Masyarakat Sulu di Mindanoa. Laut adalah kehidupan mereka, daratan benteng pertahanan mereka lupakan. Akhirnya banyak menjadi Orang Hanyut di Sabah
Sejak beberapa bulan yang lepas, saya dihujani dengan beberapa masalah yang dihadapi oleh beberapa teman jauh dan dekat. Pertama, seorang adik angkat sejak saya di Universiti (1983) meminta bantuan bagaimana mendepani suaminya yang kian meliar. Puncanya, seorang wanita yang punya masalah rumahtangga, mulanya meminta bantuan sang suami untuk menjadi orang tengah dalam menyelesaikan beberapa masalah dengan suaminya. Hubungan mereka menjadi terlalu akrab, lalu bertukar menjadi intim.
(2) Perincian permasalahan pasti semua dapat menduga. Nasihat saya kepada adik saya ini adalah watch the burning fire across the river. Maksudnya, kita tidak usah bergelut dalam kancah masalah yang kita hadapi ie berebut kasih dengan sang suami. Sememangnya, sedap cakap dari beban bahu memikul. Pendirian saya mudah api jika sedang marak, jika disirami minyak pasti semakin marak. Lelaki saat dia sedang memburu jika disekat ganas, pasti roboh Kota Melaka diterjahnya. Akhirnya yang dikendung kekciciran. Sendiri juga mengemut jempol, sendiri mengisap ibu jari!. Peranan adik dalam masalah ini, mudah, layan saja sang suami seperti biasa, bahkan sedikit bersahaja. Saya yakin pepatah Melayu Tempat jatuh lagi dikenang, inikan pula isteri yang soleh tempat sama bermain banyak benarnya. Sebabnya, saya yakin, lewat perhubungan dia dengan sang isteri orang itu, pastinya akan perlahan-lahan membongkar silap kehidupan pasangan pasangan berkenaan. Jika adik sabar, tabah dan yakin Allah itu MahaBijaksana dalam mendidik dan menjaga kita yang terus berIman dan sabar.
(3) Kedua, seorang teman dekat yang kebetulan saya kenali sejak beberapa bulan lepas, katanya menghadapi serangan dari bekas suaminya. Saya terperanjat mengetahui perkara ini, kerana selama berkenalan dengan saya, tidak pernah soal sudah pernah bersuami timbul. Katanya bekas suami membuat ugutan bermacam-macam sehingga kini dia sangat terganggu. Akibatnya, dia sedang berfikir untuk melakukan perkara-perkara bodoh. Dalam soal ini, saya tetap mengambil sikap Watch the fire across the river. Kalau sudah terpisah, jika tidak punya ikatan apa-apa eg anak, harta, dsb, maka sikap kita seharusnya licik dan tegas, iaitu bo layan. Jika kita sudah tidak serasi, biar apapun, jika kita mengambil sikap bo layan apa mungkin dia tidak akhirnya sadar sendiri. Kalu kita layan, maka ibarat mencurah petrol di api membara. Jika kita tak layan, ibarat, membiar api dalam sekam, habis sekam padamlah api!
(4) Ketiganya, seorang teman jauh di awal 40an, sudah punya anak dua, biar sudah rasmi terpisah hasil perih jenuh naik turun Mahkamah Syariah, kini sedang berebut hak. Pertama hak menjaga anak. Kedua hak atas harta sepencarian. Dalam hal ini, sekali lagi pandangan saya tetap sama iaitu Watch the burning fire across the river. Jika kita yakin, betapa Allah itu akan sentiasa memelihara hak mereka yang teraniaya, serta jika kita tetap di jalan keImanan dan bakti, maka tidak usah kita berebut apapun, biar anak biar harta. Pastinya sekali lagi saya dituduh sebagai tidak punya prikemanusiaan dan gender bias, cakap mudah, buat belum tentu. Pendirian saya adalah mudah, perebutan dan sikap tidak mahu mengalah di antara keduanya tidak sekali-kali atas dasar menjaga kepentingan anak-anak. Sikap perebutan dan tidak mengalah itu hakikatnya adalah samada atas rasa dendam dan atau keduanya atau salah seorang darinya masih mahu bersama. Cuma ego tidak mahu mengalah. Bacalah tulisan Helen Fisher, PhD mengenai saikologi cinta untuk mengetahui sedikit mendalam mengenai hantu cinta. Saya dapat rasakan, hasil perebutan ini, pertembungan ego sebetulnya, kedua anak itu akan punah. Jadi pendirian saya, ingatlah akan janji Allah, berilah, kerana perbuatan memberi dengan penuh ikhlas dan yakin, pasti Dia akan ada ganjaran akhirnya buat kita. Jika sang suami atau isteri bermati-matian hendakkan anak dan atau harta, berikan sajalah dan biarlah pemberian itu kita jadikan sedekah paling ikhlas. Yakinlah, jika itu akhirnya adalah rezeki kita Allah itu MahaPengasih dan MahaPenyayang, pasti akan ada ganjarannya. Kita perlu syukur dan tabah.
