(2) Untuk tulisan ini, biar saya ingatkan kepada satu genjala yang sedang melanda masyarakat kita. Semalam kebetulan saya ke Mahkamah Syariah Kuching. Kebetulan, semasa menanti lift, saya membaca senarai sebutan-sebutan Mahkamah Perceraian di Papan Kenyataan Mahkamah Syariah. Terguris juga rasanya, bila melihat banyak kes-kes tuntutan cerai terjadi di kalangan pasangan muda umuran sekitar 20-30 tahun. Juga bila saya berjalan lalu ke tempat letak kereta: parkir, beberapa pasangan muda sudah berjalan bersenggang sambil digiring sanak saudara yang tampak suggul.
(3) Anih, semalam juga saya terpaksa berdepan dengan masalah keluarga yang dikatakan akibat orang ketiga. Namun, atas sifat tidak mahu, menyebelahi sesiapa, saya membuat siatan lanjut, dan ternyata, orang ketiga sebetulnya adalah akibat bukan sebab dari segala-galanya.
(4) Saya cuba mendamaikan, biar sepatutnya, saya ngak usah masuk campur. Namun, saya hanya cuba membantu, agar keributan yang mengaibkan tidak terjadi dan meluas. Apa yang saya dapati, dan kini kian mengerti, atas pengalaman banyak teman-teman masa lalu juga diri saya sendiri:
"Saat bercinta, segalanya paling manis, paling akrab, paling telus dan tulus. Sukar sekali rasanya untuk berpisah. Sukar sekali rasanya untuk sesaatpun luput dari ingatan. Sukar sekali rasanya, tidak saling peduli. Segalanya dipedulikan, dilayan, ditatang dan didamaikan.Curahan kasih melimpah sepertinya boleh membawa bah. Segalanya dihargai. Kata orang kampung saya: kentutpun baunya wangi, biar hakikatnya memualkan. Indah segala. Sanggup bekorban apa saja. Inilah alam maya sebetulnya. Alam fantasi. Alam khayal. Alam nafsu. Alam fikiran sudah buta, bagi sebilangannya"
"Saat bercinta, bila berjalan, tersandung batu, biar sebesar, sekeras mana batu itu, pasti disepak tanda sayang kepada yang dicintai"....ini kata-kata, saya kutip dari kalangan teman dari Perok. Kalau orang Kedah: "Awatlah bodoh sangat sapa letak batu kat tengah jalan. Sayang sakit ka? Sayang tak apa-apa ka? Mai cek tengok. Puiihh.....puiihh". Kalau orang Kelantan sah lebih ganas:"Menate beruk mano, babi sungguh, letok batu tengoh jale. Adik/abe tak sakit ko? Adik/Abe OK ko?...."
"Lantas kerana terasa sangat serasi, maka berlakulah penikahan. Biar serasinya, hanya pada maya pada, ilusi sekadar keseronokan. Bukan serasi atas ujian sebenar. Inilah gerbang perkahwinan, alam perkahwinan, kemuncak kesetian dan kegembiraan kononnya. Masa berlalu, tanpa sedar, alam perkahwinan sebetulnya adalah alam peralihan. Tanggungjawap sudah mulai mengetuk pintu kepala. Beban hidup sudah mulai memanjat pundak. Nafsu sudah terusai, fikiran kian kembali terang. Kesadaran mulai bangkit. Fikiran menjadi ligat. Hari-hari berlalu, kesamaran dunia semakin jelas, jalan ke depan kelihatan panjang, berliku-liku dan beranjau. Nikmat cinta, sudah bergulat dengan kebutuhan hidup. Manis gula berganti asam garam. Kata P Ramlee: lidah mulai tergigit"
"Lalu kemudian muncul alam kekeluargaan membaur ke dalam kehidupan pasangan. Dulu sendiri. Kini, privacy, entah ke mana? Ke kiri ada yang lihat dan tegur. Ke kanan ada yang teropong dan kecoh. Segalanya seperti sedang mencari antah. Antah yang kian tampak, bukan berasnya. Kenyataan hidup kian jelas. Yang jelek-jelek kian timbul. Yang indah dan manis mungkinnya sudah habis di mamah cinta yang kian hanyut. Kemesraan sudah semakin menyepi. Kesendirian sudah kian bertandang dan makin di hargai. Keindahan sudah berwajah beban. Ceria keriuhan sudah berganti kocakan kebimbangan.
Bergulatlah kita dalam hidup. Ada yang tahan. Ada yang ambil keputusan berpisah. Ada yang terbuat secara gentleman, dipulangkan baik-baik, ada yang peduli apa, mampus lu."
(5) Ungkaian di atas adalah rempah ratus alam percintaan, alam perkahwinan dan alam kekeluargaan. Segalanya punya madu dan hempedu tersendiri. Jika hempedu bisa jadi madu, syukurlah, namun jika madu bertukar jadi hempedu, maka hancurlah. Apapun, banyak faktor yang membawa kehancuran. Seringnya adalah orang ketiga. Kasian si orang ketiga, selalu saja menjadi mangsa.
(6) Kehadiran orang ketiga sebetulnya adalah persinggahan. Saat resah dan getir, jika ada yang ketelaten: empathy, sering saja menjadi simpati. Bila simpati sudah menunjang, pasti timbul kemersaan. Bila kemersaran merebak, pasti kian jadi rindu-rinduan. Begitulah seterusnya sehingga keributan terjadi baru tersadar tersasar, tersandar. Bagi yang bistari, ada lampu Orange dan Rednya. Bagi yang tega: alang-alang menyeluk pekasam, ayuh biar mandi terus.
(7) Apapun pasti ada luka. Cuma, untuk meperbaiki luka, kita sering melihat yang paling hampir sebagai penyebab luka. Kita lupa untuk menilai jalan-jalan belakang yang sebetulnya mengakibatkannya. Juga kita sepertinya lupa untuk bertanya, apakah: baik untuk maju, atau lebih hormat undur dan kembali? Pilihannya, terpulanglah. Pokoknya, apa bisa kita menanggung dan terus mengalas. Cuma, Our live is about a four corner solid wall. If we throw a black rubber ball to any corner, it will bounch back, and chances to hit us is always very high, direct or indirectly.
Kuching, Sarawak
11/11/11
1 comments:
Yang pertama itu yang Maha,
Yang keluar itu NUR Muhammad,
yang ketiga itu Adam.
99 Asma Allah...kurang satu untuk 100 maka yang satu itu cari lah "AKU DIDALAM AKU".
Wahai Abdullah..... Allah itu Maha tahu...jangan merintih beristigfarlah....
Post a Comment