(3) Manusia di Semenanjung Arab, bahkan di Farsi (dulunya meliputi Iraq, Iran dan sebahagian Syria), wilayah di sebelah Timurnya, Sham (Jordan, Palestin, Lebanon dan Syria) di Utara yang di bawah pengaruh Rom (Byzantine), dan Kurd (Turki dan Asia Kecil) di Barat Daya sering saja bergolak, saling membunuh. Peperangan perebutan wilayah sering berlaku. Di Semenanjung Arab sendiri, permusuhan antara kabilah adalah sangat sengit. Di kejauhan Barat, terutama di Mesir, kekejaman Firaun juga sangat mengerikan. Begitu juga pergolakan suku di Libya, Algeria, Morocco, Tunisia, dan Somalia-Ethopia (Habsyah) sangat memusnahkan. Pokoknya sepertinya keamanan tidak pernah hadir di rantau-rantau ini. Kedaimaian adalah mimpi indah rakyat jelata. Allah punya rencana tersendiri bagaimana mahu menyelamatkan umat manusia yang sedang kacau bilau ini.
(4) Corak kehidupan biar di Eropah (Roman), Utara Afrika (Firaun), Farsi, Kurd, bahkan di Timur jauh India, dan China ribuan tahun sebelum kedatangan Injil dan Al Quran, sangat melaut beda darjatnya. Rakyat sehaya penuh sengsara kekejaman dan penindasan; penghambaan. Sedang para pembesar hidup dalam nikmat yang mungkinnya setanding dengan syurga; mereka adalah MahaRaja, sepertinya Tuhan. Juga tercatat betapa wanita sering menjadi asas perebutan wilayah dan kerajaan. Contoh paling nyata, sejak dari....isterinya Ibrahim AS yang menjadi kegilaan Firaun, membawa
(3) Fitrah manusia sebagaimana terdahulunya saya prihalkan adalah sangat indah. Kejadian manusia itu adalah paling indah. Manusia adalah ciptaan Allah paling sempurna dan terindah. Dalam diri manusia, ada cebisan roh Allah. Dicipta dan mulanya duduk di syurga, manusia asalnya terhidang dengan kehidupan yang maha indah, sempurna dan damai. Maka adalah azali bagi sesiapapun meninginkan kehidupan yang penuh sempurna, selesa dan mewah. Kerana itulah fitrah asal manusia. Namun atas tujuan penciptaannya untuk memimpin segala ciptaan Allah lainnya, maka Adam (dan Hawa) akhirnya diarahkan turun ke dunia; suatu kehidupan yang sudah Allah tetapkan sebagai sering mencabar dan menduga. Semuanya untuk menentukan di mana akhirnya kedudukan setiap seorang manusia itu: neraka atau syurga yang bertingkat-tingkat azab dan nikmatnya.
(4) Hanya ada tiga manusia yang telah melihat dan menikmati keindahan Syurga. Adam AS, Hawa dan Muhammad SAW adalah manusia-manusia itu. Muhammad SAW mungkin atas kedudukannya sebagai penghulu segala nabi dan rasul, juga didedahkan kepada Neraka. Saya belum menemui Adam (dan Hawa) ada melihat Neraka, mereka sekadar diperingatkan akan siksaan Allah atas kekufuran umatNya secara umum.
(5) MahaBijaksana Allah dalam mendidik ummahnya. Sengaja Dia memprihalkan tentang aliran sungai air putih jernih, sungai susu dan sungai madu di syurga kepada manusia-manusai di dunia gurun gersang. Dia juga memprihalkan keindahan taman penuh kembangan semerbak harumnya serta penuh dengan pelbagai buah-buahan yang meliurkan (juicy) dan enak-enak kepada mereka. Di Syurga juga ada pohon-pohon rendang yang meredupkan. Semua itu adalah nikmat keinginan melonjak kaum padang pasir gersang.
(6) Percayalah, jika perceritaan ini Allah
(7) Sesungguhnya, juga Allah menceritakan tentang bidari Syurga yang lembut, ayu, telaten dan segala sesuatu keharuman dan mengiurkan kepada penduduk Arab dan serantaunya, kerana itulah tabii dan nafsu hebat sejadi mereka. Semuannya adalah umpanan Allah terhadap mereka yang sangat membutuhkannya dan untuk mendapatkan itu mereka harus patuh kepada kehendak dan jalananNya.
