Perlu saya nyatakan bahawa tumpuan penulisan saya berkenaan Melayu Sarawak adalah atas batas bahawa saya lebih mengenali kaum ini dari kaum-kaum lainnya. Saya belum mahu menulis tentang kaum-kaum lain sehingga saya benar-benar memahami saikologi dan sosiologi kaum-kaum tersebut secara lebih dekat dan terpinci.
(2) Penulisan ini adalah suatu kerangka untuk saya memulakan suatu rungkaian kegundahan saya dalam meneliti kelemahan yang bakal Melayu Sarawak hadapi dari pelbagai pola sosio-ekonomi yang sedang mereka ikuti dan malah melanda mereka. Saya mempunyai firasat bahawa Melayu Sarawak akan cukup melemah jika langkah-langkah cermat tidak segera diambil perhatian oleh pemimpin dan masyarakat itu sendiri. Rakan-rakan Melayu kita di Malaya, Sumatera, Siam, Kemboja dan apa lagi di Vietnam dan Filipina sudah menerima kesan-kesan negatif yang cukup menguncangkan masa depan serumpun. Bila saya mengunakan istilah Melayu, ianya boleh saling silih berganti antara Melayu dari sudut politik juga antropologi meluas.
RINGKASAN SEJARAH:
Pada 1958 Babara dan Tom Harison ethnologis British telah menemukan wujudnya penempatan pertama di Borneo di Gua Niah, Miri sekitar 65,000 tahun dahulu iaitu di era Paleolithic. 65,000 tahun terdahulu, Borneo masih bersambung dengan tanah besar Asia. Penemuan tengkorak manusia di Gua Niah dikatakan sebagai menyerupai tengkorak manusia termaju (most developed) Nusantara pada masa itu.
(2) Kerajaan awal Sarawak mulanya terbentuk di Santubong, Sadong, Saribas, Kalaka, Banting, Lingga dan Malano (Mukah). Penemuan seramik membuktikan bahawa kerajaan-kerajaan ini telah mula berdagang dengan China sejak kurun ke 8. Cukup menarik: "Before these early kingdoms in Sarawak came about, the Hindu Funan Civilization, which housed a multiethnic conglomeration of Austronesian and Austroasiatic peoples together with Indian (South Asian) administrators, subsisted in Mainland Southeast Asia on what is now Cambodia, was described by Chinese and Arabic sources, to have the same religion and customs as the kingdoms in Sarawak. Upon Cambodian (Khmer) conquest of Funan, its people fled to Sarawak where its royal family the Sailendra dynasty set up new kingdoms using refugees from Funan. By 1530, the Santubong area was known to Portuguese cartogrphers as Cerava, one of the five great seaports on the island of Borneo. European maps in the 16th and 17th centuries named the Santubong area as Cereua (1537), Cereuwa (1550), Melano as Belanos, Sadong as Sedang, Kalaka as Calca and Bintulu as River de Berulu. In the 17th century, Samuel Blommaert,
a Dutch merchant mentioned that "Sadong were one of the best place for
trade comparable to Lauwe (Lawai)". A Dutch report in 1609 mentioned a
rebellion against the Bruneian sultanate by the tribes living in Calca,
Saribas, and Melano to politically align themselves with the Johor
sultanate. John Hunt, an English officer mentioned Kalaka as an important trading port in the region in 1812. The Catalan Atlas published in 1375 shows the map of the Malano
kingdom. This was confirmed by a Portuguese map which shows the
existence of a polity called Malano. At Florence, Italy, an old map
dated 1595 shows the Sarawak coastal areas as districts of Oya,
Balingian dan Mukah which was marked as Malano. During its golden age, Brunei under the leadership of Nahkhod Raga
Sultan Bolkiah (1473-1521 AD) managed to conquer the Santubong Kingdom
in 1512.
(3) Setting sail for Borneo in 1838, he arrived in Kuching in August to find the settlement facing an uprising against the Sulatan of Brunei. In Sarawak he met the Sultan's uncle, pengiran Muda Hashim, to whom he gave assistance in crushing the rebellion, winning the gratitude of Sultan Omar Ali Saifuddin II of Brunei, who, in 1841, offered Brooke the governorship of Sarawak in return for his help. In 1842, the Sultan ceded complete sovereignty of Sarawak to Brooke, who was granted the title of Rajah of Sarawak on 24 September 1841, although the official declaration was not made until 18 August 1842.
