Latest Postings
Loading...
Apr 25, 2014

10/4/14 SAIN(G).....apa tersisa pada kita?(draft)


Sain(g), adalah kata dasar bagi istilah-istilah saingan dan persaingan. Dalam Bahasa Melayu baku, ianya membawa erti lawan. Saingan bermaksud pihak lawan. Persaingan mambawa maksud berlawanan dan atau perlawanan. Bahasa Melayu sebenarnya kaya. Inilah Bahasa yang diasaskan dari Bahasa tertua Temaddun Manusia, iaitu Sanskrit dan dibauri istilah-istilah Urdhu, Farsi, dan Arab lalu kini kian dicemari Inggeris. Sebahagian istilah Bahasa Melayu sebetulnya tidak terbatas pada suatu maksud tertentu sahaja.  Bagi satu kelompok Melayu, ianya membawa suatu maksud, namun di kelompok lain, mungkin sama, serupa dan atau berbeza sama sekali. Istilah Bahasa Melayu Kelantan (Pattani) contohnya banyak yang sangat berbeza langsung maksudnya dari istilah Bahasa Melayu Rhiau-Johor, biar dari segi ejaan dan sebutan adalah sama.

(2) Orang Kelantan, mereka suka bersaing. Sifat suka bersaing ini ada yang memandangnya agak serong. Biar apapun tanggapan sesiapa, bersaing adalah ukhwah saranan Islam. Saing Kelantan, tidak sekali-kali sama dengan saing kelompok Melayu lainnya, melainkan Pattani. Bila orang Kelantan bersaing mereka sangat menyingkir untuk berlawan dalam apa bentuk sekalipun. Jika mereka telah mengistiharkan seseorang itu sebagai saing, maka mereka akan menjaga persaingan itu dengan penuh ikhlas dan sejati. Saing Kelantan, tidak sekali-kali bermaksud lawan. Apa lagi persaingan Kelantan, tidak langsung membawa maksud berlawan dan atau perlawanan. Dalam Bahasa Melayu, istilah yang sama, tetapi maksud yang tidak sama, sering menjadi suatu masalah. Bayangkan Mahathir Mohammed (Kedah) menasihatkan Rezaleigh Hamzah (Kelantan) agar bersaing elok-elok dengan Musa Hitam (Johor). Maka, sebagai anak Kelantan, Rezaleigh Hamzah pasti akan mendekati Musa Hitam untuk berkawan dan atau bersamanya. Sedang Musa Hitam pula, pasti berfikir betapa perlawanannya dengan Rezaleigh Hamzah mendapat restu Mahathir Mohammed. Maka terjadilah keributan antara keduannya akhirnya. Istilah saing Kelantan-Pattani 180 darjah berbeza dengan saing Bahasa Melayu baku. Saing Kelantan bermaksud berkawan, kawan setia. L di ganti K. Juga saing Kelantan bermaksud bersama-sama. Contohnya, jalan bersaing maksudnya jalan bersama seiringan. Istilah saing kini banyak diganti dengan istilah kawe, singkatan dari perkataan kawan, namun saya tidak gemar menggunakan istilah ini kerana ianya menimbulkan kekeliruan dengan kawe yang juga bermaksud saya. Banyak teman-teman suka menggunakan kawe-kawe sebagai gantinama kepada saing-saing dan ini juga boleh dikelirukan dengan kita-kita yang juga membawa maksud kawe-kawe. Betullah, dari segi nahu bahasa, Bahasa Melayu Kelantan, mirip Bahasa Arab. Satu perkataan boleh berbilang maksud, dan boleh mengelirukan jika kita tidak faham budaya mereka. Kerana ini, saya melihat, sukar bagi Melayu kelompok lain untuk mengerti Budaya Melayu Kelantan


