Beberapa minggu ini, kita dihujani dengan masalah anak-anak Azizul Raheem, Pegawai Perlacungan Malaysia di Sweden yang diserahkan kepada keluarga angkat bukan Islam akibat masalah pendidikan kekeluargaan. Kita jadi gawat. Pihak yang prihatin secara jujur, itu saya tidak persoalkan. Yang saya persoal, bagaimana bila kita tidak jelas, kita mengajak rakyat jadi gawat. Maksud gawat saya adalah bila sebilangan pihak cuba menanguk di air keruh dan atau mengambil kesempatan polulariti dari kes tersebut. Pihak-pihak ini cuba bermain sentimen yang boleh menjadikan rakyat keliru dan resah.
(2) Sweden, adalah Negara berdaulat. Mereka punya tata sosial tersendiri, termasuklah dalam soal melihat caranya human right dilaksanakan di Negara mereka. Mereka tidak tunduk kepada tatacara Negara lain, khususnya Malaysia. Inilah prinsip berNegara di Barat. Mereka tidak indah hak orang lain, melainkan hak mereka pada perspektif mereka. Dalam soal keluarga Azizul memukul anak kerana tidak taat kepada perintah Islam, pada pandangan Sweden itu sememangnya tidak boleh. Bagi mereka, soal agama adalah soal kebebasan penuh seseorang biar berapapun umur mereka. Jadi perbuatan keluarga Azizul adalah melanggar hak asasi manusia pada perspektif Sweden. Juga mereka boleh dilihat sebagai ibu-bapa yang tidak tahu berkeluarga. Di Barat, kejadian memukul anak, sangat jarang kita lihat dan sememangnya suatu perkara yang sangat dielakkan. Sebab itu mereka ada konsep You are grounded or We cut your allowance!. Apa lagi, sememangnya Islam tengah dibenci di Barat. Bukan kerana apa, saya berkira, kerana pengalaman Barat terhadap Yahudi dari Zaman Gelap sehinggalah ke WWII. Ekonomi Barat sedang tertekan, sedang pendatang Muslim kian membanjiri Negara mereka. Perangai segelintir mereka ini pula sangat tidak diterima. Kebencian mereka kepada Islam, sangat terkait dengan terjejasnya hak kemewahan mereka. Sadaqah dan Zakat tidak ada dalam budaya Barat. Maka tidak hairan, mereka tidak ingin patuh kepada kehendak Islam. Islam tidak dan tidak perlu wujud dalam sistem hidup mereka. Itu kita tidak perlu persoal apa lagi hebohkan. Allah jelas menyatakan BagiKu urusanKu, bagimu urusanmu dan Bagi yang jelas beku hati mereka, biar apapun mereka tetap buta, tuli, bisu!.
(3) Saya tidak bercadang untuk mengulas lanjut tentang apa juga sikap Sweden. Saya ingin melihat kejadian ini sebagai a wake up call Allah ke atas kita Umat Islam di Malaysia. Kita kini sebetulnya kian tidak mengindahkan Kajian Akademik ke atas keresahan sosial yang sedang kita hadapi. Silapnya di mana? Jaguh sosialisasi Islami mungkin tidak ada. Cara kita menangi segala, adalah rush, fast, tulin demi haloba politik. Saya ingin meminjam kes keluarga keluarga Azizul, sebagai asas hujah saya. Dalam Islam, jika anak sudah mencapai umur 10 tahun dan degil tidak mahu sholat, dia layak dirotan. Itu Hak Ibubapa Muslim. Tuntutan Pendidikan Islam. Tuntutan ini tidak lain, agar si anak akan menjadi Insan Islami. Apa guna berAdeen Islam, sedang nilai-nilai keIslaman tidak terbangun kukuh padanya. Itu asasnya. Orang tua Islam yang bertanggungjawab, adalah orang tua yang mementingkan ahlak anak-anak. Ahlak anak-anak adalah penting, kerana mereka adalah unit-unit asas bagi Ummah. Jika mereka goyah, maka goyahlah Ummah. Inilah satu kerja demi Allah. Kita kena pentingkan Ummah. Orang Melayu dulu-dulu kata: Biar mati nak, jangan mati adat. Islam itu penting, anak mesti berdiri dalam Islam. Bagi Azizul, saya yakin dia mahukan anak-anaknya selamat dunia akhirat. Itu matlamat keluarga dan individu Islam yang sempurna.