(4) A Japanese invasion force landed in Miri on 16 December 1941. Sarawak remained part of the Empire of Japan for three years and eight months. Sarawak, together with North Borneo and Brunei, formed a single administrative unit named Kita Boruneo (Northern Borneo). In September 1962, Sarawak Council Negri (now Sarawak state legislative
assembly) passed a resolution that supported the federation with a
condition that the interests of the Sarawak people would not be
compromised. On 23 October 1962, five political parties in Sarawak
formed a united front that supported the formation of Malaysia. Sarawak was officially granted self-government on 22 July 1963, and formed the federation of Malaysia with Malaya, North Borneo, and Singapore on 16 September 1963 - source Wikipedia.
ASALAN MELAYU:
Jika benar penduduk Sarawak asalnya adalah dari kalangan migran Funan China, yang cukup terkait dengan penduduk Annam (Selatan Vietnam) mengikut pembacaan awal saya adalah berupa kalangan Champa - salur galur Melayu asalnya; dalam banyak siri lawatan saya ke Utara Siam, Laos, Kemboja dan bahkan Vietnam, saya perhatikan Melayu asli Sarawak (Kuching) punya bentuk muka dan badan mirip kepada masyarakat Champa di negara-negara tersebut. Bahkan budaya pakaian dan adat resam mereka juga adalah saling menyerupai. Dikisahkan bahawa penduduk Champa Annam mulanya adalah penanam padi paling produktif yang menjadi ikutan masyarakat Funan China yang akhirnya membentuk persekutuan hebat Champa (Melayu)-Funan dan menjadi kedengkian puak Viet (Utara) lalu mengistihar perang and menawan Annam bagi membentuk Viet-Nam. Migrasi dan persekutuan masyarakat Funan dan Champa (Melayu) ke Nusantara, jika ini adalah suatu yang benar pastinya telah berlaku sejak Borneo adalah sebagahagian dari tanah besar Asia dan juga bilamana Nusantara telah terbentuk. Maka dengan ini, saya mengandai Melayu telah mula wujud di Sarawak sejak 65,000 tahun terdahulu.
(2) Apakah suatu kebetulan atau hakikatnya, kaum Melanau di Sarawak mulanya berasal dari kawasan pergunungan Vietnam (Annam). Dua penempatan bernama DALAT wujud di Vietnam dan juga di Sarawak ie di Mukah? Terendak Melanau terdapat di Sarawak juga di Dalat, Vietnam.
(3) Akibat pengaruh Buddha, Hindu malah Islam dan Barat, Melayu dari segala pelosok Nusantara juga telah berdatang ke Sarawak. Saya menggunakan konsep berdatang - lantaran itulah pola pergerakan mereka di waktu itu. Mereka datang berdagang dan atau merantau lalu akhirnya memutuskan untuk menetap di penempatan-penempatan dagang yang lebih makmur dari tanah air sendiri. Maka kini, Melayu Sarawak menjadi lebih majmuk bukan hanya asalan tulin nenek moyang Funan-Champa tetapi terbitan-terbitan dari kelompok gene yang serupa yang telah tersebar luas di Nusantara lalu kembali saling bertembung dan membiak.
(4) Saya sendiri sebagai contohnya adalah hibrid Jawa (Ceribon) + Sambas-Brunei (Melayu) + Palembang (Melayu) + Rhiau (Melayu). Moyang-moyang saya di sebelah Jawa dan Sambas yang berupa Pendakwah Islam telah berdatang ke Sarawak pada akhir 1880an dan disemadikan seorang di Kuburan Kg Kelaka, Simunjan dan Sg Putin, Sadong Jaya. Mungkin kerana faktur ini, saya terpilih untuk kekal menetap dan ingin kekal berbakti di Simunjan, Sarawak sehingga akhir hayat saya. Atas tujuan apa, saya sedang cuba crystallize. Allahualambisawab.
(5) Dari sejarah pembentukan Kerajaan-Kerajaan awal serta beberapa siri penaklukan oleh Kerajaan-Kerajaan Serantau, Barat dan Jepun, Melayu Sarawak telah terbukti sebagai "rakan akrab" kepada segala pengaruh luar ini setidak-tidak di Sarawak. Bahkan Sarawak itu sendiri yang asalnya adalah wilayah Kerajaan Santubong, meluas sehingga merangkumi sebahagian besar Kesultanan Brunei yang membentuk Sarawak kini adalah hasil keabraban juga sengketa di kalangan Melayu Sarawak. Oleh yang sedemikian, peranan kaum ini dalam membentuk Sarawak tidak boleh dinafikan. Makanya, martabat bangsa ini, harus bangsa ini bina seutuh dan sebijak-bijaknya. Inilah roh kepada beberapa siri tulisan saya selepas ini.
TABURAN MELAYU SARAWAK:
Melayu Sarawak adalah rumpun kaum yang pertuturan apa lagi budaya mereka adalah Melayu. Dari sudut politik, Melayu merujuk kepada pengamal adat-adap Melayu dan beragama Islam. Di sekitar 1960an, Melayu Sarawak merangkumi Melayu, Kedayan (Melayu Brunei), Melanau Muslim (kebanyakan di Sibu, Mukah dan Bintulu) serta Melayu Miri (Mariek). Kini akibat kemajuan sosio-ekonomi, maka Melayu Sarawak lebih merujuk kepada masyarakat Melayu di wilayah-wilayah Kuching, Samarahan, Simunjan, Sri Aman, Saribas dan Kalaka. Manakala Melanau Muslim lebih gemar dikenali sebagai Melanau. Melanau Muslim banyak terdapat di Mukah, Daro, Sarikei, dan Sibu. Di Bintulu, kaum Melanau lebih gemar dikenali sebagai kaum Vaie Segan. Di Miri, mereka sudah berbaur dengan Melayu Brunei dan Melayu Sarawak maka kerana itu mereka lebih gemar dikenali sebagai Melayu Miri atau Miriek (?).
(2) Kaum Melayu membentuk sekitar 21 peratus dari penduduk Sarawak. Secara umum, taburan kependudukan Sarawak mengikut enam kelompok kaum utama - Iban, Cina, Melayu, Melanau, Bidayuh, dan Orang Ulu adalah seperti ditunjukkan pada skema peta di atas. Kaum Melayu (termasuk Kedayan) dan Melanau menguasai kawasan persisiran Sarawak bermula di Sematan di Barat-Daya sehingga ke Lawas di Timur Laut.
(3) Sekitar 70-75 peratus kaum Melayu menduduki di wilayah Selatan Sarawak (ditandai Kotak 1). Di Bandaraya Kuching sahaja terdapat sekitar 300,000 penduduk Melayu iaitu membentuk hampir separuh dari keseluruhan pendududk Bandaraya Kuching. Selebihnya, kaum Melayu menduduki persisiran Bintulu-Miri serta kawasan persisiran Limbang-Lawas. Akibat kehidupan Melayu yang sangat terkait dengan laut, maka masyarakat Iban sering mengelar kaum ini sebagai Laut. Laut dalam bahasa Iban bermaksud kaum Melayu atau dalam bahasa Melayu baku ianya bermaksud Bangsa Hilir.
(4) Kenapa Melayu Sarawak lebih memilih kawasan persisiran sebagai habitat kehidupan mereka? Logiknya, jika mereka asalnya dari susur galur Funan-Champa, maka di situ letak asasnya sekitar 65,000 tahun terdahulu. Padi mengikut sejarah, tersebar ke seluruh Nusantara adalah hasil dari pengembaraan kelompok ini. Jika disoroti dari abad ke 7 mengikut rekod Empayar China, orang Melayu (Nusantara) adalah masyarakat maritim. Lantaran itu, laut dan sungai-sungai adalah wadah pertualangan dan kehidupan mereka. Nasi sebagai makanan ruji mereka cukup menyelerakan disaji bersama hasil-hasil laut.
GALANG MULA PERPADUAN DAN KEMAJUAN MELAYU:
Kawasan persisir punya ekologi sejadi yang cukup mencabar. Kawasan persisir pada kebiasaannya adalah sebuah lembangan atau delta. Sifat tanah-tanih lembangan adalah lembut dan becak. Lantaran itu, pembentukan sungai-sungai serta anak-anak sungai menjadi sangat berseliratan. Di manapun habitat Melayu, biar sehingga ke Madagascar dan Afrika Selatan sekalipun, mereka memilih untuk menetap dan membina penempatan di kawasan lembangan atau delta. Funan adalah kawasan lebih landai berbanding China lainnya. Sebegitulah Annam, Mekong malah Selatan Siam. Di Sumatera dan Filipina Melayu juga lebih tersebar di lembangan-lembangan kerana faktur kesuburan tanah serta kesesuian untuk bersawah. Maka tidak heran jika gene Melayu biar di mana mereka membina penempatan, lembangan adalah keutamaan pilihan kemandirian hidup mereka. Mereka perlukan kawasan yang sesuai untuk bertanam padi pada asalnya. Melayu Sarawak tidak terkecuali.
(2) Ekologi lembangan atau delta adalah unik untuk habitat sebegitu. Jaringan sungai-sungai, anak-anak sungai dan lopak-lopak adalah proses kejuruteraan dalam membentuk suatu ekosistem yang sangat berguna bagi penghuni alam sebegitu. Biarpun sebegitu, ianya menjadi kekangan sangat sulit bagi pertumbuhan pesat sosio-ekonomi masyarakat penghuni ekosistem sebegitu. Hanyutan dari hakisan di daratan dan pergunungan menjadi bahan kabusan dalam proses pembentukan tanah kering yang sesuai dengan keperluan pertanian penghuninya kemudian. Lembangan biasanya adalah tanah liat lembab asidik. Makanya di ketika dahulu, tanah-tanah sebegini paling sesuai dengan tanaman hidrofilik iaiut tanaman sahabat air seperti padi.
(3) Ekologi lembangan sungai di tropika biasanya dimulai dengan hutan bakau. Seliratan akar-akar bakau menjadi habitat terbaik bagi perkembangan hasil laut seperti segala krustacea dan ikan. Gandingan tanah kering dan lembab hutan bakau membolehkan kaum Melayu beroleh kesejahteraan hidup. Mereka memulakan hidup sebagai petani dan nelayan lalu kemudian pedadangan meritim.
(4) Sesungguhnya, keadaan kawasan persisir yang bertanah lembek dan lembab, sentiasa kebanjiran, terdedah kepada hakisan ombak besar serta terpisah-pisah seperti membentuk islets yang berhamburan oleh seliratan sungai-sungai, anak-anak sungai dan danau-danau, itu merupakan batas-batas fizikal yang cukup membuntukan batas pemikiran Melayu untuk sekian lamanya. Kehidupan mereka sangat dipengaruhi oleh pasang surut serta hujan keringnya hari. Mereka sepertinya benar-benar hidup dalam kuasa takdir dan bukan oleh hebat cerdas pemikiran mereka. Inilah saya kira belenggu saikologi kemajuan Melayu untuk sekian lamanya.
(5) Dari sudut penempatan, kelompok-kelompok Melayu sangat terpisah-pisah. Lewat zaman berzaman, akhirnya inilah punca pecah belah dalam kehidupan Melayu. Perhubungan antara kelompok sangat sukar.
(6) Dalam masa yang sama, geografi mukabumi alam Melayu juga cukup meruncingkan. Antara tanah daratan yang landai beralun serta perbukitan, di antaranya muncul tanah gambut yang tidak kurang cabarannya untuk dibangunkan. Tanah gambut memisahkan tanah payau alam Melayu dengan tanah daratan tinggi yang lebih sesuai untuk penempatan dan malah pertanian yang lebih meluas. Boleh saya katakan bahawa paya payau dan gambut adalah faktor asas yang mengugat kesatuan dan kemajuan pesat Melayu Sarawak. Inilah cabaran fizikal yang cukup membelengu fikiran dan usaha-usaha industerious mereka.
ADAKAH MATA-MATA HATI MENYOROT MELAYU-MELAYU PINGGIR DAN TERPINGGIR?
Semasa anak-anak saya masih kecil, sekitar tahun 1995-2000, saya sering membawa mereka berpusing-pusing di perkampungan Melayu di tebing utara Sg Sarawak dari Gersik ke Bintawa Hilir. Saya ada dua tujuan penting untuk berbuat sebegitu. Pertama saya ingin mendedahkan mereka betapa kaum Melayu perlukan pembelaan hebat. Kedua saya ingin menanamkan dalam jiwa mereka, jika mereka malas belajar, mereka juga akhirnya akan menghadapi kehidupan yang susah. Alhamdullilah, hakikat sebenarnya, Allah mendorong saya untuk melalukan sesuatu untuk mengatur apa yang terbaik buat 12 buah perkampungan tersebut. Makanya pada 2011, pembangunan Darul Hana telah dilancarkan oleh Taib dan Mahathir. Kini kawasan ini sedang dibangun secara teratur bagi mewujudkan sebuah penempatan Melayu yang bermaruah dan moden.
(2) Namun kini, bila saya terkadang menelusuri perkampungan Melayu, biar di Sg Bedil Kuching iaitu bersebelahan dengan Astana, hati saya cukup resah dan gundah. Ini bersebelahan Astana iaitu sekitar 1-2 KM dari Bangunan DUN dan pusat pentadbiran negeri di Wisma Bapa Malaysia dan bahkan cuma sekitar 5 KM dari Bangunan Bandaraya Kuching Utara. Jika semua pemimpin dan para pegawai Melayu meninjau Kampung ini dari Astana, Wisma Bapa Malaysia, DUN, DBKU dan malah White House mungkinnya, pasti mereka dapat melihat betapa masyarakat di sini - saya tidak pasti apa ada dalam hati mereka? Sebegitu juga jika mata hati pemimpin dan kakitangan Kerajaan Melayu dapat mendekat ke perkampungan Melaytu di Samariang Batu, Kuching dan apa lagi jika dapat menempel ke Bintangor, Kapit dan malah Belaga. Apakah mungkin mereka punya kesedaran bahawa Melayu juga wujud di serata pekan-pekan kecil di seluruh Sarawak sebagai rakyat minoriti terpinggir dan kandas?
(3) Pandangan saya, bagaimanakah Melayu-Melayu terpinggir atau pinggiran ini dapat dirangkumkan dalam segala pembangunan yang dibawa ke kawasan-kawasan tersebut? Adakah para pemimpin malah para pegawai Melayu mahu mengambil selangkah ke depan dari tugasan harian mereka dalam memikirkan jalan pembangunan bagi kelompok-kelompok ini?
(4) Galang paling besar kini, dalam membina Melayu yang setidak-tidak mampu berdiri atas kaki sendiri serta punya keterjaminan masa depan yang hebat, saya kira terletak atas matahati pemimpin, pegawai-pegawai dan malah kalangan Melayu yang telah agak berjaya. Adakah matahati mereka terpana dan melekat pada Melayu secara menyeluruhnya? Saya melihat, jiwa Melayu kini terperangkap dalam "alpa memenuhi nafsu sendiri dari melihat Melayu sebagai Ummah yang menjadi tanggungjawab kekahlifahan mereka untuk mencapai Jannah terbaik". Pokoknya, semangat dan roh Ummah sangat tipis dalam jiwa Melayu kini.
KESIMPULAN:
"Sesungguhnya, Melayu Sg Baru Kg Baru Kuala Lumpur tidak akan seperti apa mereka perlu lewati kini, jika para pemimpin Melayu pada saat berada di tingkat tertinggi Parlimen, Bangunan DBKL dan malah Menara Petronas berpunya kesedaran betapa kesibukan dan gah kejayaan kerjaya, mereka seharusnya tidak melupakan mereka di bawah sana. Biar apa galangnya, jika kita mahu, maka ganjaran Jannah Allah seharusnya kita lihat dan hambat sehebatnya. Namun Melayu tidak sebegitu sikapnya. Kenapa?"
URA yang telah digubal dengan tergesa-gesa serta atas objektif politik sempit, biar tidak terpakai di Sarawak, namun fenomena tersebut adalah amaran awal jika tiada jiwa-jiwa halus dan tajam tidak mampu merenung apa lagi bersiaga dalam menjaga masa depan Melayu di bandar dan luar bandar secara jangka panjang. Sesungguhnya, cara Allah memberi peringatan bukan sekadar mematikan gajah di depan mata, namun kuman keseruputan di seberang lautan juga perlu dimengerti bersama maksudnya.
Kuching, Sarawak
26 Nov., 2025.









Popular
Tags
Videos
0 comments:
Post a Comment