PENGENALAN:
Parti GPS terdiri dari pelbagai parti berteraskan etnik di Sarawak. GPS mewakili masyarakat Dayak, Cina, Melayu, Melanau, Kedayan dan Orang Ulu. Ianya adalah Parti pelbagai kaum sebagai landasan untuk membina dan memperjuangkan hak Sarawak sebagai suatu wilayah dan bukannya negeri dalam Malaysia. GPS ditubuh bagi mengantikan BN di Sarawak.
(2) Tongak kepada GPS adalah Parti Pesaka Bumiputera Bersatu, PBB. PBB dibentuk melalui gabungan Parti Bumiputera dan PESAKA pada 30 April 1973. Bumiputera di dominasi oleh kaum Melayu dan PESAKA oleh kaum Iban. Gabungan kedua-duanya membentuk PBB pada 30 April 1973. PBB menguasai 47 kerusi dari sejumlah 82, bermaksud PBB menguasai lebih dari separuh kerusi DUN. Sayap Bumiputera secara tradisinya mewakili kawasan-kawasan komuniti Muslim. Sayap PESAKA pula mewakili kawasan-kawasan bumiputera bukan Muslim.
FOCUS & TUJUAN:
Dalam tulisan ini saya ingin membicarakan persoalan terkait dengan komponen Parti Bumiputera dalam PBB. Kenapa itu menjadi perhatian saya dan bukannya GPS atau Sarawak secara menyeluruh? Jawaban saya mudah, saya ingin melihat Parti Bumiputera sebagai tonggak PBB terus kuat berpengaruh dan berkesan. Kenapa? Bumipuitera perlu kekal kuat berpengaruh untuk kekal jadi tonggak PBB dan GPS. Bumiputera juga mesti sangat berkesan agar ianya terus diterima rakyat serta dihormati oleh semua. Kuasa (K) datang dari pengaruh (P). Pengaruh pula diraih dari keberkesanan (E). Rumusan K = P + E adalah rumusan yang tidak boleh dinafikan.
(2) Najib Razak ingin terus berkuasa. Untuk berkuasa, Najib perlukan pengaruh iaitu sokongan rakyat. Setbacknya, Najib melakukan belian ke atas pengaruh yang dia kehendaki. Belian pengaruh Najib menjurus kepada jalan rasuah dan money laundering dan itu saya denote sebagai (- E). Maka dalam prihal Najib, K = P - E, maka Najib akhirnya tumbang. Ayah Najib, saya kira adalah seorang pemimpin yang sangat berkesan (E). Keberkesanan cara kerjanya, maka P perolehannya adalah sangat besar serta mapam. E bagi Razak Hussein, bapa Najib adalah bukan sebarang keberkesanan tetapi the Sum of All Efficiencies, ZE. Maka, kuasa Razak Hussein bapa Najid K = P + ZE. Nilai K yang sangat tinggi, maka sehingga kini Razak Hussein terus berada di hati Melayu. Sama juga dengan Mahathir. Cuma tempoh masa dia mentadbir negara adalah sangat ala iaitu 24 tahun 2 bulan, maka fithah kebencian mengorbankan dirinya. Namun kini, ingat rakyat kepada Mahathir kian memulih dan kembali semarak.
(3) Maka, tumpuan kritik saya dalam tulisan ini, saya melihat keberkesanan (E) sebagai kriteria utama. Di dalam arena politik, kriteria utama adalah kemampuan sebuah parti atau pemimpin dalam membawa kestabilan sosial (S) khasnya perpaduan dan keharmonian antara pelbagai kaum. Kedua membawa perubahan makro (M). Dan juga kemajuan mikro (m). Perubahan makro adalah pendorong kepada kemajuan mikro. Kedua-duanya adalah yang menjamin kestabilan sosial (S) rakyat. Maka E = (S, M ,m) iaitu Keberkesanan adalah jajaran (sets) bagi S, M dan m.
(4) Secara Makro, Abang Johari telah berjaya pertama membina perhubungan yang lebih kecap untuk sebahagian besar Sarawak. Kawasan Persisir, coastal dan Tengah, Midland menjelang 2027 akan terhubung dengan baik dan lebih sempurna. Kawasan persisir umpamanya memerlukan lebih jambatan berbanding dengan kawasan Midland dan bahkan Hinterland. Sebabnya mudah, semua berpaksikan seliratan muara-muara sungai yang banyak dan luas. Maka dalam tempoh 10 tahun yang silam, Abang Johari dapat menyiapkan 21 jambatan yang nilainya iltizam dan keberanian yang sangat tinggi; adalah suatu kejayaan yang amazing.
(5) Bukan sekadar itu, Abang Johari juga dengan berani mengorak langkah agar rakyat Sarawak dalam tempoh 5-10 tahun lagi merupakan sebahagian dari masyarakat dunia teknologi hijau dan tinggi. Beliau sedang bekerja keras dalam menyediakan tenaga kerja berkemahiran tinggi lewat pelbagai insentif pendidikan yang berprestij. Struktur ekonomi makro (M) Sarawak sedang beliau asak ubahkan. Kita sedang beralih untuk mengolah sumber asli kita lewat teknologi tinggi. Kita perlu lari dari eksport bahan mentah kepada eksport keluaran benilai tinggi. Saya yakin inilah langkah yang wajar Sarawak tekankan.
(6) Semua kejayaan dan keberanian ini bertolak dari keberanian Abang Johari, pertamanya menubuhkan GPS dan keluar dari BN. Langkah beliau paling berani dan berjaya adalah bilamana dalam julat kuasa MA63, beliau mampu mengembalikan sebahagian perolehan O&G Sarawak kepada Sarawak.
ISU POKOK:
Saya berkhidmat di UPEN Sarawak dari 1986-1999 dan juga di tahun 2002. Saya terlibat dalam melaksanankan RM5 dan merangka RM6-7 bagi Sarawak. Bagi tempoh 1999-2001 saya berkhidmat di grass root agency. Pada 2002 - 2011 saya terlibat secara langsung dalam melaksanakan dasar-dasar Kerajaan lewat GLC negeri. Maka dari 1986-2011 saya telah terlibat secara lansung dalam merancang, memantau serta melaksanakan pelbagai proses pembangunan negeri berteraskan dasar-dasar semasa. Saya kekal minat memerhati dan mengkritik.
(2) Sekitar 2002-2011, Sarawak menghadapi masalah kewangan yang agak sulit. Apa lagi akibat kegawatan kewangan 1997, yang menjadi pemula kepada kelembapan ekonomi negara dan Sarawak, kemudian pada 2020 diserang pula oleh Covid 19, maka prestasi pertumbuhan ekonomi Sarawak bagi tempoh 2002 - 2020 cukup rendah bergejolak pada jajaran 4-5 peratus setahun. Pada 1 Janurai 2019, Sarawak mulai mengenakan SST 5 peratus ke atas dagangan O&G di Sarawak, dengan itu Sarawak mulai memperolehi nilai pendapatan yang tinggi. Melalui langkah ini dari 1 Jan., 2019 sehingga suku ke tiga 2024, Sarawak telah dapat menambahkan RM18.66 billion iaitu sekitar RM4.00 billion setahun. Secara mutlak pendapatan terkumpul tahunan Sarawak telah mampu mencecah RM14.20 billion (2026).... In Shaa Allah bersambung


Popular
Tags
Videos
0 comments:
Post a Comment