(5) Keempatnya, saya juga telah dihujani oleh seorang teman lain, di saat dia menghadapi permasalahan berat, maka sayalah katanya orang yang akan sentiasa terlintas di kepalannya. Tidak usah saya ceritakan permasalahan lainnya, dan biar saya kemukakan satu permasalahan yang dihadapi olehnya terkait dengan kerjaya dan beban kerjanya. Saya kira masalah ini kia dihadapi oleh wanita-wanita bebas dan merdeka. Dia sebetulnya seorang yang bijak dan gigih. Sikap wanita, mereka sangat teliti dan patuh dengan peraturan. Kenapa wanita punya sifat sebegini? Atas sifat-sifat sebegitu, maka dia dinaikkan pangkat sebagai seorang Pengurus (manager). Saya kira dalam usia yang masih muda serta agak baru dalam syarikat maka pastinya banyak yang iri, apa lagi dia adalah seorang yang ayu tetapi jinak-jinak merpati. Beban kerja tertimbun ke atasnya. Bosnya tidak mahu mendengar permasalahannya dalam kerja, apa yang dia tahu, semuanya mesti beres dan dia mahu bermain golf. Pendeknya, pangkat sudah diberi, kuasa sudah diagih, dan kemudahan sudah disediakan, maka, buatlah kerja. Teman-teman sekerja, boleh dikatakan semuanya lelaki. Sikap lelaki, get it done first, procedure take care later. Time is an essence. Kenapa lelaki sepertinya less concern about procedure?. Saya berkira, dia sedang menghadapi kemelut budaya kerja lelaki-wanita yang mana lelaki bila sudah berkedudukan tinggi sikapnya serang dan maju sedang wanita keep everything in order. Untuk pembaca yang suka menyelidik, elok dibaca dua buah buku tulisan Louann Brizendine bertajuk Female Brain dan Male Brain. Saya berpendapat sedikit sebanyak hubungan kerja lelaki-wanita dapat difahami dengan agak jelas hasil dari penelitian Medic-Physiology beliau ini.
(6) Nasihat saya kepada teman ini tetap Watch the fire burning across the river. Sharizat Abdul Jalil suatu waktu dulu sangat bangga dengan kejayaan wanita bilamana ada sebilangan sekarang sedang menduduki kerusi Ketua Setiausaha dan Ketua Pengarah Jabatan Awam. Katanya, itulah hasil perjuangan Wanita UMNO. MasyaAllah. Jika kita melihat keberadaan pada kedudukan itu adalah kejayaan, saya kira kita sudah picek. Kita seharusnya melihat, pada kedudukan itu, apa mungkin keberhasilan matlamat Kerajaan buat rakyat itu kesampaian secara cekap dan berkesan? Itu seharusnya jadi ukuran Sharizat. Dan buat teman ini, nasihat saya mudah, setelah tujuh tahun berhempas pulas bersama membina syarikat, kita sebetulnya sudah dalam keadaan tepu bahkan boleh jadi defensive. Maka elok talk things out very honestly with the boss dan mintalah cuti rehat panjang. Saat beristirehat, elok look back and forward, mungkin ada cara yang kita telah silap dan mungkin juga ada kehidupan baru yang lebih sempurna buat kita.
