.

4/8/13 LUPAKAN DULU ALLAH.......?

Posted By: Abdullah Chek Sahamat - August 19, 2013

Share

& Comment

Malam tadi, saat akan menuruni pesawat, saya sempat bercakap dengan seorang kenalan. Sebelumnya di LCCT, kami telah kelewatan selama dua jam tanpa ada sebarang pengumumam. Sekitar sejam sebelumnya saya ke Help Desk bertanyakan khabar tentang perjalanan, dengan sikap acuh tidak acuh, dijawab You will be boarding in twenty minutes time, namun biar keadaan sebetulnya adalah another 60 minutes time. Itulah seringnya keadaan berlaku bila saya mengambil Bus Udara Tambang Murah AirAsia jika penerbangan sekitar jam 7.00 petang. Alasan yang akan diumumkan oleh derbar bas tersebut seringnya "We thank you for your patience. The delay was because 'our earlier scheduled bus' has some technical problem. Sorry for the incovenience caused". Perhatikanlah, itulah "alasan" piawai yang akan sering kita dapati bair bilapun.

(2) Saya berkira, manusia sepertinya Tonny Fernandes "tidak perlu dan sengaja tidak mahu tahu", betapa sekitar jam 7.15-7.30 petang, waktu Sholat Maghrib baru masuk bagi kawasan LCCT (Sepang). Saya pasti di dalam Lembaga Pengarah Syarikat Bus Murah AirAsia ada ahli-ahlinya yang berbangsa Melayu. Harap-harap jika tidak terlalu tipis, biarlah ada kesadaran tanggungjawap akhiratnya atau mereka terhadap Islam Pastinya Umat Islam, penumpang Khidmat Bas Murah AirAsia yang hendak bersholat akan terpaksa "melupakan Allah" pada waktu sebegitu. Juga, saat kelewatan berlaku, biar kita sholat sekalipun, khusyuk kita pasti tidak kepada Allah melainkan kepada "Ah cepat-cepat, nanti tertinggal pula oleh pesawat. Naiwatu sholat telah menjadi takut tertinggal pesawat!".

(3) Kembali kepada perbualan ringkas saya dengan teman tadi. Ianya terpancul saat sebilangan penumpang sedang seperti kekalutan kerana menguruskan soal anak-anak kecil serta dalam masa yang sama juga mengurus barangan mereka. Begitu juga urusan turun pesawat agak tersekat kerana adanya golongan yang sudah berumur. Jam pada masa itu sudah 11.30 malam, biar pesawat seharusnya telah terbang sekitar jam 7.25 malam dan mendarat sekitar jam 9.00 malam. Semua orang sudah keletihan dan ingin cepat beradu kerana keesokan harinya mahu berkerja atau apa-apa sahaja urusan hidup mereka.

(4) Perbualan kami adalah: "How much money is enough? For what? AirAsia seem too greedy to earn as much (not only too much) at the expense of the welfare of the needy passengers". Kami berpandangan dengan penuh kesal atas kepayahan yang sedang dialami oleh sebahagian penumpang berumur dan mereka yang membawa anak-anak. Akhirnya, saya mengusul kepada teman tadi: "Let just have money, enough to do what we need to do. Those might be subjective, but at least we put a limit to our desire, or we may get burn to the infinite desire. Though we may be trillionaire, when the call had come, we will only be taking a plain cloth to the grave. Great to earn as much, but let it be for the great of the people less for self glory"

(5) Kepada Tonny Fernandes (rakyat Malaysia?) dan para ahli Lembaga Pengarahnya yang berbangsa Melayu jika ada biar hanya setitis roh Islam dalam jiwa mereka, lihatlah jika tidak keperluan menyeluruh kebajikan penumpang dipedulikan, berilah Umat Islam peluang ketenangan untuk bersama Allah pada waktu mereka seharusnya berbuat sebegitu. Soal mereka akan khalwat dengan Allah itu soal lain, soalnya sebagai entiti perusahaan Negara, AirAsia di mana letaknya dalam menunailan keperluan Negara apa lagi Islam? Fahamkah kita tentang Perlembagaan Negara mengenai Islam? Saya yakin, para pekerja AirAsia Muslim juga sedang mengalami masalah serupa kerana amat jarang sekali saya menemui mereka di Mushola saat Allah perlu ditandangi.

(6) Jika bersama Allah tidak menjadi kepercayaan Tonny Fernandes, itu sememangnya hak dia, itu hakikinya dia, namun di mana tangan berwajib telah menghilang?. Apakah perlu sehingga sampai saatnya nanti, seluruh hak Allah tersisih maka kita baru mahu bangkit bermandi darah kebodohan kelalaian? Yakinlah, hari ini kita mungkin sangat dan hanya berseronok dengan keindahan dan kecapaian fizik, namun nantinya saat jiwa kita menua pasti akan terisi dengan penuh siksa kesal akibat sikap kita tanpa kepedulian kukuh tentang nilai-nilai mulia kemanusiaan dan moral saat kita seharusnya sebegitu. Kepada Tonny dan ahli-ahli Lembaga Pengarah Melayunya, saya ingin mengingatkan betapa Shah Jehan sangat pedih jiwanya takala hanya mampu melihat keindahan dunianya hanya lewat jendela istana kurungannnya saat waktunya bila Allah menghantar anaknya Jahangir menghukumnya atas sikap bermewah dan ketidak peduliannya kepada rakyatnya. Begitulah terjadinya kepada Suharto dan Hosni Mubarak merintih di atas katil kurungan hospital mengingat betapa as much indeed save you not. Juga tidakkah Rasputin menjadi gila hanya kerana mahukan as much?. Shah Reza Palavi mungkin sudah terlalu banyak tidak ingat tentang bagaiamana rakyat Iran jadi pariah sedang hidupnya penuh syurga, biar kemudiannya semua menjadi neraka. Ferdinan Marcos, Sadam Husein, Muamar Ghadafi serta para junta tentera Mesir dan Thailand kini adalah contoh lainnya manusia-manusia sebegitu. Pemergian mereka dipenuhi air mata kesyukuran dari rasa simpati dan pembelaan. Namun, glory Mother Teresa dan Mahatma Ghandi bukankah kerana they do much instead of taking as much?. Inilah tokoh-tokoh yang kalian seharusnya mengerti jika tidak yakin kepada Muhamad SAW dan para rasul dan nabi lainnya. Saya melihat AirAsia adalah satu entiti yang tidak faham kebutuhan budaya dan resam Islam dalam pentafsiran kedudukan Islam dalam Perlembagaan Negara, dan saya melihat banyak terpaksa akur untuk melupakan Allah jika perlu menaiki Bas Tambang Murah ini. Nazri Aziz, juga Rais Yatim apa mungkin mereka sanggup sedikit mengetarkan lidah jika tidak mahu berfikir?

Kuching, Sarawak
19 August, 2013

#Abdullah Chek Sahamat

Writing that complies Bizarre, Odd, Strange, Out of box facts about the stuff going around my world which you may find hard to believe and understand

0 comments:

Copyright © 2010 abc sadong™ is a registered trademark.

Designed by Access. Hosted on Blogger Platform.