.

8/12/13 BILA CHEDET BERCAKAP TENTANG CINTA......

Posted By: Abdullah Chek Sahamat - December 17, 2013

Share

& Comment

Pada 24 Nov., 2013 dalam Bloq beliau, CheDet, Mahathir menulis tentang ketertarikan beliau tentang cinta, love- the irresistible emotion which drives us to do great things, suatu rasa hati yang sukar dibendung yang mampu mendorong kita untuk melalukan pelbagai keajaiban. Kerana cinta, seorang lelaki mahu menikahi kaum sejenisnya, man-to-man manusia cintakan binatang, anak cintakan ibu, dsb. Akhirnya, pada pandangan Mahathir, today love is nothing, but about having sex. Kerana cinta adalah untuk sek maka semua seperti kegilaan mahukan hubungan sek mereka dihalalkan lewat pernikahan.

(2) Benarlah. Saat manusia sudah mabuk cinta, segala keajaiban mereka akan lakukan. Saya terfikir, jika hubungan sek sejenis dan pelbagai jenis adalah terlarang di sisi agama, juga budaya kuno, maka kenapa pula pelaku kepada perbuatan ini kini kegilaan mahukan perhubungan mereka menjadi halal. Perhubungan sek yang halal itu adalah keperluan agama dan budaya. Jika sudah tidak percayakan agama dan budaya, kenapa pula dalam soal halalkan sek nak ikut keperluan agama dan budaya, sedang di sudut pra-syarat pernikahan tidak?

(3) Biarlah itu menjadi bahan fikir kepada sesiapa yang mahu. Saya cuma tertarik kepada rangkap akhir tulisan CheDet: I am no romantic. But still I feel the people today, especially the young are missing something. Mahathir mengakhiri tulisan beliau di situ. Sayapun berfikir, apa dan kenapa? Biar saya cuba jawab begini, satu banyak tidak mengerti erti cinta. Cinta buat banyak adalah keseronokan. Maka yang paling seronok apa lagi jika bukan di antara pusat dan lulut. Sesungguhnya, kita kini kian lupa tanngungjawab cinta Latar-latar payah nenek moyang kita dulu dalam mendiri dan mempertahankan cinta mereka sudah tidak lagi bermain di kaca-kaca TV dan atau bioskop. Yang terpapar di mana-mana adalah cinta indah Love in Paris and Romance and Making Love. Kita terlalu khayal oleh Hollywood, Bollywood, dan kini Indomeewood dan Malaiwood.Mungkin benarlah, today love is about getting to make love, not about the responsibilities of loves. Maka, if you love the country, so let sodomize the State, not building the State

(4) Kedua, saya berkira: Al Quran sering ditempelak sebagai karangan manusia, sehingga kinipun, masih lantang suara-suara mengatakan Al Quran adalah karangan manusia. Sehingga Allah mencabar sesiapa juga, jika mampu karanglah apa saja yang dapat menandingi Al Quran. Namun kecewanya, banyak hanya membaca dan mengerti itu sebegitu, tanpa berfikir apakah tempelakan Allah agar sesiapa tulislah apa saja yang dapat menandingi Al Quran, apakah maksud dan kesannya sekadar itu? Saya melihat, sebetulnya Allah bukan sekadar mencabar manusia dan bahkan boleh dengan bantuan apa saja biar golongan Jin sekalipun, agar ditulis sebuah kitab yang dapat menandingi Al Quran, namun sehingga kini pasti belum dapat. Natijahnya juga Allah sedang mencabar dan akan terus mencabar, buatlah apa saja yang sesiapa mahu, selain dari yang telah Al Quran tetapkan. Maksudnya, contohnya dalam prihal tajuk tulisan ini, Al Quran melarang persetubuhan homoseksual biar gay dan atau lesbian apa lagi sumbang mahram dan paling keji manusia-binatang. Jika manusia mahu melakukan apa yang Al Quran larang, silakan, cuma janganlah sekali-kali berbaur dengan kelompok manusia yang tetap mahu berpandukan Kitabullah. Mereka ini, bolehlah mungkin duduk di khutub Utara dan atau Selatan, dan buatlah apa yang mereka suka sesamanya. Setidak-tidaknya puak Mormon di Salt Lake City, Utah, Amerika tahu akan keperluan pengasingan mereka dan duduk diam-diam bersama kelompok sendiri. Dan lihatlah, apakah kini mereka terus kental dengan prinsip hidup barunya mereka atau kini mereka kian mendekati temadun manusia kebanyakan. SubhannaAllah.

Kuching, Sarawak
17 Dec., 2013

#Abdullah Chek Sahamat

Writing that complies Bizarre, Odd, Strange, Out of box facts about the stuff going around my world which you may find hard to believe and understand

0 comments:

Copyright © 2010 abc sadong™ is a registered trademark.

Designed by Access. Hosted on Blogger Platform.