.

3/7/12 NAJIB DAN RAKAN-RAKAN....di mana dan ke mana jalannya?

Posted By: Abdullah Chek Sahamat - July 20, 2012

Share

& Comment


Di ambang Ramadhan ini, cuba kita merenung jauh dan dalam. Bayangkan rupabentuk masyarakat Arab-Farsi 1,400 tahun dahulu. Dari catatan sejarah, di tanah Arab (Semenanjung Arab) sebetulnya telah wujud wilayah-wilayah tadbiran berasaskan suku kaum, kabilah-kabilah tertentu. Yaman di selatan menjadi saingan hebat kabilah-kabilah Padang Pasir di Saudi. Sanaa dan Mekah berebut hebat untuk menjadi pusat keagamaan.

(2) Di utara, yang sering di sebut sebagai Syam, sebetulnya meliputi wilayah-wilayah Jordan, Lebanon dan Syria. Di sinilah dulunya banyak urusan dagang terjadi kerana kedudukan Syam yang sangat strategik di antara wilayah Arab, Rom (Eropah), Asia Tengah, dan Farsi. Bahkan Syam juga menjadi jalan pertembungan perdagangan antara rantau Arab, Eropah (Rom), Asia Tengah dan China-India.

(3) Palestin, atas istimewanya sebagai pusat dua agama besar terawal iaitu Yahudi dan Nasrani, maka adalah wilayah tersendiri. Pertembungan dua agama ini atas sikap saling tidak mengakui kebenaran akhirnya melemahkan Jurusallam. Penawanan oleh Rom meruntuhkan Jurusallam. Lalu kemudian taklukan oleh Farsi akhirnya menyatukan wilayah ini ke dalam Syam. Kaum Yahudi, sejak Ibrahim AS telah terpaksa hijrah sebahagian besarnya ke Nil (Mesir). Penaklukan demi penaklukan kemudiannya terus memencilkan Jurusallam.

(4) Iraq dan Iran dulu lebih dikenali sebagai Farsi. Iraq dan Iran (dan sebahagian Syam) membentuk wilayah Farsi yang sebetulnya terlahir dari perkembangan temaddun awal di Lembah Eupratis. Di sini, matahari bercampur baur dengan apa juga jadi tuhan penduduknya. Semuanya atas kemahuan pendewaan siapa yang memerintah, bukan sebenarnya atas tututan kesucian roh. Bila Madinah dibangun jadi Pusat Tadbiran Islam, pelbagai kota di Iraq dan Iran terus dikembang dan dibangunkan untuk menghadang kebangkitan Madinah (Arab). Kerajaan Farsi memusuhi kuat Madinah. Bahkan Rom juga ikut rentak yang sama.

(5) Kehadiran dua kerajaan besar iaitu Rom (Byzantin) di Barat dan Farsi di Timur, sering menjadi ancaman kepada Kerajaan-kerajaan Kabilah lainnya di ranrau Arab, Laut Merah dan Mediteranean. Perebutan wilayah antara Rom dan Farsi menjadikan rantau di antara keduanya sentiasa bergolak bertumpah darah. Keamanan adalah suatu yang sangat mahal buat umat manusia di rantau ini di zaman itu. Apa lagi, kegilaan kuasa di kalangan para ketua kabilah di tanah Arab sendiri, maka pergelutan sesama mereka menjadi tidak kurang sengit dan menghancurkan. Semua kemelut ini akhirnya menimbulkan segala macam kesesatan dan kemaruk sosial yang sangat hebat. Manusia jadi terbelengu dalam kancah Jahilliah.

(7) Saya yakin, Allah memerhati olah umatnya dalam keseduan dan kemarahan yang sangat dalam. Betapa umat yang diberikan akal dan roh yang suci kini dari sujud kepadaNya tetapi memilih untuk berbunuh sesama sendiri dan melupakanNya. Namun, kerana menghormati ciptaanNya terdahulu iaitu syaitan, yang telah memohon agar mereka tetap hadir sehingga ke akhir zaman dan mempunyai satu tugas yang tidak lain dari hanya memesongkan manusia, maka pastinya manusia, siapa juga tetap akan di goda syaitan. Hanya kewarasan akal dan kesucian roh yang kuat saja akan dapat menghindari godaan syaitan. Manusia diberikan segala kebebasan untuk memilih dan akhir penentuan adalah di Padang Masyar kemudiannya.

(8) Hakikatnya, saya berkira, Allah sengaja menjadikan Tanah Arab pada kedudukan sebegitu atas kepentingan strategik masa depan manusia. Thesis saya adalah berasaskan terdirinya Kabaah di Tanah Arab, Allah sebetulnya mahu menjadikan Tanah Arab sebagai Tanah Haram untuk menyuburkan adeen buat mensejahterakan semua umatNya. Allah sengaja menjadikan segala kejadian di Tanah Arab sebagai model buat pengajaran dan teladan manusia. Cuma bagaimana harus kita melihat dan mengambil pendirian?

(9) Biarpun Allah telah menurunkan Zabur, Taurat dan Injil dan ribuan nabi dan rasul untuk memandu umat Arab pada awalnya, namun, syaitan sepertinya lebih berjaya dalam tugas mereka, lalu banyak kemungkaran dan jalan kemusnahan melanda umat Arab. Allah itu MahaPengasih, kerana sayangkan umatNya yang Dia sendiri bentuk serta mengendong roh suciNya, maka dia mendatangkan Muhammad SAW untuk menyempurnakan Adeen, tatacara hidup sempurna yang Dia mahukan semua umatNya pegang. Allah hanya manukan manusia itu agar baik-baik saja dan selanjutnya adalah urusannya Dia.

(10) Ke dalam diri Muhammad SAW saya yakin Allah tanamkan kesedaran yang sangat dalam betapa Allah menjadikan tubuh manusia itu sempurna mutlak. Pada kesempurnaan itu maka Dia menghembuskan nafas suciNya sebagai roh untuk menghidupkan tubuh itu. Nafas Allah adalah Mahasuci. Kejadian tubuh manusia adalah sempurna mutlak. Lalu kerana takdir kejadian manusia adalah suci, Allah menetapkan manusia untuk memimpin ke jalan kebaikan untuk semua. Saya yakin, bila Allah menempelak malaikat betapa manusia itu akan lebih mengetahui dari mereka, maksudnya di dalam nafas yang Allah hembuskan ke tubuh Adam, moyang manusia, pastinya mengandungi sebahagian zat rohnya Allah. Sifat rohnya Allah itu MahaHebat, maka jika manusia mengunakan segala akal warasnya dan tetap memlihara kesucian roh, rasa hati kita dalam bentuk asalnya, pasti segala urusan kita, Allah akan jadikan sangat mudah dan lapang.

(11) Buat yang yakin dan patuh, Allah menjanjikan Syurga bagi segala pengorbanan di dunia ini. Muhammad SAW umpamanya kerana dia memikul tanggungjawap yang sangat berat untuk mengembalikan manusia ke jalan benar, serta atas sifatnya sebagai penghulu segala nabi dan rasul, Allah anugerahkan untuk dapat melihat syurga sebagaimananya nabi Adam AS semasa hayatnya. Manusia lainnya, hanya diberikan pengajaran agar yakin tentang adanya syurga dan neraka. Hanya darjah kewarasan akal dan ketulusan hati yang akan menentukan jalan mana manusia akhirnya akan lalui: syurga atau neraka.

(12) Allah mendidik manusia tidak sekadar lewat wahyu. Tingkah laku Muhammad SAW juga perlu diikuti. Di samping itu, para sahabat baginda juga dibimbing pada jalan yang seharusnya yang boleh terus umat Allah teladani khusus bila berdepan dengan keadaan-keadaan semasa yang pasti berubah-rubah saat umat manusia kian membiak.

(13) Dalam keadaan siasah dan ekonomi negara sekarang ini, saya yakin, Najib sepertinya perlu melihat kedudukan negara dan rantau Nusantara dari perspektif Arab pada masa sebelum dan semasa kembalinya proses menegakkan Islam oleh Muhammad SAW dan para AmirulMukminininnya. Hakikatnya, kita umat Melayu, biarpun tidaklah bergolak sebagaimana bangsa Arab sebelumnya, namun keadaan sosial kita, tanpa kita sedari sedang menghampiri ke jurang sebegitulah. Puak Pettani kesendiri. Puak Champa terasing. Puak Sulu kesasar. Brunei sedap sendiri. Rhiau terpulau. Jawa, Bugis, Madura, semua kehausan di kolam luas. Puak Kelantan tersisih. Puak Kedah, merayau-rayau. Trengganu termangu. Pahang bercabang. Johor, Selangor, Negeri, Melaka dsb terus saja main bersilat sendiri-sendiri, sedap sendiri. Perlis, Perak dok menung tunggu durian jatuh. Puak Balik Pulau, sudah tiodak tahu nak balik mana? Di Sarawak, di Sabah, terbiar menhadap badai kerkial-kial. Kita masih hebat berasbiyah!

(14) Jika di era menegakkan kembali Islam, Muhammad SAW dan AmirulMukmininnya terpaksa berhadapan dengan Rom dan Farsi, maka kini sedar atau tidak kita juga terus berdepan dengan Rom dan Farsi. Cuma Romnya kini bukanlah Byzantin, tetapi tetap sama saja kiblatnya iaitu kapitalis. Di sebelah Timur, Farsi telah muncul sebagai kuasa Kapitalis Baru China. Rom Baru dan Farsi Baru ini, terus berperang dalam gaya yang berbeda sehingga jika kita khilaf pasti kita akan terjebak ke alam kehancuran sebagaimana yang sedang melanda bangsa Arab sekarang ini. Saya yakin, proses menghancurkan bangsa Arab adalah sebahagian dari perang dingin Amerika untuk membunuh dan atau melambatkan kebangkitan China. Amerika juga pastinya sangat ingin melihat keporak peranda negara ini dan rantau ASEAN, kerana kita adalah feeder penting dalam keperkasaan China. Arab membekal tenaga dan ASEAN membekalkan bahan mentah buat China. Keporak perandaan dua wilayah ini, pasti melambatkan kalau tidak membantutkan keperkasaan China. Kebetulan, Islam adalah kesamaan kita maka perang agama jadi pecak silat sandiwara memusnah paling ampuh buat Arab dan Nusantara.

(15) Makanya lewat manusia-manusia seperti Lee Kuan Yew di Singapura, Amin Rais di Indonesia, Corazon Aquino di Filipina, Apisit di Thailand, Sihanouk di Kemboja, bahkan Anwar Ibrahim di Malaysia adalah duri-duri untuk mengoyahkan rantau ASEAN dan negara ini. Nik Aziz, Lim Kit Siang dan Karpal Singh hanyalah penumpang-penumpang kaki sorak!

(16) Muhammad SAW dan para AmirulMukmin telah menunjukkan jalan bagaimana menumbangkan Rom dan Farsi. Caranya adalah berdiri pada kebenaran. Apakah yang diperlukan Islam pada seorang pemimpin? Jika Muhammad SAW terlalu berat untuk kita teladani, pastinya manusia biasa sepertinya Abu Bakar, Umar, Othman dan Ali pasti boleh kita jejaki. Najib dan rakan-rakan, seharusnya telah sedar betapa Allah sangat sayangkan umatnya sehingga manusia-manusia seperti Marcos, Suharto, Pol Pot, dsb perlu rebah tanpa maruah, sama keadaannya dengan Sadam Husein, Ghadafi, Husni Mubarak, dsb, maka janganlah kalian memilih jalan sebegitu. Hakikatnya, Amerika dan China hanyalah perantaraan Allah untuk menghukum kita jika kita terus berkabilah dan saling khianat.

(17) Betapa Allah itu sangat sedih mungkinnya, melihat manusia-manusia sudah tidak lagi menghargai kesucian jasad dan roh yang Allah kurniakan kepada mereka. Dari kita terus sujud dan patuh kepadanya, memimpin dan mensejahterakan alam ini, kita terus berebut-rebut berkhianat sesama sendiri. Nikmat sangatkan harta, pangkat, gelaran dan ego maka kita lebih cintakan segala itu dari balasan syurga yang Allah telah sediakan?

(18) Kelompok Muslimin besar di dunia ini saya kira hanya ada empat iaitu Arab, Asia Tengah, India-Pakistan dan Melayu. Kelompok Asia Tengah dan India-Pakistan telah koyak rabak sebagaimana kelompok Muslimin Eropah Tengah (ie Bosnia dll) atas kepintaran Komunis Russia dan Eropah-Amerika. Bangsa Arab kini kita lihat terus saja runtuh nilai-nilai KeIslaman mereka. Maka soal saya, bangsa apa dan di manakah seharusnya kini kukuh menjadi benteng Islam? Najib dan rakan-rakannya di manakah kebijaksanaan kalian? Atau apakah ada kebijaksanaan di sekeliling Najib? Mungkin saya perlu meminjam kata-kata Mahathir: probably we are being lead by our stupidity such we never realise our mistakes and others that we keep loosing what we should never!. Di mana dan ke mana jalan kalian: dunia = neraka, pengorbanan = syurga?

(19) Mudah-mudahan saat semua iblis dan syaitan sedang terpenjara dalam kandang sebulan ini, lapar dan dahaga kita terisi dengan pencarian yang mensejahterakan umah! Selamat kita semua memperkukuhkan Iman dan tekad untuk terus mengabdi. InsyaAllah.


Kuching, Sarawak
21 July, 2012

#Abdullah Chek Sahamat

Writing that complies Bizarre, Odd, Strange, Out of box facts about the stuff going around my world which you may find hard to believe and understand

0 comments:

Copyright © 2010 abc sadong™ is a registered trademark.

Designed by Access. Hosted on Blogger Platform.