(4) Di Negara kita, kian ramai ibubapa mahukan anak-anak mereka menjadi Insani Muslim. Namun citarasa ini kian sukar untuk dipenuhi. Ibubapa kini kerana tekanan hidup, mereka siang malam, pagi petang sibuk mencari hidup. Soal pendidikan Islam anak-anak juga terganggu kerana anak-anak sibuk mengejar kejayaan akademik demi persaingan hebat untuk ke tempat pendidikan yang baik. Ibubapa kalut, anak-anak kalut. Pendidikan Islam kian terpinggir. Inilah demographic shift yang Sistem Pendidikan kita terlepas pandang. Sebetulnya bagi kaum Cina, mereka melihat Personal Value tidak terbangun jelas oleh sistem yang ada. Mereka tidak yakin, sistem Pendidikan Kebangsaan kita mampu memenuhi kehendak itu. Maka sebab itu mereka bermatian mahu mengekalkan Sekolah-Sekolah Cina. Mereka mahu melestarikan good cultural values: focus, hard working, active, sharp, courageous, etc pada anak-anak mereka. Mereka sedar dengan sebab small numbers and non-priviledge citizens mereka mesti punya nilai-nilai yang dapat mempertahankan kemandirian masyarakat mereka. Itu tidak salah.
(5) Dalam Umat Melayu, nilai-nilai yang diperjuangkan oleh Umat Cina adalah setara dengan nilai-nilai Insani Muslim berIman, taat, jujur, ikhlas, bertanggungjawab, amanah, dsb. Inilah perjuangan para Ulama Melayu silam lewat Pengajian Pondok dan Madrasah. Namun kerana tekanan sosial, kebanyakan ibubapa kini tidak mampu untuk menyediakan segala kemudahan bagi keperluan itu. Soal masa satu hal. Soal mereka sendiri buta dan atau rabun Islam satu hal. Saya mengambil contoh di kawasan saya di Sadong Jaya, Simunjan, Sarawak. Tidak ramai ibubapa yang bersholat. Malah puasapun sangat jarang. Mereka banyak cuma Islam pada rupa tidak pada isi. Islam pada KTP, IC sahaja. Akibatnya, anak-anak mereka juga kian mengenepikan inti pati Islam. Banyak kian tumbuh jadi belia-belia tanpa tujuan dan sedang membangun keluarga-keluarga muda yang juga akan hanyut. Saya pernah menulis, sistem KAFA saya kira gagal, setidak-tidaknya di kawasan Sadong Jaya. Pernahkah diadakan kajian mendalam tentang keberkesanan sistem tersebut? Bagaimana KPI bagi sistem tersebut? Ingatkah para pengubal sistem ini tentang kenapa Muhammad SAW lebih gemar menghantar para pegawainya yang hafal dan faham akan Surah Al Baqarah untuk menjadi wakilnya di tanah-tanah jajahan Islam di waktu baginda? Apakah maksud Islam yang sangat menekan Iman dan Amal juga konsep to reach and out reach?
(6) Juga banyak kali saya bangkitkan, kenapa Pendidikan Islam terhenti pada batas-batas tertentu. Contohnya, para Pelajar Matrikulasi dan Asasi, apakah mereka terus diberikan Pendidikan Islam? Bagaimana perlakuan ke atas para pelajar di Tingkatan Enam? Apakah Pendidikan Islam dari Darjah 1 sehingga Tingkatan 5 itu mencukupi? Apa pula KPI bagi kecapaian pendidikan Islam di kalangan murid Rendah dan Menengah kita? Kemudian di universiti biar awam juga swasta, apakah Pendidikan Islam diwajibkan dan atau dimudahcarakan? Apakah maksudnya di zaman Muhammad SAW, baginda sendiri mendidik Ummah pada masa itu tentang Islam? Bagaimana caranya kita melihat usaha baginda itu? Adakah bermaksud Menteri Besar, Perdana Menteri dsb kena ke Masjid dan mendidik didikan Islam kepada Umat pimpinannya? Kalau hendak silakan. Tapi apakah itu maksud prihal sebenarnya atas sikap Muhammad SAW itu?
