21/9/11 HUT 911 ASAS UNTUK KEMUSNAHAN SELANJUTNYA
Posted By: Abdullah Chek Sahamat - September 11, 2011Hari ini, adalah Hari Utang Tahun kemusnahan Bangunan Berkembar (HUT 911) yang seluruh Barat, bukan hanya Amerika atau rakyat New York ingin peringati. Mereka tidak akan memperingati HUT ini atas rasa keinsafan, namun keinginan untuk terus menyala api permusuhan. Amerika, tidak akan mahu memperingati hari di mana banyak kampong dan pekan-pekan kecil di Vietnam dan Kambodia yang mereka ledak dengan Napalm Gas semasa peperangan mereka dengan VietCong dalam tahun 1970an dahulu. Kini mangsa-mangsa gas beracun tersebut masih kelihatan berkeliaran di bandar-bandar di Kambodia, Vietnam, Laos dengan badan terbakar, kudung dan kecacatan lainnya. Jumlah mereka bukan ribu, mungkin menjecah ratusan ribu. Amerika tidak merayakan kekejaman diri mereka di Indochina.
(2) Saya yakin, hari ini, mereka ingin merayakan HUT 911, seboleh-bolehnya dengan kehancuran Ghadaffi dan Assad di Libya dan Syiria. Api sengketa yang lebih marak sedang di tanam. Mesir pasti akan di hancurkan. Jika Mesir, Libya dan Syiria sudah jadi sotong terbakar, maka yang lain mudah untuk dikunyah.
(3) Hari ini, insyAllah, pada jam 1100, 9 Sept., seperti bertepatan dengan 911, saya akan meninggalkan Negara yang telah menyaksikan kebencian kemanusiaan yang maha dahsat di sebelah sini akibat tangan dan nafas hanyir Amerika yang menyebelahi pemerintahan yang hanya mementingkan keselesaan sendiri dan keluarga. Bagi saya Pol Pot, lahir akibat kebonekaan Amerika. Pembunuhan jutaan rakyat Kambodia dari 1972-1979 adalah kerana kebencian Pol Pot terhadap tali barut Amerika yang menyusah dan membiarkan rakyat negera ini miskin dan sengsara. Ratusan ribu, umat Islam Cham terbunuh akibat Amerika.
(4) Kita tidak boleh lalai dengan cara Amerika. Syaitan ini, akan hadir dalam banyak bentuk. Apa yang sedang berlaku antara MAS dan Air Asia adakah jalanan syaitan Amerika. Begitu juga sedikit masa lalu, yang berlaku dalam Sime Darby, semuanya, bila orang-orang Islam dan Melayu khususnya telah buta akibat rasa tamak kelahiran pengaruh koprat Amerika: merging, acquisition, down sizing, bailing, dsb namakan apa saja.
(5) Dalam bidang politik, kita jangan sekali-kali lupa, bagaimana, kebencian Amerika untuk melihat kejayaan besar kita, maka dalam 1997, Mahathir Mohammed telah diancam dengan krisis Mata Wang Serantau yang mana ada diantara orang dalaman Mahathir kerana rasa tamakkkan kuasa dan pengaruh sehingga sanggup Meliwati Negara, menjuboq Negara dalam loghat Kedahnya, dengan menerima cara dan tunduk pada tingkah laku IMF dengan menaikan Riba dan menurunkan tempoh NPL. Ratusan ribu pengusaha kecil dan sederhana Malaysia akhirnya terpaksa bungkus tikar dan payah untuk mereka bangkit semula sehingga kini.
(6) Kini, nafas dan roh Amerika juga sedang menghantui kita, bila dalam sistem kepimpinan Najib, masih ada saki baki pemuka-pemuka yang cuba memerintah negara berasaskan pemikiran Havard dan Cambridge melalui apa yang Mahathir Mohammed sering tegur sebagai budak-budak hingusan di Lantai Empat, Jabatan Perdana Menteri dan kini Najibpun jangan sampai tersilap langkah dengan adanya golongan Pemandu yang mungkin menyebabkan kita boleh terjengkang dalam longkang.
Phnom Penh, Kambodia
11 Sept., 2011
#Abdullah Chek Sahamat
Writing that complies Bizarre, Odd, Strange, Out of box facts about the stuff going around my world which you may find hard to believe and understand
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment