.

8/2/14 DARI DEMAK KE DAMAI.....Adnan Satem, the black horse!

Posted By: Abdullah Chek Sahamat - February 13, 2014

Share

& Comment

Minggu sudah, seorang teman mengirim SMS kepada saya, mengatakan bahawa Taib Mahmud sudah menentukan the black horse bagi mengantikan beliau. Beliau seterusnya menduga, Tan Sri Adnan Satem (Adnan) adalah the black horse tersebut namun mengagak Datuk Daud Abdul Rahman dikatakan jadi teruja. Saya berusaha untuk berkecuali dalam hal-hal ini, lantaran saya ingin kekal berpunya pandangan tersendiri. Sebetulnya, sejak sekian lama, prihal Taib mengundur diri, serta siapa layak mengantikan beliau, telah bermain di mana-mana. Sikap saya jelas, saya katakan, hanya dua kelompok manusia yang boleh menentukan siapa pengganti Taib. Pertama, pastinya mereka di dalam Kabinet Negeri dan dirinya adalah Pengerusi kepada Kabinet Negeri. Kedua adalah Ahli Mesyuarat Agung PBB, dan melalui MKT PBB di mana Taib adalah juga Presiden dan Pengerusinya. Inilah dua kelompok yang boleh memberikan perakuan kepada smoke signal Taib. Taib sebagai seorang ahli politik veteran, telah berkecimpung dalam politik selama lima dekad, dia tahu smoking the signal dan membaca riak balas yang berkenaan.

(2) Kini Taib sudah muktamad mencalunkan Adnan sebagai penganti beliau. Segala proses politik berjalan pada jalan wajar. Tanpa kecoh. Segala berjalan penuh damai. Saya percaya, Rakyat Sarawak sudah mulai mengenal-ngenal jalan ke Damai dari selalunya ke Demak. Musim tengkujuh di Sarawak sudah mulai reda, angin mulai bertiup dari Selatan ke Utara. Darat ke Laut. Demak ke Damai. Air Sungai Sarawak mengalir dari Selatan ke Utara. Mudah mengalir dari Demak ke Damai, berbanding jika dari Demak ke Siol apa lagi Demak ke Lawas. Dulupun, aliran air juga ikut corak mudah hulu ke hilir iaitu Siol ke Demak. Timing Taib adalah tepat, strategis. Adnan perlu masa sehingga April 2016 untuk siap siaga memimpin untuk PRN13 Sarawak. Kini adalah masa kekalutan politik sedang melanda SUPP, juga SPDP. PBB telah Taib perkukuhkan, juga semua MKT PBB, melainkan Alfred Jabu adalah junior beliau. Benar, Adnan adalah balancing factor. Tengah masih muda serta masih punya banyak peluang di masa depan. Abang Johari, berpengalaman, boleh bekerja, pasti dengan mudah redha menunggu masa.

(3) Faktor penting dan segera yang Adnan perlu selesaikan, dan di sini mungkin beliau akan punya jalan baru dan atau diperbaharui, adalah untuk menyelesaikan soal Tanah NCR. Beliau pernah menjadi Menteri Pertanian, Menteri Kemajuan Tanah, Menteri Sumber Asli dan Perancangan, faktor-faktor pengalaman ini adalah penting. Juga beliau adalah seorang peguam, maka ilmu perundangan membolehkan beliau untuk dapat mengarap permasalahan Tanah NCR secara jelas dan tegas. Jika isu ini dapat diusahakan (usahakan) segera, pasti PRS akan jadi lebih mantap. Kemantapan PBB dan PRS sudah cukup untuk menarik agar SPDP kembali kukuh, dan akhirnya mengaruh langkah pembaharuan di dalam SUPP. Jika ini dapat Adnan lakukan, dia pasti dapat terus mengekalkan jati diri politik Sarawak. Saya yakin, asas perkiraan Taib keatas Adnan, adalah pada perkiraan keperluan segera politik semasa.

(4) Adnan faham akan Taib. Dia seakan-akan seangkatan dengan Taib. Mereka seakan-akan kaban sepermainan. Saya yakin dia tahu sifat-sifat Taib. Dia boleh secara terbuka bercakap impromptu tentang sifat-sifat Taib. Saya yakin, jika itu kebolehan pribadi beliau, maka pastinya dia dan Taib adalah serasi dalam banyak hal. Paling ketara saya lihat adalah, dia not easily decepted, focus to his thinking and or believe. Adnan can be firm and shrewd, cunning kekadangnya. Dalam mengurus Sarawak, sifat-sifat ini saya lihat wujud sejak dari Abdul Rahman Yakub, Taib Mahmud dan masih diperlukan sehingga kini. .Dalam soal pembangunan, Adnan tiada masalah. Taib telah mendidik dan menyediakan Kabinet Warisan yang berpengalaman. Usaha-usaha pembangunan di Sarawak sudah mantap terancang. Lagipun, penasihat pasti sentiasa ada dan sudi untuk dirujuk. Taib pasti akan terus memainkan peranan baik sepertinya Mahathir Mohammed. Sarawak secara amnya berada dalam good hands. InsyaAllah.