(3) Saya menulis ini, sebagai imbauan kembali kepada semua saing-saing saya semasa di SMR Kuala Krai, Kelantan dari 1973-75. Saya singkatkan prasa ini menjadi SMR75, kerana pada 1975 saya berpisah dengan mereka. Merekalah teman-teman, mereka jugalah persaingan hebat saya dalam tempoh keremajaan saya. Gambar ini adalah kiriman Asmarani teman sedarjah yang diambil saya kira dalam tahun 1975. Di mana saya? Kudrat Allah pada saya, sering saya tidak ada di mana-mana khususnya dalam sessi bergambar. Saya cuba mengingat-ngingat, kenapa saya tidak ada di sini, saya tidak pasti kenapa. Namun cuba perhatikan inilah gambar Tingkatan 3A, diambil pada 1975 iaitu ketika kami berumur 15 tahunan, sudah baligh, dan di zaman Pemerintahan Kerajaan PAS di bawah Asri Muda rasanya, namun tidak seorangpun berkerudung malah semua mendedah aurat. Inilah apa yang saya katakan, Kelantan, adalah tentang jati diri Melayu bukan Islam pada seharusnya. InsyaAllah, selepas 39 tahun, saya cuba mengingat kembali saing-saing ini dan membawa balik watak-watak mereka yang menjadi kenangan manis masa lalu dan InsyaAllah akan menjadi asas SilatuRahim kami yang kekal abadi.

