.

2/5/2024 LANGKAH PENUBUHAN PERSATUAN ALUMNI ABANG MAN, SIMUNJAN, SARAWAK

Posted By: Abdullah Chek Sahamat - May 28, 2024

Share

& Comment

PENGENALAN:

 
(Boulder, Colorado - sebuah Kota Ilmuan-Budaya, Bistari dan Lestari) Sekarang Alhamdullilah, Allah telah memberikan saya beberapa kekuatan pribadi yang dahulunya sangat tipis saya miliki. Maka dengan itu saya berhasrat untuk melibatkan diri secara lebih meluas dan mendalam dalam gerakan kemasyarakatan di daerah saya iaitu Simunjan, Sarawak.  Sejak bersara awal pada penghujung 2011, pada Mei 2012 saya menyertai Public Listed Company (PLC) dengan regim kerja yang cukup berbeza dari semasa saya dalam perkhidmatan awam (1986-2011) maka saya mulai membina diri saya untuk menjadi Social Entrepreneur. Allah sepertinya menguji saya dengan suatu kegagalan paling hebat yang pernah saya lalui bermula pada 3 Okt., 2022 dan memuncak pada Jun., 2023. Maka sejak Julai 2023 saya sudah sangat mengurangi keterlibatan saya dengan segala urusan kerja dan sosial di Malaya, maka kini saya mempunyai masa dan sumber untuk focus membina kekuatan di Kampung dan In Shaa Allah ke Simunjan. 

(2) Saya tidak berniat untuk menjadi kaya, saya hanya ingin terus berbakti agar suatu hari nanti saya dapat meninggalkan sesuatu yang sangat berharga serta bermanafaat besar kepada masyarakat saya. Bersedekah harta mungkin saya sangat kekurangan, In Shaa Allah amal jariah fikiran dan tenaga akan saya limpahi ke jalan Social Development yang akan saya rintis.  Ditambah dengan anugerah Allah betapa saya kini sangat berkelapangan, maka saya memilih untuk bersama-sama rakan-rakan bekas sekolah rendah saya untuk membina apa yang saya fikirkan untuk "membina kota dan masyarakat Simunjan yang bistari dan lestari". Boulder, Colorado, USA jika tidak Bavaria, Jerman adalah model yang sedang saya fikirkan. Simunjan kini sedang menjalani "economic negative growth". Perkara ini tidak boleh dibiarkan lantaran Simunjan pernah berpunya sejarah gemilangnya cuma cara pengurusan sumbernya, maka kini ianya kehilangan terlalu banyak perkara dan berada dalam banyak disadvantages

(3) Saya berhasrat untuk membentuk sebuah NGO yang kuat dan berwibawa dalam membangkitkan semula kegemilangan Simunjan. Saya memikirkan bahawa repositioning Simunjan dalam sinario pertumbuhan pesat Kuching dan Kota Samarahan bagi tempoh 2025-2035 di samping segala kota-kota lain di sekelilingnya perlu dilakukan dengan penuh kecekalan. Atas keperluan keseimbangan sosio-ekonomi dan politik masa depan the greater Kuching, Simunjan perlu kembali bangkit hebat.  Saya mensasar penubuhan dan mengerakkan Alumni SK Abang Man Simunjan sebagai wadah strategik pemula. Biar sukar atas faktur-faktur persepsi ke atas diri saya sendiri serta cabaran-cabaran territorial, mentality dan historical domain blockages  namun In Shaa Allah, seperti janjiNya, segala cabaran adalah agar kita dapat bangkit lebih berhemah untuk hebat. Dalam hal ini saya mengambil jalan usey-usey kata orang Sarawak iaitu jalan penuh teliti dan tidak gelojoh dalam membentuk identiti, wawasan, tujuan dan strategi untuk Alumni Abang Man bagi tempoh 
2025-2030 gerakannya  nanti. Kami akan berusaha meletakkan asas kukoh untuk Simunjan kembali bangkit gemilang menjelang 2040. In Shaa Allah. 

(4) (Sisipan adalah Gambar Pekan Simunjan Lama, yang sekarang sudah semuanya terhakis ke Batang Sadong. Pekan Simunjan sekarang adalah Pekan Baru yang dulu terletak sekitar 300 - 500 meter dari Pekan Lama). Sekolah Rendah Kebangsaan Abang Man, Simunjan merupakan sekolah rendah kedua di mana saya memulakan pembelajaran rasmi saya. Saya memulakan sekolah rendah di Sg Putin, Sadong Jaya pada 1967 iaitu sebuah sekolah berdekatan dengan kampung ibu saya. Sebabnya pada masa itu, bibik saya yang berada di Darjah 5 dan Mamang saya yang berada dalam Darjah 3 akan dapat menemani saya ke sekolah  bersama. Kemudian pada 1968-72 saya kembali ke Kampung Sedilo, kampung bapa saya di Simunjan lalu bersekolah di Abang Man. Saya mengira saya adalah batch terakhir yang bersekolah dalam Aliran Inggeris semasa di sekolah rendah serta kumpulan terakhir yang menduduki CEE. Selepas itu medium pembelajaran adalah dalam Bahasa Melayu dan CEE ditukar ke UPSR. Dari Abang Man, saya kemudian melanjutkan pelajaran ke SMR Kuala Krai, Kelantan pada 1973-75 dan seterusnya ke Sekolah Menengah Sultan Abdul Halim (SMSAH) Jitra Kedah dari 1976-79 dan Universiti Kebangsaan Malaysia 1979-84. Kira-kira saya menghabiskan sekitar 12 tahun merantau menuntut ilmu di Malaya lalu kemudian menetap di Kuching sekitar 36 tahun lalu dan kini sejak 2023 In Shaa Allah saya akan menghabiskan perjalanan hidup saya di Kampung Terasi, Sadong Jaya jika tidak ke Iskandariah, Mesir kemudiannya.

(5) Sisipan gambar di sebelah adalah Jalan Sabun pada 1960an. Inilah jalan yang saya tempuhi semasa hendak ke sekolah berkaki ayam. Dari rumah ke Jalan sabun, saya terpaksa menelusuri denai tanah berlumpur yang becak serta semak ditumbuhi rumput melai dalam istilah orang Sarawak. Jalan Sabun terbina dari sisa-sisa perlombongan arang batu peninggalan Jepun 1945. Deretan pohon-pohon sawit yang  disebut sebagai Pokok Sabun cukup nostalgia bagi kami anak-anak hingusan pada masa itu. Kami bekejaran untuk mendapat buah sabun yang luruh untuk dikunyah mengisi perut lapar.  Merenung kembali, sepertinya takdir hidup dan kerjaya masa depan saya telah Allah tandai sedari awal - industri sawit menjadi alat untuk saya ke depan - challenging, struggled hard, to survive. Semasa belajar di Abang Man di antara guru-guru saya adalah James Duang (asal Kapit), Anthony Nipah Bato, Abdul Malek (Semera), Sitam Deron, Kasma Booty, Miss Liew, Rashidie, ada seorang guru lelaki Cina yang saya lupa namanya (mungkin Mr Lee atau Lim) dan Mustapha Chang. Guru lelaki Cina kekal  dalam ingatan saya kerana pada suatu sessi kelas Matematik, dia mencabar kelas saya "Sesiapa dapat 100 peratus dalam Ujian Matematik yang akan dibuat, dia akan hadiahkan RM3.00". Entah bagaimana saya dapat scored semua betul dan dia tunaikan janjinya dengan Ringgit yang bergumpal-gumpal.  Biasanya saya pasti ada membuat satu dua kesilapan. Saya kira itulah kali pertama saya scored 100 peratus betul. Bukan hadiah dan scored yang saya kenang sehingga kini, kejujuran dan kegigihan dia untuk memastikan anak-anak muridnya celek Matematik adalah apa yang cukup saya kenang.  Sitam Deron adalah guru Kelas saya semasa saya di Sekolah Sg Putin dahulu. Sebetulnya dia agak reluctance untuk melepaskan saya ke Abang Man lantaran dia mahu membimbing saya sehingga berjaya, namun pada 1971 dia kembali menjadi guru kelas saya semasa di Abang Man.  Di tangan dia saya dapat menguasai Matematik dan Sains dengan baik dan akhirnya mencapai kelulusan cemerlang dalam CEE. Pada sekitar  1987 saya sempat membelanjakan beliau "Kopi O" di Satok, Kuching. Dalam pertemuan itu, kami tidak berbicara masa lalu, tumpuan kami adalah berkenaan taraf sosio-ekonomi masyarakat di Simunjan yang masih sangat jauh ke belakang.

