Semasa Lee Chong Wei berdepan dengan pemain China Lin Dan dalam perlawanan badminton All England, 2012, saya agak hairan bila seorang teman menceritakan betapa dia agak kaget mendengar ulasan anak temannya, yang kira-kira baru berumur 16 tahunan: "Pemain China tidak akan kalah. Lee Chong Wei akan ditentang habis-habisan, biarpun sebetulnya Lee Chong Wei ada kemungkinan besar untuk menang. Sebabnya, 'orang Malaysia bunuh orang Mongolia', dan China mesti 'bunuh' Malaysia sebagai bukti China tidak 'menyokong' Malaysia 'membunuh rakyat Monggolia'.. Soal benar atau tidak tanggapan anak itu, saya tidak pasti dan saya tidak berminat untuk campur tangan. Tanggap anak itu, mencerna buah ilham kepada saya untuk menulis sesuatu tentang genjala self destruction yang sedang melanda bangsa kita. Sebelum itu cuba kita imbau kembali betapa China, sehingga kinipun hakikatnya masih "takutkan" atau khuatir dengan bangsa Monggolia. Pembinaan Great Wall of China adalah bukti jelasnya. Juga jika kita ingat sejarah silam, bukankah Kublai Khan pernah meranapkan Kerajaan China? Hakikatnya, China tidak pernah mengalami sejarah pahit lebih besar dari taklukan serta ancaman Monggolia, biar berbanding di zaman penjajahan Jepun atau serangan Barat sekalipun.
(2) Kenapa bangsa China sangat takutkan Monggolia? Apa ada pada bangsa Monggolia? Apakah kehebatan mereka? Sesungguhnya dari segi genetik, sememangnya gene monggoloid amat kental. Jika tidak, mana mungkin mereka dapat bertahan dalam alam pergunungan yang sebegitu perit dan payah. Kepayahan alam kehidupan merekalah yang terus mengevolusi gene mereka menjadi semakin ulet lasak, sama halnya dengan kuda Mongolia. Juga keadaan terpenjaranya bangsa Monggolia, maka gene asli mereka telah bertahan kekal tulin. Saya menjangka, mungkin bangsa Mongolia, adalah keturunan Qabil dan kembarnya, yang sememanngnya tega dan pastinya lasak, jika tidak mana mungkin dia sanggup menderhaka atas perintah Allah, apa lagi ayahndanya. Qabil adalah manusia pertama di dunia ini yang menumpahkan darah sesama manusia, apa lagi adindannya sendiri, Habil.
(3) Semasa saya masih anak-anak, saya sering membantu orang tua saya untuk bertanam padi, jagung, tembikai, labu, kelapa dsb. Saya juga diasuh untuk menternak ayam-itik. Kedua-dua bapa dan datuk saya sering mengajar saya cara betul untuk memilih benih bibit untuk tahun berikutnya. Biasanya, benih padi, jagung, tembikai dan labu yang terbaik adalah apa yang disebut orang Melayu Sarawak sebagai buah bungas iaitu buah atau sekumpulan buah yang pertama, buah sulong. Jika kelapa, durian, rambutan, cempedak dsb buah-buahan pohonan, ianya hendaklah dari pohon yang sudah agak tua. Lagi tua lagi bagus. Dalam soal ternakan ayam-itik, mereka mengajar saya cara memilih yang mana elok jadi babon induk dan jantannya. Dulu saya tidak nampak akan kebijaksanaan mereka namun hakikatnya mereka adalah pakar genetik yang tidak bernama. Sebab musababnya adalah mudah. Bagi bijirin, buah sulong adalah hasil pendebungaan hampir tulin less cross pollination, pure breed, jadi ketulinan bakanya adalah agak terjamin. Bagi buah-buahan pepohon, jika pohon itu dapat bertahan sampai tua, sudah pasti buahnya elok serta dari baka yang rentan penyakit. Jika tidak, pasti sudah lama dibakar atau ditebang buat kayu api. Bagi ayam dan itik, saya diajar untuk memerhati bermula di peringkat anak-anak lagi. Yang lambat keluar bulu, berkaki panjang pasti akan menjadi benih yang baik. Sebabnya mudah, inilah ternakan yang akan lebih besar saiz tubuhnya.
(4) Di zaman kini, akibat pemisahan politik oleh Kapitalis Barat, maka banyak kacukan tulin tidak dapat dijalankan. Pelbagai alasan diberikan. Salah satu paling berkesan adalah pembawaan penyakit. Contohnya, kalau kita lihat kerbau di Limbang Sarawak, semakin tahun semakin kecil tubuh mereka. Sedang kerbau Bali bahkan di Papua New Guinea dan Australia, kerbau jantannya adalah jauh lebih besar. Namun, hadang politik, perdagangan, serta pemindahan genetik sangat menghalang untuk kita dapat membawa masuk baka jantan Baliu, PNG dan Australia. Begitu juga dalam prihal lembu, kambing, ayam dsb. Namun, bagi Barat, namakan apa saja yang berada di tangan orang lain tidakkah telah dicuri oleh mereka. Pergilah ke Kew atau Botanical Garden dan Margastua bahkan Herbararium di Britain, Belanda, Spanyol, Jerman, Amerika Syarikat dsb, segalanya telah tersimpan dan diekploitasi hebat di sana. Alam sudah tidak untuk manusia sejagat. Alam sudah dibatas oleh kuasa-kuasa politik ciptaan Kapitalis. Alam ingin dimiliki mutlak Barat. Pergerakkan manusia sudah dibatas atas perbedaan keturunan, apa lagi agama. Asalnya mudah. Tunjangnya adalah Yahudi. Yahudi pertamanya menjadikan Yaakub AS, Musa AS, Daud AS, Sulaiman AS sebagai nabi mereka. Sedang hakikatnya, semua para nabi dan rasul adalah untuk manusia sejagat. Mereka menjadikan Zabur dan Talmut sebagai milik mutlak mereka. Mereka memandang rendah akan manusia-manusia lain. Mereka ingkar akan perintah Allah betapa Ilmu yang Allah berikan kepada mereka adalah untuk semuanya manusia. Maka dengan sebab itulah, saya yakin Allah mengutuk mereka sebagai manusia-manusia pendusta yang memurkakanNya sampai kapanpun. Yahudi, sesungguhnya telah berjaya memesongkan Umat Nasrani, dan mereka kekal sebegitu ke akhirnya. Allah juga telah mengigatkan kita, kapanpun Yahudi akan terus mahu menjadikan segalanya milik mereka, bukan milik sejagat.
(5) Yahudi bercita-cita untuk menghancurkan semua manusia lain. Nasrani sudah dalam gengaman mereka. Mereka menimang mendekap erat Nasrani. Saya berkira Barack Obama dapat menjadi Presiden Amerika, hanyalah sebagai gula-gula agar bangsa berkulit hitam juga terus dalam gengaman mereka, samada di Amerika juga di Afrika. Umat Islam, kini mereka jadikan musuh terang-terangan. India dan China, pasti mudah runtuh jika Islam dapat mereka hancurkan. Senjata paling ampuh yang digunakan oleh puak Yahudi khususnya kaum Zionis, adalah dengan memperkudakan Barat. Di Barat, Yahudi telah dengan sempurna menanam sifat Demokrasi-Liberal-Kapitalis dalam jiwa mereka. Mereka kini menjadi manusia bebas sebebasnya. Bebas dan rakus. Maka, kini, Yahudi sedang memperkudakan Barat agar mengasak Demokrasi-Liberal-Kapitalis di kalangan Umat Islam. Mulanya, Iraq tumbang, kemudian Aghanistan semput, lalu Mesir, Libya, Syria dan Yaman sedang dalam perangkap hebat, Wilayah-wilayah Islam di Eropah Timur sudah lemah, Turki sedang diperkotak-katik. Begitu juga bangsa Islam di Asia Tengah, akan terkorban sendiri saat Aghanistan, Pakistan dan Turki lumpuh. Sudan, Nigeria, Mali, Somalia sudah kian bergolak dan pasti Moroko juga akan terpalit, Lebanon, Jordan, perlahan-lahan menerima bahang, sedang Saudi, Kuwait, Bahrain, UAE, dsb sedang dalam dakapan enak ular sawa di hujan lebat. Di sebelah Timur, Pakistan sedang diadu domba, Bangladesh hanya tinggal nyawa-nyawa ikan, Indonesia dan Malaysia pernah kena liwat termengah-mengah dan belum dapat berjalan betul, sedang Brunei, is peanut. Palestin, sememangnya telah menjadi korban Barat untuk terus dijadikan umpan memecah-belahkan Umat Islam.
(6) Sesungguhnya, dunia Islam kini, sangat menghampiri zaman Arab Jahilliah sekitar 1,400 tahun dahulu. Kita sedang bersuku-suku. Berpuak-puak. Saling tidak percaya. Saling dengki dan khianat. Kita sedang alpa tentang peringatan Allah, betapa setelah diterangi, kembali menuju kegelapan. Barat kini adalah sama dengan Roman dan Farsi 1,400 tahun dahulu. Mereka sedang menindas Assyam yang kini merupakan Syria, Iraq, Jordan, Lebanon, Palestine, Iran, dan juga negara-negara Selatan Arabia dan Utara Afrika. Sejarah 1,400 tahun dahulu sedang berulang kembali dalam bentuk yang lain. Jika dulu, yang jelas terancam adalah nyawa, kini ekonomi Umat Islam sedang diserang hebat. Setelah kehancuran Baghdad dan Damshek di tangan Hulagu, serta tumbangnya Andalusia di tangan Isabella and Ferdinand, Umat Islam sepertinya belum dapat kembali bangkit seperti sejak mulanya. Kenapa?
(7) Muhammad SAW manusia pilihan Allah. Namun MahaBijaksananya Allah, yang tidak kita dapat lihat sebaiknya, Dia memilih Muhammad SAW yang miskin, buta huruf, yatim piatu untuk menjadi UtusanNya. UtusanNya untuk mengembalikan manusia jahilliah, khususnya Arab Jahilliah yang kuno bertemaddun barbaric kembali ke jalan kejayaan, ke jalan cemerlang, sehingga dapat mengalahkan dua kuasa besar dunia iaitu Roman dan Farsi. Kenapa? Adakah Allah hendak menunjukkan agar kita kini, juga harus memilih pemimpin dari kalangan khususnya yang tidak berIlmu? Dalam kata mudahnya, bodoh? Lihatlah betapa Allah sangat dalam muslihatNya, Muhammad SAW yang tidak pandai itu Allah gandingkan dengan mulanya Abu Bakar Ass-Siddique, kemudian Usman Affan, Umar Al Khataab, serta para sahabah yang terbilang kekayaan dan keIlmuan mereka. Sifat Muhammad SAW, dia terus mendidik semua mereka ini dengan segala Ilmu yang langsung datang dari Allah. Baginda tidak lokek Ilmu. Baginda tidak takut membina para sahabah yang berIlmu. Ratusan para Ilmuan baginda didik biar dalam keadaan masih payah sekalipun. Pendeknya, Muhammad SAW biar Ilmunya datang terus dari Allah, beliau tidak bersikap indispensable. Biar beliau telah terjamin kedudukannya, dia berusaha keras mengheret semua untuk bersamanya mulia di Jannah. Beliau berusaha keras untuk berkongsi nikmat di akhirat kelak. Beliau tidak kedekut. Beliau tidak takut betapa siapapun akan menjadi lebih baik darinya.
(8) Namun cuba lihat sejarah Melayu. Hang Nadim, budak kecil, biar nasihatnya paling baik dalam menyelamatkan Umat Temasik dari pupus dilanggar todak, namun dia akhirnya dihumban ke laut mati buntuk kembong. Melayu Temasik sepertinya tidak menghargai Ilmu. Kenapa? Dengki. Curiga. Begitu juga di Melaka, terlalu besarkah kekhilafan Hang Tuah, sehingga Raja dengan mudah menerima bisikan hasutan tanpa usul periksa mendalam. Akhirnya, Jebat bertarung nyawa membela kebenaran, tetapi tetap kebenaran juga tidak berharga. Akhirnya, kelima-lima Hang pupus dari bumi Melaka, sehingga Kesultanan Melaka juga pupus akhirnya. Para Sastrawan silam Melayu, tidak hanya menghasilkan periwayatan yang begitu menyayat hati, namun ada juga yang lebih bijak dengan bersenda loka menghasilkan cerita rakyat seperti Pak Kadok (Apai Saloi), Pak Pandir, Lebai Malang, Sang Kelembai, Kancil dan Buaya, dsb. Sesungguhnya, periwayat Sejarah atau Sastrawan Melayu silam, terlalu sopan halus bahasa mereka, sehingga mungkin generasi kini tidak mengerti maksud di sebalik segala cerita ini. Maka dengan sebab itu, sikap saya mudah tembak to the point.
(9) Apa yang saya lihat kini, kegagalan Umat Islam, khususnya bangsa Melayu terus berkedudukan lemah adalah kerana kita sudah tidak menghargai mereka yang berIlmu. Biarlah saya mengambil Dr. Mahathir Mohammed, bekas Perdana Menteri kita sebagai contoh. Saya perlu membuat caveat tidak semua yang beliau lakukan adalah tidak betul, sesungguhnya banyak yang betul. Mahathir adalah manusia, dan bumi mana tidak ditimpa hujan. Kekhilafan dan kesalahan beliau, bukan untuk kutukan tetapi pengajaran. Dalam prihal tertentu saya kira beliau telah membuat kesilapan besar yang kesannya telah menjadi unsur-unsur self destruction kepada Umat Melayu. Semasa Abdul Razak Husein menjadi PM, dia memilih Husein Onn jadi Timbalan. Terdahulu beliau mengambil Dr Ismail Abdul Rahman. Dalam Kabinet Abdul Razak, terdiri dari mereka yang hebat-hebat, pejuang Melayu, yang menjawat jawatan hanya untuk berbakti kepada Bangsa, Agama dan Negara. Abdul Razak Husein juga terkenal sebagai seorang yang suka mendidik golongan muda yang bijak pandai sebagai barisan pelapis kepimpinan Melayu. Antaranya adalah Mahathir Mohammed, Musa Hitam, Rezaleigh Hamzah, bahkan Shahrir Samat (?). Begitu juga di dalam pentadbiran Kerajaan, banyak cendiakiawan Melayu dia angkat untuk menerajui pelbagai agensi Kerajaan. Maka dengan sebab itu, apa yang dia mahu, segala nya terbuat dengan sebaiknya. Cuma agak danggal, bila Mahathir menjadi PM, dia mulanya memilih Musa Hitam. Musa Hitam sememangnya punya jati diri tersendiri. Dia mungkin lebih condong kepada sosialis berbanding dengan Mahathir yang lebih terdorong kepada Koprat ibnu Kapitalis. Biar apapun, kedua-dua Mahathir dan Musa sangat mementingkan Umat Melayu, maka sebab itu keduanya sering dicap sebagai Ultra Malay, cuma strateginya berbeza. Satu sosialis, satu lagi koprat ibnu kapitalis. Kerana Mahathir lebih condong kepada koprat, maka pembinaan kepimpinan di dalam sektor koprat sememangnya sangat hebat di zaman Mahathir, sehingga berlaku exodus di dalam sektor awam, yang akhirnya mengujudkan lompang kepimpinan yang sangat luas di sektor tersebut. Di zaman Mahathir, sektor awam sepertinya dianak tirikan. Kerana dia punya pendokong sektor koprat yang tinggi, maka Mahathir telah sedikit lalai dalam mendidik generasi pelapis dalam bidang politiknya. Spertyi kata Musa Hitam, Mahathir is a multi-talented leader, he need no one, he do all yang akhirnya menyebabkan Musa Hitam merjauk lalu mengundur diri. Faktor Rezaleigh Hamzah adalah juga sebab musabab kenapa Musa Hitam mengundur diri. Saya menduga, Musa Hitam cemburu dengan kehebatan koprat Rezaleigh sehingga jika dia terlalu rapat dengan Mahathir, pasti Musa Hitam satu hari nanti akan terpinggir juga. Sebelum itu terjadi, lebih baik dia meminggirkan diri terlebih dahulu. Namun, Mahathir dan Rezaleigh kemudian juga terus bergeseran, sehingga membawa kepada exodus pemimpin politik Melayu yang hebat-hebat membentuk Kumpulan B menentang Mahathir dalam Kumpulan A. Sesungguhnya, Mahathir di dalam Kumpulan A adalah kesendirian, dan tersisa dengan mereka yang agak lemah. Di situlah akhirnya, Mahathir terpaksa bersepakat dengan Ghafar Baba on no choice basis, namun kelompok Ghafar Baba kemudian dibunuh oleh Anwar Ibrahim. Ghafar merajuk. Anwar Ibrahim pula mengila sehingga banyak kemudiannya meninggalkan Mahathir. Kesannya sehingga kini, kitapun tahu, kita sedang mewarisi kepimpinan yang terus-terusan kurang mantap.
(10) Secara ringkas, sepertinya di zaman Mahathir, Melayu lebih gemar menyisih mereka yang berwibawa. Sikap mereka yang berwibawa, sememangnya jelas sepertinya yang diperingati di dalam Al Quran, dalam menuju akhir zaman, yang berIlmu akan meminggir dan terpinggir. Saikologi manusia, mereka lebih enak bersama mereka yang sebulu dengan mereka. Mahathir di zaman kepimpinannya lebih enak dengan kaki kerja, maka ahli kopratlah teman akrabnya, sedang ahli politik dan penjawat awam kian beliau lupakan lalu mereka hanyut 'kurang berIlmu'. Kesannya, kini kita sedang dapati sebahagian 'pemimpin Melayu' lebih gemar bersama mereka yang 'kurang berilmu' dan jika corak ini berterusan, maka akan berlaku fenomena deteriorating leadership development cycle akan berlanjutan di dalam masyarakat Melayu. Akhirnya, Melayu akan dipimpin oleh golongan bodoh lagi sombong atau goblok dalam bahasa Jawanya. Inilahg fenomena, self destruction yang sangat saya takuti akan berlaku dalam masyarakat Melayu, Islam di Negara ini.
(11) Saya berkira, kita Umat Melayu, telah lupa, kemungkinan kita juga dulu adalah dari monggoloid gene tetapi telah mencair kerana sudah terlalu lama duduk di tebing-tebing sungai dan laut sehingga kita sudah tidak lagi boleh menunggang memacu deras kuda mainan apa lagi kuda perang. Begitu juga kita sudah tidak lagi ingat akan cara nenek moyang kita dalam memilih bibit tanaman dan ternakan apa lagi warisan bangsa masa depan. Cara kita sudah jauh berbeza dan menyimpang dari caranya mereka apa lagi Islam. Kita sudah menjadi bangsa yang kurang bijak, kurang tegar, kurang pemberani, kurang bertanggungjawab kepada masyarakat dan agama. Mudah-mudah Najib Abdul Razak dan Muhyiddin Yassin dapat memecahkan syndrome bad leadership development and inheritance yang sedang berlaku ganas dalam masyarakat Melayu sekarang ini. InsyaAllah.
nota:
Semua gambar dan lakaran sisipan adalah dari capaian di internet melalui tajuk-tajuk: Monggolian Horse, Monggolian Man, the Globe by Religion, Capitalism Caricature, Islamic Teaching in Old Baghdad, Ahmad Boestamam. Terima kasih kepada yang memaparkan gambaran dan lakaran tersebut.
Kuching, Sarawak
20 June, 2013
2 comments:
Muhammad SAW manusia pilihan Allah. Namun MahaBijaksananya Allah, yang tidak kita dapat lihat sebaiknya, Dia memilih Muhammad SAW yang miskin, buta huruf, yatim piatu untuk menjadi UtusanNya. UtusanNya untuk mengembalikan manusia jahilliah, khususnya Arab Jahilliah yang kuno bertemaddun barbaric kembali ke jalan kejayaan, ke jalan cemerlang, sehingga dapat mengalahkan dua kuasa besar dunia iaitu Roman dan Farsi. Kenapa? Adakah Allah hendak menunjukkan agar kita kini, juga harus memilih pemimpin dari kalangan khususnya yang tidak berIlmu? Dalam kata mudahnya, bodoh?
Salam Saudara ABC
Tolong tarik balik kenyataan di atas bahawa Allah memilih Muhammad yang bodoh untuk menjadi Rasulnya. Hakikatnya Rasul kita Muhammad SAW adalah seorang yang paling cerdik, cuma dibahasakan tidak boleh menulis membaca kerana menjaga ketulinan Ayat2 suci Al Quran itu sendiri. Wallahua`lam.
Pertama, tidak terniat atau terlintas di dalam fikiran saya untuk menyatakan Muhammad SAW itu bodoh. Jika dibaca kembali keseluruhan perenggan (7) tulisan saya itu, apa yang ingin saya katakan adalah betapa biar dalam kacamata moden, seseorang yang buta huruf sering dianggap tidak berilmu, namun jika dilihat Muhammad sebagai manusia biasa, biarpun baginda adalah "khalifah", tetap baginda mendidik para pengikut khusus para sahabahnya untuk pandai. Saya cuba menggunakan Muhammad SAW sebagai contoh, betapa jika pemimpin di peringkat mana sekalipun jika kita tidak pernah takut untuk mendidik para pengikut apa lagi bersama mereka yang cerdik pandai untuk mengurus apa juga, pastinya kejayaan besar dan lebih lestari akan dicapai. Maka dengan sebab itu saya nyatakan betapa Muhammad SAW tidak takut adanya Abu Bakar, Umar Al Khataab bahkan Usman Affan berada di kelilingnya biar mereka itu adalah jauh lebih kaya dan celik huruf darinya.
(2) Terima kasih atas teguran sdra/i, dan semoga penjelasan saya di atas dapat menjelaskan maksud sebenar saya.
Post a Comment