(5) Namun pasti ada yang agak kecewa, juga mungkin ada yang terlalu gembira atas keputusan pemilihan Taib. Golongan ini, boleh jadi pelbagai rupa akhirnya, mungkin saling mengangkat tidak kurang yang meminggir dan atau bertikam. Namun, pasti Rakyat kebanyakan akan terus berkecuali, redha, syukur. Tidak menjadi persoalanan. Apapun pandangan sesiapa dan kelompok mana, kita terutama Umat Melayu, Umat Islam di Sarawak, harus punya sikap redha betapa segala sesuatu terjadi dengan pengetahuan Allah. Allah menentukan segala. Kita harus jadi peserta juga pemikir yang baik untuk dapat meneliti akan hikmah Allah di sebalik segala. Kita tidak akan dapat menduga rencana Allah selanjutnya, dan itu pasti ada. Yang gembira tidak mesti terus tertawa, yang kecewa tidak mesti tidak boleh senyum. Soalnya, adalah kebijaksanaan dan KeImanan. Allah akan tetap bersama yang berIman, Taqwa dan sabar.

(6) Sesungguhnya sekitar 1,400 tahun dahulu Allah telah meletakkan cermin untuk kita cerminkan diri memandu untuk kita menambah baik juga memperbaiki apa yang sudah baik dan yang tidak betul. Muhammad SAW, pemula kebangkitan Islam, punya segala sifat ideal sebagai "marketing person". Baginda adalah "the best Islamic Adeen marketing person". Kemudian Abu Bakar Ass-Siddique, perlu menempuh zaman engkar, murtad. Beliau dengan kudrat sesuai di zaman beliau berilmu, zuhud, lembut tapi tegas, beliau dapat mengembalikan Islam pada asasnya seperti di masa Muhammad SAW. Lalu kemudian, Umar, sebagai pahlawan, berilmu, zuhud, keras, dan tegas menjadikan asas yang telah diletakkan oleh Muhammad SAW dan Abu Bakar Ass-Siddique sebagai loncatan untuk mengembangkan Islam sehingga ke Farsi dan Tanah Jajahan Rom Timur dan Mesir. Namun dengan terbukanya Madinah kepada Mesir, Palestin-Syiria, dan Farsi telah membuka kepada limpahan kekayaan. Keadaan ini menjadikan Uthman Affan terpaksa berdepan dengan masalah hasad dengki, tamak haloba dan kesukuan yang akhirnya meledakkan perang saudara.

(7) Sebetulnya, Umar Al-Khataab, jika diizinkan Allah, dia lebih gemar untuk melantik Mu'adh ibn Jabal, seorang sahabat Muhammad SAW yang mempunyai sifat-sifat sangat mirip kepada Umar Al-Khataab sendiri. Namun, Allah tidak mengizinkan itu terjadi kerana Mu'adh ibn Jabal meninggal lebih awal dari beliau. Namun di saat akhir hayatnya Umar, sebetulnya mahukan Sa'd ibn Waqqas sebagai khalifah mengantikan beliau. Sa'd adalah panglima perang yang telah menghancurkan Farsi. Perlantikan Uthman Affan dibuat secara mseyuarah, dan salah seorang ahli mjesyuarah adalah Sa'd ibn Abi Waqaas. Khalifah Uthman Affan, sebetulnya tidak berapa disenangi oleh beberapa sahabah Muhammad SAW, lantaran sifat liberal beliau. Yang paling keras menentang adalah Abu Dhar kerana dia menyaksikan penyelewengan, hambatan kemewahan kian hebat lari dari jalannya Abu Bakar Ass-Siddique dan Ummar Al-Khataab. Beliau menolak apa-apa jawatan yang ditawarkan oleh Khalifah. Begitu juga dengan Abdullah ibn Umar Al-Khataab. Mu'adh ibn Jabal, Salman Al Farasi, Abu Dhar, dan Abdullah ibn Umar Al-Khataab sering dilihat sebagai para sahabah Muhammad SAW yang punya ciri-ciri menghampiri Umar Al-Khataab. Biar di saat Uthman Affan mati dipenggal oleh Amr in Hamq pada Jumaat 17 Zulhijjah, 35AH saat beliau sedang menggaji, Hassan ibn Ali, cucu Muhammad SAW, anak Ali Abi Thalib, telah mengesa Abdullah ibn Umar untuk keluar mengistihar dirinya sebagai penganti Uthman Affan, namun beliau tidak mahu. Sekali lagi, sepertinya, manusia mahunya lain, Allah ketetapannya lain. Abdullah ibn Umar, pasti dengan mudah diterima semua lantaran sifat-sifat Umar Al-Khataab yang ada padanya dan itu menjadi sanjungan semua. Namun dia taat kepada smoke signal awalnya Muhammad SAW. Dia taat kepada Ali Abi Thalib, biar banyak yang berpendapat, jika dia mengantikan Uthman Affan, pasti pertumpahan darah selanjutnya dapat diredakan. Ali Abi Thalib mengambil alih sebagai khalifah dengan penuh pemberontakkan. Perang saudara terjadi hebat dan berlanjutan. Umat Islam biar terus berkembang namun bibit-bibit perpecahan terus terjadi sehingga akhirnya runtuh sehingga kini menjadi negara-negara merdeka tetapi masih terjepit terjajah.

(8) Sesungguhnya banyak tulisan mengangkat pemerintahan empat Khalifah selepas Muhammad SAW sebagai pemerintahan Islam sebenar dan terbaik. Begitu juga bagi pemerintahan Umar Abdul Aziz, cucu Umar Al-Khataab di zaman Ummayah. Namun saya melihat pemerintahan terbaik ini lebih kepada teladan dan peringatan yang Allah hendak kita nilai kesesuian dan kelemahannya. Tanpa Abu Bakar meneruskan sikap Muhammad SAW, pasti Umat Islam akan banyak yang jadi murtad. Zaman kegelapan Arab akan kembali kepada asal. Itu Allah tidak benarkan. Allah perlukan Arab yang bersatu dalam Islam untuk perkembangan Islam. Apakah itu tidak terpakai kepada dunia Melayu kini? Tidakkah Melayu Sarawak berasa terpanggil untuk tegak membentengi Melayu Malaya yang kian terjerumus kepada perpecahan? Tidakkah kita terpanggil untuk membela Melayu Champa, Pattani, Sulu dan bahkan Rohingya? Kemudian, kekuatan kepanglimaan Umar pula adalah penting untuk pengembangan Islam selanjutnya khusus bagi teladan kita kini, betapa biar dalam serba kekurangan, asal Iman kukuh, dengan cara yang betul, Allah akan tetap bersama Umat Islam untuk menang ke atas biar siapapun. Pada masa itu, Byzanthium (Rom Timur) dan Farsi adalah ibarat Amerika Syarikat bersama Kesatuan Eropah dan Russia kini. Peperangan Badar adalah teladan awal yang Muhammad SAW telah tunjukkan. Kini, dalam arena ekonomi, dagangan dunia terbuka, apakah ini tidak kita hadapi? Siapakah Umar kita? Lalu, saat kemewahan sudah berkembang, sifat zuhud mulai terhakis. Jika dilawan, pasti banyak pemberontakan akan berlaku. Pemecatan Khalid ibn Walid, panglima tersohor Islam, Pedang Allah oleh Umar Al-Khataab adalah amaran awal mengenai ini. Uthman, atas sifat lembut hatinya, menjadi mangsa kepada keadaan. Muhammad SAW sudah tahu akan prihal ini. Baginda sudah memberi smoke signal kepada Uthman Affan mengenai perkara ini: "Saat perang saudara meletus, adalah sukar untuk membendungnya. Ianya akan berlanjutan." Maksudnya di sini apa? Jika Mu'adh ibn Jabal masih hidup, pasti Umar Al-Khataab telah melantik beliau menjadi Khalifah. Beliau telah membuktikan mampu mengimbangi antara kehendak sekular Roman dan Farsi dengan zuhud Muhammad SAW, Abu Bakar Ass-Siddique dan Umar Al-Khataab. Dia pasti akan dapat membendung genjala pemberontakan saudara dari berlaku. Sama halnya dengan Sa'd ibn Abi Waqqas. Namun Allah tidak mahu itu sebegitu. Kenapa?

 (9) Kita perlu berfikir. Kita perlu mengkaji sedalam-dalamnya. Seperti laut, Allah tidak pernah menjadikannya damai sepanjang hari. Kenapa? Saya kira, hikmahnya sama sahaja. Jika segalanya lancar, tenang, kita tidak akan cuba melihat di mana kita silap. Allah mahu kita mjengkaji setiap mereka yang hidup pada waktunya dan kemudian meneladani mereka. Itulah sebabnya ada waktunya Allah menjadikan kita sakit. Sakit agar kita mencari ubat kepada sakit itu. Sama saja hikmahnya. Juga, jika Abdullah ibn Umar, bersetuju dengan Hassan ibn Ali Abi Thalib untuk mengantikan Uthman Affan di saat kepalanya sudah dipenggal, pasti keadaan pemberontakan akan dapat kembali reda. Tapi Abdullah ibn Umar, seiras bapanya, ilmu keTuhananya tinggi, dia tidak rela mengenepikan Ali Abi Thalib, bapa Hassan dan Hussein yang ada bersama sewaktu usul itu diajukan kepada beliau. Ali Abi Thalib, terperangkap dengan keadaan. Keadaan itulah yang menimbulkan watak Aishah ibni Abu Bakar menentang Ali Abi Thalib, anak saudara Muhammad SAW, anak saudara suaminya sendiri, serta Ummayah Aby Suffyan, pernah berperanan besar dalam memusnahkan pengaruh Roman di Tanah Arab, seorang gabenor bermewah yang kurang diminati oleh Umar Al-Khataab. Inilah manusia-manusia yang sangat berjasa kepada Muhammad SAW dan Islam, sedang mereka memusuhi Ali Abi Thalib, yang jalan kekhalifahan beliau sudah Muhammad SAW kiaskan. Kenapa ini jadi begini? Sepertinya, pertunjuk Allah diengkari dalam sekelip mata. Saya yakin, sebegitulah kehendak Allah. Dia menunujukkan jalan kepada faktur-faktur kepada kehancuran Ummah. Dia memberikan manusia kini teladan jalan pembaikan juga lorong gelap untuk kita hindarkan. Cuma, dalam mengisahkan soal-soal Khalifah besar ini, seringnya watak-watak pendokong tidak dihidupkan dengan baik. Maka kita sering tidak mendapat keseluruhan pendidikan Allah lewat segalanya. Saya mengira, Allah sengaja menjadikan Abu Bakar Ass-Siddique, Umar Al-Khataab, Uthman Affan dan Ali Abi Thalib pada watak-wataknya mereka pada zamannya mereka sebagai guinea pig buat kita perhati, teliti, kaji dan ambil iktibar. Mereka Allah korbankan buat kita. Maka sebab itu saya yakin, sebabnya Jannah terjanjikan buat mereka.

(10) Buat waktu ini, kita perlu redha akan perlatikan Adnan. Dia ada manafaat politiknya untuk Sarawak dalam keadaan segala kegawatan yang sedang Negara dan serantau hadapi. Tidak ada seharusnya yang berasa kecewa, apa lagi terlalu gembira. Kita harus ingat, pesan Melayu dulu-dulu: jangan menang sorak, sampai kampung tergadai. Orang Simangggang selalu berkata: abu duak sudukpun sik do apa maksudnya? Adnan saya kira suka akan lumba perahu, maka semua sebangkong harus berkayuh sekuat serentak dengannya. Jika tidak, saya yakin Adnan akan memaksa yang berkenaan untuk terjun tengelam hanyut. Mudah-mudahan laju dan menang bersama. InsyaAllah.

Kuching, Sarawak
13 Feb., 2014

#Abdullah Chek Sahamat

Writing that complies Bizarre, Odd, Strange, Out of box facts about the stuff going around my world which you may find hard to believe and understand

3 comments:

Anonymous said...

sdra
malam ini saya ke majlis perkahwinan sahabat saya. Di akhir majlis saya ketemu beberapa orang sahabat. Pokok perbualan bukan atas pengganti Taib , tapi atas saudara. Betapa mereka yang pernah berkhidmat dengan saudara mengatakan bahawa hanya masa menentukan kecundangnya saudara. Atas segala kehinaan yang dilemparkan kepada yang lain, maka semuaya kembali dilemparkan kepada saudara. Saya lihat blog saudara banyak memberi pengetahuan dan pandangan, malang sekali kalau apa yang mereka katakan benar.

Abdullah Chek Sahamat said...

Sdra(i),
Siapapun bebas berkata apa. Cuma, apakah mereka berani bercakap dengan topeng terbuka atau tidak? Di situ bedanya. Sebetulnya saya tidak khuathir tentang apa dan siapa bercakap tentang saya, saya akan terus bercakap tentang apa yang saya fikir benar dan penting untuk kesejahteraan banyak. Soal saya benar atau tidak, itu juga tidak penting pada waktu ini, saya cuma bersikap bahawa saya harus punya niat yang jelas baik. Cara menyampai, itu cara saya, dan tidak ada apapun di dunia ini akan persis 100% sama.

(2) Ketentuan bukan kita yang menentukan, dan itu semua orang tahu, namun itulah yang semua ingin langkahi.

Anonymous said...

The above views has a smack of self glory and appropriately titled 'I, who know best'!

Copyright © 2010 abc sadong™ is a registered trademark.

Designed by Access. Hosted on Blogger Platform.