(4) Duduk Depan, dari Kanan ke Kiri: (1) Kamalludin Wasli. Berasal dari Betong, Sarawak. Kini seorang Guru, di Betong. Seorang dari lima budak-budak Sarawak tajaan Yayasan Sarawak pada masa itu. Dia ini, pendek. Di asrama SYP, sering dia diusik sebagai Kamal Pendek. Beliau suka main ping pong, tetapi tidak suka berlawan dengan saya. Dia suka berkawan dengan anak-anak orang Asli jika di Asrama. Dia sering bermain hoki bola kertas dengan batang penyapu dan bila bulan penuh mengambang, dia suka bermain bola dengan anak-anak orang Asli sebab di siang hari sering kena buli para senior. Dia sebetulnya musuh dekat saya dari segi akademik. Bapa dia guru, jadi setiap bulan dia dapat duit tambahan, maka saya kadang-kadang dapat tumpang makan ais krim roti, masa itu harga satu ais krim roti adalah 10 sen sahaja. (2) Mohd Zain Salleh (Mat Zin). Kini QuarterMaster KTM di Tumpat. Kami sering memanggil dia sebagai Buje sebab di kelas, dia paling boroi. Dia budak baik. Jujur, lurus. Setiap hari naik bas sama dengan saya, khusus bila balik sekolah. Terkadang kami berjalan balik dari SMR ke Perumahan KTM di Kuala Krai (KK) sekitar 30-45 minit. Dia teman saya bermain bola keranjang. Perpustakawan yang rajin. Suka membaca. Kalau ada Kelas Tambahan Metametik pada hari Sabtu, pasti dia akan bertanya apakah saya akan hadir. Jika saya tidak hadir, dia pasti tidak hadir, dan begitu juga banyak yang lainnya. Lantaran itu, saya sering terpaksa hadir. (3) Abdul Hadi Mamat (Hadi). Kini di Logistik ATM, Kuala Lumpur. Inilah dua budak hitam, selain Nathan di dalam kelas kami. Dia pendiam. Suka tersenyum. Mudah bersaing. Tidak gemar campur tangan hal rakan-rakan lain. (4) Rozalan Hussein (Zale). Kini Guru di SMK(R)KK. Rakan akrab saya. Dia ke sekolah naik basikal dari Perumahan KTM KK. Teman main Bola Keranjang, khusus bila Ms Wee (comel) turut bermain. Mustapha Yusuf, sengaja memilih untuk berada di pihak lawan Ms Wee bila bermain dan memaksa Rozalan untuk bertukar pasukan. Aktif sukan. Suka bergurau. Paling kecut di kelas Sains Paduan dan Bahasa Inggeris. Rasanya mata pelajaran yang dia paling gemari adalah Seni Perusahaan maka kini dia mendidik dalam bidang teknikal. (5) Mohd Rafaie (Mat Pek). Ahli Perniagaan Telco. Suka bergurau, terutama dengan Zale dan Mat Zin. Hadi, Nani, Moha dan Asmarani sering jadi ulam dia. Dia ada hati nak ngorat tapi penakut. Datang ke sekolah naik basikal. Saya sering menumpang dia terutama selepas sukan petang. Aktif sukan. Antara yang paling resah semasa kelas BI, Sains Paduan dan Metamatik. Paling aktif dalam Seni Perusahaan. (6) Mohd Nawi Abdul Rahman. Kini Polis (Kuala Berang, Trengganu). Antara yang sering smart. Sebetulnya kemas sokmo. Sering disebut Nawi Jangok, kemas. Ayah dia ada Saloon Cowboy di KK. Ke sekolah berbasikal. Sering datang ke asrama, dan saya mula belajar naik basikal dengan dia di Padang SYP. Dia berdisiplin. Tidak suka campur tangan dalam hal rakan-rakan lain. Cocok Pak Polisi. (7) Chegu Zainab Ilyas. Comel hebat. Tinggi lampai. Hitam Manis. Layak jadi Bintang Filem. Lembut. Suara halus. Guru Kelas. Mengajar BM. Tidak pernah marah. Sehingga kini belum ada siapa tahu di mana biar sesama rakan guru. (8) Chegu Mokthar Paiman. Orang Perak. Sekarang pencen di Perak. Misai kucing. Kecik. Bekeng. Suara nyaring. Rasanya Kamal adalah satu-satunya rakan yang lebih rendah dari dia. Antara guru yang rakan-rakan paling kecut perut. Pembaris tiga kaki panjang sering dia jadikan senjata ugutan. Guru Sains Paduan. Bila memulakan kelas, dia sering menyuruh semua orang berdiri di atas kerusi. Kemudian seorang demi seorang dia suruh baca jawaban bagi soalan dalam buku. Sesiapa betul, baru boleh duduk. Kalau tidak betul, berdiri sehingga separuh masa kelas. Kerana Chegu Mokthar dan Zainab, saya terpaksa menyanyi di pentas lagu: Hitam Manis, di Hari Guru 1975 dan dari situ lalu timbul gosip tentang saya dan seorang teman yang akhir-akhir ini saya dikhabarkan menjadikan saya kian hilang saing-saing perempuan akhirnya. Inilah cinta monyet bebudak. (9) Asmarani. Dulu kerja di JKR, kini berniaga sendiri. Budak comel. Hitam Manis. Aktif. Lincah. Kaki sembang. Tetapi, bila masa Metamatik, kalau boleh dia hendak masuk dalam lubang cacing. Sebut saja nama Chegu Yazid memang dia hendak masuk balik dalam rahim ibunya Rasanya Metamatik menyebabkan dia menyesal lahir ke dunia. Dia ada geng. Moha, geng rapat dia. Nani, sekali. Siti Haizan, kadang-kadang. Inilah bebudak red spot para senior yang kebetulan adalah juga rakan-rakan rapat saya. Kami sering gelar kumpulannya ie Asmarani, Zaiton, dan Nani sebagai puok-puok galok (10) Rozita Abdul Rahman. Dia budak pendiam. Mudah senyum. Suara lembut. Saya pasti dia kini adalah seorang baik, jurus. Pemalu. Rumah dia di bucu Padang SRK Guchil. Emak dia berjual Nasi Dagang. Sehingga kini, bila makan nasi dagang, pasti nasi dagang buatan emak dia akan menjadi bench mark saya. Antara my quiet good friend. Saya berkawan baik dengan Nik Muhd Kamil, sepupu sebelah rumah dia. Mak dia baik dengan saya. Selalu dapat makan Nasi Dagang free melalui perantaraan Stopa. Dia hendak saya sama-sama belajar dengan Rozita agar anaknya jadi pandai. (11) Muhayati Yusuf (Moha). Kini rasanya ada business sendiri di Kuala Lumpur. Anak Polis Telekung. Hok paling comel masa itu Red Spot para senior. Saya menjadi rakan akrab boy friend gila-gila dia. Cepat melenting. Kaki bangkang. Kadang-kadang kasar sikit, ngaying. Musuh ketat dia ialah Mustapha Yusuf (Stopa). Tapi senyap sepi masa Sains Paduan. Paling anti kepada Chegu Mokthar. Semasa BI, pasti sering kena tarik rambut, jika tidak di sekeh oleh Che Tee. Mudah merajuk. (12) Noriam. Kini di KTM Tumpat. Budak Keretapi. Pendiam. Pendiam sungguh. Rasanya, saing yang dia paling benci adalah Nik Mustapha, kerana dia selalu suka buka kipas full swing Noriam cukup marah sebab dia duduk betul-betul di bawah kipas, jadi rambut dia sering mengerbang. Saya berjumpa di sekitar tahun 2011 semasa lawatan saya ke Tumpat. (13) Maziah Omar (Ma). Kini guru paling kaya. Dia banyak Gelang Mas dan Pasir Mas. Dia mengajar di sana. Dia ini ketua kumpulan budak-budak perempuan kecik comel iaitu Zaharah, Noriam dan Sharifah. Agak pendiam. Kalah bulu dengan puok-puok galok Moha, Asmarani dan Nani. (14) Zaharah. Di katakan sekarang bekerja di Hospital KK. InsyaAllah, saya akan cuba masuk wad untuk cari dia. Dia pasti missi yang sangat baik. Budak comel. Manis. Lembut. Sopan. Paling pendiam. Sering jadi mangsa Chegu Mokthar dan Che Tee. Saya rasa saya tidak pernah bercakap dengan dia. Pendiam sungguh. Sungguh-sungguh. Tapi dia rajin membersih kelas. Rajin. Pakaiannya saya rasa paling kemas antara semua saing-saing tino. Alhamdullilah Barisan Duduk Depan saya masih ingat penuh. Pertama kali saya berjumpa semula dengan Moha adalah sekitar 2009 di Ampang Jaya, Kuala Lumpur; paling kerap adalah Rozale dan Mat Zin. Mat Pek, pada pertengahan 2010, sehingga membawa kepada ReUnion pada Nov., 2010. RU2010, mempertemukan saya dengan Asmarani, Nawi, Maziah Omar, Nik Mustapha, Mohd Nawi Abdul Rahman, dll..

