.

12/1/11 BILA BAJU TAK SEPADAN TUBUH

Posted By: Abdullah Chek Sahamat - January 29, 2011

Share

& Comment


Orang Melayu ada berfalsafah: Ukur baju di badan sendiri. Entah berapa banyak dari kita tahu akan pribahasa ini? Juga antara yang tahu, berapa pula yang mengerti akan maksudnya? Dari yang mengerti, berapa pula yang mengambil langkah wajar dalam mengamalkan ajaran di balik pribahasa tersebut?

(2) Ajakan atau ingatan, mengukur baju ke badan sendiri, bermaksud, segala sesuatu yang kita lakukan hendaklah berasaskan kepada kemampuan sendiri. Ini khususnya dalam soal perbelanjaan. Kita mesti berbelanja pada keperluan sebeanr dan pada kadar sewarasnya. Pribahasa yang mendokong pribahasa ini saya kira adalah: jangan lebih sudu dari kuah.

(3) Kebijaksanaan pribahasa ini jelas tepat jika kita mengamati akan apa yang sedang terjadi di Amerika. Dulu, di tahun 1998, samasa saya di sana, nilai hutang perkapita rakyat Amerika sudah mencecah U$50,000.00 iaitu setiap rakyat Amerika tidak kira besar atau kecil, kaya atau miskin, rata-rata mereka berhutang sebanyak U$50,000.00 atau nilai selkarang RM185,000.00/orang.

(4) Sifat suka berhutang, biasanya terdorong oleh keadaan bilamana kita tidak dapat mengawal nafsu. Dalam istilah ekonomi, mereka yang suka berhutang bolehlah di samakan dengan punya Fungsian Utiliti yang tinggi (high utility function). Dalam istilah perdagangan pula, mereka yang suka berhutang boleh dianggap sebagai risk taker.

(5) Namun hutang yang hendak saya perkatakan tidak terkait dengan dua istilah: Utility Function dan Risk Taker. Ianya lebih mengkhusus kepada berhutang atas kemahuan pribadi yang tidak semestinya keperluan hidup.

(6) Kalau mengikut orang Perak, perkara yang akan saya perkatakan lebih menjurus kepada: Bior Pape Asal Bergaye!

(7) Persoalan yang ingin saya ketengahkan adalah bila saya perhatikan sekarang ini, khususnya Pegawai-pegawai Melayu yang muda-muda, yang baru masuk kerja, sifat mereka sangat berbeza dari zaman saya mula-mula masuk kerja dahulu. Soal peredaran zaman, pasti sering menjadi asas kebanyakan orang untuk menyanggah hujah saya ini. Soalnya, adakah hanya kerana zaman telah berubah, maka kita juga mesti turut berubah? Pasti jawapannya, adalah ya, namun, kenapa pula kita tidak bertanya, adakah perubanahn kita itu menuju jalan yang lebih baik?

(8) Dulu, bila sesorang Pegawai mula-mula masuk kerja, jelas mereka mempunyai tumpuan terhadap kerja. Perhatian mereka untuk meningkatkan pencapaian kerja mereka adalah sangat tinggi. Mereka tampak seperti tiada masalah untuk menumpu kepada kerjaya mereka? Mereka seperti tahu akan tanggungjawapa mereka dan terus saja mahu menyumbang yang terbaik buat mendokong kerjaya mereka.

(9) Sedang, jika kita lihat apa yang berlaku dewasa ini, adalah berbeza. Kebanyakan pegawai-pegawai muda Melayu, tumpuan mereka, bukan pada kerja. Tumpuan tidak pada usaha untuk memahami segala selok belok mengenai kerja masing-masing. Tumpuan tidak kepada kemahuan untuk belajar, dan memperbaiki sendiri. Tumpuan tidak kepada ingin memperbaiki diri agar dapat berkhidmat dengan baik. Segalanya seperti perlu disergah, dimarah, diarah, dikerah! Seoalah-olah, Ijazah yang mereka miliki adalah seperti kertas tandas yang nilainya lebih sesuai untuk mencuci najis! Atau mungkin sebegitulah nialinya?

