.

2/1/19 TERNAK GURAMI ......

Posted By: Abdullah Chek Sahamat - January 15, 2019

Share

& Comment

Asal muasalnya, ada sebuah restoran di Jalan Simpang Tiga Kuching, bersetentangan dengan the Spring Mall yang wujud sejak 1980an bermana Gamelan. Mula-mula saya makan di situ sekitar 1986 bila saya mengikuti Kursus Induksi SAO (PTN) di Pusat Latihan Kerajaan Sarawak yang kini sudah dibangun menjadi Swineburne Universiti. Ianya di usahakan oleh Ibu Silvia seorang warga Indonesia dari Menado Sulawesi yang mana anaknya menikah dengan penduduk tempatan. Saya sering ke Restoran tersebut pada 2000an. Makanan kegemaran saya adalah Ikan Asin Presto, Gurami Flying Fish dan Tahu Telur. Pada masa itu, segala macam Penyet belum wujud. Di Gamelan, kalau masakan ayam, paling saya gemari adalah Ayam Kampung Kalasan dan Pop. Saya sering tertanya-tanya, apa itu ikan gurami dan presto, khasnya ikan presto. Saya dikhabarkan bahawa ikan persto itu istimewa penghasilan Surabaya. Hanya pada 2018, baru saya tahu presto itu adalah istilah Indonesia untuk pressurize cooker. Ikan dipressurize agar tulang-tulangnya menjadi lembut bila digoreng deep fry akan menjadi ranggup dan boleh dikunyah dengan mudah. Mungkin pada 2019 ini saya akan mencoba untuk membuat Terubuk Presto biar setanding dengan Ikan Presto Surabaya.

(2) I love local dishes. Ke mana saja saya pergi, saya pasti mencari special authentic local dishes. Makan adalah kegemaran nombor wahid saya. Kemudian sight seeing, membaca, fotografi dan menulis. Saya paling mudah getting annoyed bila saya tidak mendapat apa yang hendak saya makan. Mungkin pengaruh silam ibu dan dua nenek saya yang suka masak dan mereka sering memasak masakan kegemaran saya, telah mempengaruhi my eating taste secara azali.

(3) Gamelan saya ambilalih pada 2012. Saya belanjakan hampir separuh dari Bayaran Graduiti dan Simpanan KWSP saya untuk membina semula Restoran tersebut. Bila siap, saya serahkan kepada beberapa orang kawan untuk mengurusnya dengan baik. Namun, rezeki belum bersama saya, setelah sekitar 18 bulan beroperasi, saya terpaksa serahkan Restoran tersebut kepada seorang teman lain dalam keadaan 80 peratus perfect condition secara percuma. Namun enam bulan kemudian, teman ini juga tidak dapat mengurusnya, maka saya kembalikan well renovated premise tersebut kepada tuan punyanya. Kini, dalam keadaan ianya seperti pemulihan yang saya buat, seorang pengusaha lain kelihatan cukup berjaya mengurusnya. Sesungguhnya lokasi serta menu asal Gamelan sudah cukup terkenal dan ianya dan mempunyai loyal cumtomers tersendiri. Restoran itu saya ubah namanya dari Gamelan ke Nusantara. Cita-cita mulanya, saya ingin membina suatu signage Nusantara sebagai pengabadian saya kepada rantau Melayu ini.

(4) Flying Fish Gurami, Osphronemus spp yang saya sering makan juga sedikit menimbulkan banyak tanda tanya. Bila ditanya, dari mana Ibu Silvia mendapat sumber ikan ini, beliau sering menyatakan bekalannya dari Indonesia. Lantaran sudah digoreng garing, sukar untuk saya mengenali ikan tersebut. Saya jarang tahu nama ikan.  Saya bukanlah anak nelayan dan perbuatan yang paling saya tidak suka adalah memancing. Saya tidak punya kesabaran untuk menanti ikan meregut kail. Sebetulnya, tabiat terburuk saya adalah tidak suka menanti dan dinanti. Saya paling benci jika perlu menunggu atau ditunggu. Paling di masa anak-anak saya hanya suka menjaul, menaut, membubu, dan memasang pukat di muara-muara anak sungai kecil-kecil. Semua kerja menangkap ikan sebegini tidak memerlukan saya menunggu sehingga ikan makan kail. Biasanya, semua ini saya tegar (pasang) bila air mula pasang, dan saya akan kembali menjengah (mengangkat) mengutip bila air sudah separuh dan atau surut penuh.