(5) Berdiri Barisan Tengah, dari Kanan ke Kiri Secara jujur saya perlukan tali hayat untuk Barisan ini. Namun saya cuba dulu memerah ingatan sekuatnya. (1) Maaf (2) Hasanah***. Pendiam. Pemalu. (3) Maaf (4) Siti Haizan (Ije). Kini Guru. Paling tidak pernah saya lupakan. Dalam kelas, dia duduk di depan saya. Inilah Ije Wat Heppe Tico instead of What Happen Teacher? .Favourite Student Che Tee Nate Ni. Bila BI, dia pasti macam kucing hendak beranak dan sering melepas senyum senggeng ada makna kepada saya. Dia sebenarnya sering lemparkan jeling sengeng yang sering Stopa, kebetulan duduk di sebelah kiri saya tegur, "Ije nok ngorak Loh". Dia pasti lagi menjeling dan mulalah berbaloh dengan Stopa. Kerana itu kedua-dua dapat penyekeh and nate ni dari Che Tee. Mat Pekpun sering ngosek dia. Budak kidal rasanya. Budak Kuala Nal. Ije Estet, gu Nathan dan Hadi dalam istilah Stopa. Teman rapat dia rasanya Rozita. Kadang-kadang masuk geng galok (5) Rosnani Ahmad (Nani). Sekarang guru di SMK(R)KK. BM dia comel. Paling matured antara semua saing tino. Tapi bila bab melukis, mesti sering minta tolong. Budak paling baik antara puok-puok galok. Rakan Perpustakawan saya paling rajin dan cermat. Semasa di Kelas 2A, dia mati-mati hendak duduk tepi tingkap sebelah kanan saya. Suatu hari, saya melihat kapal terbang kertas berlegar-legar turun dari Kelas 3A di tingkat atas di bangunan sebelah. Masa itulah, saya melihat teman senior saya melambai-lambai dari kelas tersebut. Kemudian, saya baru faham kenapa teman ini sering bertanya prihal dia kepada saya. Saya kira dalam kunjungan saya ke KK pada 2008, saya dapati mereka akhirnya menjadi pasangan sejoli sesekolah sejati. Suaminya, adalah antara teman senior yang suka mencabar saya untuk jadi best student SMR75. (6) Maaf. (7) Zainun**? Ratna***. Rasanya dia ni Ketua gerombolan bagi tiga teman di sebelah kanannya. Teman paling besar. Pendiam. Apa lagi semasa BI, Matematik, dan Sains Paduan, memang tunduk terus. (8) Ratna*? Zainun***?. Kumpulan pendiam. (9) Maaf. (10) Norazlina**. Dia ini pendiam, tetapi attentive. Budak comel dan baik. (11) Maziah Shafiee**? Zaimah***?. Geng dia semua yang duduk di sebelah kiri-kanannya. Boleh kiro bual. (12) Che Safiah Che Mat**. Jabatan Pendidikan. Pendiam. Comel. Reserve sikit. (13) Zaimah*? Zuriah***?. Kumpulan pendiam. (14) Maaf. Rosnani, semua saya perlu tali hayat. Sebelum tu bagi saya lebih kurang seminggu untuk berusaha benar-benar mengingat.

(6) Berdiri Baris Belakang; Dari Kanan ke Kiri(1) Nasir Musa (Nasir Kecik). Guru. Memang paling kecil. Jika Kamaluddin pendek, dia kecil sekali. Suara dia halus. Suka bergurau. Mudah bersaing. Ini gu jaga dinding sebelah kiri kelas. (2) Arifin. Juga gu tepi dinding kiri kelas. Geng rapat Nasir Kecik. (3) Mustapha Yusuf (Stopa). Kata pernah jadi Polis di Brickfield, KL. Sudah meninggal. Dia memang my most naughty best friend. Dia ada masalah sendiri. Dia ke sekolah, hanya untuk lari dari masalah. Paling nakal. Stopa Jahat itulah gelaran banyak kawan-kawan kepada dia. Sangat aktif. Sukan apa saja dia tidak masuk, dia sememangnya ahli sukan. Paling dia gemar main bola keranjang dengan saya bila Ms Wee ada. Saat Ms Wee masuk gelanggang, dia pasti secara otomatik tukar team melawan Ms Wee. Betul-betul nakal. Dalam kelas, kalau tidak meniru bukan Stopa namanya. Guru-guru semua tahu perangai meniru dia. Dia duduk di sebelah kiri saya. Semasa SRP, kebetulan dia duduk di kiri saya, memang dia dapat manafaat besar sehingga keputusan peperiksaannya memeranjatkan semua orang. Saya hanya ingin memastikan dia dapat terus belajar dan dapat biasiswa. Siti Haizan, Rosnani, Muhayati dan Asmarani memang bahan ulam dia. Kaki basikal dan tukang pancet tayar kawan bila ada masalah. Dia menjadi penghubung saya dengan banyak kawan-kawan lain, khusus Mek Ti. Sekarang baru saya tahu, Nik Mustapha rupanya sangat memusuhi dia. Sebab itu, mereka berdua sering tidak bertegur. Sebetulnya, setiap kali saya ingat akan dia, pasti hati saya berasa sangat sebak. (4) Zainuddin. Kata dia membuka Restoran di Kuala Lumpur*. Ini geng Nik Mustapha. Geng dinding kiri dan tiang kelas. Dia jenis sederhana. Budak baik. (5) Nasir (Nasir Kurus). Di antara paling merendah diri. Pendiam. Jenis bersaing molek. Dia ini sering kena ngaying ke Stopa sebab dia agak gagap sedikit khusus bila berdepan dengan Chegu Mokthar.  (6) Nik Mustapha (Pa). FELDA (FGV). Budak jaga tiang dan suis kipas dinding kiri kelas. Ketua Geng Dinding. Musuh, Mariam. Rasanya budak kidal. Rajin dan kreatif dalam kelas Seni Perusahaan. Sekarang baru saya tahu, dia sangat cemburu dengan saya pasal Sherry, seorang budak comel. Paling comel kecil saya kira. Dia ada hati tetapi penakut dan sering jadi bahan ejekan Stopa. Itu yang menyebabkan dia sering tak belaga angin dengan Stopa. Sherry dan rakan-rakan sering semasa Sains Paduan, saya akan bantu. Dia jealous. (7) Hashim Yaman*. Agak lembut-lembut orangnya. Agak pendiam seperti Nasir Kurus. Jalannya agak pengkau seperti jockey kuda. Geng basikal. (8) Nawi Abdul Ghani. Seorang teman senyum sokmo. Payah hendak marah. Cukup hati-hati dengan saing. (9) Fauzi Sulaiman (Poji). Budak jurus. Tak banyak cakap. Antara paling senyap. Kalau tak silap, dia sering ada masalah semasa Matematik. (10) Maaf. Tangguh. (11) Ariff. Dulu di TUDM, kini di KLIA. Dia geng basikal. Kaki pecut dalam lumba lari. Pemain hoki sekolah. Rajin. Sahabat yang baik. Tidak suka terlibat bila ada perselihan di kalangan kawan-kawan. (12) Subramaniam (Subra)*. Saya benar-benar tidak ingat akan dia ini. Dia kawan Nik Mustapha. Guru kelas Tamil Pa. (13) Mat Nor Omar. Kerja di SKMK. Ayah dia sahabat baik ayah angkat saya di Guchil. Jenis mudah berkawan. Dia berkawan tidak kiro siapa. Rasanya, dia adalah paling neutral tetapi mudah mendekati dan didekaiti oleh teman-teman lelaki juga perempuan di kelas. (14)  Ismail Abdul Rahman (Wea)***. Dia adalah golongan kecil. Agak kurang bersaing. Geng-geng Nasir Kecik, Ariffin, dan Zakaria (Pok Ya)