(10) Saya berkira, sejak di bangku Universiti lagi sikap para remaja Melayu sudah agak terpesong. Dulu, kebanyakan para mahasiswa akan bertungkus lumus untuk menghabiskan pengajian mereka secepat mungkin dan sebaik mungkin. Jika mereka tidak menjadi pelajar yang tekun, namun mereka akan mencebur diri dalam memahami masalah rakyat. Bergulat sama dalam kancah sosial negara dan rakyat.

(11) Namun kini, akibat terlalu banyak kemudahan, tumpuan para siswazah kita tidak lagi pada pengajian mereka. Mereka lebih suka bersosial dalam alam remaja dari memikul tanggungjawap sebenar mereka ke universiti. Mereka tidak pedulikan masyarakat. Mereka lebih cenderung kendiri. Tidak hairan, kini, banyak ibu-bapa mengeluh, dari pulang membawa ijazah, banyak yang pulang membawa Sijil Nikah. Dari dada penuh berisi ilmu, kini kembali dengan perut membusung mengandung!

(12) Paling istimewa, kini, masuk saja kerja, bila sah pendapatan dalam sekitar RM1,500-2,500.00, pastinya dalam bulan kedua selepas bekerja, mereka pasti akan membeli kereta. Mereka tidak akan membeli kereta Second Hand. Kemudahan, tiada bayaran muka, serta jangka masa sewa beli sehingga sembilan tahun menyebabkan mereka bertanggapan mereka menjadi mampu! Alasan yang diberikan, mudah: untuk memudahkan bergerak, serta kereta second hand akan menyebabkan maintenance cost meningkat! Alasannya semuanya logik dan sesuai dengan zaman. Bayaran kereta sekitar RM300.00-500.00/bulan tiada menjadi masalah.

(13) Sesudah ada kereta, pasti mereka akan kemudiannya lebih bebas bergerak. dari hanya makan di rumah, mereka sudah menjadi pelanggan tetap Pizza Hut, McDonald, KFC, Ol Town, Cafe, StarBuck, dsb. Di hujung minggu mereka ke Movie jika tidak secara berkumpulan ke Resort di mana-mana. Mereka singgah sesekali saja di kedai-kedai Mamak. Mereka juga sudah kian lupa akan ibu-bapa di kampung! Semuanya atas alasan, zaman sudah berubah. Kita sudah kerja kuat, kita ingin santai! Kerja kuat? Belanja minyak kereta dan makan-makan sekitar RM500-700.00/bulan, juga tiada masalah sebab sekali sekala boleh berkongsi bersama teman-teman.

(14) Juga, kalau kita lihat handphone masing-masing, pasti canggih. Pasti up-to-date. Kemudahan beli balik dan bayaran ansuran memudahkan semuanya. Bill handphone pula sekitar RM150.00-200.00/bulan. Bilangan hp pula, banyak yang memiliki lebih dari satu. Kenapa? Kalau di Pejabat, pastinya tiada henti-henti berbalas message atau bersembang dalam hp. Kalau kita tanya, kenapa asyik saja bermesej, jawapnya, saja, untuk release tension! Tension pasal apa? Tension pasal kerja? Kadang-kadang, yang perempuan lebih banyak dapat missed call dari boy friend. Maka terpaksalah si girl friend buat call kepada boy friend. Begitulah. Dunia sudah berubah. Berubah ke jalan jahanam kot!

(15) Dari segi pakaian pula tidak mengalah. Biarpun yang dipakai mungkin kebanyakan berbentuk plastik atau palsu, namun kadar kitarannya sangat tinggi. Yalah harga hanya RM2.00-3.00, bukan mahal sangat. Beli 10 pasang, boleh kitar 10 kali! Lagipun kita dah budgetkan RM100.00/bulan untuk semua ini. Jadi tiada masalah, semuanya dah dibudgetkan. Di sinilah agaknya, zaman telah berubah, dari menitik beratkan mutu kepada menitik beratkan kuantiti. Soal mutu, itu soal lain. Jalan pilihan adalah kepalsuan dan kemurahan! Inilah perubahan zaman. Palsu dan Murah!

(16) Kini, sudah ada budaya baru. Budaya Face Book. Untuk sering dapat bercerita, saling berhubungan, maka perlulah bergaya dengan PC, Tablet atau I-pod. Masa kerja sering saja dicuri untuk keperluan berhubungan ini.

(17) Secara kasar, kita seperti mengakui bahawa anak-anak muda sekarang ini sudah bijak mengatur hidup sendiri. Pendapatan RM1,500-2,500/bulan. Kereta, RM 300-500/bulan. Minyak dan ronda-ronda RM500-700/bulan. Hp RM150-200/bulan. Pakaian RM100/bulan. Perbelanjaan semuanya sekitar RM950-1,500/bulan. namun adakah itu benar? Saya perhatikan, kebanyakan belumpun sempat pertengahan bulan sudah tak cukup wang kerana sewa rumah dan juga makanan harian lainnya belum masuk hitungan lagi. Belum lagi di kira kredit kad jika ada!

(18) Begitulah, bila sudah zaman berubah, beban fikiran bukan lagi pasal kerja atau kepentingan masyarakat, namun tekanan perasaan adalah kerana tidak tahu mengukur baju ke badan sendiri. Orang menari, kita menari. Orang menari betul, kita hanya goyang perut! Tanyalah diri sendiri, apakah tabiat-tabiat ini akan menjamin kejayaan masa depan kita? Atau paling kurang, tanyalah, adilkah, khususnya yang bekerja dengan Kerajaan dan GLC, akan sifat-tabiat tidak menumpu kepada kerja dan tanggungjawap kerja? Percayalah, inilah sifat mencuri namanya!

(19) Namun, apa kaitan semua ini dengan masalah ekonomi di Amerika? Sifat orang-orang Amerika, sebetulnya samalah dengan sifat anak-anak muda kita dewasa ini, tidak atau kurang pedulikan kepentingan masyarakat!

(20) Juga jika kita prihatin, apa yang sedang berlaku di Yaman, Tunisia, Mesir, Palestin, dan akan merebak ke Saudi, Lebanon, Jordan dan Syiria adalah kerana bila kita sudah lupa akan tanggungjawap kita kepada masyarakat.

(21) Kita mungkin sering dan atau sudah berfahaman bahawa kemajuan yang kita hambat akan menjamin kesejahteraan hidup kita, dengan kepesatan proses pembandaran, maka kemewahan di bandar akan menjamin kita. Inilah fahaman yang sedang berkembang kuat di Amerika, di Eropah, dan sekarang menular di negara-negara Arab. Kini, kemelut sebegini juga sedang berlaku kepada kita. Cuma kadarnya masih boleh dibendung melalui pelbagai nikmat subsidi yang Kerajaan kita tanggung.

Matang Jaya, Kuching
29 Jan., 2011

#Abdullah Chek Sahamat

Writing that complies Bizarre, Odd, Strange, Out of box facts about the stuff going around my world which you may find hard to believe and understand

6 comments:

Anonymous said...

banyak benarnya bang abdullah. sedih, kerana merekalah yang akan menjadi pemimpin kelak. besar tanggungjawab kita ya.

Bayu Senja said...

Memang susah mencari graduan seperti dulu kerana matlamat mereka di era ini adalah begitu berbeza. Saya pun tak tau sampai bila asyik 'hire-fire' ini akan berakhir. Yang terakhir kes seorang staff yang selalu masuk lambat (ikut waktu dia sendiri) dan tak boleh berfungsi mengikut skop kerja. Dia melaporkan kepada pihak berwajib kerana tidak dibayar EPF, sedangkan dalam kontrak yang telah ditandatangani , sumbangan EPF akan dibuat setelah jawatan disahkan. Macamana nak disahkan dengan prestasi sedemikian?
Sebagai majikan yang akur dengan polisi agensi berkaitan, maka persetujuan dibuat untuk pembayaran sekaligus dari pihak majikan. Oleh kerana gaji beliau adalah tinggi (RM2800) sebagai permulaan, maka sebulan gaji perlu dipotong.Dia setuju dan kemudian meminta ansuran dibuat dan bukannya potongan sekaligus sedangkan majikan seperti saya mampu berbuat demekian.

