(Apa yang direnungnya? Merenung nasib tak terbela? Adakah ini kerana salah ibu mengandung atau kasih yang tumpah di dedaun keladi tanpa ada bekas? Atau tangan tersalah hanyun bandulnya (buai)?)
Muhammad adalah berketurunan bangsawan Arab Quraish. Namun, biarpun tergolong dalam puak yang terbilang ie Bani Hasyim, terkenal sebagai pedagang yang hebat dan penjaga Ka'aabah dan Perigi Zam-zam, namun Muhammad secara pribadi adalah seorang yang hidupnya penuh keperitan. Muhammad ibarat: Itik kehausan di kolam, Ayam kelaparan di kepuk (gudang)padi. Saat ibunya Aminah (?)sedang sarat mengandung, bapanya, Abdullah meninggal dunia. Jadilah dia seorang yatim. Bayangkan dari keluarga yang miskin, betapa payahnya sang ibu saat mengandung terpaksa bersendiri mengurus hidup. Maka mungkin sebab derita-payah, bila Muhammad lahir, siibu turut terkorban, menjadikan Muhammad genap menjadi yatim piatu.
(2) Mutalib, datuknya Muhammad, menggambil dan membela beliau selepas itu. Atas kudrat Ilahi, kasih sayang Mutalib kepadanya sangat melimpah ruah, namun tetap dalam penuh kesederhanaan. Muhammad saat bayinya telah dititip oleh datuknya jauh ke Padang Pasir di kalangan kaum Badui untuk disusu dan dididik sebagai anak padang pasir. Mutalib seperti berkira, biarlah Muhammad tumbuh sebagai anak liat teruji penuh dalam kegersangan dan kepayahan dalam serba kekurangan bersama kaum Badui yang sememangnya kaum yang ulet dan berani.
(3) Bila mencapai usia sekitar enam tahun, Mutalib meninggal. Namun, sebelum dia pergi, Mutalib biar mempunyai beberapa anak yang jauh lebih berada, mewasiatkan kepada Abi Thalib untuk menjaga Muhammad. Abi Thalib adalah antara anak-anak Mutalib yang paling banyak anak serta paling miskin. Cuma, Abi Thalib adalah seorang yang jujur, kuat bekerja, serta bersyukur.
(4) Muhammad kemudian diasuh menjadi pengembala kambing. Soalnya, biar Muhammad adalah seorang anak yang jujur dan cerdas, namun dia diasuh menjadi pengembala, dan bukan budak penjaga perigi Zam-Zam atau Ka'abah yang duduknya jauh lebih mudah dan mulia. Kambing bukanlah binatang yang mudah mahu diurus. Si pengembala tidak boleh leka, bukan hanya si kambing akan berkeliaran dan boleh merosakkan tanaman jiran, pastinya, di padang pasir banyak musuh kambing yang akan menyerang pada bila-bila masanya saja. Muhammd tidak boleh bermalas-malas. Dia tidak boleh leka. Dia mesti sabar. Dia mesti terus cekal dan ulet untuk terus jaga dan berawas. Dia mesti memberikan perhatian penuh pada tanggungjawapnya.
(5) Dari kepayahan mengembala kambing, Muhammad pokoknya sedang diasak untuk meneliti prilaku kambing. Kambing, sifatnya sebagai binatang cerdik yang tidak mudah patuh pada apapun peraturan dan disiplin. Sifatnya nakal, mahu liar sekehendaknya. Kambing mahu bebas sekehendaknya. Kambing mahu merdeka semahunya sehingga ada pribahasa Melayu menyebut: Merdeka Kambing! Mengembek membingitkan. Berlari-lari berputar-putar terkadang mengelikan. Saling bertanduk beradu tak karuan. Mengulis-ngulis apa juga pepohon sehingga boleh merosakkan. Pokoknya, merdekanya kambing, bisa membikin kita marah, kita tersenyum, dan kita resah.
(6) Semua itu adalah didikan halus Abi Thalib terhadap keponakannya agar dia menjadi anak ulet dan anak teguh kepribadiannya.
(7) Saat Muhammad meningkat belasan tahun umurnya, dia mengikuti paman-paman dan kaum Quraish lainnya berdagang ke Palestin dan Syam (Syiria). Mengembara di tanah gersang, berhari-hari, berbulan-bulan, setiap malam terus saja berjalan menaiki unta atau berjalan kaki, terdedah kepada segala macam acaman dagang, rompakan, penipuan, dsb. Siang dibaham terik mentari, malam digigit dingin padang pasir. Perjalanan yang mencabar dan meresahkan.
(8) Di sini, Muhammad menyaksi segala gelagat dagang biar yang licik dan juga yang jujur. Segala bentuk penimpuan dan penyelewengan pasti ditemuinya. Namun tidak kurang, ada juga nilai-nilai jujur dan ikhlas yang digarapnya.
(9) Mengembara, berdagang di segenap Oasis yang ditemui pasti meletihkan. Namun, Muhammad sudah mulai sedar, betapa: Early bird get fresh warm, maka dari latihannya sejak anak-anak tidak pernah kenal lelah, maka dalam mana-mana perjalanan pastinya dia tidak pernah leka. Dia sering saja duluan. Kerana sifat tidak membuang masa, menjaga masa, patuh pada masa: Demi masa....maka, Muhammad dalam segala urusan dagangnya dia mendapat Competitive Advantage yang jauh lebih hebat dari rakan-rakannya yang lain.
(9) Disamping menghormati masa, tidak kalah lelah, diadun hebat dengan sikap jujur dan ikhlas, maka apa juga barang dagangan pembawaan Muhammad pasti akan mudah habis terjual-laris. Keuntungan yang beliau perolehi sangat membanggakan para pamannya. Sikap Muhammad saat keanak-anakan dan remajanya adalah bertanggungjawap penuh atas tugas dan tanggungjawapnya. Dia memeliki sifat sentiasa memperbaiki diri. Dia bersikap sentiasa ingin memberikan yang terbaik tanpa mengharap pembalasan biar dalam apa juga. Dia bekerja sejujur, seikhlas, paling bertanggungjawap.
(10) Saya tidak ingin melanjut kepada sifat dan sikap beliau seterusnya. Jalanan hidup Muhammad semasa anak-anak dan remajanya, saat dia adalah seorang manusia biasa perlu menjadi teladan kita khususnya yang punya anak-anak yang masih kecil sehinggalah remaja.
(11) Kita ibu-bapa dewasa ini sememangnya banyak bebanan tugas yang tidak mudah untuk pikul. Namun, kita harus ada kebijaksanaan tentang bentuk dan sifat anak-anak yang bakal kita bentuk. Namun tidaklah sampai kita paksakan akan siapa mereka harus jadinya. Kita harus bijaksana dalam menjangka masa depan yang bakal anak-cucu kita hadapi. Kita tidak boleh melihat hanya 10-20 tahun ke depan. Jangkau fikiran kita melampau dua generasi ke depan, ie sekurang-kurangnya 100 tahun ke depan, pastinya banyak cabaran buat mereka. Jika kita sedar tengtang gelapnya masa depan mereka dan bangsa kita, pastinya sikap dan cara kita menyediakan mereka akan sangat berbeda.
(12) Lihatlah didikan langsung dan tidak langsung yang Muhammad terima sehingga akhirnya dia bersedia menjadi sebagaimana seharusnya kejadian beliau. Segala macam kepayahan dan keperitan yang terpaksa beilau tanggung. Namun semua itu, adalah cabaran yang harus beliau hadapi sebelum beliau teranugerah sebagai pemimpin dan manusia paling sempurna.
(13) Pepatah Melayu, kebijkasanaan Melayu, ada berkata: Sayangkan anak, tangan-tangankan. Jauh perjalanan luas pandangan. Bapa borek anak rintik. Di mana tumpahnya kuah jika tidak ke nasi. Semua itu adalah menjurus kepada perlunya kita memberikan perhatian baik dalam membina anak-anak bangsa kita. Melentur buluh biarlah dari rebungnya.
(14) Juga pribahasa Arab ada berkata: Siapa generasi 100 tahun mendatang, adalah tercorak oleh generasi kini.
(15) Budaya KFC, McDonald, Pizza Hut, Old Town, Secret Reciepy, Starbuck, California Cafe, Klang Station, dsb harus kita tidak terlalu amalkan. Begitu juga segalanya yang terpikul dibahu Bibik dan pak Super juga harus kita lihat semula. Kampung halaman, biar hanya bersepah najis kambing, itik dan ayam, namun di sana tetap ada nilai-nilai akar umbi kita yang tidak harus kita ambil sikap jijik. Janganlah kita terlalu mudah: Meludah ke langit dan atau Menepuk air didulang, pastinya terpercik ke muka sendiri!
(16) Pastinya, suatu masa, tiba masanya, segala apa tentang kita, masyarakat yang akan bertanggungjawap. Teman pejabat, teman dagang, teman pergaulan yang ekslusif, ingatan mereka pada kita tidak akan lebih dari tujuh hari selepas perginya kita, namun masyarakat yang kita bina akan membawa barakah sehingga ke akhir zaman.
(17) Itulah budi dan jasa Muhammad. Itulah kehebatan Muhammad. Masyarakat-Ummah adalah tanggungjawap beliau. Ummah adalah perhatian beliau. Jasanya pada Ummahlah yang mendokong beliau biar sampai kiamat. Itulah yang sewajarnya kita renungi di hari ini. Bukan sekadar ingat dan hormat akan tarikh lahirnya, namun sebaik mungkin dalami dan teladani sifat dan sikap beliau. Biar kita tidak mungkin dapat sesempurna beliau, namun: Sedikit-sedikit pasti menjadi bukit, InsyaAllah.
Matang Jaya, Kuching, Sarawak
15 Feb., 2011
0 comments:
Post a Comment