(7) Memang banyak pihak akan berkata, kita kesuntukan belanjawan. Cuba fikir, saat akhlak rakyat kita hancai apakah itu akan lebih menjimatkan. Berapa banyak duit kita belanja untuk kes dadah, membasmi pelacuran, pemulihan segala bentuk sumbang sumbing, membiayai mereka yang dipenjara atas apa sebab sekalipun. Juga berapa banyak wang Negara terpelencung akibat yang bertanggungjawap jadi tidak amanah, tidak jujur, tidak ikhlas, rasuah, penyeleweng, dsb. Ini kita lihat kepada yang tidak baik, jika kita lihat di kalangan yang baik-baik juga masih banyak kurang baiknya: malas, leka, tidak prihatin kepada kerja, bacul, dsb.. Akibatnya kita menjadi terbeban dengan enforcement dari developing. Semua ini menimbukan low productivity serta less out reach. Akibatnya, banyak makan gaji buta. Semua wang-wang tiris ini jika dihimpun, pasti boleh melakukan segala manafaat yang lebih besar kepada Negara dan rakyat. Allah pasti paling memberkati kita.
(8) Sesungguhnya kemelut sosial juga kecelaruan dalam kefahaman Islam di Negara ini, adalah bersebabkan Kerajaan berfikir, cukup baginya hanya memberikan Didikan Islam Asas kepada anak-anak Umat Islam di Negara ini. Jika ingin lebih, maka mereka boleh masuk e Universiti-universiti Islam yang ada. Tugas selanjutnya adalah tugas ibubapa. Saya kira, inilah pemikiran manusia-manusia lupa keadaan dan tidak pernah mahu memahami keadaan. Di rumah-rumah, Pendidikan Islam anak-anak sudah menjadi perkara nombor empat. Pertama ke sekolah. Kedua ke Tuition. Ke tiga sukan dan atau rehat. Pendidikan Islam, adalah untuk waktu lapang dan atau jika tidak ke mana-mana. Apa lagi jika sudah banyak pesta puyo berdekatan. Hancai terus. Islam kian kita pinggirkan. Jadi tidak hairan jika kemelut sosial kian memuncak dan kekalutan akidah kian menjalar. Saat Islam adalah agenda tempelan, maka kita kian tidak diberkati Allah. Sesungguhnya, kejadian memberontak anak-anak (?) Azizul engkar tidak mahu sholat dan atau mengikuti Pendidikan Islam lainnya, sedang juga terjadi meluas di kalangan anak-anak kita di mana tidak kira bandar atau luar bandar. Sebabnya, suasana kini sudah mengizinkan mereka untuk memberontak dan bebas dari telunjuk ibubapa. Astarfirullah.
(9) MahaBijaksana Allah, di Sweden Dia mengkhabar amaran kepada kita Umat Melayu, kerana biar sebesar manapun amaran serupa diwujudkan di dalam Negara, pasti menjadi kuman diseberang laut nampak, gajah terjengkang di depan mata, buat-buat buta. Kita asyik berpolitik dan mementingkan nafsu sendiri, maka kita kian sanggup membina sistem dan sekitaran jelek buat cucu cicit kita mendatang. Di tangan kita kini, akan hancurnya cucu cicit kita nanti. Kita hambat World Class Education kita letak di mana tuntutan Hanya kepada Allah kamu berbuat segalanya?
Kuching, Sarawak
4 Feb., 2014
0 comments:
Post a Comment