(7) Dari gambar yang lainnya, saya cuba sisipkan mereka yang tidak termasuk dalam Kumpulan Gambar di atas. Gambar ini rasanya adalah semasa Kelas 2A, 1974. (1) Nathan paling kanan sekali. Dia ini memang kena buli khususnya oleh Stopa. Budak estet. Zaman dulu, sebut sja estet memang terkait bernar dengan kemiskinan dan kepayahan. (2) Kiri sekali Zakaria (Pok Ya) dikatakan kini berada di Kampung dalam keadaan menyedihkan akibat masalah sosial. Mudah-mudahan saya punya kesempatan untuk melawat beliau. Dia memang agak menyendiri, namun Stopa sering dapat menyerikan hari-harinya. (3) Ke kanan Pok Ya, maaf, tangguh, juga di kiri Mat Zin. Namun dari segi watak dia sering agak ketinggalan. Rasanya dia sering tidak hadir sekolah sepertinya Pok Ya. Rasanya rakan baik Hadi Mamat. Gambar di bawah, Sharifah Abdul Rahman (Sharifah) adalah berdiri di belakang, nombor dua dari kanan. Sekarang bertugas di MARA Kota Bharu. Pernah bertugas di MRSM Kuching dan Betong, Sarawak. Dia ini pendiam. Budak comel. Betul-betul comel. Lembut. Saya kira, paling sopan di antara semua, selepas Zaharah (tiga dari kiri) dan Maziah Omar (pertama dari Kanan). Kisah nostalgik selanjutnya, biarlah saya simpan dulu melainkan saya sudah perkisahkan kembali kepadanya suatu hari nanti. Di sini, saya ada. Berdiri di belakang, hanya nampak 40 peratus rambut dan sisi muka. Rambut saya dulu lurus. Maka bila RU2010, hampir semua tidak kenal saya kerana kini rambut saya panjang dan agak kerinting.

(8) Sesungguhnya, bila saya mengingat kembali di zaman remaja dulu, terlalu banyak kedhaifan yang tidak saya ketahui. Pertama adalah dari sudut membantu rakan-rakan bermasalah pada kedudukan saya pada masa itu. Leadership saya pada masa itu benar-benar belum bercambah. Saya gagal mengenali permasalahan sebenar rakan-rakan dan membawanya ke pengetahuan pihak sekolah. Keduanya, saya cukup hati-hati kerana di asrama, saya sering diugut sebagai orang luar yang jangan cuba tunjuk cerdik. Sesungguhnya, kami pada masa itu, tidak punya inspirasi. Banyak menganggap Sains, Metametik dan Bahasa Inggeris sebagai yang mengerunkan. Rasanya, kemiskinan, keadaan kemunduran yang mengasak, menjadikan semua seperti hopeless. Juga rasanya rasa introvert rendah diri, tidak yakin diri menghantui semua. Inilah sehingga kini, saya kira, kepedihan yang sukar saya lupakan bila melihat dan mengetahui ada teman-teman sehingga kini belum dapat memerdeka dan mendaulatkan diri. Sesungguhnya, politik cetik menjadikan Melayu tertinggal dan terpinggir.

