.

5/4/12 MELAYU-let do to lead!

Posted By: Abdullah Chek Sahamat - April 12, 2012

Share

& Comment


Kalau kita renung kembali ke 3,000 tahun dahulu, biar fanatik sejarawan Melayu berkata apapun, saya berkira kita adalah bangsa penerima dari memberi. Kita terima tebaran fahaman Buddha sehingga terbentuk Kerajaan Srivijaya di Sumatera. Kemudian kita terima tebaran fahaman Hindu lalu terbentuk Kerajaan Majapahit di Jawa. Sebelumnya, ketuhanan kita adalah ketuhanan Animisma. Buddha dan Hindu memberikan kita kuasa memerintah yang kita cari. Kemudian di abab ke 14 iaitu lebih kurang 500-600 tahun dahulu, atas sifat jernih dan jelasnya Islam, lalu Pasaipun menerima Islam. Para pedagang India Muslim dari Gujerat, Karala dan bahkan Arab Yaman menelusup Islam kemudiannya ke seluruh Nusantara.

(2) Lalu, Kerajaan Pasai, Melaka, Jambi, Langkasuka, Champa, Pattani, Sulu, Sambas, Pontianak, Mataram, Demak dsb bernaung di bawah panji-panji Islam berkecambah mengantikan cengkaman fahaman Hindu dan Buddha yang telah menunjang jauh ke dalam darah daging Melayu. Malangnya, saya berkira sistem pemerithan Hindu berserta kepimpinan Islam ala-kabilah yang di warisi dari Yaman dan Karala yang lebih bersifat pedagang (Trading Port oriented), maka Kerajaan-kerajaan Islam tidak bersatu atas gagasan Islam senusantara. Mereka lebih enak berdiri sendiri dalam bentuk Kerajaan Pelabuhan Dagang yang bertebaran. Kegemilangan kecil kita di pelabuhan-perlabuhan dagang, menjadikan kita lalai untuk berfikir lebih jauh. Pelayaran Laksamana Ang Cheng Ho tidak mencerna buah fikiran meluas buat kita. Islam hanya berkembang lewat Pondok pimpinanan ketua-ketua yang berselerakan, tidak lewat Universiti atau Tarbiyah meluas. Pada masa itu kita mungkin ketiadaan Panglima yang boleh menyatukan kita semua. Islam di Nusantara berkembang bagai lidi-lidi tidak bertaut menjadi penyapu yang kemas. Semua ini menjadikan: biduk lalu, kiambang tidak bertaut. Melayu mudah terpecah.

(3) Di abad ke 15, saat pertembungan Islam dan Kristian tengah memuncak di Asia Barat, Asia Tengah dan Eropah Selatan, Melayu mulai menerima pedagang-pedagang rempah dari Sepanyol, Portugis, Belanda, Peranchis dan Inggeris. Peranchis menelusup diri ke Indochina. Pelayar dan pedagang Jerman menguasai Kepulauan Pasifik. Hakikatnya inilah bangsa-bangsa Barat yang telah bersatu mengalahkan Kerajaan Islam di Kordova dan Othmaniah di Turki. Kerajaan Ummaiyah dan Abbasiah telah berkubur dengan kebangkitan Nasionalisma Arab yang mulai ditanam oleh Itali, Jerman, Peranchis, dan British. Amerika dan Russia hanya menyusul menangguk di air keruh. Jalan keretapi Istambul-Jeddahpun terputus. Lalu terbit Negara-negara bangsa yang tidak lagi bersatu atas panji-panji Islam tetapi sebagai Saudi, Mesir, Libya, Syiria, Iraq, Iran, Lubnan, Yaman, Oman, Kuwait, United Arab Emirate, Sudan, dsb. Israel wujud bagi menidakkan Yahudi kembali berkembang luas di Eropah. Semarak Islam di Kardova dan Turki telah menyedarkan Barat betapa dunia ini sangat luas dan kekayaan itu ada berlambak di Timur. Islam mesti terpecah menjadi Negara-negara Bangsa. Pecah, belah, dan perintah. Strategi perang yang telah mengalahkan Kerajaan Islam Kardova diguna pakai seutuhnya oleh bangsa-bangsa Barat ini dalam memencil dan menyekat perkembangan Islam.

