(Mampunya Nik Aziz, membina wakaf, sedang mampunya Che Det membina KLCC. Adakah itu harus jadi ukuran keIslaman negara ini, atau Apa Ada DenganMu?)
Tulisan Dr. Mahathir yang terbaru mengenai penguguran perjuangan menegakkan Negara Islam oleh PAS sangat menarik. Saya kebetulan beberapa tahun kebelakangan ini sering berulang-alik ke Kelantan atas urusan pribadi dan juga rasmi. Banyak juga saya bawa rakan-rakan yang tidak pernah ke Kelantan untuk ikut bersama saya, dan selalunya, di lapangan terbang saya akan bertanya mereka tentang persepsi mereka terhadap orang Kelantan.
(2) Banyak sebenarnya akan berkata orang Kelantan agak ekstrim: berpurdah hitam, menutup seluruh tubuh kecuali mata, berjubah, berjanggut bersepah kotor, kelihatan seperti bengis. Pasti di Kelantan tiada kebebasan. Lelaki dan perempuan akan terpisah jelas.
(3) Namun di saat berada di di boarding hall juga dalam pesawat, saya akan meminta mereka untuk memerhati apakah tanggapan mereka benar? Juga selepas mendarat, jika ada waktu saya akan membawa mereka untuk minum sebentar di KB Water Front, atau melawat Shopping mall atau kedai-kedai tekstil dan fesyen di sekitar KB. Ternyata, banyak orang keliru antara fesyen Kelantan dan fesyen Al Arqam atau kumpulan tabligh. Di Kelantan, sebagaimana yang sering saya perkatakan, ketaksuban mereka bukanlah pada Islam, tetapi kemahuan mereka adalah untuk tetap Melayu.
(4) Hakikatnya, Melayu Kelantan, mahu menjadi terus Melayu yang akhirnya menjurus kepada keutuhan ummah bersandarkan peraturan Islam. Mereka pada hakikatnya sedang melakukan banyak percubaan tersendiri dalam membentuk Negeri Melayu-Islam. Mereka tidak akan menjadi Negera Islam mutlak. Mereka mahu menjadi negeri Melayu-Islam. Melayu dulu, Islam kemudian tetatpi dalam mendaulatkan Negeri Melayu, mereka mahu bergerak bersama Islam, Islam mengikut fahaman mereka.
(5) Saya percaya, Mahathir kerana perjalanan jauh, pembacaan dan kekuasaan meluas beliau melihat Islam dalam sudut yang jauh berbeza dengan Nik Aziz. Nik Aziz, juga banyak membaca, bahkan mungkin lebih banyak membaca dari Mahathir, cuma bidang bacaan dan kuasanya agak terhad. Seorang secara Univeristi Malaya, sedang seorang secara Pondok. Namun, saya kini dapat melihat kedua-duanya akan ada titik pertemuan tetapi tidak tercapai dalam zaman mereka. InsyaAllah keduanya sedang bergerak menegakkan bangsa Melayu yang kental.
(6) Hakikatnya, Nik Aziz bukanlah seorang developmentalist, lebih seorang spiritualist, sedang Mahathir adalah medical developmentalist dan bukan spiritualist, maka keduannya melihat masa dalam dua perspektif yang sangat berbeza. Mahathir tidak punya kesabaran dalam memajukan bangsanya. Nik Aziz mahu bangsanya bangkit mengikut rentak sendiri, pada keupayaan sendiri. Nik Aziz tak gaduh:buru-buru, Mahathir nak gomocepat. Keduanya, punya tahap kesabaran yang berbeza.
(7) Mahathir pengerak pembangunan. Nik Aziz seperti melenggah pembangunan. Buat Nik Aziz, buat apa ertinya pembangunan jika rakyat tersiksa dengan kesempitan hidup yang menyesakkan. Di Lembah Kelang, rakyat kelihat mewah, namun apakah mereka makmur? Di Kota Bharu, pergerakkan seakan lesu, namun rakyat Kelantan punya purchasing power yang tinggi. Cuba teliti, dimanakah di Malaysia, bila seorang pemaju hartanah mahu menjual projeknya terpaksa memohon agar 30% dari projek tersebut diperuntukkan kepada bukan bumiputera? Selalunya adalah sebaliknya!
(8) Buat saya, kepada Najib, saya berharap isu Islam janganlah menjadi isu perdebatan sia-sia dengan Nik Aziz. Biarlah Mahathir dengan caranya. Jangan mengikut lagak sebegitu, kerana, itulah cara yang kalangan tertentu dalam UMNO lakukan dalam piliharaya dulu sehingga UMNO menjadi bahan sampah rakyat Kelantan. Saya berkira, Jambatan Sg. Kelantan yang sudah enam tahun tergendala perlu disiapkan segera. Kita perlu ingat, betapa, kelewatan pembinaan Jambatan Lanang, Sibu suatu ketika dulu turut menjadi bahan 'kebencian' rakyat Sarawak kepada BN. Biarlah Jambatan didahulukan, politik dikesampingkan.
Kuching, Sarawak
13 June, 2011
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment