Aku merangkak tertoleh-toleh keserusupan bagai biawak komodor mengintai-ngintai mahu menangkap mencengkam. Aku merayap meraba-raba bagai kepiting sibuk mengumpul bebola selut saat air akan pasang membuak-buak. Aku tercegat kaku menguping memasang telinga bagai sang arnab sedang kekhuatiran. Aku temanggu merenung, antara bingung dan polos bagai seekor ungka kematian anaknya. Aku termengadah sayu, bagai serigala mengongong rembulan nan mampirnya tidak pernah. Itulah watak pencarian yang telah kulewati. Mencari apa? Mencari erti berbuatlah segalanya hanya untuk Allah. Fikiran dan naluriku berpolimik.
(2) Perutku lapar, apa kerana Allah? Bagaimana? Kenapa? Bukankah laparku kerana aku belum makan? Nasi atau segala belum mengisi perutku, maka laparlah aku. Bagaimana bisa jadinya kerana Allah? Tengorokku kehausan, apa Allah yang membikinnya sebegitu? Toh, minumku, bukankah kerananya mahunya aku, kapan Allah berdatang kepadaku kerana itu? Hilang dahagaku, lantaran tanganku menuang air ke mulutku, menelan lalu membasah segala sel-sel tubuhku. Bukan Allah yang berbuat itu. Semua itu perlakuanku. Mandiku, kerana badanku sedang panas juga kehamisan; bagaimana Allah bisa campurtangan? Tidurku, kerana mataku sudah engan melotot terus, tidak Allah menutupnya. Bagaimana, bisa segalanya kerana Allah? Segala perlakuanku, adalah kerananya aku. Bagaimana Allah bisa menjadi aku dan segalanya di antara aku? Kacau? Ternyata logikanya di mana?
(3) Katanya, segalanya berbuat semuanya adalah kerana dan untuk Allah. Rambutan dan segala apa juga pepohonan subur berbuah lebat, kerana dan hanya untuk Allah. Tanpanya, monyet, tupai, tikus, semut, ulat, bermacam-macam pasti kelaparan mati habis pupus. Segala pepohon hidup subur kembang adalah atas tanggungjawab untuk menghidup segala yang lain yang berkeperluan terhadap mereka. Itu perintah Allah kepada mereka. Itulah tugasan Allah berikan kepada mereka. Mereka diam, mereka akur, mereka subur dan sujud patuh. Tidak pernah mempersoal. Namun, bukankah suburnya segala pepohonan lantaran kerana tanahnya subur dan tidak diganggu apapun, biar bah, biar kemarau gersang, biar salji menebal, segala?
(4) Para gunung, biar sang Everest, biar Kiliminjaro, biar Fujiyama, biar Merapi, biar Kinabalu, segala sesama gergasi gunung apapun, berdirinya mereka adalah kerana Allah. Ah. Apa benar? Bukankah gunung serta lautan adalah hasil pergerakan sesimik bumi? Itu bukti penjelasan saintifik, bukan sekadar logika akal. Tidakpun kita lihat tangan Allah yang membikinnya? Makanya apa berdirinya mereka kerana Allah atau kerana lonjak lipatan sesimik bumi? Pasti, tanpa gunung, bumi adalah hamparan tanah rata. Apa mungkin adanya sungai-sungai? Saat taufan bertiup, tidak mungkin semua menerima padah? Toh, berdirinya gunung untuk apa? Untuk membikin sungai-sungai dan lautan? Kenapa dan untuk apa harus adanya sungai-sungai, lembah, lembangan dan lautan? Membikin dinding benteng selamat melindung segala dari gempuran taufan? Semua itu untuk siapa dan kenapa? Ada gunung kerana adanya pergerakan sesimik bumi. Ada sungai kerana adanya gunung. Ada lembah dan lembangan kerana adanya sungai. Sungai membawa air mengalir. Air adalah cairan salji gunung. Salji turun dari awam yang membeku. Awan membeku hasil dari sejatan air dari segala muka. Dari air tumbuh membiak segala, biar zirafah, biar srigala, juga kita. Segalanya, ada puncanya ada mulanya, lantas di mana Allahnya? Makanya haruskah aku mengucap SubhannaAllah, atau beristifar Astafirullah? Atau, persetan segalanya? Namun, kenapa persetan? Siapa setan? Siapa membikin setan? Baik, biarkan saja, usah pedulikan. Namun, aku manusia, soal jawab terus ada selagi aku ada!
(5) Biar dari sudut mana aku melihat segalanya, biar sekadar lewat sebuah sel sepertinya Amoeba, atau paling recam sepertinya multisel, muli-organ manusia, tetap logika saitifik bisa menjelas semua akan mula kejadiannya. Begitu juga, biar disorot dari sudut kejadian dan fenomena apapun, pasti logika sains sosial akan dapat menjelas segala. Maka dari titik mana perlu kumulai untuk bisa kutemui jawabannya, di mana Allah dalam segalanya? Dari sudut mana jalan fikir dan rasa naluriku harus mendekat, agar jelas akan keberadaan Allah dalam diri ini. Persoalan dan jawaban yang kutuntut, Tuhan, Allah swt, jika benar Engau ada, aku kepingin jelas agar diriku segalanya lakuku harus keranaMu untukMu, tidak lain, tidak kurang, tetap sebegitu.
(6) Sesungguhnya diriku, sama saja intipatinya dengan tanah. Fizik tanah dan fizikku sama saja. Ada pejal, ada cair. Yang menjadi intipati tanah, juga menjadi intipati diriku. Ada sebatian biar galian juga bukan galian. Ada organik juga inorganik. Tanah dan segala apa di bumi ini sama saja, sama saja intipatinya. Begitu juga seisi air di mana-mana, juga di lautan luas. Juga seisi debu di mana-mana juga yang berterbangan di angin taufan. Begitu juga pada tumbuhan. Begitu juga pada segala haiwan.Jasadku dan jasad segala, sama saja intipatinya. Cuma beda bentuk dan susuanannya. Siapa membikin sebegitu? Biar lupakan dulu siapa dia. Untuk apa? Sepertinya, aku dan segala di bumi ini, adalah sesaudara. Ikan saudaraku? Ikan untuk aku makan, biar aku sihat, ya sememangnya, saudaraku untuk korbanku, untuk aku hidup sihat membesar. Tetapi ikan mati, dan aku hidup. Kenapa harus sebegitu? Juga ikan untuk aku sekadar lihat-lihat buat petetkan, hiasan. Ikan saudara obat duka bikin aku gembira. Aku gembira, namun ikan terkurung sempit hidupnya. Toh kok begitu?. Itu ikan. Yang lain bagaimana? Aku belum puas bersoal. Baik. Lihat pada lumut. Ngak ada perlunya untuk aku. Wah, jangan sombong. Semuanya untuk aku? Lumut tumbuh di batu-batu gunung, juga kulit-kulit pohon, juga batu-batu di air sungai , danau, laut atau di mana-mana. Lalu? Ia menangkap air. Ia menyimpan air. Ia menadah air. Lalu, perlahan-lahan melepaskannya untuk kehidupan lainnya. Dari lelehan air lumut, tumbuhnya angerik. Pelbagai rupa angerek. Seperti bidadari dari kayangan. Angerek adalah mutiara belantara. Indah sekali. Sangat enak rasanya saat menatap angerik. Angerik untuk aku. Ya, untuk aku. Jangan lupa, tadinya, adanya angerek lantaran kerana adanyanya lumut yang tidak aku terfikir ada gunanya untuk aku. Lumut, tiada lumut, tiada angerik, maka tiada girang senyumku. Tapi itu lumut dan angerik. Apa hubungannya lumut, semut dan ulat, dan aku? Aku, sepertinya aku, selagi manusia namanya aku, tetap terus bersoal. Namun, apapun tetap akalku ada segala jawabannya. Aku tidak butuhkan Allah untuk menjawab soalku. Semut bersarang di perdu lumut. Dia mengangkut segala sampah untuk sarangnya. Namun, lumut juga harus hidup. Hidup lumut adalah dengan memakan luluhan sampah sarang semut. Hanya ulat dan cacing juga kulat bisa berbuat sebegitu. Maka mereka harus hidup bersahabat, saling memanafaat. Semut mengakut sampah. Ulat memakan sampah. Air melarut segala. Lantas lumut bisa menjerap panganannya. Lumut dan airnya meluluhkan batu-batu. Lalu bersama mereka melarut galian untuk jerapan semua.Untuk angerik. Untuk semut. Untuk ulat. Untuk segala. Untuk semua biar bisa hidup. Sedang, contohnya angerik adalah akhirnya untuk aku. Aku seneng sama angerik. Aku paling terlindung. Selagi sebegitu, sagalnay terus ada, lestari. Maka segalanya, akhirnya bekerja sepertinya tanpa aku terima dan akui, adalah untuk aku. Lantas, mereka bekerja untuk aku, bukan untuk Allah. Aku sepertinya jadi Raja buat mereka. Bukan untuk dan buat Allah?
(7) Apapun, tetap manusialah aku. Satu terus saja bersoal. Kedua terus saja sombong, ego. Di bumi ini, segalanya adalah untuk aku demi aku, tidak untuk Allah, bukan untuk Allah, nagak demi Allah. Aku berkuasa. Aku boleh merobah segala-gala. Gunung bisa kuratakan. Lautan telah banyak kukambusi. Hutan sudah luas kutukar jadi padang gundul. Guru kering telah luas kuhijau suburkan. Lembu dan seladang sudah kujadikan Selabu. Semuanya boleh kurobah, jika aku mahu. Aku berkuasa. Egoku memuncak. Hidungku jadi kembang tinggi. Dadaku membusut. Kepalaku keras tegak. Loh-loh tenang sebentar dong. Kok sudah berubah dari manusia ke gorila?. Diam sejenak. Berfikir, tenang dulu. Kapan kiranya segalanya akan menjadi tidak untuk, demi dan kerana aku? Wah, anak kecil juga tahu jawabannya. Saat aku mati, aku tidak perlu segalanya!. Soalnya, kenapa aku harus mati? Kerana aku sudah puas? Soalnya, kapan dan apa bisa aku puas? Lautan segala belum semua kujmah apa lagi kunikmati, maka harus kenapa aku mati? Siapa bikin aku mati? Wah, macet tertegun diriku dipukul oleh diriku. Ya, kenapa aku harus mati? Bukankah segalanya masih terlalu banyak tertinggal, tersisa, tidak kupergunakan, selepas aku mati? Untuk apa dan siapa itu akhirnya? Harus jadi apa segalanya yang bakal aku tinggalkan? Waduh waduh soal dari diriku sudah ngak bisa aku jawab. Gimana ini?.

(8) Alam sepertinya menjadikan segalanya. Dari alam, air adalah punca segalanya. Batu tumbuh dari gunung lantaran air yang menelanjanginya. Panas membakar jadi dingin saat air bertumpahan. Gurun penuh berbunga saat air menyimbah. Hutan menghijau saat air berturunan berterjunan dari langit. Katak riuh mengawan saat air membanjir. Kerbau enak membajak saat sawah membanjir. Hipo enak menguak saat sungai membuak. Ikan girang berlarian saat air bergenangan. Api semarak di hutan luruh, lantaran tiadanya air. Adanya air, padamlah api. Tenanglah segala. Dan manusia, saat airnya tumpah, tersenyum puaslah dia. Air adalah punca segala. Hukum alam, merubah air menjadi segala. Maka, Allahnya di mana? Siapa yang membikin air? H2O, begitulah kata guru kuliahku akan intipatinya air. O itu dari Oksijen dan H itu dari Hidrogen, di udara bebas. Hadirnya, dapat kurasa hidu, namun tidak bisa kulihat dan tangkap. Kenapa? Saat Oksijen terbakar dengan hadirnya Hidrogen, maka airpun terbentuk. Namun, saat aku membakar apa saja, tiada kelihat airnya. Kenapa? Pembakarannya untuk kejadian air di mana? Siapa yang membakarnya? Gimana bentuk pembakarannya? Wah, kini aku kian menghampir kepada penghujung keIlmuan dan kekuasaanku. Aku berkuasa atas segala, namun pada intipati air aku sudah nanar. Kenapa? Tahuku, ilmuku, kuasaku sepertinya kian terbatas.
(8) Intipati tubuhku, sama saja dengan segala. Bedanya hanya pada bentuk dan rupa. Semuannya asalnya dari air. Dari encer cair jadi pejal dan segala. Itulah azali jasad segala. Juga segalanya tergerak kerana air. Batu tanpa air, ngak bergolek. Pasir tanpa angin ngak beranjak. Pohon tanpa angin ngak bergoyang rebah. Udara, terus tenang pengap tanpa air. Tiada air, tiada angin. Air membedakan suhu alam, membikin kejadian arus, mengerak angin juga taufan. Air adalah pengerak segala, biar hijrah udara menjadi angin, menggerak segala haiwan dan manusia. Tetapi, sepertinya hanya haiwan bisa berjalan, atas mahunya sendiri. Kenapa? Lantaran mereka punya naluri dan otak, sepertinya aku. Namun, otakku 96 peratus lebih tinggi darjatnya dari otak chimpazee apa lagi otak kerbau. Chimpazee punya akal. Binantang paling pinter. Namun akalnya, pinternya tidak mungkin sehingga 96 peratus dari akalku. Kenapa? Sepertinya, sekali lagi benar dugaanku, segala sesuatu pasti lebih rendah darjat jasad, akal dan ilmunya dari aku. Maka akulah Raja buat semua. Wah itu sepertinya apa yang Allah bilang betapa segala akan sujud kepadaku, lantaran aku adalah Khalifah kepada segala. Lantas, pertama dari sudut jasad, aku sama saja seperti segala, terjadi juga sama seperti segala. babi hutan, kerbau, walrus, singa, beruang khutub, ungka, selasih, centerawasih, lumut, Euglina, kubis, mentimun, apa saja, jasad mereka semua, sama saja intipatinya denganku. Toh, jasadku, bisa paling mulia semulianya, juga bisa paling hina sehinanya. Sesungguhnya, naluri akal adalah rahsia atas darjatku. Dan naluri akal adalah yang menguasai aku, menentukan aku.
(9) Naluri akal adalah bedanya aku dari segala. Aku tidak berbeda pada jasad. Aku berbeda pada suatu keghaiban yang tidak bisa aku kuasai. Keberadaan naluri akal pada diriku adalah dalam rohku. Rohku, bukan kuasanya aku. Hadirnya, perginya, tidak pada kekuasaan aku. Saat mula kejadianku, bukan aku mahukan atau menentukannya. Saat rohku pergi, bukan aku menentukan cara dan waktunya. Kuasa itu, kini, aku sadar adalah mutlak milik Allah. Segalanya, Dia jadikan buatku. Biar tunggul tegak tidak bergerak bagai seorang bodoh dunggu sekalipun, sehingga kepada Chimpazee, binatang sepupu 96 peratus otaknya mirip otakku, semua segala adalah untuk aku. Akulah Khalifah untuk semua mereka. Khalifah untuk mengaja kebajikan segala agar terus aman damai untuk semua. harus kenapa aku bersoal, kenapa aku hanya untuk Dia?. Dia mencipta segala untukku, tidak terhitung bganyaknya, namun hanya satu pintaNya dariku, menjadilah dan berbuatlah segalanya hanya untukNya. Ya Allah. SubhannaAllah. MasyaAllah. Alhamdullilah. HidayahMu aku mengerti. Diriku dan apa juga dariku, Engkau perintahkan agar mutlak milik dan untukMu. Sesungguhnya, nikmat Allah buatku, tidak terhitung. Maka, atas segalanya Dia buatkan untukku,
(10) Tuhan. Ya Rabbi. Allahuakbar. Tetapkan aku pada kesadaran dalamku ini. Aku dan segalanaya aku, mutlak milik dan hanya untukMu. Semailah hidayah dalam luasMu dalam naluri akalku, setiap lakuku, akan terus aku bertanya sendiri apa ada lain niat selain setulus seikhlas sesucinya hanya untukMu? Hindarkanlah aku terniat apa lagi terbuat jika selain dari itu. Di depanku, ada mereka yang bakal kutinggalkan. Biarlah aku pergi dalam limpah rahmatMu meluas tetap tersisa buat mereka yang juga adalah sepertinya aku terdahulunnya nanti. Aku memilih rahmat kekalMu selepas ini dari yang kini di sini. InsyAllah.
Kuching, Sarawak
9 Mei, 2013
Nota:
Tulisan ini, adalah saranan acid test ke atas keikhlasan segala niat dan perlakuan kita. Pokoknya, berbuatlah demi dan untuk kebahagian Ummah atas tanggungjawap kita sebagai khalifah biar di mana dan bentuk duduknya.
0 comments:
Post a Comment