(9) Mudah-mudahan saing-saing yang sudah menjadi guru, biar apapun disiplin yang diajarkan, bacalah tentang saikologi pendidikan. Juga harus cermat membezakan di antara kejahatan dan kenakalan. Saya berkira ini sudah banyak salah dibaca di masa lalu, juga kini, maka banyak menjadi korbannya. Sesungguhnya, jika kita membaca cara Hassan dan Husein berperilaku, pada taraf 1960an, itu pasti dibaca sebagai budak-budak jahat, namun saya berkira, Muhammad SAW membaca itu sebagai kenakalan dan hyper active yang perlu ditangani secara sangat lain. Paling pedih, saya kira sehingga kini, anak-anak Melayu masih belum dapat memecahkan batu penghadang kepada betapa Sains dan Metametik itu adalah tersangat payah. Puncanya, pendidik Melayu saya kira terlalu terikat dengan cara buku yang sememangnya terlalu asing bagi orang Melayu. Sesungguhnya, ada sebab yang sangat dalam bila Muhammad SAW menyeru agar kita harus berbeda dari Nasrani dan Yahudi. Asas yang ingin baginda tekankan adalah we must honor our nativeself maksudnya kita mendidik berasaskan kekuatan dan sifat-sifat keliling kita. InsyaAllah, saya akan menulis mengenai ini.

Nota:
Sumber rujukan (* dari Nik Mustapha; ** dari Rosnani; dari Maziah Omar ***)

Terasi, Pendam
25 April, 2014

2 comments :

balqis wilson said...

Assalamualaikum.
After 39years,untuk recall nostalgic 1975,satu tempoh yang begitu panjang.Pertemuan pastinya sangat teruja,kepada sahabat dan guru-guru yang telah pergi.Satu diluar dugaan, Allah Maha Mengetahui.

Apa yang ingin saya kongsikan bersama saudara penulis.,'anak-anak melayu masih belum dapat memecahkan batu penghadang kepada Sains dan Mathematik adalah tersangat payah,"saya tambah Bahasa Inggeris. Puncanya pendidikan melayu begitu terikat dengan cara buku yang sememangnya asing bagi orang melayu. Disini apa yang saya faham,mungkin anak-anak melayu esp.agak kurang minat kepada bahan bacaan atau lebih mudah tidak minat membaca. Tambahan pula Sains,Mathematik dan Bahasa Inggeris, satu antara subjek yang sangat mengharukan. Hari ini dengan perkembangan ICT, anak melayu pastinya semakin menjauh.

Walaubagaimanapun,tulisan beliau diatas lebih kepada untuk mengukuhkan kembali silaturahim yang sekian lamanya terjalin.
InsyaAllah saudara ABC,satu hari nanti saya akan cuba untuk mengimbas kembali sebuah kisah duka,..'seikat sayur pucuk manis dan sebiji limau bali..'
Paling menyentuh hati saya ialah, mengalas sebuah tas kanvas, berbekalkan dua pasang pakaian, menaiki Boeing 737...hari redup seredup hati kami berdua,dingin syahdu,melangkah tegar dengan satu tekad...SubhanaAllah,tq,wassalam.
apr.28th.2014,10.20am.

Paul Meunier said...

My Youth Pro gives you an opportunity to become a certified youth intervention worker who is competent in exhibiting intervention skills. As a front line youth worker, you have to possess the skills expected of you. By managing a youth intervention certification, you will have a proof that you are capable and well-trained for the job. Not only that, it will be your proof that you are capable of fulfilling the tasks given to you. With improved youth intervention skills, you are definitely fit to do the job. Your youth intervention certification will serve as an evidence that you have the qualities suitable for a youth intervention worker.
Caring for the youth is not as easy. They are not as open minded as adults are. It is not easy to deal with people who need this kind of help. They may make or break you if you will just get on with the job without proper training and the right knowledge. Touch the lives of other people now. Learn about how you can be an efficient youth intervention worker at My Youth Pro.

Back To Top