6/3/11 REBUNG DAN BAMBU
Posted By: Abdullah Chek Sahamat - March 14, 2011(Sudah besar nanti, bukan bawang yang saya bungkus, tetapi ketulan emas. Biarlah sekarang saya belajar dulu sebegini, dan tidak memikul cangkul, atau melihat orang-orang kita berkawad panas membakar diri...cuma keringat bercucuran, namun laba sebenar, bukan milik kita!)
Kalau kita melentur buluh atau bambu, tidak semestinya ianya akan patah. Melentur, bermaksud tidak mematahkan. Kalau kita patahkan, maka barulah ianya patah. Perbuatan melentur bermaksud, membengkokkan secara perlahan-lahan, membentuk, membentur mengikut kemahuan kita. Namun, jika rebung dilentur, pastikah ianya akan melentur, tidakkah ianya akan patah lalu menjadikan rebung itu mati? Itu hanyalah debat secara logik fizik. Namun pepatah Melayu begitulah bunyinya. Jika kita mahu anak-anak kita menjadi sebagaimana yang kita mahu jadikan mereka, maka mereka perlulah dididik, asuh dan dedahkan mengikut acuan yang kita mahu.
(2) Contoh mudah adalah Muhammad SAW. Sebelum dia dapat menjadi pemimpin besar, maka dari janinnya dia sudah dididik dan terdedah kepada soal-soal jatidiri kepemimpinan ie boleh berdikari sebagai asas ulet membuat keputusan dan pendirian sendiri secara tegas dan mantap.
(3) Dulu-dulu, generasi dewasa dan seusia separuh abad dewasa ini, mereka sangat terdedah akan soal-soal bertani. Jika berbicara tentang bertani, maka mereka sambil tidurpun boleh berbicara secara terperinci tentang bertani. Namun, tidak bagi mereka yang seumuran kurang dari 30 tahun dewasa ini. Maka, nenek moyang kita dulu, cita-cita dan kemahuan mereka tidak lain, melainkan memiliki tanah kebunan seluas mungkin. Bicara mereka adalah tentang hutan mana dan tanah mana yang akan mereka terokai, tujuannya buat bekalan anak cucu. Buat anak cucu bertani mencari hidup.
(4) Orang-orang Negeri Sembilan, khususnya di kawasan Port Dickson dan bahkan Sg. Udang di Melaka, pasti anak-anak di zaman 1980an, cita-cita mereka adalah untuk menjadi sojar (askar). Ini kerana, mereka sangat kagum akan kesegakan para prajurit yang berbaris berteriakan di padang kawat di kem-kem berhampiran. Maka di laman rumah di setiap perkumpulan ibu-bapa, pasti anak-anak akan melakunkan watak tentera yang segak dan gagah. Anak-anak lelaki menjadi begitu pintar, biar hanya berbekal pelepah pisang atau batang bemban, pasti boleh dijadikan senapang mainan. Anak-anak perempuan pula, berlakun berkerudung pura-pura menjadi anak dara malu-maluan menyapa 'para tentera' yang lewat lalu.
(5) Sedang di Bachok, Tumpat, Pasir Putih, Kelantan, Rantau Panjang, Trengganu, Lahad Datu, Sabah, Bako, Sarawak; anak-anak di kawasan ini pasti bermimpi enak dalam lambungan ombak, dalam perahu layar memukat, jermal, rantau, membubu, dan bahkan memancing ikan. Watak-watak nelayan yang gagah perkasa di lautan luas menjadi idaman setiap dari anak-anak lelaki. Sedang anak-anak perempuan pula, bermainan pondok-pondok di pantai berlakon menjaja ikan, membuat keropok, menjemur ikan, dan menganyam atap.
(6) Bila zaman berubah, para guru, dan pelbagai penjawat awam lainnya menjadi idaman anak-anak. Watak-watak ibu-bapa yang tampak segak bergaya dan kekalutan saban hari menjadi penetitian anak-anak. Kemudian dengan perubahan berterusan kepada sistem pendidikan kita, maka tokoh-tokoh seperti doktor, jurutera, juruterbang, arkitek, peguam dan berbagai bidang professional menjadi idaman anak-anak khusnya di zaman 1990an.
(7) Namun, yang jelas, sangat sedikit dari anak-anak kita yang ingin bekerja sendiri. Biar apapun bentuk latar pendidikan dan kemahiran mereka, pasti makan gaji tetap menjadi pilihan. Cuma bidangnya lebih menjurus kepada pekerjaan dalam sektor swasta.
(8) Semua itu, apapun pekerjaan yang kita lakukan tidak sekali-kali menjadi kesalahan. Cuma, saya ingin, biarlah kita, ada sebilangan dari kita beriusaha keras mendedah dan membimbing anak-anak kita agar ada yang ingin menjurus dalam bidang perniagaan. Adalah suatu yang sangat mendukacitakan, sedang kekayaan adalah tersimpan dalam bidang perniagaan, kita pula meminggir diri.
(9) Wajar kini, bangsa Melayu sedar dan mengorak langkah berani menceburkan diri dalam bidang perniagaan. Begitu juga mereka yang menduduki kerusi empuk di kantor-kantor pemerintah, perlu punya kecekalan dalam membina kemudahan dan suasana agar bangsa Melayu dapat kembali kembang di atas kaki sendiri. Satu kegagalan, hanyalah suatu dugaan. Suatu kesilapan, adalah suatu pengajaran. Keuletan mengasak sesuatu yang betul dan benar, biar payah, jerih, pasti juga ada kesudahan baiknya.
Matang Jaya, Kuching, Sarawak
15 March, 2011
#Abdullah Chek Sahamat
Writing that complies Bizarre, Odd, Strange, Out of box facts about the stuff going around my world which you may find hard to believe and understand
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
4 comments:
perrrgggghhhh acipppp...ngah miss u!
Bilakah sdra sendiri akan keluar sebagai penjawat awam dan berniaga sepenuhnya. Berniaga di kampung ada tahapnya dan berniaga dalam seektor korporat juga tidak banyak cabarannya kerana rugi atau untung, bukan hak milik sdra. Tak kisahlah banyak mana 'concern' yang ada, tapi milik orang tetap bukan milik kita. Berniaga dalam erti kata berniaga yang sebenarnya tanpa bantuan kerajaan atau subsidi.
InsyaAllah, waktu buat saya dalam perkhidmatan awam akan saya tamatkan sedikit lebih awal. Cuma, kini saya ingin meletakkan beberapa asas bagi beberapa 'falsafah dan pendirian' saya pada tapaknya. Pastinya, ini menjadikan 'time is an essence' buat saya.
(2) Dalam urusan dagang, pendirian saya buat masa ini tetap pada, biarlah kecil-kecilan, kerana saya tidak bercadang untuk meraih kekayaan, namun tetap pada terus menggerak 'falsafah dan pendirian' saya pada masa ini. Mudah-mudahan, suatu masa, apa yang orang tidak mengerti akan maksud saya, suatu hari nanti mereka akan mengerti. Saya lebih suka biarlah semangat dan roh 'falsafah dan pendirian' saya akan tetap diperjuangkan kemudiannya.
Biar apa org kata..teruskan matlamat dan tujuan ..asalkan ia nya tidak melanggar peraturan Islam ..
Post a Comment