(8) Dalam cerita ringkasnya, Allah menjanjikan (bah menunjukan) Syurga kepada manusia adalah agar manusia itu menjadi manusia seperti fitrah asal tujuan kejadiannya. Gambaran Syurga Allah adalah sebegitu hebat agar kita mengerti dan sentiasa ingat, betapa tetap pada jalan fitrah kejadian kita akan menempatkan kita di Taman Syurgawi yang MahaSempurna dan MahaIndah. Semasa di dunia ini, biar darjat, kebesaran, kemewahan, bahkan seribu rasa perit dan sakit, hanyalah dugaanNya, ujian tentang apa kita tetap atau goyah pada jalan fitrah asal tujuan kejadian kita.
(8) Berbalik kepada tajuk tulisan ini, saya yakin, Umar Al-Khattab sangat insaf akan azab Neraka dan nikmatnya Syurga.Saya yakin dia mengetahui pasti Muhammad SAW akan menduduki darjat Syurga yang paling hebat, maka dia mahu bersama menikmati kehebatan itu. Kerana itu, Umar Al-Khattab adalah sahabah nabi yang paling keras dalam menegakkan Islam dan sunnah Rasullullah. Saya juga yakin, dia sangat ingin terus dekat bersama Rasullullah biarpun di Syurga, sehingga di dunia semasa hidupnya dia sangat susah untuk berpisah dengan Rasullullah dan saat matinya juga dia mahu pusaranya berdekatan dengan Rasullulah. Bukan setakat itu, Umar juga sangat prihatin terhadap puterinya Habsah yang menjadi isteri Muhammad SAW. Saya yakin dia mahukan Habsah juga mesti berada bersama Muhammad SAW kemudiannya di Syurga pada kelas yang sama. Maka sering kita membaca, betapa Umar senentiasa memastikan Habsah tidak melarikan dan membebankan Muhammad SAW dari tugas dan tanggungjawapnya sebagai pesuruh-penyeru ke jalan Allah. Sesungguhnya sifat Umar Al-Khattab adalah teladan jelas yang kita khususnya jika berkedudukan sebagai pemimpin biar sekecil dan sebesar mana sekalipun perlu tegakkan. Juga dia sebetulnya membayangkan tanggungan seorang isteri kepada seorang pemimpin lewat kawalan dan penelitiannya terhadap anaknya Habsah.
(9) Juga dari sikapnya Khadijah isteri awalnya Muhammad SAW sangat mendukung tugas dan tanggungjawap Muhammad sebagai persuruh-penyeru ke jalan Allah. Khadijah tidak membebani Rasullulah SAW dalam sebarang tugasannya. Malah, Khadijah (dengan rahmat Allah) merelakan segala hartanya buat biaya perjuangan Muhammad SAW. Khadijah adalah pendukung besar Muhammad SAW: isteri, sahabat, pembiaya, pelindung, suri rumahnya. Semuannya kerana Khadijah ingin terus bersama Muhammad SAW di Syurga nantinya dan segala pengorbanannya adalah pelaburannya ke jalan itu. Syurga bagi Khadijah adalah lebih nikmat dari segalanya dan dia mahu terus bersama suaminya di sana, kekal abadi.
(10) Saya perhatikan, Siti Hasmah Ali telah menjadi pendokong besar Mahathir Mohammed bukan hanya di saat dia menjadi Perdana Menteri, bahkan dia telah bersikap mulia sejak dari zaman keduannya remaja serta di zaman profesional kedoktoran mereka. Saya berkira Siti Hasmah tahu tentang perjuangan besar Mahathir demi ummah Allah. Begitu juga saya melihat Wan Azizah Wan Ismail isterinya Anwar Ibrahim. Dia begitu sabar, cekal, taat, rendah diri, sangat sederhana. Jalan kesederhanaan, kesepakatan dan saling mendokong pasangan-pasangan besar ini adalah sama dengan pasangan Rahman-Rodziah, Razak-Rahah, Husein-Suhaila dan Ismail-Norashikin. Maka lihatlah kesannya bila tidak ada kemelut menghantui pasangan-pasangan ini, maka isteri-isteri tersebut dapat dengan berkesannya mendorong suami-suami mereka, memacu pembangunan Negara dan kesejahteraan rakyat. Sayang pasangan Mahathir-Hasmah dan Anwar-Azizah terpaksa bertempur, sehingga kita mundur dan bergolak bergelegak. Mahathir terpaksa undur. Anwar kian berkubur. Sayang!
(11) Kedua-dua Hasmah dan Wan Azizah pasti punya pengaruh besar terhadap Mahathir dan Anwar. Saya yakin mereka berdua tahu betapa pentingnya keduanya dalam memacu kesejahteraan ummah. Sya juga yakin mereka tidak mahu bumi ini berumpah air mata jika tidak darah akhirnya, hanya kerana beberapa kekhilafan yang sangat mudah untuk diperbetulkan. Allah telah memberi jalan, segala dosa biar apapun terobat dengan taubat.
(12) Saya yakin Siti Hasmah dan Wan Azizah sadar akan sifat-sifat Aishah isteri Muhammad SAW sehingga digelar sebagai Ummu Muslimin?. Sesungguhnya, di zamannya, umat Islam sangat mengharapkan Aishah menjadi pendokong besar Muhammad SAW dalam melangsaikan tanggungjawap kerasullannya. Makanya, saya juga yakin, rakyat Malaysia dapat melihat Siti Hasmah sebagai Ummu Malaysia di saat kegemilangan Mahathir jadi PM. Begitu juga kemungkinannya darjat Wan Azizah saat dia berdampingan dengan Siti Hasmah, semasa kegemilangan Anwar saat berdamping rapat dengan Mahathir.
(13) Saya yakin, sebagaimana telah saya katakan terdahulu, betapa Mahathir sangat tulus untuk melihat Anwar dapat membawa Malaysia ke mercu kejayaan lebih besar. Saya yakin Mahathir sememangnya mahukan Malaysia bangkit sebagai pemimpin negara-negara Islam dan dunia ketiga lainnya. Saya yakin Mahathir tidak ingin untuk melaungkan perjuangannya untuk menegakkan Malaysia sebagai sebuah negara Islam pada slogan. Dia mahukan biarlah Malaysia Islam kerana kita memenuhi ciri-ciri tersebut bukan atas dasar laungan slogan. Ingat, awalnya Muhammad SAW menyeru manusia Arab Jahilliah ke jalan Islam secara senyap-senyap dan sembunyi-sembunyi sehinggalah bila Umar Al-Khattab dan beberapa Quraish berpengaruh lain telah memasuki Islam. Saya yakin, Mahathir yakin Anwar boleh meneruskan cita-citanya. Say juga yakin, Anwar tahu dan mahu meneruskan perjuangan Mahathir.

(15) Jika Mahathir-Anwar bisa bersalaman, Melayu pasti akan jadi lebih perkasa. Cuma Najib juga harus perlu terus kekal pada akadnya: Rakyat didahulukan.... Allah MahaMengetahui, saya hanya menduga. MasyaAllah. SubhanaAllah. Allahuakbar.
Kuching, Sarawak
2 August, 2012
nota:
Allah berfirman, saat di Padang Masyar, perit hukuman bagi pelanggar perintahNya sepertinya matahari berada diubun-ubun kepala. Bagi para ahli Syurga, Jambatan SiratulMustakim itu sangat lebar untuk dititi kemasukkan ke Syurga. Maka berasaskan ungkaian firmanNya ini, saya menanggap di akhir zaman, Allah menarik bumi menghampiri Syurga iaitu langit lapisan bawah yang di sana saya kira letaknya matahari dan bintang-bintang yang membakar, dan bagi yang berIman, syafaat Muhammad SAW menyejukkan mereka dan damailah mereka merentas menyeberang ke Syurga sedang para penderhaka, tetaplah di bumi yang bertukar jadi Neraka. Saat ahli Syurga sudah semuanya masuk ke Taman Kehidupan Kekal mereka, saya berkira Allah sudah tidak menghendaki bumi, maka penghancuran akan terjadilah dengan tiupan sangkala. Allah lebih mengetahui, saya hanya menduga.
2 comments:
Aslmkm ...
Tuan, rasanya kombinasi Hussein ialah Suhaila (Hussein-Suhaila).
Ingin nak baca komen tuan terhadap kombinasi Najib-Rosmah.
Terima kasih atas pembetulan. Juga, biarlah kita usah saling bertuan, kerana merinding bulu roma saya bila dipanggil sebegitu. Tuan dan bukan tuan sepertinya binatang pelihraan dan tuannya jadinya hubungan kita. Kita sudah merdeka, biarlah kita terus berdaulat. TQ
Post a Comment