(6) 
Foto sisipan di sebelah adalah keadaan prasarana perhubungan di Simunjan bila saya mula melangkah keluar meninggalkannya pada akhir tahun 1972. Pada masa itu gelora rasa gembira kerana dapat belajar ke Malaya cukup melonjak. Kini bila merenung kembali pahit getir yang terpaksa saya dan rakyat tempuhi pada masa itu menjadikan saya sering menangis lirih. Pada 1972 selepas menduduki Peperiksaan CEE - Common Entrance Examination atau setara UPSR, saya dan seorang sahabat bernama Hassan Sitam telah dihantar untuk melanjutkan pelajaran ke Malaya di bawah tajaan Yayasan Sarawak. Dari sejumlah 70 orang pelajar Darjah 6  Abang Man pada 1972, hanya tiga orang dari kami yang berjaya menamatkan pengajian sehingga ke Ijazah Pertama. Saya, Askan Ismawi dan Hassan Sitam adalah dikira cream pada 1972. Yang lain-lain kerana gagal CEE atau mendapat keputusan yang kurang cemerlang, mereka kebanyakan sangkut di SMK Simunjan I atau terus menjalani kehidupan yang keras. Saban ketika saya ke Simunjan, saya akan melapangkan sedikit masa untuk sama-sama ngopi dengan siapa saja rakan-rakan yang saya temui. 

(7) Di antara rakan-rakan sedarjah Kelas A saya di Abang Man antaranya adalah Bolkis Suhai (bapa saudara sepupu), Asmarahan Chee (sepupu), Askan Ismawi, Hassan Sitam, Gan, Mary Wong, Betty, Abot, Junaidi, Awang Drahman, Awang Ahmad, Dayang Rokiah Chee, Fatimah Abang Aneh (sepupu), Wan Akil,  dan banyak lagi yang saya tidak pasti nama sebenar dan di mana mereka kini. Sebilangan mereka juga telah kembali ke rahmatullah. Inilah teman-teman yang cukup nostalgia buat saya kerana kami cukup akrab dan sangat membantu dalam apa hal sekalipun. Kebetulan Simunjan adalah a small place. Orang tua kami saling mengenali dan adat pada masa itu, mereka sering saling bertandang. Pada 2015, paling memeranjatkan saya, Betty seorang anak Iban yang sering menjadi teman bermain semban atau lambung batu, bila saya menyertai sebuah Public Listed Company, anak beliau kini adalah salah seorang rakan kerja saya. I always teased her " Your mum was my best girlfriend". Semasa kanak-kanak kami sering datang dan pulang sekolah bersama lantaran rumahnya adalah di perjalanan ke rumah saya. Pada 2017 dalam jamuan bersama-sama keluarga besar saya di Kuching, saya menjemput Betty khas untuk datang bersama anaknya. 

(8) 
(Gambar sisipan di sebelah saya duga adalah Sekolah Abang Man pertama iaitu sekolah yang diasaskan di bawah Majlis Daerah LSDC di zaman British di awal 1950an). Kapan SK Abang Man terbangun saya tidak pasti. Namun saya berkira, mengikut sistem British, sekolah ini asalnya adalah Sekolah binaan Majlis Daerah bukan Negeri atau Negara. Asalnya adalah sekolah rakyat Majlis Daerah Sadong Hilir (LSDC). Kemudian mengikut cerita mereka yang lebih senior, Abang Man II dibangun di kawasan berdekatan kerana Abang Man I perlu diguna sebagai Pejabat Daerah dan Tanah. Bangunan tersebut kemudian terbakar pada 1966 iaitu pada masa saya kira saya masih gemar melastit ikan tembakol di parit-parit perkebunan. Abang Man I & II saya kira tidak dinamakan sebagai SK Abang Man tetapi LSDC Primary School. Nama Abang Man mungkin hanya diguna bila (mungkin) tanah Abang Man pada tapak sekarang telah digunakan bagi tujuan tersebut. 

(9) Gambar sisipan di sebelah adalah Abang Man III. Lihat wajah-wajah konyol para guru dan murid-muridnya. Cukup innocence. Abang Man kini adalah Abang Man III. Ianya adalah sekolah kayu yang terdiri dari 12 Bilik Darjah dan kemudahan-kemudahan lainnya. Seingat saya, sekolah ini sering dilimpahi air pasang terutama di musim
King Tide ie pada 14-16 dan 29-1 hb mengikut kalendar Islam iaitu pada masa bulan mengambang penuh atau baru mula muncul anak bulan. Inilah di antara sekolah dhaif yang sepertinya terlalu sukar untuk Kuala Lumpur garap. Sekolah ini sedang menghadapi masalah hakisan yang sangat parah. Jika tidak silap, pada Septembar 2018, Mazlee Malik, MoE pada masa itu, dan kebetulan dalam usaha menurunkan Najib Tun Razak, saya agak rapat dengan gerakan PPBM. Maka dalam lawatan dia pada Sept.(?), 2018, semasa pertemuan di Kuching saya cukup seronok bila dia mengatakan dia akan melawat Abang Man. Saya secara berseloroh mengatakan "Jikalah sekolah itu tidak segera dibina semula dengan segala keperluan modern dan selesa - saya rasa saya ada caranya agar perkara ini menjadi perhatian serious Menteri". Pastinya dia bertanya "bagaimana?". Jawaban saya mudah dan berseloroh "the Lee Kuan Yew way". 