(4) Melayu terpecah di bawah naungan Peranchis (Champa), Inggeris (Tanah Melayu, Sabah-Sarawak, Borneo, Singapura, Brunei, dan Burma), Siam (Pattani), Sepanyol (Sulu), Portugis (kepulauan Celebes), Belanda (Indonesia lainnya). Melayu akhirnya terpukul menjadi daerah-daerah kecil melata dengan amalan Islam yang kian menyempit. Syukur, matahari terbit di Timur. Jepun menyedarkan kebangkitan semangat nasionalisma Melayu. Namun kebangkitan nasionalisma Melayu menuruti dekat kebangkitan nasionalisma Arab. Pattani, Sulu, Champa, dan Temasik akhirnya terlepas dari kedaerahan Melayu Raya. Sukarno, dengan Indonesia Rayanya menimbulkan pertelagahan dengan Malaysia, dengan Inggeris dan Belanda jadi batu apinya. Akhirnya kita terpecah jadi negara-negara bangsa: Malaysia, Indonesia, dan Brunei. Kuasaan geografi Melayu menjadi sempit dan kian mengecil. Melayu terlepas kehilangan Pattani, Temasik, Champa dan Sulu.

(5) Melayu terbelah terpisah menjadi Melayu, Jawa, Sunda, Bugis, Minang, Aceh, Riau, Batak, Bali, Iban, Penan, Kedazan, Sulu, Kedayan, Bajau, dsb. Pendidikan antropologi dan jarum licik Barat kita terima dengan penuh kebangaan. Setiap kelompok dari kita adalah istimewa dan mesti dipertahankan sebegitu, seaslinya. Alasannya, ayam tetaplah ayam. Itik tetaplah itik. Punai tetaplah punai. Merpati tetaplah merpati. Biar semuanya adalah burung. Kita tidak mahu bersatu di bawah sarung batik-pelikat, kebaya-baju kurung. Kita menjadi bangsa-bangsa sendiri kendiri.

(6) Lebih bercecamuk, Inggeris dan Belanda telah jauh memecah belahkan kita lewat UMNO, PAS, PKR, PSRM, PBB, SNAP, PBDS, PRS, SPDP, UNSO, Berjaya, Gurkha, PDI-P, dsb

Pengalaman Kita

Kita telah mampu menyatu lalu membebaskan Negara ini, Malaysia menjadi merdeka lewat sikap tolak ansur kita untuk menerima bangsa Cina dan India sebagai rakan senegara. Biarpun betapa liciknya Inggeris, meletakkan persyaratan penerimaan pendatang sebagai warga Malaysia, namun sikap tolak ansur Melayu dapat mematahkan niat terselindung British.

(2) Dengan British kita menang di meja rundingan. Namun kemerdekaan kita tidak diterima dengan gah sambutan bunga manggar. Kita terpaksa berperang menentang susupan Komunisma yang juga bersikap licik untuk menghalau Peranchis dan Amerika dari bumi Indochina. Strategi perang Mao Tze Dung amatlah licik. Di dalam Negara dia berusaha menghancurkan Kuomintang yang bersubahat dengan Amerika dan British. Di luar negara, Laos, Kemboja, dan Vietnam menjadi front line defence and attack sedang Malaysia, Indonesia, Thailand, Singapura, Filipina adalah medan perang lapisan pertama untuk melenggahkan kebanjiran tentera Amerika, Peranchis dan British (bahkan Australia) dari mendekati tanah induk China. Makanya bangkitlah Indonesia dan Filipina dengan sikap ganyang Malaysia. Semuanya adalah percaturan Komunisma dan kapitalisma. Malaysia (dan rantau Melayu) jadi kuda-kuda pertembungan dua bangsa China dan Amerika (British). Inilah apa yang tertulis dalam Tze Tzu sebagai: See the fire burning from across the river.

(3) Namun, kita berjaya, juga lewat meja rundingan untuk mengamankan negara dan serantau. Tun Abdul Razak dan Adam Malik mendamaikan dua bangsa serumpun. Tun Abdul Razak menjejaki langkah laksamana Melayu ke Peking mengikat kembali persahabatan Melayu-China di zaman Kesultanan Melaka. Vietnam kita iktiraf sebagai sebuah negara bersatu. Kita menjadi sahabat dekat buat Ho Chii Minh. Adam Malik dan Tun Abdul Razak, dari jalur darah yang sama, Bugis dan Jawa, menyatukan Melayu di bawah ASEAN. Kita sekali lagi bergeliga di meja rundingan.

(4) Namun kemelut dalam negara tidak pernah usai. Kemiskinan melanda hampir 90 peratus bangsa Melayu. Kemiskinan juga merebak ke bangsa-bangsa pendatang. Ini akhirnya menimbulkan krisis perkauman 13 May, 1969. Namun, Tun Abdul Razak amat pintar sehingga terbentuk Dasar Ekonomi Baru yang dapat memakmurkan mulanya bangsa pendatang kemudian berkembang menyuburkan Melayu. Hakikatnya, Melayu adalah bangsa yang boleh berfikir jauh, sehingga Bank Dunia dan Bank Pembangunan Asia, telah menjadikan Malaysia sebagai model kejayaan dalam pembasmian kemiskinan. Kini, kemiskinan hanya berada di angka satu digit. Mudah-mudahan sehingga tahun 2020, kita akan menjadi Negara Miskin Sifar.

