ke dalam air kemudian samada diberi minum atau mandian kepada si sakit. Cuba perhatikan setiap kali Muhyiddin Yasin, berucap berapi-api membantai pembangkang, ada segelas air di rosterum tersedia untuk beliau. Selepas berucap, beliau akan minum air itu, dan tidakkah beliau sebenarnya turut meminum segala tenaga caci maki kepada pembangkang yang beliau ungkapkan sendiri lalu menjadi sebahagian dari diri beliau selepas itu? Tidakkah selama ini, apa yang diperkatakan tentang segala kelemahan pembangkang akhirnya tenaga itu kembali kepada dirinya sendiri saat dia meneguk air tersebut?

(6) Sepertinya Shabery Cheek, bila banjir sedang melanda Negara, beliau sebok mengusul agar SOP Bantuan Banjir disemak dan diperbetulkan. Beliau seolah-olah tidak sedar Negara ini menerima sekitar 3,000-5,5000mm hujan setahun. Kita adalah di Negara Tropika. banjir sudah lumrah dalam hidup kita. Maka kenapa hanya bila banjir sudah membadai baru sebok pasal SOP. Namun selepas banjir susut, semuapun diam. Begitu jugalah Peperiksaan Awam di Negara ini. Saya kira kebocoran Kertas Perperiksaan sudah berlaku sebelum ini. Juga dari segi Risk Management pastinya, Kertas Soalan Peperiksaan adalah komoditi paling berharga terutama di musim Peperiksaan Awam. Apakah persoalan ini tidak pernah terfikir dan atau difikirkan?

(7) Bagi saya inilah bahananya bila pemimpin Negara dan Negeri lebih gemar berpolitik populist dari sejujurnya mengusrus Negara dan Ummah. Saat ini terjadi pasti jentera awam juga bermain kayu tiga.

KIA, Kuching, Sarawak
23 Sept., 2014

#Abdullah Chek Sahamat

Writing that complies Bizarre, Odd, Strange, Out of box facts about the stuff going around my world which you may find hard to believe and understand

0 comments:

Copyright © 2010 abc sadong™ is a registered trademark.

Designed by Access. Hosted on Blogger Platform.