(10) Gambar sisipan, sebeginilah Abang Man III sekolah yang wujud dari sebelum merdeka dan kini setelah 61 tahun, ianya belum menjlema menjadi pusat pembangunan manusia-manusia Simunjan yang unggul. Kenapa? Maka, mengimbau kembali akan payahnya bersekolah pada masa itu, serta melihat nasib rakan-rakan yang kurang "upaya" yang kini saya perhitungkan memerlukan suatu pimpinan jalan keluar yang baik dan menyeluruh, saya telah untuk sekian lama mengusul agar sebuah Alumni Abang Man dtubuhkan. Tidak kurang dari 3-4 tahun sudah idea ini saya ketengahkan, namun sambutannya adalah bersifat
lukewarm. Saya hampir-hampir giveup. Namun menyedari bahawa saya sedang berurusan dengan mereka yang agak "kurang exposure" serta kebanyakan masih "berjuang untuk hidup", maka saya terus berusaha dan bersabar. Biar mereka yang kini diaspora di merata Borneo dan Negara, sepertinya rasa hampa kecewa yang mendalam sedang melanda mereka. Mungkin takdir Allah saya Dia kurnia untuk melihat yang payah dan merungkainya menjadi mudah. Biarpun saya mempunyai peluang yang banyak dan luas untuk meraih kedudukan yang cukup mewah di Kuala Lumpur dan bahkan Luar Negara, setakat ini saya ketepikan lantaran ibarat nyanyian Bunga Cinta Lestari, BCL "Kerana aku cinta kau" Simunjan. Alhamdullilah jika itu kehendak Allah ke atas diri saya dan In Shaa Allah akan saya perbuat mengikut apa kehendakNya. 

CABARAN NYATA BAGI SIMUNJAN:






















Charta sisipan di atas menjelaskan betapa Simunjan sedang mengalami penguncupan dari segi saiz, penduduk dan perekonomian biar berbanding pekan-pekan sekitarnya yang pada 1970an adalah penempatan-penempatan perkampungan sahaja yang kini telah berubah menjadi pekan-pekan saingan kepada Simunjan.

(2) Rajah sisipan di sebelah adalah simulasi kedudukan sosio-ekonomi Simunjan relatif kepada pekan-pekan dan penempatan-penempatan di sekelilingnya pada 1940-80. Simunjan pada masa itu jauh lebih "hebat" dari segala penempatan di sekelilingnya. Saya masih ingat, Simunjan jauh lebih besar dari Kota Samarahan, Asajaya dan segala penempatan-penempatan kecil Sebangan, Sebuyau, Pusa, Beladin dan Meludam di kawasan persisiran. Di awal pembukaan Simunjan, mengikut cerita lisan orang-orang tua dulu-dulu, Simunjan dibuka di abad ke 18. Para penghijerah dari Sambas dan segala pelusuk "Sarawak" pada masa itu menyusur memudiki Batang Sadong lalu mendirikan penempatan di sana demi untuk dapat bertanam padi serta segala aktiviti sara diri. Mereka mungkin adalah pendiri Kerajaan Sadong sebagai suatu jalan keluar dari pengaruh "Sarawak" dan Brunei. 
Pada masa pendudukan Jepun, perlombongan arang batu menjadi penghasilan besar Simunjan. Bila dikembalikan kepada British selepas WWII, Simunjan berkembang dengan tanaman getah.  Sesungguhnya Service Sector Economy Simunjan pada 1960an - 1980an adalah di sektor perguruan. Di tahun 1960-2000, ramai anak-anak Abang Man berakhir dengan career perguruan. Makanya politik Simunjan pada pandangan saya adalah asas perguruan. Apa lagi Bujang Ulis yang merupakan Ahli Parlimen Simunjan pada 1980an-1990an adalah antara murid-murid asas Abang Man serta adalah seorang guru yang sangat berpengaruh. Ini kemudian diikuti oleh Sukinam Domo, juga berlatar belakangkan guru. Sepengetahuan saya, pengerak ekonomi Simunjan pada 1960an dan 1970an adalah di sektor pembalakan. Simunjan merupakan pengeluar kayu ramin, meranti, kapur, gerunggang dan belian yang sangat besar.   Hutan paya gambut Simunjan menghasilkan kayu ramin yang kebanyakannya di eksport ke Jepun. Kini ianya telah pupus dan industri pembalakan dan pengilangan papan telah pupus sepenuhnya.

(3) Cabaran paling getir buat Simunjan adalah dengan perkembangan pesat Kota Samarahan yang pada perkiraan saya sudah meninggalkan Simunjan sejauh api dengan panggang. Sebegitu juga kepesatan pembagunan Kota Kuching telah meluas ke Kota Samarahan dan ini menjadi centri-fugal factor kepada perkembangan Simunjan. Semasa  berkhidmat di Unit Perancang Ekonomi Negeri (1986-1996) saya telah berusaha memperluas projek tebatan banjir Asajaya sehingga meliputi ke Ensengei dan Sebangan-Bajong dan terus ke Simunjan. Usaha-usaha ini seterusnya telah memungkinkan pembinaan jalan penghubung dari Asajaya terus ke Simunjan dan Sebuyau. Semasa berkhidmat di dalam GLC (2002-2011) pula, saya telah mengusahakan untuk memperluas pembangunan komoditi perladangan di Simunjan, namun keadaan itu sepertinya menambah penyisihan Simunjan. Pembinaan jalan sediada menjadi fakor penting dalam menyusut perkembangan Simunjan. Saya tidak nampak adanya usaha-usaha reinvestment terutamanya di pekan Simunjan. Saya juga tidak nampak adanya usaha-usaha pengembangan sosio-ekonomi masyarakat Simunjan selain dari pertumbuhan kecil di sektor perkhidmatan awam. Pekan ini juga sedang mengalami ancaman hakisan yang cukup deras.

(3) Tanpa intervention yang ketara, saya melihat Simunjan akan ditelan zaman. Pada abad ke 18, Simunjan pernah berkerajaan sendiri yand dinamakan Kerajaan Sadong. Sisa kerajaan tersebutpun tidak berbekas, cuma nama Sadong kekal hanya pada sungainya dan bukan wilayahnya. Seharusnya, wilayah iaitu daerahnya harus kekal bernama Sadong dan pekannya bernama Simunjan. Rajah sisipan di sebelah menjelaskan betapa banyak pekan-pekan kecil dahulunya kini telah mengatasi Simunjan dari sudut pembangunannya. Perleluasan Kota Samarahan dan Kuching, jika tidak diurus dengan betul akan menjadikan Simunjan dari menjadi pekan dan kota, kemungkinan akan hanya tersisa menjadi penempatan tradisional yang turut terus menyusut. 

(4) Namun melihat kepada regional socio-economic and political significantnya, serta jika ada kesungguhan dalam melakukan serious intervention, Simunjan In Shaa Allah boleh kembali cemerlang. Cuma apa yang perlu adalah respositioning Simunjan dalam kontek regional dan pelan 2025-2035 Kuching dan Kota Samarahan yang sedang dan akan Kerajaan Sarawak laksanakan. Saya berkeyakinan repositioning Simunjan bukan hanya mendokong perkembangan lebih pesat dan lestari Kota Samarahan dan Kuching, ianya akan mengasak greater growth bagi wilayah Sarawak Selatan. Jika kita cekal dan kental, Simunjan saya perkira mampu bergerak ke arah pembangunan di Bavaria Jerman dan atau Boulder, Colorado USA. Prospek untuk Simunjan mengukuh menjadi sebuah Kota dan Masyarakat Smart Eco-tourism adalah sangat luas.

MATLAMAT ALUMNI:

Secara asas beberapa dari kami telah mengariskan bahawa Alumni akan bertindak sebagai wadah dalam mencapai matlamat-matlamat antara lainnya seperti berikut:

(1) Memupuk dan memperkukuh kesatuan (ukhwah) dan saling membina (ehsan) di kalangan ahli dan masyarakat setempat - kesatuan di kalangan ahli dan masyarakat setempat adalah faktor kejayaan utama bagi Alumni ini. Alumni harus berusaha seutuhnya untuk membina dan berpegang teguh kepada tali Allah (Ali Imran 101-103).

(2) Membantu dalam kecapaian akademik cemerlang dan kemahiran tinggi di kalangan anak-anak ahli, ahli-ahli dan masyarakat setempat. Keciciran dan faktor-faktor penyebabnya mesti dilupuskan. Dalam usaha negeri dan negara untuk menghambat hebat kemakmuran dan kesejahteraan rakyat setaraf negara-negara majun lainnya, nilai tambah tenaga manusia adalah sangat penting. Simunjan perlu memainkan peranan relevan dalam mengangkat sahsiah dan masyarakatnya. Alumni perlu memberikan perhatian hebat akan agenda ini.