(5) Saya tidak makan ikan peliharaan dalam kolam. Namun cara Ibu Silvia membuat masakan gurami, cukup nyaman. Tidak terasa hanyirnya. Apa lagi bila dicicah dengan sambal khas cara Menado atau Jawa. Sambal cili api cara Siam juga saya kira sangat cocok dengan deep fry gurami. Satu hidangan Gurami Flying Fish boleh mencecah RM50.00-80.00/ekor. Kebetulan, saya melawat Jogjakarta pada 2009. Setelah melawat pelbagai projek di sana, saya berhenti makan di sebuah Restoran Asli Jawa. Restorannya terbina di atas kolam ikan yang luas. Konsep restoran sebegini di Indonesia disebut sebagai Lesehan atau Gazebo. Saya seperti biasa inginkan gurami tetapi sekali ini saya kepingin 100 peratus asli Jawa. Pelayan Lesehan agak binggung, bagaimana rupanya gurami asli Jawa. Saya nyatakan, ikan gurami mesti peliharaan dan dijaga oleh orang Jawa. Yang memasaknya juga mesti Jawa. Yang menghidang meladeni juga mesti Jawa. Bayarannya, juga saya akan mengunakan wang Jawa. Sambil berlalu pergi untuk menyampaikan pesanan ke dapur, pelayan sempat bergurau bercanda, "Yang makannya juga harus Jawa Pak". Jawab saya mudah "Loh kue kok keakehan ngomong, ayuh cepet bawa guraminya ke sini". Dengan itu, dia berlalu sambil membalas "Wah sampean Bapak yo Tiang Jawi Malaysia". Bila dia kembali dengan hidangan gurami, saya bertanya, apa saya boleh melihat gurami yang masih hidup. Dia lantas mengambil sedikit nasi dan menghamburnya ke kolam di bawah Lesehan. Maka berkeruyuk berkumpulan ikan gurami timbul menyambar taburan nasi tersebut. Saya agak terkeju. "Loh apa itu gurami?". Itu di Malaysia namanya Kaloi. Ikan hiasan. "Tidak pernah saya makan ikan itu di Malaysia". Tetapi di Restoran Gamelan, Kuching, entah sudah berapa puloh ekor saya makan tanpa sedar itulah gurami sang kaloi.

(6) Kebetulan pada 2009, saya membina sebuah Kedai Kampung untuk diuruskan oleh keluarga saya. Di pinggir kedai, saya bina sebuah kolam. Permulaannya saya hanya membela Tilapia. Namun lama kelamaan saya bunuh semua Tilapia tersebut dan membina semula kolam itu dengan simen. Tabii tilapia, bila hendak bertelur, mereka suka mengali tebing kolam untuk membuat sarang sehingga lama-kelamaan tebing kolam boleh runtuh.  Kemudian, dengan dorongan ilham tanpa sedar dari Allah saya membeli beberapa ekor kaloi @ gurami dan meletakkannya di kolam tersebut. Ikan-ikan kaloi ini menjadi daya tarikan pelangan untuk melangan di kedai saya. Anak-anak cukup riuh rendah saat mereka melihat kalui-kalui ini. Saya kemudian tambahkan sehingga 20-30 ekor kalui dari pelbagai spesis termasuk asli Sarawak, Sabah dan Siam. Malangnya sejak 2009 sehingga 2011, saya dapati kalui saya tidak pernah membiak. Harga bibit kalui cukup mahal. Bagi yang sebesar dua jari, harganya RM10-15 setiap satu. Jika sudah sebesar 4-5 jari, boleh mencecah RM100-150 seekor. Bagi memastikan semua hidup baik, saya biasa membeli yang ukuran 4-5 jari.

(7) Gurami adalah nama generik bagi kaloi dan sepat. Saiznya boleh mencecah sehingga ke 5-7 kilo seekor dan ada juga yang kecil-kecil sebagai ikan hiasan semata-mata. Ikan ini tersebar di seluruh kawasan tropika dunia, dari Mekong terus ke Amazon, Nigeria-Madagascar sehinggalah ke seluruh Nusantara. Saya kira, niat asal saya untuk membina signage Nusantara kini Allah sedang dorong kepada mempelopori pengusahaan gurami di Malaysia dan khasnya di Sarawak. Di rantau Borneo, dikatakan mempunyai kepelbagaian spesis gurami yang besar.

(8) Pada 2012, bila saya bersara awal dari berkhidmat di dalam Kerajaan, sayapun memasang angan-angan untuk menjadi penternak gurami yang berjaya. Pada 2012 juga saya membina Restoran di sebelah Kedai Kampung saya. Sekali lagi, usaha ini adalah aruhan ilham tanpa sedar dari Allah swt. Saya kemudian memasang angan-angan bahawa Restoran saya akan terkenal kerana gurami. Maka bermula 2012, saya mengembangkan pelbagai usaha saya di Kampung. Saya bina rumah burung walit, reban puyuh, reban ayam serta rumah Kampung saya. Semua binaan ini dikelilingi kolam-kolam simen. Tahun-tahun 2012-2015 adalah tahun-tahun experimental saya. Saya cuba mencari jalan untuk membiakan gurami secara alami. Saya bertanya semua pembekal bibit gurami di Kuching, mereka cukup kedekut untuk berkongsi ilmu. Dalam saya dihadapi resah tercari-cari jalan untuk membiak gurami, sekali lagi Allah mendatangkan ilham tanpa sedar kepada saya. Suatu hari bila saya memberikan makanan di kolam tanah terbuka, saya dapati banyak anak-anak ikan di pinggir kolam berebut makanan pallet. Saya amat-amati betul-betul, dan alangkah seronoknya untuk melihat bahawa ikan gurami saya di kolam tanah terbuka sudah membiak secara alami. Dari situ, saya mulai meneliti keadaan ekologi kolam yang boleh meransang pembiakan secara alami gurami. Alhamdullillah saya temukan jalannya. Seperti burung, gurami perlu membina sarang untuk bertelur dan menetas. Maka ianya perlukan sampah-sampah gentian untuk tujuan itu. Dari situ, sekali lagi saya mengubah suai kolam-kolam simen saya untuk menjadi asli alami. Alhamdullillah, sejak 2015, semua kolam saya menjadi kolam pembiakan gurami. Saya mengira kini, saya mempunyai tidak kurang dari 600-700 ekor gurami dewasa di kolam-kolam saya yang ada. Kini terdapat 8 buah kolam semuanya. Empat darinya adalah kolam simen terbuka concrete pond. Satu kolam tanah terbuka earth pond. Dua kolam simen di atas tanah raised concrete pond. Serta sebuah kolam simen di bawah bangunan covered concrete pond iaitu reban ayam. Setiap kolam saya isikan asalnya dengan 20-30 gurami.

(9) Secara keseluruhan apa yang sedang saya bina di Kampung, saya namakan sebagai MyStore Enterprise. Kenapa MyStore dan bukan nama lain. Sekitar 2009, saya telah ke Carlifornia Amerika. Saya telah dibawa ke sebuah Farm di gurun Carlifornia. Pengusaha Farm ini cukup berdayacipta. Dari segala lori, bas, kereta, motosikal, perabut bahkan peti-peti talipon terbuang semuanya beliau bina menjadi bahan tarikan Farm beliau. Seni taman malah haiwan-haiwan peliharaan beliau juga turut anih-anih dan cukup menarik. Dari sejak itu, saya membina mimpi untuk menjadikan Kampung atau sekuarang-kurang kejiranan saya sebuah Tourism Farm Village. Nama MyStore saya pilih lantaran ianya unique serta mudah diingat. Konsep My menjadikan ianya milik semua. Saya ingin menghadiahkan ilham Membina Kampung Wisata Melayu penuh keceriaan dengan senitaman agro untuk kebaikan semua. Bermula 2019, In Shaa Allah ilham ini akan saya kembangkan secara meluas dan mudah-mudahan ianya akan menjadi aspirasi Melayu-Melayu berjaya untuk jangan jijik Kampung. Semoga dengan ini, menjadikan Melayu-Melayu berjaya untuk berpegang kepada konsep biar sirih pulang ke tampuk, pinang pulang ke gagang dan ikan pulang ke lubuk. Melayu harus membina Kampung menjadi Agro-Park Villa sebagai jalan agar kampung tidak tergadai, Melayu berdaganag bertempat.

(10) Alhamdullilah, saya kini telah dapat memecahkan masalah pembiakan gurami. Namun bila ikan sudah banyak, saya sedikit binggung soal makanan mereka pula. Dari 2012-2016, saya bergantung dengan pallet. Harga baja pallet kian meningkat saban tahun. Suatu pilihan lain harus saya usahakan. Sekali lagi, ilham Allah datangkan kepada saya tanpa saya sedar. Rupa-rupanya sebahagaian dari segala jenis rumpai yang saya tanam sebagai asalnya hanya hiasan di kolam-kolam, saya dapati menjadi makanan kegemaran gurami. Maka dengan itu, selain kangkong dan ubi kayu, kolam saya sedang dipenuhi dengan rumpair Echinodorous palefolius atau nama lainnya Mexican Sword Plant. Selain daun mudanya menjadi makanan kalui, bunganya yang putih bersih menjadi hidangan baik lebah kelulut. Kebetulan sepupu saya di tanah sebelah mempunyai kecenderungan untuk membela kelulut. Beliau mendapat rahmat dari minat saya terhadap kalui. Tanaman ini dikatakan boleh meningkatkan kandungan oksijen air. Di samping itu, akarnya yang berserabut boleh memerangkap habuk dan kelodak kolam. Maka, kolam yang dibatasi rumpair ini sangat jernih airnya. Saya dapati kalui juga dapat membina sarang pembiakan mereka dari serat-serat tangkai rumpair ini yang mereput.

(11) Namun Mexican Sword Plant ini tidaklah produktif. Masa yang agak panjang diperlukan untuk ianya mengeluarkan daun-daun muda. Tanaman kangkong pula perlukan penjagaan sedikit rapi. Dan lagi kangkong tidak dapat dibiak di kolam penuh kaloi. Tidak sempat berputik, semua kalui sapu. Kalui adalah herbivora, iaitu ianya seperti manusia perlukan protein dan kabohiderat sama. Daun kangkong, ubi serta rumpai punya kandungan protein rendah. Seperti iakan lain kalui perlukan kandungan protein antara 17-25 peratus. Lantaran itu, kebergantungan kepada baja pallet tidak dapat dihentikan. Sebegitulah cara Allah, agar kita terus menghargai, mensyukuri nikmatNya. Dia memberikan kita otak, kita harus terus mencari akal untuk menyelesaikan apa juga galang hidup kita. Saya terus berfikir dan tercari-cari. Pastinya di lama maya ini, ada tumbuhan yang punya high protein content. Konsep high protein content plants tiba-tiba muncul di benak saya, maka dari situ titik mula seraching saya seterusnya. Syukur alhamdullilah, Allah berpesan, tiada apa yang Dia cipta tiada faedahnya. Saya memerhati di dalam parit dan longkang. Banyak hidupan air simple cell yang pasti mempunyai high protein content. Di antaranya duck weed, namun ianya sukar membiak. Akhirnya, saya dapati petani di Bangladesh menternak water fern selepas panenan lalu kemudian memberikan ayam-itik malah ruminent lain makan water fern tersebut. Saya juga dapati, ianya juga sedang dikembang biak di Indonesia.

(12) Akhirnya, saya mendapat satu academic search message alert tentang Chemical and Protein Analysis of the aquatic fern, Azolla. Sesungguhnya Allah mahabesar, lewat pengelihatan dan pemikiran tajam Steve Job, saya kini dapat mencapai banyak ilmu secara smart phone. Kemudiannya saya terus menyelidik bagaimana ekologi pembiakan Azola. ... bersambung In Shaa Allah

#Abdullah Chek Sahamat

Writing that complies Bizarre, Odd, Strange, Out of box facts about the stuff going around my world which you may find hard to believe and understand

0 comments:

Copyright © 2010 abc sadong™ is a registered trademark.

Designed by Access. Hosted on Blogger Platform.