(5) Kejayaan kita dalam membasmi kemiskinan adalah atas kebijaksanaan kita dalam mengurus pembangunan luar bandar. Namun yang lebih penting di zaman Tun Abdul Razak dan Tun Husein Onn, kita mempunyai banyak para pegawai yang benar-benar jujur dan dedikasi dalam tugasan mereka membela rakyat. Mereka begitu bergeliga dalam merumus segala bentuk pembangunan yang boleh merubah nasib anak bangsa mereka. FELDA, FELCRA, RISDA, Kada, Mada, Kemubu, dan banyak lagi agensi-agensi telah bersatu di bawah kaliber dan dedikasi Ghafar Baba dalam mengerakkan asset-asset Melayu. Begitu juga kita tidak menyekat perkembangan pesat yang di bawa masuk oleh industrialis Cina terutamanya di Pulau Pinang dan Lembah Kelang.

(6) Kita sadar, ilmu dan kemahiran Melayu amat kurang di zaman-zaman pasca Kemerdekaan. Penubuhan MARA merubah segalanya. Lebih banyak cerdik pandai Melayu terlahir dan mencuba merangkak bertatih dalam segala bidang. Biar Melayu belum banyak berjaya dalam bidang keusahawanan, namun kita sekurang-kurangnya telah berjaya mencelikkan mata banyak di antara kita. Cuma, sesudah celik, mahukah kita berjalan sendiri?

(7) Di abad ke 21, kemelut yang kita hadapi bukan lagi bersifat setempat dan dalaman semata-mata. Bahana dalaman kita lebih terpengaruh dari asakan dari kuasa-kuasa luaran. Krisis ekonomi dan kewangan dunia bertali arus. Bank-bank dan institusi kewangan kita terancam bankrap. Perang akibat serakah kapitalis tidak henti-henti menghancurkan dunia Arab. Harga minyak melambung, pertumbuhan ekonomi negara terbantut. Perang dagang demi mempertahankan tembolok sendiri Barat (bersama pelacur sekongkol mereka Jepun dan Korea) menyekat perkembanagn komoditi kita. Serangan terus pada sistem kewangan kita melumpuhkan negara buat sekian lama.

(8) Kita juga tidak sepi dari mahu dikuda oleh bangsa lain. Saat Iran berperang ideologi dengan Amerika, pelbagai fahaman Islam songsang melanda negara. Begitu juga kerana terpengaruh untuk mudah simpati kita terjerumus sesama sendiri dalam fitnah saling mengkafir. Istilah munafik, thogut, fanatik, dsb berhamburan penuh emosi. Kita jadi psychologically binggung.

(9) Kita tersepit sakit, namun Tun Mahathir Mohammed, dengan sikap perubatannnya beliau dapat membelah dada negara dan mengalih pandangan kita dari bergelumang kemelut kepada gerakan Tsunami Paradigma. Najib dengan Blue Oceannya, Mahathir dengan Tsunami Paradigma. Dulu kita suka buat yang kecil-kecil, kini kita mesti buat yang besar-besar. Muhammad Rahmat adalah Menterinya yang paling tangkas menangkap pemikiran Tsunami Mahathir, lalu mendirikan Big Screen TV dan Kibaran Bendera Besar Malaysia di Padang Sultan Sulaiman. Pastinya lewat itu, Mahathir terus berfikir untuk yang lebih besar: Bangunan, Jalanraya, Jambatan, Terowong, Pelabuhan, Lapangan Terbang, Projek Kejuruteraan dsb.

(10) Sercara ringkas, hakikatnya, Malaysia telah mampu menyesuaikan diri dan bangkit dari sebuah negara yang mundur, kerdil, miskin, tanpa nama, bergelumang dengan hujan, tanah gambut, kemarau, penyakit, asakan iedologi luaran, asakan haloba ekonomi dan kewangan serta krisis-krisis serantau yang boleh membunuh, kini menjadi Negara yang sedang maju menghambat Kemakmuran, Kesejahteraan dan Perpaduan Sejati.

(11) Hakikatnya, kita pernah payah perit, kita pernah bersimbah keringat, darah dan nanah, kita pernah terasing terpencil. Namun segelintir dari kita berjaya menggunakan otak untuk berfikir waras dan panjang, lalu bertungkus lumus tanpa lelah menjadikan kita sebagaimana kita kini. Kita cukup pengalaman untuk lebih sedar dan kental. Cuma, ingat dan sadarkah kita, kebanyakan dari kita? Kenapa tanggungjawap membela bangsa dan agama hanya pada segelintir?

Kekuatan Dunia Melayu.

Nusantara, biar dalam pengertian geografi hanyalah melibatkan kepulauan Melayu yang merentas dari Acheh ke Maluku, namun biarlah kita, Melayu di abad seterusnya ini, mentafsirkan Nusantara sebagai Wilayah Melayu yang membentang dari Pinggiran Vietnam dan Kemboja (asalnya Champa) ke Pattani (batas Hatyai) dan seluruh Segenting Kra (Burma dan Thai), Malaysia, Brunei, Indonesia, Singapura, Sulu-Mindanao (Filipina) dan beberapa kepulauan di Pasifik Selatan. Itulah Nusantara Melayu, the Malay Archipelago bukan sepertinya Nusantara pada pengertian Sukarno dalam Indonesia Rayanya.

(2) Yang menyatukan Melayu, sebetulnya telah ada. Corak batik umpamanya. Di seluruh Nusantara Melayu, pasti ada corak batiknya. Begitu juga belacan. Orang melayu mesti makan sambal belacan biar apapun nama kedaerahannya. Lihat pada seni rumah Melayu. Semuanya ada mirip biar pada sesuatu daerah, akan ada ciri unik tersendiri. Begitu juga dalam soal kelautan. Perahu-perahu Melayu berbeda dari bangsa-bangsa lain. Pokoknya, dari segi seni budaya, samada yang kini dikenali sebagai Iban, Bajau, Kedazan, Bugis, Jawa, Melayu, Pattani, Champa, atau apa saja, kita pasti sangat terkait.

(3) Dunia tropika, Hutan Hujan Khatulistiwa yang kita huni adalah cabaran dan asset yang sangat luas Allah telah kurniakan buat kita umat Melayu. Ikan, haiwan, tumbuhan, galian, kesuburan tanah, kekuatan sumber laut, apa saja, sebut saja semuanya ada di Nusantara Melayu. Jika Nabi Ibrahim AS terpaksa menandah tangan berdoa kepada Allah untuk memakmurkan Mekah, di sini, tiada siapa perlu berdoa, segalanya sudah tersedia. Yang seharusnya kita doakan adalah keterbukaan hati dan fikiran kita untuk bersatu dan bergerak bersama membina kekuatan.

(4) Melayu telah biasa berdepan dengan banjir, letusan gunung berapi, tanah runtuh, tsunami, ribut, segala macam penyakit, dsb, namun Melayu tetap wujud dan membiak. Kita juga adalah bangsa yang mudah menerima. Bersama kita banyak bangsa lain yang beda warna kulit, ideologi, agama, budaya, kepemandaian, dsb dapat hidup dengan baik bahkan lebih baik dari bangsa melayu itu sendiri. Maksudnya, Melayu memiliki kekuatan ilmu dan pengalaman yang boleh digembelingkan bagi meneraju sebagai sebuah Renaissance Force dalam ketemaddunan Islam.

Melayu Malaysia Perlu Merintis Jalan

Di Indonesia, mereka masih terlalu terbeban dengan kecelakaan akibat tipu muslihat IMF. Melayu Brunei, mereka masih enak dengan kekayaan yang ada, sepertinya juga bangsa Arab Kuwait. Di Singapura, Melayu di sana hanya kenal ayam dan kampong saat mereka menonton drama Melayu RTM. Melayu Pattani, paling terkurung kerana kapanpun di mana-mana boleh meledak dan jari-jari menuding pada mereka. Di Filipina, bangsa Sulu tengah berperang tanpa geliga fikiran. Di Kemboja, Vietnam dan Laos, mereka sudah terkurung dan sedang sesat di pangkal jalan, menuggu saatnya saja mahu kegegur ke Sungai Mekong dan hanyut.

(2) Maka Melayu manakah yang harus memulakan kebangkitan? Saya tidak nampak Melayu di mana-mana, melainkan Melayu di Malaysia. Melayu Malaysia saya kira paling tertebar corak pendidikan mereka, sebut saja di seluruh dunia, pasti telah ada anak-anak Melayu terdidik di sana. Bahkan sebahagian dari anak-anak Melayu kita juga telah terdidik dari semua university-universiti terkemuka dunia. Sebut saja, kita pernah ke mana-mana.

(3) Melayu Malaysia juga paling majmuk. Kita sudah lama bercatur dengan bangsa Cina, India, Arab, Barat dan Timur Jauh. Banyak orang Melayu boleh berbahasa Cina, India dan Arab. Ribuan anak Melayu telah dan sedang menuntut di negara-negara Arab. Bahasa Inggeris kita juga masih hebat biar kian menurun. Sebahagian dari kita terlatih di Jerman, Peranchis, Russia dsb. Mahathir telah menghantar anak-anak Melayu ke Jepun dan Korea. Pokoknya, sedikit sebanyak Melayu Malaysia telah mendahului mana-mana Melayu lain dalam hambatan kita kepada penerapan budaya dan keimluan bangsa-bagnsa lain.

(4) Kita juga sudah keliling dunia sendirian. Kita telah memacak bendera di Gunung Everest. Kita sanggup ke dinginan di khutub selatan. Kita sudah menghantar anak bangsa kita menjadi angkasawan. Secara saikologi, saya berkira Mahathir Mohammed telah meletakkan bangsa Melayu pada kedudukan yang jauh lebih tinggi dari bangsa-bangsa Melayu lainnya.

(5) Negara kita Malaysia, seperti kata Mohammad Najib Abdul Razak dalam sembah taat setiannya ke bawah DYM, semasa pertabalan YDP Agung Sultan Abdul Halim Muazam Shah, kita sudah ada perkakasan dan perisian, cuma keduanya saya kira tidak kita satukan dengan sempurna. Kita lalai untuk take stock lalu bermahasabah untuk melihat bagaimana segala kekuatan yang telah kita bina dapat kita pergunakan dengan sebaiknya.

(6) UMNO, PAS, dan PKR usahlah terus bercaturan. Sudahlah. Kita wajib kembali bersatu. Kenapa UMNO, PAS, PKR harus berperang sesama sendiri? Setiap satunya bukanlah musuh sebenar di antaranya. Kita seperti sudah buta terhadap musuh sebenar. hati kita sebetulnya belum tersuci baik. hatin kita belum sejernihnya. Tamak dan dengki masih menghantui kita. Pokoknya kita bacul pada kebenaran dan melarikan diri di jalan hitam atas hati yang hitam!

(7) Najib ikutlah jejak langkah Abdul Razak dan Mahathir Mohammed dengan sesempurnanya. Usahlah kita menyemai rasa iri dan dengki sesama kita. Yang baik tetap baik, yang jahat perbaiki jika tidak lupakan saja. Kalau boleh, bawalah masuk sebanyak mungkin air Zam Zam, biar semua orang Melayu dapat meneguk air ini di setiap Jumaat dari Masjid-Masjid masing-masing. Tabung Haji harus memainkan peranan dalam prihal ini. Kita mesti memulai segala langkah untuk mensuci hati setiap Melayu agar mereka jadi manusia hanya berbakti demi umah dan Islam. Mudah-mudahan dengan meminum air Zam Zam, hati semua masyarakat Melayu akan bersih sebagaimana bersihnya hati Muhammad SAW sebelum dia berangkat menghadap Allah untuk menerima segala tugasnya. Tidakkah mungkin kerana telah disuci dengan air Zam Zam maka hati Muhammad SAW jadi bersih tanpa ada rasa dengki, khianat, takut, ragu-ragu, dsb dan menjadikan baginda seorang yang tulus luhur, berani tegar, amanah, merendah diri, rajin telaten, dsb? Adakah kita meghayati dan berdoa agar hati kita jadi bersih saat kita ada kesempatan meminum air Zam Zam? Kebanyakan dari kita, saya perhatikan sekadar melepas dahaga kalau tidak berdoa untuk menghilangkan segala penyakit di tubuh sendiri. Tiada salahnya. Namun apa muslihat pembelahan dan pensucian hati Muhammad SAW sebelum baginda Isra' dan Mikraj? Kita harus hayati hikmah sebenarnya!

(8) Di luar bandar, Abdul Razak dan Mahathir Mohammed telah meletakkan asas yang kukuh bagi kemajuan Melayu. Cuma kita perlu gembelingkan semua pengalaman silam dan ilmu baru yang di bawa pulang oleh banyak anak Melayu dari luar negara untuk melihat kembali cara kita mengurus harta orang Melayu di luar bandar. Saya yakin, generasi Melayu di luar bandar sekarang adalah generasi berpendidikan dan berpengalaman. Mereka bukan lagi manusia-manusia Melayu yang buta huruf dan dhaif pemikiran mereka. Harta orang Melayu perlu diurus secara koprat. Kita kena beralih cepat ke cara ini, jika tidak asset Melayu akan kian terhakis lantaran pulangannya kecil dan lambat.

(9) Makanya, hati-hati anak-anak Melayu yang menguruskan dunia koprat di mana Melayu sangat berkepentingan, mereka harus berjiwa bersih dan merdeka. Di tangan mereka adalah masa depan melayu. Jika mereka berjaya mengurus harta orang Melayu dengan sempurna, pasti Melayu tidak akan hilang di dunia. kesasaran kesesatan melayu sekarang ini harus diperbetulkan dengan cepat dan berani.

(10) Di bandar-bandar Mahathir Mohammed telah meletakkan model-model yang boleh dikembang dan diperbaiki. Mahathir tidak sempurna. Banyak cacat cela kerjanya, namun bukan itu niatnya. Kita harus ingat, sedang Muhammad SAW juga ada khilafnya dalam dia cuba menentang serangan puak Quraish Mekah ke atas Madinah. Saya yakin, jika Najib ada kebijaksanaan, mahu mendengar dari pelbagai lapisan, namun punya wibawa tersendiri agar tidak mudah di seleweng biar oleh yang paling dekat dengannya, kita boleh melangkah gagah.

(11) Najib (dan kita semua) harus sedar, dalam sejarah para nabi, yang merosakkan mereka banyak antaranya adalah orang yang paling dekat dengan mereka. Adam kerana anaknya, Qabil. Noh, isteri dan anaknya. Ibrahim kerana isterinya. Ismail, juga kerana isterinya. Muhammad, bukankah yang paling memusuhinya adalah Abu Jahal bapa saudaranya sendiri. Allah menjadikan semua ini ada maksudnya yang perlu kita hayati.

(12) Sekali lagi kehidupan Melayu di kota-kota juga mesti digerakkan ke arah cara koprat. Sistem Kerajaan tradisional kian melemaskan kita. Kita harus mencari jalan fikiran baru untuk memperkuatkan kedudukan pegangan harta dan memastikan peningkatan wajar pendapatan Melayu khususnya di bandar yang kian menyesak. Jalannya pasti ada, cuma apakah kita berfikir kuat dan ikhlas? Allah telah menjanjikan setiap penyakit, ada ubatnya, cuma apakah kita telah menggunakan anugerah Allah sebaiknya?

Melayu Malaysia dan Kebangkitan Ilmuan dan Ekonomi Islam

Allah menurunkan wahyu kepada Muhammad SAW. Itulah ilmu sebenarnya. Allah memberikan Muhammad SAW sepenuhnya Ilmu sebagaimana Dia mengajar Adam AS sebelumnya bagi menyanggah tempelak malaikat. Adam berbeda dari malaikat kerana ilmunya. Muhammad SAW juga berbeda dari manusia-manusia lainnya kerana Ilmu yang dididik terus kepadanya. Biar dia dulunya terlanggar Alifpun dia tidak tahu itu adalah huruf Alif! Apakah maksud semua ini?

(2) Kalau kita melihat Muhammad itu sebagai manusia, maka jika manusia sentiasa mahu berfikir, berusaha, jujur, pasti dia mendapat rahmat Allah. Begitulah Muhammad, biar miskin, biar buta huruf, baginda seorang yang rajin dan kental, maka rahmat baginya adalah bila dia ada sehingga kini 1,200,000-1,300,000 pengikut yang hidup!

(3) Kita juga harus melihat Muhammad sebagai sebuah negara. Malaysia kecil. Malaysia miskin. Malaysia masih lemah. Namun, jika umat Melayu Malaysia bergerak sebagaimana Muhammad, biar miskin, biar susah, jika kita kental dan jujur, pasti kita akan juga bangkit jadi besar dan gagah. Sebesar manakah Singapura, Israel, Switzerland, dan New Zealand?

(4) Keduannya, Muhammad SAW terpaksa hijrah. Jika Allah tidak memaksanya Hijrah, apa mungkin dia dapat membina Madinah pada landasan City State? Hijrah Muhammad ke Madinah menjadikan dia seorang pentadbir, seorang pedagang, seorang general tentera, strategis, seorang ketua kerajaan, seortang diplomat, dan segala macam kemahiran pengurusan dan daya fikir yang hebat. Semuanya, terbangkit dari seorang yang miskin, seorang yang buta huruf, namun tercabar dan tegar menghadapi cabaran.

(5) Allah tidak memaku Muhammad di Mekah dan terus berkemelut dengan segala ancaman Jahilliah Quraish. Allah menunjukkan jalan jelas buat kita, jika kita sanggup mengkaji, meneliti lalu berfikir (dan bertindak), insyaAllah Dia sudah berjanji kejayaan menanti kamu!. Inilah contoh-contoh sunnah Muhammad SAW yang tidak kita teliti hebat. Kita selama ini lebih cenderung untuk meneliti sunnah kerohanian Muhammad sehingga kita lupa untuk mengisi jiwa kita bersama dengan penguatan cara kita berfikir dan bekerja agar kita terus kuat dan berjaya.

(6) Allah mengujudkan George Sorro. Kebijaksanaannya dalam menangguk di air keruh harus menyedarkan kita tentang kelemahan sistem yang sedang ada dalam memperrtahankan hak-hak manusia umum. Begitu juga hadir dan tamatnya Sadam Huisein dan Muamar Ghadafi, betapa saat berkuasa kita jadi takut bayangan sendiri itu akan membunuh dan menjahanamkan negara dan bangsa akhirnya. Mereka jadim lupa untuk memajukan negara, sebalinya hanay sentiasa berfikir bagaimana mahu membunuh musuh. Semua itu ada maksudnya yang Allah simbahkan ke muka kita.

(7) Sejarah Baghdad dan Kardova, dua khalifah yang sangat cintakan ilmu, sehingga seluruh manusia cendikiawan dunia berhimpun di sana membangun dabn mengembang ilmu ke serata tanah jajahan dan rakan. Allah telah tunjukkan betapa pengalian dan pengembangan ilmu itu boleh memperkuat dan memperkasa negara. Begitu juga di zaman Cleopatra di Mesir dan Julius Ceaser di Rom. Ilmu memperkukuhkan mereka. Confucius di China juga mengasak agar manusia-manusia Cina mesti berpelajaran.

(8) Maka ada dua bidang yang orang Melayu Malaysia mesti bangunkan segera. Kita mesti jadikan Kuala Lumpur sebagai Pusat keIlmuan dan Kewangan Islam. Di mana? Saya berpendirian, Kg. Baru Kuala Lumpur adalah tapaknya yang paling sesuai.

Kg Baru, Kuala Lumpur Pusat Ilmu dan Kewangan Islam Dunia

Kalau didalami, Kg. Baru Kuala Lumpur adalah satu-satunya tapak asal Melayu di tengah Kota Kuala Lumpur yang masih tinggal. Inilah Warisan Melayu. Itulah tapak Melayu. Itulah asas paling wajar bagi kebangkitan Melayu. Kita bangkit di tanah tumpah asal usul kita. Kita bertapak di bumi sendiri. Kita berdiri dan berdaulat di bumi sendiri. Kita menebar cahaya dari bumi sendiri.

(2) Terdahulu saya ada menulis, betapa Melayu dan Islam itu adalah ibarat kuku dengan isi. Tiada Islam, tiada Melayu. Tanpa Islam gugurlah keMelayuan Melayu! Biar apapun padangan segolongan pihak, saya percaya PAS atau lebih tepat Nik Aziz Nik Mat telah menyumbang dalam mewujudkan fenomena Islam di kalangan orang Melayu. Tanpa gempuran PAS (soal mereka betul atau tidak itu soal lain) maka UMNO terpaksa menari tarian seiringan. Gabungan keduanya telah menyedarkan Melayu untuk mendekati Islam dengan lebih rapat. Kesadaran Islam di kalangan anak-anak Melayu sudah kian meningkat dan kesadaran ini harus terus disuburkan dengan pengisian yang lebih jitu.

(3) Melayu pada dasarnya amat prihatin terhadap perkembangan Islam. Mereka menujung tinggi Islam. Apa juga yang boleh menyumbang kepada perkembangan Islam dan mempertahankan kedaulatan Melayu mereka akan sanggup lakukan apa saja, yang perlu adalah kuasa pengerak. Kepada orang Melayu, ketinggian keIslaman mereka perlu kita perluas dan perdalamkan. Kita perlu mensebati Melayu dengan gerakan kebangkitan Islam. Hanya dengan cara itu barulah Islam Melayu itu akan jadi tinggi, luas dan dalam.

(4) Makanya, saya percaya, keuletan orang Melayu di Kg. baru Kuala Lumpur untuk beralah agar kawasan Segi Tiga Emas itu dibangunkan dengan sempurna adalah kerana kita terlalu menekankan pemodenan. Apa yang semestinya kita gerakkan adalah agar pembangunan Kg, baru Kuala Lumpur itu menjurus kepada memartabatkan Islam dan Melayu. Unsur yang menjadi isi dan kuku melayu mestilah menjadi asas kepada pembangunan Kg. Baru.