Inilah contoh graduan sekarang yang pentingkan gaji/wang dan bukan kerja yang mereka buat. Bila tak puas hati, mereka mencari kesalahan majikan, bila dah tersepit, minta tolong lagi dari majikan......

Abdullah Chek Sahamat said...

15 tahun dahulu saya mengikuti sebuah ceramah di mana penceramah menyangah: "Dulu, ibu bapa miskin-susah petani; mereka dapat lahirkan Pemimpin Negara, Profesor, Segala Pakar dan mereka yang baik-baik. Kini, ibu bapa adalah Pemimpin Negara, Profesor, Ahli Agama, Para Pakar....namun anak-anak mereka, SuhanaAllah, tidak tahu ke mana tuju mereka?". Wjarlah kita selalu mainkan Filem P Ramlee: Anakku Sazali.

(2) Maka kini, mungkin sedikit demi sedikit sudah mulai sedar, kenapa saya bersikap 'ganas' kepada 'bawahan' saya. Apa yang berlaku di Arab sekarang ini, pasti terjadi, jika 'generasi kini' bersikap sebagai kritik saya di atas. Mudah-mudahan kita sedar sebelum terlambat. Tq

Anonymous said...

eleeehhhh...sebenarnye die cerite hal ni bkn nak bersungguh2 pun...agenda d sebaliknya adalah utk menunjukkan die betullll!!!!!!!!mmg ko nih pandailah putar belitttttt

Bayu Senja said...

Nampaknya ada kemarahan sdra/sdri kepada sdra Abdullah, mungkin caranya kasar dan 'ganas' kepada bawahannya, tapi dia ikhlas, cuma caranya tidak boleh diterima semua pihak. Niat yang ikhlas akan membuahkan hasil yang mungkin tidak nampak secara langsung atau serta merta tapi ia tetap akan berhasil.Dia juga tidak mintak apa apa balasan. Saya sependapat dengan beliau dalam banyak perkara, namun cara perlaksanaan saya mengikut acuan saya sendiri. Yang penting kita mesti ikhlas, rajin bekerja demi keluarga, bangsa dan agama. Sama samalah kita berjuang, moga perjuangan kita diberkati hendaknya.amin

Abdullah Chek Sahamat said...

Suatu ketika saya pernah berdepan dengan seorang siswazah. Perkara dibincang adalah soal, jangan terlalu membebankan orang tua, biarpun dalam urusan pengajian. Berbelanjalah setakat yang perlu. Saya ceritakan bagaimana dulu semasa di Ijazah Pertama juga di Ijazah Lanjutan saya, biarpun telah bekerja dan bergaji tetap, sering saja makan maggie buat menjimat belanja. Saya lebihkan perbelanjaan untuk membeli buku-buku bacaan, kerana saya sedar segala kekurangan diri dalam pelbagai ilmu dan kemahiran. Bagi saya, buku adalah pelaburan masa depan: meningkatkan ilmu.

(2) Jawap siswazah tersebut, apa guna jadi ayah kalau tidak boleh menanggung keperluan anak-anak. Juga, kenapa Kerajaan perlu minta bayar balik Pinjaman Pelajaran. Bukankah itu tanggungjawap mereka?

(3) Saya tidak berkata banyak, melainkan hanya mengingat: "Sampai masanya, bila kita cukup dewasa, barulah kita mengerti akan semua silapnya kata-kata kita. Jangan suka meludah ke langit, akibatnya, kotor wajah sendiri".

(4) Pesan orang tua-tua Melayu: "Sayangkan anak, tangan-tangankan, sayangkan isteri tinggal-tinggalkan".

Copyright © 2010 abc sadong™ is a registered trademark.

Designed by Access. Hosted on Blogger Platform.