(7) Pokoknya, pangkat dan kemewahan terkadang menjadikan kita lalai dan takut untuk mengorak langkah lain yang lebih memberi kejayaan. Kita terlalu takut, katakan jika terpaksa melangkah keluar, maka kita terpaksa start life from the begining. Buat saya, I wish to start life from the beginning. Percayalah, Allah sering berfirman, ...tetaplah pada jalan KeImanan, tekunlah pada kebaikan, dan bersabarlah..., pasti ada kejayaan. Mengertilah maksud, cintailah Dia melebehi segalanya, pasti cintaNya akan tetap juga pada kita. Sesungguhnya, ungkapan ini menuntut kita bukan untuk semata-mata rebah sujud kepadaNya, tetapi meninggalkan apa yang merugikan kita dan dengan berani dan tabah berjalan pada kejayaan masa depan yang jauh lebih besar. Sesungguhnya Muhammad SAW terpaksa melupakan kemewahan dan kebahagian Quraish Jahilliah, bergadai nyawa dan hidup payah-melarat kerana dia yakin Allah menjanjikan kemuliaan yang jauh lebih besar dari kesenangan kini. Abu Bakar As-Siddique, habis hartanya. Umar Al-Khattab, Uthman Affan (habis harta sehingga) dan Ali Abi Thalib, sanggup terbunuh semua kerana menghambat kebahagian mutlak. Mereka sujud penuh kepada Allah dan terus berbakti kepada Ummah.
(8) Mungkin kerana memory otak saya tergiang-ngiang oleh permasalahan dan penemuan saya akan erti mencintai Allah itu harus melewati segalanya hasil pembacaan saya terhadap buku-buku yang saya bawa pulang dari Mekah dan Jakarta sedikit masa lalu, maka tadi malam saya mendapat mimpi yang cukup anih dan mengasak untuk saya berfikir dan mengambil sikap lain yang lebih berani.
Saya bermimpi, saya berjalan di Padang Pasir. Tetiba saya bertemu sebuah tasik kecil, (kiri, runtuhan Masjid asal Hudaibyyah) dikelilingi pohon-pohan ara yang rendang. Suasana begtitu nyaman. Juga tiba-tiba saya didatangi beberapa teman, yang sebetulnya sedang berpelarian akibat peperangan. Anih, di tengah tasik, ada bekas-bekas runtuhan bangunan di mana lima tiang kelihatan sangat teguh. Di seberang jauh tasik, saya melihat api-api dan asap kebakaran yang dahsat. Kata teman-teman saya, itulah peperangan antara Yahudi dan Palestin.
Saya sepertinya, mengusul kepada teman-teman saya, kita bina saja kota Palestin di atas Tasik ini dan tiang-tiang itu kita jadikan bangunan gagah buat mereka. Saya juga seperti mengeja perkataan PA LES TIN, rangkai kata LES dengan jelas dan tegas kepada teman-teman saya itu.
(9) Saya terbangun, kehairanan dan berfikir. Namun, segera saya sholat Tahajjd untuk bertanya: Ya Allah berilah pertunujuk jelasMu. Apakah saya sedang terpengaruh kuat dengan konsep Watch the fire burning from across the river atau ada pertunjuk lain. Dalam sholat, terngiang kepapaan puak Sulu di Mindanoa, Champa di Vietnam dan Kamboja, dan Rohingya di Tenggara Burma. SubhanaAllah. Berapa ramai antara kita sadar dan peduli?
(10) Semasa menulis rencana ini, saya berjanji kepada diri saya sendiri akan membuat Pamiran Siksa Palestin dan Champa di MyStore, sedikit masa lagi dan akan melancarkan Tabung MercyMalaysia. InsyaAllah, sebahagian perolehan saya dalam operasi MySore dan Jualan Lukisan akan saya sumbangkan untuk MercyMalaysia. Jika ada teman-teman ingin membantu terutama untuk menjayakan Pamiran, sila berhubung terus dengan saya secepatnya.
(11) Saya berkira, segala kemelut yang kita hadapi kini, kerana kita sudah agak menyisih dari landasan asal. Kita mulai kian lupa memperjuangkan penghapusan kemiskinan dan kepayahah rakyat. Kita kian lupa memperjuang penghapusan kesengsaraan umat seIlsam di keliling kita. Kita sudah melihat menyintai Allah sebagai semata-mata sujud dan bertafakur. Kita juga lalai dalam mengerti keberkatan kerja dan kehidupan adalah gandingan bakti dan sujud. Kita sudah kian lari dari agenda fitrah kejadian azali kita. Kita sehrusnya kembali lekas kepada fitrah ini. SubhanaAllah.
Kuching, Sarawak
15 August, 2012
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment