.

10/5/13 SAHUTLAH....kembalikan roh Melayu!

Posted By: Abdullah Chek Sahamat - May 12, 2013

Share

& Comment

Sesiapa yang pernah ziarah ke BaitulHaram, pasti menyedari betapa Baitullah dan BaitulHaram seluruhnya adalah terkepung dalam satu lembah yang sangat sempit. Di kiri-kanan, depan-belakang BaitulHaram adalah perbukitan keras tandus. Biar paling hampir kepada Baitullah juga asalnya adalah perbukitan yang tidak memberi harapan. Marwan dan Safa adalah dua bukit yang telah menghampakan Hajar, seorang ibu yang putus harapan saat bayi, anaknya Ismail sedang bertangisan kedahagaan dan kelaparan yang tidak terhingga. Dia berlarian termengah-mengah berulang -alik di antara kedua bukit tersebut berharap akan ada sesiapa akan melewati tempat tersebut untuk keperluan sedikit air atau mungkin pangganan, namun tiada siapapun berdatang. Sepertinya kematian sudah terlalu dekat bukan sekadar buat Ismail, namun juga kepada Hajar. Tanpa pembelaan sesiapa, biar dari Ibrahim AS sekalipun, Hajar sememangnya wajar berputus asa. Namun, perakuan Ibrahim AS terdahulu, betapa Lembah Bekka menjadi pilihan Ibrahim AS buat penyisihan Hajar-Ismail adalah atas pertunjuk Allah, maka Hajar berserah diri sepenuhnya atas takdir selanjutnya. Allah menuntut, selagi sesiapa tetap teguh berIman dan yakin kepadaNya, pasti pembelaan akan terus tetap ada. Kedua-dua Ismail dan Hajar terselamat atas kudrat Ilahi, lalu atas teguh Iman dan Taqwa mereka, akhirnya Mekah muncul sehingga kini sebagai Kota yang tidak akan pernah sepi dan akan terus berkembang.

(2) Seperti juga Yusuf AS pernah dicampak oleh saudara-saudaranya ke dalam perigi. Dia tersisih dan diyakini telah mati. Namun Yusuf kemudiannya menjadi pembesar yang bukan hanya menyelamatkan kaum keluarganya, malah menjadi Menteri Ekonomi Firaun yang tersangat hebat. Musa AS di saat bayinya dihanyutkan oleh ibunya di Nil, demi untuk menyelamatkan dia dari kekejaman Firaun. Sepertinya, Nil yang sangat luas dan berarus deras lebih selamat bagi seorang bayi berbanding dengan pedang Firaun. Kemudian, Musalah menjadi penyelamat kepada ratusan ribu nyawa Yahudi, dan apa lagi memusnahkan bala tentera Firaun di tengah Nil. Sesungguhnya, bacalah kisah semua para nabi dan rasul, hidup mereka penuh penyisihan. Muhammad SAW tidak terkecuali. Sejak dalam kandungan, Muhammad SAW tersisih dari kebahagian hidup sebuah keluarga sempurna. Sehingga di alam dewasanya, selama dua puloh tahun terus-terusan terpaksa berdepan dengan perjuangan yang tidak pernah kendur dari kegetiran. KeImanan dan keTaqwaan baginda, meletakkan baginda antara manusia paling terhormat sehingga kini. Juga baginda menjadi penyelamat  kepupusan umat Arab di jalan kejahilan mereka. Allah, sebegitulah caranya Dia merintis jalan kepada kegemilangan, jika kita boleh berfikir dan terus berIman dan berTaqwa kepadaNya.

(3) Sesungguhnya, bermula dari 1997 dan memuncak dalam PRU12 (2008), Melayu-Islam di Negara ini sedang mengalami proses penyisihan hebat. Bila berlaku peralihan kuasa antara Mahathir Mohammed dan Abdullah Ahmad Badawi pada 2002, Melayu  saling sibuk menjalani proses penyisihan antara satu sama lain. Dari sibuk bekerja untuk terus memakmurkan bangsa, pemimpin Melayu terlalu sibuk berpolitik memusnahkan sesama sendiri. Maka terbentuk kuatlah kelompok-kelompok meminggir dan terpinggir. Akhirnya berlaku pertarungan yang membawa kepada usaha-usaha saling membunuh berpanjangan. Negara menjadi mangsa terutama bila habuan ekonomi negara tidak dapat menampung keperluan rakyat yang sudah jauh berubah. Kemelut berpanjangan yang melanda Melayu yang merupakan teras kepada sistem pengurusan Negara, perlahan-lahan melumpuhkan ekonomi Negara. Pemimpin Melayu asyik berpolitik saling bertikam saling menyisihkan. Ekonomi Negara kian tidak terurus, tidak bergerak pada landasan seharusnya.

(4) Dalam masa yang sama, sesungguhnya kebanjiran golongan muda yang datang dari pelbagai rupa bentuk pendidikan hasil dari liberalisasi sistem pendidikan dan asakan hambatan keIlmuan yang telah diusahakan oleh pentadbiran terdahulu merupakan sebahagian dari sebab kemelut politik Melayu di sekitar 2000-2010. Golongan ini akibat kemewahan mendadak yang berlaku sejak 1990an telah mulai melupakan sakit getir silam. Sejarah keringat, air mata, darah dan nanah nenek moyang mereka, sekerasnya mahu mereka sisih pinggir buangkan. Mereka menjadi kacang lupakan kulit mahu melihat segalanya dari sudut yang liberal seluas-luasnya. Golongan tua dicap sebagai konsevatif yang harus dipijak lupakan. Pemimpin lama dinobat sebagai diktator kuku besi agar banyak terus membenci. Golongan muda ini bangkit sebagai kelompok koprat yang ingin merobah segalanya. Biar di dalam UMNO, PKR atau PAS, golongan ini menjelma dalam rupa yang berbeda-beda namun jika dihalusi tetap sama tujuan mereka iaitu Malaysia harus diurus dengan cara yang baru. Malaysia mesti dirobah cepat. Demokrasi di Malaysia harus liberal tulin. Pendeknya, biar masa depan Malaysia kini diterajui oleh golongan muda. Golongan muda inginkan kebebasan mutlak. Kehidupan bebas Kota kian bermaharajalela dan itu mesti menjadi amalan baru Malaysia.

(5) Kemudian, kaum Cina yang hidup mereka tergantung dengan usaha keras Kapitalis, saat Negara mengalami kelembapan ekonomi pasti mereka paling terasa. Sesungguhnya kaum Cina, hidup mereka sangat tergantung dengan perdagangan. Berdagang buat mereka adalah lewat hutang yang berlambak. Bukan sekadar untuk berdagang, sesungguhnya seluruh kehidupan mereka adalah terbungkus dengan hutang. Mereka tidak sekadar berhutang untuk berdagang, mereka berhutang atas keperluan hidup seharian: rumah, kenderaan, pendidikan, kesihatan, hiburan dsb. Siapa yang mengerti Kapitalisma, pasti ini tidak sukar untuk difahami. Sesungguhnya, saat ekonomi Negara berjalan lembab, maka pendapatan kaum Cina kian menguncup. Kuncupan inilah yang menimbulkan keresahan mereka. Akhirnya, bangkit golongan muda di kalangan mereka mununtut hak untuk hidup makmur. Maka, kerana urusan pentadbiran Negara sangat terkait dengan Melayu, maka kelembapan ekonomi Negara dilihat sebagai kelemahan pentadbiran Melayu. Sememangnya dari segi statistik, GDP Negara kian meningkat, tetapi GDP Negara tidak bermaksud direct disposable income kepada rakyat, tidak kira bangsa. Akhirnya, kepimpinan di dalam MCA, Gerakan, SUPP dan SAPP menghadapi gelombang rempuhan golongan muda.

(6) Golongan muda Melayu dan golongan muda Cina, yang kemudian turut disambut oleh golongan muda India dan pribumi lainnya akhirnya sepakat bertanggapan betapa kelembapan ekonomi Negara, yang mengakibatkan Rigidity Disposable Income Growth serta Inflexible Job Market adalah akibat cara konservatif pentadbiran Negara. Sifat konsevatif ini adalaha kerana adanya pemimpin yang telah terlalu lama di dalam sistem pentadbiran Negara yang otak dan hati mereka kian berkarat. Mereka akhirnya secara tidak sadar mengusul sebuah perubahan mendadak. Perubahan bukan hanya dituntut ke atas individu malahan merebak mahu cepat, melibatkan insitusi keseluruhannya. Fenomena ini, seolah-olah golongan muda Malaysia telah bersatu menuntut perubahan. Apa lagi bila unsur-unsur liberal democracy kian lantang disuarakan, maka banyak yang terpancing dan menangguk di air keruh. Akhirnya banyak gendang peruibahanpun bertabuh di serata Negara.


(7) Seperti yang sering saya katakan, Barat sangat cenderung untuk mengkaji. Mereka dapat melihat, Asia adalah rantau pertumbuhan pesat dunia. Jika ini tidak dikekang, pasti Asia akan mendahului Barat dalam sedikit masa lagi. Jika ini terjadi, ada kemungkinan Barat akan jadi kuli Timur. Barat tetap berhidung tinggi. Mereka tidak mahu kalah biar bilapun. Maka, jarum mereka jalankan dengan baik.

(8) Kemelut penyisihan khususnya dalam UMNO, Barat lihat sebagai peluang terbaik untuk menanam jarum hadangan perkembanagn pesat ekonomi Malaysia. Jika ekonomi Malysia dapat diperlahan atau direncatkan, pasti kesan serantaunya amat ketara. Barat telah berjaya memporak perandakan Timur Tengah yang menjadi pembekal tenaga dan modal dunia. Barat dapat melihat betapa bahayanya jika Malaysia terus berkembang, pasti Timur Tengah akan beralih pandang. Sesungguhnya Malaysia adalah jambatan kepada pelaburan dan simpanan Wang Petro-dollar Timur Tengah di seluruh Asia. Maka, kemungkinan peranan besar Malaysia ini mesti disekat cepat.

(9) Seperti sudah mengantuk disorongkan bantal saat Mahathir-Anwar tengah tidak sebulu apa lagi bila Mahathir-Abdullah juga sudah tidak sekandang yang berlanjutan kepada sengketa tidak sudah Abdullah-Anwar, Najib-Anwar, dan saya menduga adu domba juga akan terus melanda agar Najib-Muhyiddin juga tidak bersefahaman nantinya, dan akhirnya Anwar-Najib-Muhyiddin akan saling berbunuh, Barat dengan tangkas menggunakan keresahan dan kebangkitan golongan muda sebagai senjata paling ampuh dalam mengucar kacirkan Malaysia. Maka tidak hairan DAP, PKR dan PAS telah secara sedar atau tidak sedar digunakan baik untuk mengapi-ngapi semangat resah gelisah golongan muda dengan slogan roboh robah.. Golongan Cina, yang tuapun kian terikut dengan tuntutan golongan muda ini, apa lagi disemarak kuat oleh DAP, PKR dan PAS, maka berlakulah penolakan hebat mereka kepada MCA, Gerakan, SUPP dan SAPP dan mereka sepertinya total bersama DAP.

(10) Melayu dan pribumi adalah teras segalanya di Negara ini. Biar sumber ekonomi moden Negara lebih 70% darinya berada di tangan tidak lebih dari 30% penduduk Negara ini, namun kesuburan kuasa ekonomi itu tetap sangat tergantung kepada dokongan 70% dari penduduk yang hanya menguasai 30% dari kekuatan ekonomi moden Negara. Pertumbuhan ekonomi Negara kini saya kira telah sangat bergantung kepada Domestic Consumption. Pendeknya, masyarakat Kapitalis Cina tetap terpaksa bergantung kepada dokongan penduduk pribumi Negara ini untuk terus maju jauh. Namun dengan penghijrahan luas kaum pribumi kini ke kota-kota, maka perhitungan ekonomi tidak boleh dilihat lewat jalan mudah. Tetap ada pergantungan kukuh antara pribumi dan Cina di Negara ini. Cuma saya melihat, PRU12 dan PRU13 adalah sebagai campur tangan Allah untuk menyedarkan Melayu Muslim di Negara ini untuk insaf dan bangkit merdeka berdaulat. PRU12 dan PRU13 adalah proses menelangi Melayu khususnya yang bergelar pemimpin politik yang berpolitik murahan, cetek dan untuk kepentingan sendiri.

(11) PRU12 dan PRU13 harus dijadikan asas kepada pemimpin politik Melayu untuk kembali berani berubah kepada sesat di hujung jalan, kembali ke pangkal jalan. Di mana kesalahan dan kesilapan telah berlaku, maka kita harus berani mengakuinya dan dengan segera kita memperbaiki diri. Para pemimpin Melayu harus berani menerima cabaran betapa PRU12 dan PRU13 telah mendedahkan kudis di tubuh banyak dari mereka, dan mereka mesti berubah. Melayu sesungguhnya sedang mencabar dan memberikan mereka peluang untuk berubah.

(12) Dalam soal merobah, Najib harus tidak terbawa-bawa dengan banyak salah tafsir tentang kemahuan golongan muda. Contohnya kegilaan kepada media sosial tidak bermaksud semua penduduk Negara ini harus diberikan Note Book buatan Cina tidak berkualiti tetapi mahal serta Projek Kampung Tanpa Wayar yang banyak tidak berfungsi baik. Saya menduga, Najib harus berani menjalankan Kajian Ilmiah secara menyeluruh tentang masalah Sosialisasi Rakyat Malaysia untuk secara jelas mencari akar umbi segala pemasalahan serta inspirasi sebenar mereka. Najib tidak boleh melihat segalanya hanya dari sudut politik. Juga tidak segalanya harus dilihat dari sudut ekonomi apa lagi Ekonomi Kapitalis. Juga, keperluan untuk mempertahankan hak Melayu, harus tidak dilihat dari sudut menakutkan seperti selalunya. Hakikatnya rakyat sudah berpelajaran berpengalaman harus diakui dan gerakan perobahan mestilah mengambil kira perubahan sosial ini.


(13) Saya melihat perubahan sosial yang sedang dihadapi Negara masa kini adalah sama dengan perubahan akibat Peluasan Penaklukan Islam di zaman Umar Al Khataab dan lima tahun pertama pemerintahan Othman Affan. Dalam tempoh 15 tahun tersebut, telah berlaku pertembungan hebat antara bangsa Arab, Parsi, Eropah dan Afrika yang setiap satunya sangat recam dan berbeda. Pertembungan ini telah merobah segalanya, khusus bila mana bilangan Cendikiawan Islam masih terlalu jauh kurangnya untuk mentadbir Empayar yang sebegitu luas. Sesungguhnya, Uthman Affan di zaman pemerinthannya sedang berdepan dengan kekurangan pakar dalam Islam untuk mengurus urusan Empayar Islam yang sebegitu luas mengikut perundangan Islam sebenar. Sebabnya, mungkin kerana terdorong oleh kemahuan untuk menakluk sehingga Kahlifah alpa untuk mempersiap para pegawainya dengan Ilmu Islam secukupnya sebanyaknya. Inilah apa yang saya kira sebagai belunjur sebelum duduk berbeda dengan di zaman hidupnya Muhammad SAW, baginda lebih menekankan didikan Islam dari perluasan hebat Empayar Islam. Di Malaysia, bila Mahathir meledakkan peralihan struktur ekonomi Negara dari agarian kepada Industri, maka sistem pendidikan kitapun secara mendadak diarah melahirkan teknokrat dan birokrat yang kian hilang jatidiri budaya dan agama mereka. Pendidikan budaya dan keIslamanan khusunya hanyalah sekadar mencukupkan atau sekadar window dressing tidak berubah tidak berkembang tidak menyeluruh. Akhirnya jiwa rakyat hanya terisi dengan materialisma dan menjauh tututan zuhud mereka.

(13) Sesungguhnya pembangunan materialisma di Malaysia adalah satu lompang hollow sepertinya kejadian asal Adam AS yang lompong sehingga syaitan boleh menguasainya. Allah kemudian meniupkan nafasNya bagi menutupi kelompongan tersebut agar syiatan tidak terlalu bermaharajalela untuk menguasai manusia. Sesungguhnya, saat Mahathir kuat membina Negara ini, kita membangun dalam kelompongan. Pembangunan kita adalah tanpa roh. Akibatnya kita tiada semangat patriotisma, ketaatan, kesayangan kepada Negara. Inilah sebenarnya yang mengakibatkan kenapa generasi kini kian hanyut dari reality and rationality sebuah Negara. Najib, harus memberikan roh kepada Melayu dan Malaysia seluruhnya. Roh bagi Melayu adalah Islam, dan buat kaum lain khususnya Cina dan India, budaya dan nilai-nilai Confucianisma dan Buddishma/Hinduisma telah tersedia.

(14) Secara ulet saya melihat Kg. Baru Kuala Lumpur harus dibangun bagi menyuburkan roh Islam di kalangan orang Melayu Malaysia dan Nusantara amnya. Saya yakin, tuan-tuan tanah di Kampung Baru, yang semuannya Melayu Islam, pasti mahu membawa barakah harta mereka ke syurga nantinya disamping dapat menafaat duniawinya secara lestari, maka berasakan natijah itu, pasti boleh dicari satu pendelatan yang baik untuk membangunkan Kampung Baru agar selari dengan kehendak Melayu dan Islam. Saya yakin pembangunan di sepanjang Tebing Sg Gombak-Kelang seperti sekarang sedang direncanakan akan memberikan untuk memajukan Kampung Baru sebagai roh Melayu dan Islam di rantau ini.

(15) Jika Melayu ingin besar dan kekal hebat di rantau ini, Najib harus bijak membaca cara mulanya Muhammad SAW dalam membentuk Daullah Islam iaitu dengan terlebih dahulu membangun para sahabah yang ahli dalam Ilmu Islam di mana baginda sendiri adalah MahaGurunya yang segala pendidikan dan contoh terladan perlakuannya adalah terus dari Allah. Saya tidak berharap untuk Najib menjadi Tok Guru, tetapi Najib boleh melakukan sesuatu yang hebat buat bangsa ini. Caranya Nik Aziz Nik Mat lewat pondoknya agak kurang berkesan. Najib harus berani untuk melakukan sesuatu yang lebih besar dan berkesan, bukan sekadar untuk Melayu Malaysia tetapi Melayu serantau dan seterusnya. Saya berkira, Kampung Baru Kuala Lumpur harus dibangun sebagai Islamic Center of Excellent yang akan memancarkan nur Pendidikan, Sistem Kewangan dan Syariat Islam untuk semua. Sesungguhnya sistem pendidikan kita perlu perobahan besar. Kita perlu membina satu sistem pendidikan yang memperkuat secara seimbang kemahiran duniawi dan kekentalan akidah. Saya yakin Kampung Baru boleh memainkan peranan ini dan najib harus berani dan bijak mengajak umat Melayu di Kampung baru untuk membina roh dan wadah bagi kebangkitan Melayu Islam Besar. Inilah senjata paling ampuh saya kira sebagai roh dan benteng untuk kita akhirnya menjadikan Malaysia sebuah Negara Islam Besar.

(16) PRU13 telah menelanjangi Najib. PRU13 telah mengecutkan Najib. PRU13 adalah cabaran agar Najib terus berani dan tegas. Dia harus bersih dan amanah. Dia harus Islam berani tegas. Dia mesti merobah ke arah Islam yang memperkasakan Melayu. PRU13 adalah petanda, Melayu perlu membangun dengan roh yang kuat. Islam hendaklah Najib letakkan pada landasannya. Itulah cabaran yang Najib dan semua harus terima dan perjuangkan. Penolakan kaum-kaum lain ke atas Kerajaan Pentadbiran Najib adalah bersifat sementara. Ianya adalah cabaran untuk kita Umat Islam bersatu teguh dan bekerja berlaku secara Islam demi Islam untuk Allah. Islam adalah untuk semua, maka kita bekerja berlakulah membuktikannya. InsyaAllah.

(17) Sesungguhnya jika kita berfikir kuat, pasti Kampung Baru adalah sama tersisih seperti asalnya Baitullah. Ibrahim-Ismail mengembalikan martabat Baitullah, maka sebegitulah juga dituntut ke atas Najib untuk mengembalikan roh Melayu di Kampung Baru lewat, saya yakin menjadikannya Islamic Center of Excellent Negara dan Serantau. Sebegitulah saat Abrahah hendak meranap menyisihkan Baitullah, Muhammad SAW kemudian menjadikannya terus hebat sehingga kini. Apa Najib dan cendikiawan Melayu-Islam tidak boleh melihat iktibar ini dari asakan kekalutan PAS dalam konsep Islam sempit mereka?

nota:
Foto Najib berserban adalah kiriman lewat hp entah siapa semasa hangat PRU13 lepas.

Kuching, Sarawak
13 Mei, 2013

#Abdullah Chek Sahamat

Writing that complies Bizarre, Odd, Strange, Out of box facts about the stuff going around my world which you may find hard to believe and understand

0 comments:

Copyright © 2010 abc sadong™ is a registered trademark.

Designed by Access. Hosted on Blogger Platform.