Malam tadi, saya menonton siaran ulangan Press Statement Barack Obama dan Najib. Barack, atas sikap superiornya juga mungkin pengalaman Church Talk beliau sebelum jadi Presiden Amerika, sangat bersahaja. Dominan sebetulnya. Sedang Najib, agak tertunduk, dan suara agak ke dalam. Muka Najibpun kelihatan tidak segar. Ini jelas bila dia hendak menumumkan Oval Obama. Mungkin Najib keletihan semut-semutan tidak tidur menghafal skrip. Sikap Off the Cup belum Najib perolehi. Dia belum mendasari apa yang hendak dia perlakukan
(2) Soal hormatkan Obama itu satu hal. Islam menuntut tetamu dihormati. Apa lagi Obama kelihatan agak friendly berbanding sibiadap Al Gore proxy Bush. Namun, saya berkira, kita adalah sebuah Negara merdeka. Kita perlu tnduk kepada prinsip, kita berdaulat. Kita kena berani berdiri sama tinggi, duduk sama rendah, bercakap sama jelas dan berani. Sesungguhnya, hadirnya Obama ke Malaysia banyak maknanya. Saya tidak yakin Obama datang tanpa muslihat. Kita harus cepat dan berani menganalisa segala dan berdiri atas landasan kita adalah Negara merdeka dan mahu terus berdaulat.
(3) Juga sebegitu cara Najib di hari terdahulunya, bila disoal tentang hajat Kerajaan Kelantan hendak membentangkan Rang Undang-Undang Hudud ke Parlimen. Najib agak gugup. Ada nada terkesandung dari bicaranya. Malam tadi, di Berita Akhir TV1, Muhhyddin Yasin juga kelihatan agak stiff. Jamil Khir juga diberitakan sudah mahu bersilat. Hudud harus disamakan saja perlaksanaannya dengan Hukum Jenayah Islam. Samakah keduanya ini? Kalau sama, pastinya, Al Quran sudah menyebutkan Hudud adalah subset Undang-Undang Jenayah Islam. Apakah sebegitu? Sepertinya, UMNO khususnya sudah terperangkap oleh anak-anaknya sendiri ie saya berkira Annuar Musa dan Jamil Khir. Namun, kenapa soal Hudud harus menjadi ketegangan senua? Namun, saya berkira PAS harus menerima saranan agar JawatanKuasa Teknikal Hudud diadakan di peringkat Kebangsaan. Halusi keanggotaan, bidang kuasa, modus operandi, scheduling kecapaian pasti akan J.kuasa ini. InsyaAllah, jika semua telus dan ikhlas, harus tiada galang lagi. Wajarnya sebegitu. Jika semua beres, pasti, saya katakan, PAS telah menang all the battle untuk perlaksanaan Hukum Hudud di seluruh Negara. Saya berkira, ada hikmahnya kedatangan Obama ke ini dan kita cepat-cepat bertindak atas konsep beliau, sebelum semua terlupa: We must have respect for our differences, the world will be better if we hold to such discipline. InsyaAllah.
(4) Masanya telah tiba, Islam harus menjadi asas kehidupan kita secara menyeluruh. Umat Melayu sudah kian goyah dalam banyak perkara, dan penyelamat kita adalah Islam. Saya yakin, biarlah Kelantan merintis jalan itu yang lainnya InsyaAllah buatlah kemudian. Jika Hudud dapat dilaksanakan di Kelantan, bukanlah ianya kejayaan mutlak PAS. UMNO ada bahagiannya. Yang penting, Umat Melayu menjayakannya. Soal siapa bersorak, siapa bertepuk tangan, siapa kembang hati, itu perkara kedua. Yang utama, Melayu selamat. Berilah peluang Islam untuk menyelamatkan Melayu.
Pontianak, Kalimantan Barat
28 April, 2014
0 comments:
Post a Comment