(Kini, gaji boroh lapangan di perladangan adalah sekitar RM15-25/hari. Pada tahap gaji sebegitu, maka kita dapat menikmati harga makanan seperti sekarang ini. Bayangkan jika gaji mereka ditingkatkan dua kali ganda agar mereka mendapat RM750-1,500/bulan, apakah harga makanan akan terbatas naik hanya sekali ganda?)
Agaknya, bagaimanakah asas-asas awalan yang menjadikan terjadinya dua sistem perkhidmatan yang kita warisi sehingga kini: Awam dan Swasta. Perkhidmatan Awam adalah tersangkut dalam soal mentadbir urusan Negara, sedang Swasta mengurus hal-hal persyarikatan. Satu berbentuk sosial, sedang satu lagi menjurus kepada soal-soal keuntungan. Dalam perkembangan terbaru, kini kedua-dua bidang itu sudah disebut sebagai Tadbir Urus Awam dan Tadbir Urus Koprat.
(2) Saat menjelang 1 May, maka kini kian lantang suara-suara menuntut agar keduanya di samakan sahaja. Biar keduanya tiada perbedaan: tempoh persaraan, keperluan gaji minima, keperluan percutian khusus, dan pelbagai lagi. Natijahnya, begitulah kehendak manusia, tidak akan ada hentinya. Jika satu lebih, maka yang satupun mahu juga lebih.
(3) Alasan yang diberikan, adalah kerana tuntutan kenaikan Nilai Sara Hidup. Saban waktu, setiap keresahan pastinya akan menjurus kepada mengalas kepada keperluan hidup. Sememang ada kebenarannya. Sememangnya semua mahu terus hidup. Sememangnya semua tidak mahu sekadar hidup. Semua kalau boleh mahu hidup senang.
(4) Cuma, apakah dengan kenaikan gaji akan menyelesaikan gejala kenaikan kos hidup? Apakah akibatnya jika kos pengeluaran atau perkhidmatan terus meningkat, apakah kos hidup akan bertahan atau dapat ditambat dengan baik? Pastinya, jika kita memahami, gejala Imbangan Ekonomi (Economic Equilibrium), jika satu faktor menaik, pasti faktor-faktor yang terkait pasti juga akan menaik. Akhirnya, kenaikan gaji, tidak memberikan apa-apa makna kepada soal mengawal kos hidup dan atau menjadikan kos hidup mampu buat semua.
(6) Pemimpin CEUPAC khususnya, mungkin lebih gemar menghambat kepopuleran, sehingga saat timbul saja tanggal 1 May, kerana takut dilihat sebagai kaku, maka mereka lebih suka bercakap sesuatu yang belum pernah difikir, kaji dan simulasi secara teliti. Mereka lebih suka bercakap dari rasa dalam dada dari terjahan geliga kepala.
(7) Cuba kita lihat, demografi kependudukan kita. Berapa peratuskah penduduk Malaysia yang tinggal di bandar? Berapa ramai pula yang tetap menduduki luar bandar? Sopal gaji, adalah soal kuasa membeli. Dari segi kuasa membeli, jika kita hanya melihat kuasa membeli penduduk bandar, bagaimana pula akibatnya kepada kuasa membeli penduduk luar bandar? Tidakkah ini kemudiuannya akan memaksa Negara untuk memeberikan subsidi kepada penduduk luar bandar. Jika ini terjadi, tidakkah mungkin, Negara akan dilihat sebagai memberati penduduk luar bandar yang kebanyakannya adalah pribumi? Tidakkah ini, akhirnya, akan menimbulkan keresahan sosial yang lain?
(8) Saya berkira, dalam soal memantap atau menjadikan kos hidup agar terus berada dalam julat yang mampu, maka kita perlu memikirkan jalan bagi mengurangkan kos pengeluaran atau perkhidmatan. Dalam soal ini, istilah Cost-effective Production and Service perlu kita fahami dan teliti akan mekanisma kecapaiannya.
(9) Maka untuk itu, kecekapan pengeluaran perlu difikir dan digerakkan secara berkesan dan bersungguh-sungguh. Seluruh Negara perlu bersatu dalam meningkatkan kecekapan pengeluaran kita sehingga kos pengeluaran menjadi sangat cost-effective. Jerman, Jepun, Korea dan New Zealand, umpamanya dapat mencapai daya dan mutu pengeluaran yang sangat baik sehingga mereka dapat menjadi Producer Economies berbanding kita yang seperti terjerat dalam perangkap Consumer Economy. Negara China, yang menyedari bahaya menjadi Consumer Economy kini sedang mengorak langkah pantas dan tegas dalam menjadikan negara itu sebagai Producer Economy.
(10) Pokonya, para pemimpin CEUPAC dan bahkan para pemimpin Negara kita, hanya kerana PRU13 kian mendatang, maka kita suka terburu-buru mengusul dan mengasak dasar-dasar yang boleh menjerat diri kita sendiri. Najib perlu berani mengusul dan mengasak dasar-dasar yang menjurus kepada kepentingan Ekonomi Mampan Negara. Kita tidak boleh, saat saja mendengar gendang, terus saja ingin menari, sedang kita tidak benar-benar pasti apakah tabuhanh gendang itu adalah seruan perang atau suatu hiburan.
(11) najib, jangan sekali-kali lupa, kemelut politik negara, adalah kerana masalah pengurusan ekonomi yang tidak mampan dan berkembang. Pertelingkahan kita adalah kerana kita sedang berebut Economic Cake yang kian menipis sedang mulut yang menghendakinya kian tumbuh pesat. Kita tidak boleh hanya mengurus Negara semata-mata dari kacamata Politik. Theory Politik Plato usah diikuti sangat!
Kuching, Sarawak
30 April, 2011
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment