(2) Sebitulah nasibnya Ghadafi dan Sadam Hussein. Keduanya bertahta atas pengorbanan rakyat pada dasar kebahagian bersama. Bila sudah bertahta, mereka leka membina istana, berpistol emas dan segala rupa. Biar negara merdeka, rakyat tetap sengsara, kerana musuhnya bukan kemiskinan dan kelaparan rakyat tetapi keliru oleh maya padang pasir yang seperti Barat sentiasa ingin mengempurnya. Rakyat dilupakan, persenjataan dan kekuatan ketenteraan dimegahkan.
(3) Yang tinggal adalah rakyat yang tetap sengsara biar sudah merdeka. Kita seperti lupa, pesan Muhammad SAW: kepapaan itu pasti menjurus kepada kekufuran. Rakyat tertindas akhirnya berpaling menjadikan syaitan dan iblis sebagai teman tidur sebantal. Kapankah kita akan terus keliru dan lupa?
(4) Kebetulan hari ini, saya memanggil seorang teman untuk datang ke kantor. Saya menjemput beliau untuk sama berfikir bagaimana seharusnya kita menyusun langkah untuk masa depan anak cucu cicit kita. Pendeknya, saat kita sudah berpendidikan tinggi, saat kita juga sudah berkedudukan, tidakkah sia-sia rasanya jika kita tidak berfikir dan bekerja keras dan bijak demi masyarakat kita?
(5) Saya mengusul; saat kita sudah besar, seringnya kita lupa. Kita lupa kerana kita menjauh dari masyarakat. Kita menafikan itu, kerana kita berfikir kita tetap bermasyarakat, namun masyarakat yang kita masyarakatkan adalah masyarakat lain dari masyarakat yang sepatutnya kita masyarakati. Si kaya tetap dalam lingkungn si kaya. Bukan si kaya bergaul bergelumang dengan yang kurang upaya. Maka tetaplah: Engang bersama engang, helang bersama helang, pipit mejauh di hutan rimba.
Kuching, Sarawak
24 Okt., 2011
0 comments:
Post a Comment