.

11/4/13 INILAH WAKTUNYA ISTIHARAH ITU SANGAT PERLU....

Posted By: Abdullah Chek Sahamat - April 19, 2013

Share

& Comment

Khutbah Jumaat di Masjid di mana saya singgah Sholat pada hari ini amat baik tajuknya iaitu Umat Islam Mesti Menyemarakan Al Quran. Intipati Khutbah ialah agar Umat Islam membaca, meneliti, mengerti akan isi kandungan Al Quran. Ia mengajak Umat Islam melangkah selangkah ke depan dari hanya mengaji. Cuma saya agak tertunggu-tunggu satu lagi perkataan yang akan melengkapkan seruan khatib iaitu amalkan. Namun perkataan itu tidak keluar, mungkin saya berkira bahawa dia bertanggap Umat Islam harus sudah sendirinya mengerti. Saya yakin, tidak semua akan mengerti sebegitu kerana seperti juga banyak yang mengaji tetapi sangat kurang yang mengkaji, apa lagi yang mengamali. Sesungguhnya, jika Al Quran di baca, diteliti, diamali, pasti akan sentiasa ada rasa kekurangan pada diri kita, dan pencarian seterusnya akan terus berlaku. Hanya dengan cara itulah, saya berkira, Umat Islam akan terus mendekati diri, mendongkil dan terus mengamalkan pengajaran di dalam Al Quran.

(2) Di dalam suasana PRU13 ini, terutama di Kelantan, Trengganu, Kedah, Pahang, Johor, Perak dan Kuala Lumpur, pasti berapi segalanya. Di antaranya, Najib Abdul Razak, Anwar Ibrahim, Hadi Awang, Nurul Izzah Anwar, Annuar Musa, Ibrahim Ali, Mustapha Ali, Zulkifli Nordin, Mukriz Mahathir, Khalid Ibrahim adalah nama-nama yang akan terbangkit hebat untuk dijatuhkan. Usaha-usaha untuk saling menjatuhkan ini pastinya akan keterlajuran sehingga banyak berbau fitnah. Setiap pihak akan berpidato dengan hebahan bukti-bukti yang sepertinya sangat logik. Semuanya seperti boleh diterima. Namun, hakikat kebenarannya belum pasti jika akal waras bermoral diguna untuk menilai. Namun tidak semua akan ada kelebihan menilai segala berasaskan akal waras bermoral, banyak pasti akan sekadar percaya sebab kalau angin tidak ada, masakan pokok bergoyang. Lumrah adat Media Kapitalis, repeat the issue to a level it became a news and the truth. Lihatlah, tidakkah Sadam Husein terguling lantaran seluruh dunia akur betapa Tiupan Khabar Angin Barat telah tidak lagi dipersoal betapa dia punya WMD? Juga tidakkah sebegitu akibatnya ke atas Usman Affan RA dan Ali Abi Thalib RA di zaman pemerintahan mereka sehingga akhirnya mereka terkorban yang menimbulkan pertelingkahan tidak berkesudahan sehingga kini. Sesungguhnya, segalanya Allah jadikan, agar menjadi panduan buat kita selepas semuanya itu, namun, tersangat sedikit yang insaf dan memperbetulkan.

(3) Khabar rasuah, salah laku sek, penyelewengan kuasa, keterbablasan akidah,  penghianat bangsa, dsb pasti akan memenuhi dada media di seluruh Negara. Pertuduhan tidak lagi secara malu-maluan namun dihambur tepat diludah jitu kepada penama tertentu. Pesan Allah, jangan aibkan sesama suadara dihambur tebar pasti diinjak-injak lumat. Umat Islam jadi terbawa-bawa dengan analisa emosi yang menjurus kepada sudah diterangi, apinya malah dipadamkan. MasyaAllah.

(4) Dalam PRU13 ini, Umat Islam di Negara ini punya peluang keemasan yang sangat sempurna. Sesungguhnya saya berkeyakinan penuh, betapa Allah sedang memberikan kesempatan MahaLuasNya kepada Umat Melayu untuk membersihkan kepemimpinan Negara. Kita janganlah memutuskan segalanya berasaskan hanya lewat pendengaran dan penglihatan semasa, namun biarlah segalanya digerakkan oleh kalbu kita. Di dalam kalbu kita, tersimpan zat Allah paling dekat kepada kita, iaitu nafasNya. Biarlah zat suciNya membantu kita menentukan perjalanan jauh kita. Untuk itu, saya berdoa agar dalam dua Khutbah Jumaat mendatang sebelum 5 Mei, 2013, agar para Khatib dapat menasihati semua Umat Islam agar berIstiharah dalam menentukan siapa yang seharusnya mereka pilih. Memilih, kita mesti memilih. Biar kalbu kita menentu-yakinkan siapa dia antara manusia yang tinggi nilai insaninya atau paling-paling di antara dua syaitan, setidak-tidaknya kita mengelak dari bersekongkol dengan iblis. Dalam Bahasa Inggeris, Pray to Allah to grant us the Hidayah to choose the best among the good or at least the better among the devils.

(5) Yakinlah kepada Istiharah. Sesungguhnya, tidak PAS apa lagi Islam akan punah jika Hadi Awang atau Nik Aziz Nik Mat perlu kita kuburkan. Muthalib pernah membiarkan Kaabah dalam peliharaan penuh Allah, saat Abraham mahu meranapkannya. Begitu juga nasihat Umar Al Khatab RA kepada Khalid Al Walid, betapa Islam akan menang bukan di tangannya dia tetapi pada kehendak Allah. Begitu juga, tidak demokrasi itu akan luput mati jika Anwar Ibrahim-Nurul Izzah mesti kita benamkan. Apa lagi, tidaklah Malaysia akan punah ranah biar jika kalbu menetapkan Najib Abdul Razak harus diundurkan. Sesungguhnya, di kalangan ratusan yang bertanding, pasti Allah sedang sembunyikan yang terbaik. Cuma, saya yakin, Allah sedang memerhati apa kita Umat Melayu akan memilih cara kembali kepadaNya dalam soal memilih jalan panjang hidup kita ini atau tidak. Saya yakin dan mengajak, bagi mereka yang dalam kawasan-kawasan penuh calun-calun kontroversi berIstiharahlah sebelum memilih, dan ikutilah gerak kalbu bimbingan Ilahi. Mudah-mudahan Hidayah Allah akan terpecar bersih di hati dan fikiran kita. InsyaAllah.

Kuching, Sarawak
19 April, 2013

#Abdullah Chek Sahamat

Writing that complies Bizarre, Odd, Strange, Out of box facts about the stuff going around my world which you may find hard to believe and understand

1 comments:

balqiswilson said...

Assalamualaikum.

Tok Mon,gambaran Saudara ABC adalah wadah bagi Allah memperingatkan kita betapa melalui hidup hari ini penuh kekalutan.

Saya cuba gagahi dan selami hati
T.Mon biar resah namun saya berupaya mengerti seadanya.
Bagaimanapun dalam menghayati hati politik tanahair semasa kita,saya tidak berupaya dan berdaya. Saya berdoa kehadrat Allah agar negara kita yang dicintai sentiasa aman selamanya. Apa yang dapat diluahkan melalui bloq Saudara ABC, cuba untuk memahami keseluruhan coretan beliau,ada yang tersirat disebalik yang tersurat.

13th General Election is around the corner. Perang poster ghairah sekali.Kibaran bendera sana sini, tegak megah sehingga mengganggu pandangan pemanduan pengguna jalanraya.Tidak kurang hebatnya rentangan kain disekitar sekolah, apartment,permis perniagaan dll, paling menarik ditepian tasik dan muara sungai dipacakkan bendera parti.Meriah begitu striking and colourful.Tepat sepertimana dislogankan oleh PM kita 1Malaysia.

Jika dilihat warna/i itu,betapakah rakyat kita mempunyai semangat yang jitu,berkasihsayang, maufakat dan hidup dalam kejiranan yang harmoni.Reality tiada yang fantasy.

Bagaimana pula dari sudut suara hati yang menyuarakan ketidakpuasan.,theres still a lot more that can be done.
Begitulah jika rambut sama hitam tapi hati masih renggang dan berjauhan,sepertinya indah khabar dari rupa.

Jelas Saudara ABC,berbagai usaha dilakukan untuk saling menjatuhkan sehingga ada yg berbaur fitnah.Logic atau tidak hanya Allah Maha Mengetahui.Pepatah berkata,pohon tidak akan bergoyang jika tidak ditiup angin,jika tidak ada-ada masakan tempua bersarang rendah,begitulah jika kuasa beraja dimata bersultankan dihati.

Keterlaluankah saya jika berkata,kita tidak harus menjadi seorang diktator berkuasa mutlak meletakkan syarat dan menjatuhkan hukuman.,SubhanAllah..Kepada Allah kita memohon ampun agar menyelamatkan seluruh umat Islam dari segala macam permusuhan.

Manusia dianugrahi Allah pertimbangan hati dan kewarasan akal sayangnya bila dikuasai nafsu tanpa kawalan lupalah kita kepada Tuhan.

Singkaplah tabir diri,sedarilah kelemahan,terokailah ilmu Allah dan manfaatkannya.Sesungguhnya ilmu Allah ibarat lautan,luas dan dalam.Jika dihimpun masih terlalu sedikit dibuku utk semua.
Surah AlKahfi,18;109,Jika sekiranya lautan menjadi tinta utk kalimat TUHANku,sungguh habislah lautan itu sebelum habis ditulis kalimat TUHANku,meskipun kami datangkan tambahan sebanyak itu.

Dalam kita memenuhi tuntutan dunia haruslah berhati-hati.
Apakah yg dinilai didalam sebuah masakan.,its not only the taste but also about the presentation. Maaf jika english saya agak kucar kacir.Bagi saya kita tidak harus malu jika silap dlm belajar. Wajarnya kita lebih malu kepada Allah jika melanggar hukumnya. andai begitu mohonlah ampun darinya,sesungguhnya Dia Maha Pengampun dan Penyayang.

Keimanan sebagai pengukuhan hati,akal adalah benteng dari segala unsur negative. Rasulsaw adalah model yang ideal. Manifestasi pengurusan Baginda adalah yg terbaik sebagaimana maksudNya,Sesungguhnya aku diutuskan utk menyempurnakan akhlak yang mulia.Semuga kita umat yang mewarisi peribadi Rasulsaw.

Untuk menata minda,Hj Afifi Ahmad berkata,akal utk berfikir,hati utk berzikir,hidup utk bertafsir.

Bagaimana utk kita mendapatkan therapy hati supaya menjadi lapang jauh dari dendam..untuk itu Dr Zahazan menjawab,Sabda Nabisaw; turunnya cahaya kedalam hati maka ia menjadi lapang.Tandanya ialah kesungguhan beribadah utk kembali keakhirat,meninggalkan kemegahan dunia,bersiap sedia menghadapi kematian.Hidayah dan petunjuk Allah sentiasa mengiringi sesiapa yg berusaha utk mendapatkan kebaikan.
Tq,wassalam.
Rujukan-Solusi.

Copyright © 2010 abc sadong™ is a registered trademark.

Designed by Access. Hosted on Blogger Platform.