.

1/12/2023 AN APPLE TREE .... perlakuan Umar Al Khatab terhadap Khaleed Al Waleed

Posted By: Abdullah Chek Sahamat - December 17, 2023

Share

& Comment

Sebuah kias dari Barat, berbunyi: "
Ada seorang Orang, dia cukup baik hati, pemurah dan sangat mesra kepada siapa dan apapun. Sedari kecil sehingga jejaka dan dewasa sebegitulah pribadinya. A real good, generous and happy person. Suatu hari, dia dirundung malang. Kekecewaan dan kemurungan melanda dirinya. Dia menjadi terlalu hiba dan berdukacita. Dunia sudah tiada erti buatnjya. Maka dia berjalan ke hutan. Di tengah hutan di kawasan pergunungan terpencil dia bertemu dengan sepohon Apple Tree. Pohonnya kekar. Dahan-dahannya rendang. Ranting-rantingnya rimbun hijau. Buahnya lebat. Terdetak di hatinya untuk berbicara dengan the Apple Tree berkait sengsara yang melanda dirinya. Dia mencurah segala-gala dengan penuh sahdu dan kebanjiran air mata. Sang Apple Tree lalu menyahut rintihnya dengan berkata "Engkau berteman dan berhiburlah bersamaku. Lupakan deritamu". Jawab Orang itu "bagaimana akan aku menjadi terhibur jika aku tiada wang?". "Itu mudah. Engaku petiklah buah-buahku dan engkau jual. pasti engkau akan dapat banyak wang" usul sang Apple Tree. Orang itu kemudian memperlaku seperti usul sang Apple Tree dan hilang untuk sekeitka waktu. Dia kembali hidup sepertinya.

(2) Masa terus berkitar lalu, pada saat kehabisan wang, dia kembali mengadu kepada the Apple Tree. "
Hari ini aku kembali sedih dan terhina. Aku terlalu sepi dan sendiri. Semua teman-temanku berpunya isteri sedang aku tidak laku-laku" adunya. "Kenapa terlalu payah untuk engkau berpunya isteri?" soal sang Apple Tree. "Bagaimana harus aku beristeri, aku tidak berpunya rumah" jawabnya. "Kamu usah khuathir. Kamu potong dahan-dahanku, ranting-ranting dan daun-daunku. Kamu bina rumah dari itu" usul the Apple Tree. Maka segera dia memperlakukan saran itu dan menikahlah dia dengan bahagianya. Waktu terus berjalan. Lama. Sang Apple Tree bersangka pasti Orang itu sedang sangat bahagia dan dia sudah tidak diperlukan. "I know, I'm just a tree" bisik the Apple Tree kepada dirinya. I have given this Orang almost all of me "my fruits, my branches and leaves, now I'm left with only my trunk" seperti merungut akan takdir balasan jasa Apple Tree berbicara sendiri.  Namun, tetiba Orang itu muncul kembali. Wajahnya sugul bukan seperti hari mahu hujan tetapi seperti taufan hendak menyergah ganas. Bayangan wajah duka seekor bulldog mirip rautnya. Segala-gala kusam masam. Tubuhnya lemah longlai. Jalannya terhuyung hayang. Kata-katanya adalah sunggutan dan kedukaan. Di balik hutan adalah hamparan samudera luas. Dia ingin belayar membawa diri. Dia mendongak bawah ke atas, ke atas ke bawah memerhati the Apple Tree. Tanpa kata, dia menghayun kapak dan menebang the Apple Tree dan dibuatnya sebuah perahu untuk dia guna belayar lari. The Apple tree dalam segala kesakitan dan keseksaan sengsara, hanya hairan dan berfirasat "Apakah ini kesudahan hidup kita berdua - aku harus mati demi your last destiny!"

(3) The Apple Tree, yang tersisa darinya hanyalah tunggul. Perlahan-lahan luluh leaching dimamah  segala semut, cacing, kulat, bakteria dan sering kali dikencing anjing-anjing pemburu yang lewat. The Apple Tree, by days its only fate is the cause of the sun and rain. Slowly, a shoot sprout from its root and grew into a young vigorous New Apple Tree. Now the New Apple Tree stand tall and tough. Orang by Orang came to befriend the New Apple Tree. From the past, the New Apple Tree give a damn shit to every Orang. The New Apple Tree knew from now on its only faith is to the One that keep the sun and rain to make its stand.

(4) Kebetulan, saya baru saja sembuh dari serangan demam dan batuk yang parah. Saya terbaca tulisan ini. Saya berfikir, apakah ini kebetulan atau Allah hadirkannya untuk saya berfikir dan menfasir. Maka, saya cuba mengingat-ingat bacaan-bacaan Islami yang pernah saya buat. Maka tercetus kisah Umar Al Khatab menurunkan Khalid Al Waleed, Sang Pedang Allah dari mengetuai perperangan Tentera Islam dan Roman. Umar memerintahkan Khalid untuk menghafal Al Quran dan dia akhirnya menyepi diri ke gurun menurut perintah. Pada saat "penyisishan itu", rakyat berfikiran bahawa Umar telah berlaku kejam terhadap pahlawan kesayangan SAW. Namun pada kematiannnya, orang mula-mula berbicara, sesungguhnya wisdom Umar adalah sangat jauh. Pertama dia tidak mahu Khalid kalah di medan perang, kerana jika itu terjadi, maka patahlah pedang Allah dan pastinya mengaibkan SAW yang memberikan gelaran itu. Umar memastikan pedang Allah tidak pernah kalah apa lagi patah. Kedua, jasa Khalid sudah terlalu besar. Umar mahu darjatnya menjulang lebih tinggi dengan Al Quran menjadi amalan dan pegangan kukuhnya. Umar mengembalikan Khalid akan sadar bahawa kekuasaan dirinya adalah atas kehendak Allah dan kepada Allah dia harus tunduk.

(5) Maka pada sangkaan saya, biarpun Orang tersebut tidak pernah peduli di atas jasa hebat the Apple Tree, namun biar atas sedar atau tidak, the New Apple Tree Allah kembalikan dan dia tanpa peduli dan hanya tunduk kepada kehendak Allah akan terus berjasa dan menempah darjat yang semakin tinggi. Makanya, biar ianya sekadar kias Barat, the Apple Tree adalah sejenis pohon yang sudah ada di Syurga. Orang yang telah menikmati kehidupan hasil dari the Apple Tree kini sedang entah apa di samudera luas. The New Apple Tree betul dan benar tidak harus peduli lantaran Orang itu telah memilih jalannya. Biarlah dia menjadi hanya urusan Allah. The New Apple Tree pasrah hanya kepada Allah dan itulah kudrat fungsiannya. Kita bagaimana?

Terasi, Sadong Jaya
17 Dec., 2023



#Abdullah Chek Sahamat

Writing that complies Bizarre, Odd, Strange, Out of box facts about the stuff going around my world which you may find hard to believe and understand

0 comments:

Copyright © 2010 abc sadong™ is a registered trademark.

Designed by Access. Hosted on Blogger Platform.