(3) Meningkatkan keupayaan ekonomi dan membina daya keusahawanan cemerlang di kalangan ahli-ahli dan masyarakat setempat. Jika disorot kembali pembinaan Madinah lalu pengembangan Mekah, keduanya bangkit bukan hanya lantaran mereka adalah kota suci. SAW membina Madinah sebagai kota Ilmu dan dagang. Sebegitu juga, Mekah mulanya adalah kota persingahan melepas kehausan lalu berkembang menjadi kota dagang dan ilmu. Dari dua pembentukan kota tersebut, Allah jelas memberikan pertunjuk bahawa kemakmuran dan kesejateraan kehidupan manusia harus berupa gandingan ilmu dan usaha perdagangan. Makanya SAW berpesan, sembilan puloh peratus rezeki itu dihadirkan oleh perdagangan iaitu kekuatan ekonomi dan keusahawanan. Alumni saya kira perlu memberikan perhatian berat dalam memaju dan memantapkan perekonomian rakyat Simunjan.

(4) Memupuk, mengembangan dan di mana sesuai mengkomersilakn nilai-nilai adat budaya dan adap-adap sosial murni di kalangan ahli-ahli dan masyarakat setempat. Simunjan banyak menyimpan bakat-bakat seni. Pengiat seni budaya tradisional lumrahnya mengamal dan menyajikan seni budaya dan adat pada lingkungan dalaman dan sangat jarang mahu mengolahnya menjadi suatu budaya komersil. Alumni perlu memperelok akan perihal ini, budaya harus menjadi sumber kemakmuran, kesejahteraan dan saling menghargai di kalangan masyarakat. 

(5) Menyediakan wadah khidmat kebajikan kepada ahli-ahli dan masyarakat setempat yang memerlukan. Lumrah, biar di negara paling maju sekalipun, rakyat tercicir pasti ada. Alumni harus melihat kehadiran mereka yang tercicir sebagai ujian Allah tentang Iman dan ehsan kita. Alumni harus berpegang kepada prinsip "Tidak termasuk orang yang beriman, orang yang kenyang sementara jiran tetangganya kelaparan." ⁣ ⁣ (Riwayat al-Tabarani, # 12579). Membantu dan atau membina upaya mereka yang memerlukan untuk melepasi keperluan asasi mereka perlu menjadi fardhu kifayah hebat Alumni. 

LANGKAH USEY-USEY:

Use-use adalah istilah Melayu Sarawak yang bermaksud penuh hemah. Untuk menubuhkan Alumni tidaklah payah. Undang Undang Kecil sudah ada templatenya di ROS. Yang diperlukan adalah pembentukkan dan mesyuarat J/kuasa Penaja dengan tujuh orang penaja dikira sudah memadai. Hakikat bahawa sejak 1950 sehingga 2024 ini, demografi bakal ahli adalah sangat pelbagai, yang boleh saya katakan dari seorang yang tiada apa-apa pekerjaan sehinggalah ke TYT, maka banyak perkara harus dipertimbangkan. Saya cuba membina sebuah NGO yang suatu hari nanti bukan hanya NGO yang terus remaja malah sebuah NGO yang kekal menjaga kepelbagaian ahlinya dari anak-anak ke sehingga yang sudah nyayuk dan malah yang tercicir di peringkat asas sehingga berganda PhDnya dan darjatnya. Maka footing bagi Alumni SK Abang Man harus inclusive menyeluruh. Saya menghitung, Abang Man telah melahirkan 6,000 - 8,000 pelajar. 

(2) Paling ingin saya jaga, biarlah Alumni ini nantinya benar-benar bersifat demokratik dan kekal rangkuman inclusive menyeluruh. Unsur-unsur hijacking dan domination perlu dikawal sedari mulanya. Sistem demokrasi tulin harus diamalkan. Ianya juga harus menjadi NGO yang transparent (saya tidak mahu mengunakan istilah telus, kerana telus dalam bahasa Melayu Sarawak adalah bermaksud bocor) lantaran itu modus operadi Alumni ini perlu berpaksi kepada suatu model pengurusan piawaian sejagat. Juga agenda besar Alumni perlu difikir dan dirumuskan sedari awal agar wawasan dan sasaran kita menjadi jelas dan pegangan semua. 

(3) Menubuh Alumni mudah, namun untuk mengurus 
Alumni Sekolah Rendah bukanlah sesuatu yang mudah. Selepas penubuhannya, suatu jalan panjang yang penuh leguk dan pusarannnya perlu ditempuhi. Allah, dalam firmanNya di dalam Al Quran jelas mengatakan (lebih kurang): "Lihat di semesta alam ini, di sana telah banyak pertunjuk dan pengajaran dariKu". Untuk ke Simunjan secara azalinya bukanlah sebuah perjalanan yang straight and clean. Batang Sadong itu penuh liku dan lengok yang mengambarkan bahawa pembangunan dan pengurusan eco-system Simunjan sangat-sangat memerlukan pengertian yang mendalam terhadap lengok dan cabarannya. Sesungguhnya, dari sudut sejarah, lantaran lengok dan pusar Batang Sadong, di situlah nenek moyang generasi kini telah membina sebuah Kerajaan bagi melindungi dan malah melebar biak rakyat keturunan mereka sehingga kini. Sesungguhnya, bakal ahli Alumni adalah terdiri dari segala profil sosial yang cukup recam. Alumni perlu mengurus daya fikir, pengalaman, harapan dan aspirasi yang cukup complex. Apa lagi jika faktur kemunduran sosio-ekonomi Simunjan menjadi rungutan hampir semua pihak, maka mengurus Alumni bukan hanya perlu dilihat untuk memperkukuh ukhwah ahli malah ke mana dan bagaimana insan-insan ini harus di bawa agar mereka setidak-tidak mampu menghambat apa yang mereka ingin kejar dan capai. Maka, soal insani dan alami mereka harus dibina dengan kukoh dan cermat - use-use penuh strategik

(4) Alhamdullilah, pada 19 Mei, 2024 saya dapat duduk berbual kopi bersama mereka yang lahir bersama Abang Man. Kebetulan yang hadir termasuklah seorang rakan UKM yang pada 1982/83 adalah EXCO Persatuan Mahasiswa Sarawak, PEMESRA di mana pada 1981/83 saya adalah Presidennya. Gambar sisipan adalah Chegu Hamlet (kiri depan), Chegu Razali Yu (kupiah putih), Chegu Kipli Tupong dan Chegu Len. Kebetulan semuanya adalah bekas guru kecuali diri saya. Chegu Kipli dan Chegu Len adalah antara murid di era pengasas Abang Man. Bersama mereka mantan-mantan guru SK Abang Man dan merupakan penduduk setia Simunjan, saya kira In Shaa Allah ini adalah permulaan yang sangat baik. Kami memulakan gerakkan penubuhan Alumni Abang Man Simunjan dari Warung Kopi No 1 di Pasar Simunjan. Kami memula gerak dalam lingkungan rakyat marhain.  Mudah-mudahan dari sini akan muncul apa yang saya namakan sebagai Galaria Cafe Simunjan seperti yang pernah saya tubuhkan di Desa Ilmu Kota Samarahan suatu masa dulu.

(4) Gambar sisipan adalah sindiket-sindiket pertemuan saya dengan bekas-bekas murid dan guru Abang Man di Cafe Ombak, Hotel Samudera, Kuching pada 2 Jun, 2024. Dari kiri duduk kedua adalah bekas guru Lukisan dan Sivik saya pada 1972 ie Chegu Mustapha Chang. Inilah cara saya mengurus diaspora Abang Man yang telah terbangun sejak 1940an dan kini mungkin telah berusia lebih dewasa dari diri saya, telah melahirkan banyak tokoh-tokoh politik, pentadbir serta teknikal yang hebat-hebat yang sedang berkhidmat serta sudah bersara. Sehinggalah TYT terkini saya dimaklumkan pernah belajar di Abang Man. Melihat akan segala kekuatan ini serta masalah sosio-ekonomi rakyat Simunjan per se yang saya kira belum sangat berubah, maka pembentukan sebuah NGO yang cakupannya cukup luas bagi mewakili dan berjuang bagi kebaikan Simunjan secara keseluruhannya adalah sangat diperlukan. Saya tidak pernah bersekolah menengah di Simunjan. Jika tidak Alumni SMK Simunjan pastinya sangat terbaik. Alumni SK Abang Man saya kira adalah langkah pertama ke arah itu dan In Shaa Allah gabungan Alumni Sekolah-Sekolah Simunjan pastinya akan menjadi langkah paling berkesan selanjutnya. Kapan itu terjadi, saya kira saya ingin merintis jalan pemula dahulu.

(5) Gambar sisipan adalah pertemuan saya dan rakan-rakan yang dulu semasa anak-anak kami kira senasib. Kami adalah Lubok Boys. Lubok merujuk kepada Lubok Sedilo, Kampung nenek saya di Simunjan. Kami sebenarnya ada empat orang. Seorang lagi tidak dapat hadir. Typical buat kami, selepas sekolah akan berkejaran pulang untuk membantu orang tua di sawah dan kebunan. Bersekolah dalam keadaan serba kekurangan dan keperitan. Hanya takdir Allah yang telah merubah kami.  Jika tidak kerana Ar Rahman dan Ar Rahimnya Allah kami mungkin beroleh status sebagai kuli batak. Romlee, kanan depan, 
biar merangkak akhirnya pada 1988 beliau dapat menjejak kakinya ke Universiti Malaya kini adalah usahawan Pendidikan di Damansara; Bong Hatta telah bersara dari segala jawatannya di CIMB, Setiausaha Politik dan CEO GLC. Perjalanan persekolahan tiga rakan-rakan saya dari Lubok adalah sangat getir. Mereka 3-5 tahun senior saya. Saya paling smooth dalam soal perjalanan pelajaran kerana sejak 1971 Yayasan Sarawak telah tertubuh dan saya adalah salah seorang yang terawal mendapat manafaat dari wujudnya Yayasan Sarawak.  Kami telah tidak pernah bertemu, saya kira sejak 1972 sehingga 5 Ogos 2024. Gerakan berAlumni mempertemukan kami.  Dari sembang santai di Mom 's Laksa Jalan Hj Taha saya dapat sedikit menyelami aspirasi mereka tentang Alumni yang akan ditubuhkan. 

(6)     Perlahan-lahan keyakinan saya terhadap masa depan Alumni adalah cerah kian mengukuh. Kuasa Allah, saya telah berurusan dengan empat kenalan ini sejak saya menyertai perkhidmatan awam pada 1986. Potfolio saya semasa di UPEN @ SPU adalah di sektor pertanian dan luar bandar. Salah satu subsektor penting yang termasuk ke dalam sektor tanggungjawab saya adalah perikanan. Mereka berempat ini terlibat secara langsung di subsektor berkenaan. Hari ini 16 Ogos, 2024 secara kebetulan saya singgah bersarapan di Mom's Laksa dan mereka ini ada di sana. Saya diundang sarapan bersama lalu berseloroh tentang kisah lama. Kebetulan pula kami semua tergolong sebagai "Orang Laut" dalam istilah Melayu Sarawak. Paling sangat memeranjatkan saya adalah Hadil Razali yang saya kenali sebegitu lama tidak saya sedari adalah senior setahun saya di Abang Man. Inilah kuasa Allah pada niat yang ikhlas mencari jalan kebaikan demi Ummah, bantuan dariNya pasti datang. Saya berkeyakinan Alumni Abang Man akan dapat menyatukan diaspora Abang Man malah Simunjan ke suatu wadah perjuangan bersama untuk mengembalikan Simunjan di titik kegemilangannya di masa lalu dengan lebih cemerlang. In Shaa Allah.

IMPIAN MENJADI KENYATAAN

In Shaa Allah dengan gerakkan-gerakkan seterusnya, Persatuan Alumni Abang Man akan terzahir juga. Namun sebegitu, sejak akhir-akhir ini, kerja-kerja koprat dan perkebunan di kampung seperti kian memuncak. Terkadang-kadang fikiran saya menjadi kurang tajam lantaran keletihan fizikal dan mental yang cukup menekan. Makanya sasaran untuk mengadakan Mesyuarat Penubuhan J/kuasa Penaja yang sepatutnya diadakan pada 16 Ogos, 2024 telah ditangguhkan bagi saya mendapat sedikit kelapangan dan ketenangan.

(2) Alhamdullilah pada 28 Sept., 2024 bertempat di Balai Masyarakat Kg Nanas, Simunjan kami telah mengadakan perjumpaan bagi menubuhkan Jawatankuasa Penaja Penubuhan Persatuan Alumni SK Abang Man. Tugas selanjutnya adalah membina deraf Undang-Undang Kecil (UUK) untuk didaftarkan ke ROS. Mereka yang dilantik ke dalam Jawatankuasa Penaja adalah: Chegu Len Hj Sol selaku Pengerusi, Chegu Kipli Hj Tupong selaku Timbalan Pengerusi, Trajudin Mail selaku Bendahari, Chegu Hamlet Jolly selaku Timbalan SUA, dan dua AJK Biasa iaitu Chegu Hamdiah Hj Suhai dan Yusuf Suoot. Saya sendiri menawarkan untuk bekerja sebagai Setiausaha Agung lantaran proses pendaftaran akan memerlukan banyak pergerakan dan kebetulan saya sering ulang alik ke Kuching.... bersambung In Shaa Allah

Kota Kinabalu, Sabah - Terasi, Sadong Jaya
22 Mei -  28 Sept., 2024

#Abdullah Chek Sahamat

Writing that complies Bizarre, Odd, Strange, Out of box facts about the stuff going around my world which you may find hard to believe and understand

0 comments:

Copyright © 2010 abc sadong™ is a registered trademark.

Designed by Access. Hosted on Blogger Platform.