.

6/7/11 ANWAR, HADI, AMBIGA.....hanyalah budak kecil yang sedang menangis gila!

Posted By: Abdullah Chek Sahamat - July 11, 2011

Share

& Comment

Secara terperinci, saya agak ketinggalan dengan apa yang berlaku di Kuala Lumpur pada 9 Julai, 2011. Di muka surat pertama akhbar utama Thai, hanya terpampang tembakan air dari pili bomba untuk cuba memecahkan Demonstrasi Jalanan Bersih.


(2) Hari ini, bersama seorang bernama Mustapha di Phuket, yang asalnya dari Kelantan dan telah bermastautin di Phuket, saya berbicara sedikit kepada beliau tentang Melayu. Dia membuka cerita dengan menyatakan bertapa suatu ketika dulu, Phuket adalah ditadbir oleh orang Melayu, dan sebagai buktinya Mek Nah (Aminah) dan Mek Sah (Muesah) telah bermatian mempertahankan Phuket dari serangan tentera bergajah Burma dalam usaha Kerajaan Buddha Burma untuk menyatukan segala Kerajaan di Asia Tenggara untuk bersatu di bawah payung Kerajaan Buddha Burma.

(3) Bermula dengan Penjajahan Siam, kemudian Portugis, lalu Cina dan kini Orang Putih dan Arab, beliau mengambil kesimpulan betapa orang Melayu dengan mudah dapat mengikut cara hidup bangsa asing. Beliau seperti kesal melihat betapa kini, sebilangan bangsa Melayu yang telah dibunuh jati diri mereka kini menjadi kumpulan miskin yang sudah tidak boleh membeli pakaian secukupnya khususnya di daerah perlancungan di Patung. Mereka sedang mengadai diri dan Melayu yang masih ada harga diri hanya dapat melarikan pengelihatan mereka bila bertembung dengan Melayu-Melayu Miskin ini.

(4) Di jalanan di Kuala Lumpur apa sebenarnya yang di cari oleh dua Melayu: Anwar Ibrahim dan Hadi Awang? Tidakkah mereka pernah menjunjung kerusi pentadbiran: Anwar sebagai Menteri Pertanian, Pelajaran, Kewangan dan Timbalan Perdana Menteri sedang Hadi menduduki kerusi Menteri Besar Trengganu? Apakah jasa mereka dalam membela rakyat susah, rakyat resah dahulunya? Kenapa, bila sudah jatuh baru hendak menggelegak menyinsing lengan mahu membela rakyat. Rakyat mana? Rakyat Hadi dan Anwar?

(5) Orang Arab berdemonstrasi di jalanan, maka Melayu juga berdemonstrasi di jalanan. Tali barut Portugis dan Hindu dulunya menggunakan pemuka-pemuka Melayu dalam menghancurkan pemerintaha Melayu, maka kini, Melayu juga terus mahu jadi kuda tunggangan untuk meruntuhkan kedaulatan Melayu.

(6) Buat Najib, janganlah mudah melatah. Tumpukan pada kerja Membina Negara, dan biarkanlah urusan Anwar, Hadi, Ambiga itu benar-benar menjadi urusan profesional pihak Keselamatan dan Perundangan. Tidaklah usah melibatkan diri dalam prihal mereka. Juga tidak perlu menjadikan isu mereka sebagai sebahagian isu politik. Kita mesti ingat, inilah masanya, jika Malaysia bijak dan kental, maka Malaysia akan dapat membimbing Dunia Ekonomi dan Kewangan Islam. Ada yang sedang berselindung di balik topeng kebebasan untuk mengagalkan usaha ini. Politik Najib, saya kira, janganlah jadi politik budak-budak, ikut rentak. Dia mesti tumpukan sepenuhh perhatian pada politik Membina Negara.

(7) Saat Negara Gawat, Tun Razak menghabiskan masa dan tenaganya untuk Membina Negara. Politik perkara kedua baginya. Maka dengan sebab itu beliau berjaya menyatukan UMNO dan PAS. Najib mesti sedar akan perkara ini. Najib harus menyemak secarqa terperinci segala catatan pribadi Tun Razak.

(8) Najib harus tahu, budak kecil bila menangis, jika cuba dipujuk, pasti tangisannya semakin membingitkan. kalau dibiarkan, pasti nantinya dia akan berhenti dan terus tertidur!


Phuket, Thailand
11 July, 2011

#Abdullah Chek Sahamat

Writing that complies Bizarre, Odd, Strange, Out of box facts about the stuff going around my world which you may find hard to believe and understand

0 comments:

Copyright © 2010 abc sadong™ is a registered trademark.

Designed by Access. Hosted on Blogger Platform.