(5) Kg. baru boleh dibangun sebagai Pusat Keilmuan dan Kewangan Islam Sedunia. Daalm bahasa Inggeris, kita harus ada wawasan agar Kg Baru menjadi Islamic Global Village. Jika ini adalah wawasan kita bagi Kg. baru, ostinya sikap orang Melayu di sana akan menjadi berbeda. Unsur-unsur pulangan setimpal dunai dan akhirat perlu dirangka bagi mendapatkan kerjasama mereka.

(6) Kita umat Melayu Malaysia perlu sedar, tanpa instrumen kewangan yang betul, pasti kita akan terhutang dan terikat dengan bangsa lain. Sumber kewangan Islam adalah banyak dan luas. Cuma kita belum mampu mematangkan sistem tersebut sehingga boleh menjadi suatu sistem yang boleh memberikan kemakmuran kepada manusia sejagat.

(7) Kekayaan di dunia Islam sangat mengunung dan melaut. Cuma, kerana kita tidak mampu mengembeling sumber kewangan Islam yang bertaburan di seluruh dunia, maka kita tidak dapat bersatu membangun dan mendapat manafat yang paling optima terhadap anugerah Ilahi kepada kita. Di Rhiau, sangat luas sumber kekayaaannya. Kita perlukan pelaburan yang hebat untuk membebaskan rantau sebelah sana dari segala belenggu kepayahan. Sama halnya dengan di Kalimantan, rantau Sulu, rantau Pattani, kepulauan-kepualaun jauh Indonesia, bahkan negara-negara seperti Kemboja, Laos, Burma dan negara-negara kepulauan pasifik seluruhnya memerlukan pelaburan hebat. Semua ini memerlukan pembiayaan. Wang dunia Islam berlambak, cuma tidak berlambak dalam dunia Islam. wang ini terkumpul di dunia yang memusuhi Islam.

(8) Menjadikan Kg. Baru sebagai Pusat Kewangan Islam akan menganjaknya menjadi Pusat Pengursuan Pelaburan Islam. Jika ini terjadi batas, kegemilangan Melayu dalam menyumbang kepada ketemadunan manusia amnya dan Islam khusunya akan setanding atau mungkin lebih hebat dari yang pernah di sumbangkan oleh bangsa Arab, Turki, Parsi, India, Monggul dan Beber. Sebagaiman telah saya katakan, kedua-dua Tun Abdul razak dan Tun Mahathir Muhammed telah meletakkan asas yang kukuh bagi kita bergerak ke situ.

(9) Maka dengan sebab itu, pelengkap dan bahkan penyubur kepada Pembangunan Pusat Kewangan dan pelaburan Islam adalah denagn membangunkan sekali Pusat KeIlmuan Islam bersama denagn Pusat Kewangan Islam tersebut. Jika dua ini diganding, Kg. Baru akan benar-benar menjadi Global Islamic Village yang bukan hanya subur dari segi perniagaan tetapi keilmuan dan kebudayaan.

(10) Najib hanya perlu mengembeling manusia-manusia berhemah, bistari dan jujur Melayu untuk gerakkan ini. Kini banyak mereka yang telah bersara tetapi punya pemikiran yang tajam dan jelas. Juga gunakan tenaga muda Melayu yang kembali dari serata dunia untuk sama-sama menymbang. Biarlah mereka menjadi kumpulan terasuh baik denagn mengabubngkan mereka denagn yang berpengalaman dan bistari. Saya yakin, jangan di kira fahaman atau latarbelakang mereka, jika mereka sudah punya rasa kepercayaan unyuk sesuatu yang hebat dan penting, pasti mereka akan melupakan segalanya, dan tertumpu kepada wawasan yang mulia dan berkat.

(11) Makanya, dalam membangun Kg. Baru, janganlah alang kepalang. Jadikan ianya Global Islamic Village. Jika ini kita dapat jayakan, saya pasti Mekah, Madinah, dan BaitulMukaddis akan mengundang Melayu untuk sama-sama merangka dan mengerakkan pembangunan tiga kota suci Islam ini demi keselesaan semua umat Islam.

(12) Wawasan Melayu, secara ringkasnya, saya usulkan hendaklah menjurus kepada membina syurga dunia untuk umat manusia sejagat, selaras dengan pengertian siasah Islamnya. Kita mulakannya di Kg. Baru, Kuala Lumpur. Let do to lead.


Matang Jaya, Kuching, Sarawak
12 April, 2012

#Abdullah Chek Sahamat

Writing that complies Bizarre, Odd, Strange, Out of box facts about the stuff going around my world which you may find hard to believe and understand

0 comments:

Copyright © 2010 abc sadong™ is a registered trademark.

Designed by Access. Hosted on Blogger Platform.