(Patutkah suasana sebegini terus wujud dalam lingkungan pengurusan DBKU/DBKS? Tugas siapa untuk memperbetulkan ini? Bagaimana pula peranan kita sendiri?)
PBB adalah singkatan kepada gabungan Parti Pesaka (yang dahulunya diterajui oleh masyarakat Iban) dan Bumiputera Bersatu (yang diterajui oleh masyarakat Melayu). Gabungan keduanya membentuk Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) dan parti siasah ini telah menjadi tunjang kepada kempimpian Politik Sarawak sejak dari permulaan merdeka sehingga kini. PBB pada asasnya telah mengalami cobaan Politik yang tidak kurang dahsatnya berbanding dengan UMNO. Ianya telah menghadapi tentangan luaran sebermulanya dari SUPP (Sarawak United People Party) yang didokong pada asalnya oleh masyarakat Cina yang condong ke kiri, seperti juga UMNO (perikatan) yang terpaksa berdepan dengan PAP di awal pasca kemerdekaan.
(2) Kemudian, di kalangan masyarakat Iban, mereka berpecah lalu sebahagiannya membentuk parti SNAP yang seakan-akan mengabungkan kekuatan segelintir masyarakat Cina yang tidak sehaluan dengan SUPP dan Iban yang kurang menerima gabungan Pesaka dan Bumiputera bersatu. Bila SNAP kemudian bergabung dengan PBB dan SUPP membentuk Barisan Nasional Negeri (BN Negeri), dan lewat waktu, SNAP kemudian bergolak lagi lalu terbentuk parti serpihan PBDS (Parti Bangsa Dayak Sarawak). Sehingga kini, pertentangan luaran, samada secara langsung atau tidak langsung terus melanda BN Negeri atau PBB bilamana PBDS yang kemudiannya diterima masuk dalam BN Negeri kemudian turut bergolak lalu terbentuk SPDP dan PRS yang kedua-duanya didokong oleh masyarakat Iban dengan sedikit backup oleh segelintir masyarakat Cina.
(3) Kini, saya kira PBB terus tercabar kuat bila mana, pada masa ini SUPP sedang bergolak kuat, biar dipermukaan tampak tenang. Namun, sikap tolak ansur dalam PBB, khususnya di kalangan pemimpin Melayu di bawah pimpinan Taib Mahmud dan masyarakat Iban di bawah pimpinan Alfred Jabu dapat menahan kukuh benteng keutuhan dalam PBB. Kedua-dua Taib-Jabu, membentuk ikatan PBB yang sangat kukuh, sukar dicabar, sehingga ada suara-suara yang mahukan kedua-dua pengikat itu diganti dengan ikatan baru.
(4) Yang menarik dalam soal menganti ini, ianya seperti suatu sindrom di kalangan segelintir rakyat kita, asal lama saja, kita mesti tukar. Mesti ganti. Kepimpinan negeri atau negara tidak terkecuali. Sindrom ini ibarat seperti memperdagang Surat Khabar Lama!
(5) Dari dalam, PBB pernah tercabar bilamana Parti Jati Anak Sarawak (PAJAR) ditubuhkan oleh segelintir musafirnya. Begitu juga kemudiannya bila Persatuan Masyarakat Sarawak (PERMAS) dengan terang-terang meledak dari dalam kubu PBB. Jalan politik sebegini samalah dengan cerita UMNO-PAS dan UMNO Baru-Semangat 46.
(6) Saya percaya, minat untuk memutuskan ikatan Taib-Jabu sebenarnya tidak terbatas hanya untuk mengantikan kepimpinan yang ada. Sebaliknya ianya adalah satu muslihat serampang dua mata pihak lawan untuk meniarapkan Taib-Jabu lalu dipijak kemudiannya dan yang paling penting melumpuhkan PBB. Jika PBB dapat dilumpuhkan, maka mudahlah BN Negeri juga dapat dilumpuhkan oleh tangan ketiga. Semua ini adalah sama rentak gendang dan tarinya dengan politik di Semenanjung Malaysia sehingga memaksa DMM meninggalkan meletak jawatan dan kemudian kita pun tahu UMNO jadi seperti orang tengah cirit birit; BN jadi anak nanar terencat akal. PBB adalah senasib dengan UMNO kecuali PBB masih berjoragan lama dan berpengalaman luas.
(7) Saya berkira, jika benar, kempimpinan Taib-Jabu perlu ditukar, maka saya berkira ianya harus dilakukan dari dalam, di kalangan ahli PBB sendiri, secara bersih, demokrasi, dan bermoral. Saya yakin, biarlah anak Sarawak sendiri dari sifat azali kita yang menentukan cara, corak, dan siapa pemimpin kita. Jangan tanganlah fikiran dan nafsu kita dibayangi tangan luar ketiga.
(8) Biarlah bicara politik saya tentang PBB hanya terbatas seperti di atas. Apa yang ingin saya utarakan sebenarnya adalah kekhuatiran saya tentang keghairahan segelintir orang Melayu Sarawak untuk berpolitik. Pastinya, tiada siapa perlu dihalang dari berpolitik, kerana negara ini adalah negara demokrasi. Namun, kekhuatiran saya bukan berkait dengan soal politik, tetapi lebih kepada soal mengekalkan kestabilan sosial demi kemajuan lebih pesat negeri ini.
(9) Saya melihat, kebelakangan ini, segelintir orang Melayu Sarawak seperti sedang di kuda-kuda oleh Cowboy Luaran! Nak dikira mereka ini nak Main Tarian Kuda Kepang pun saya tak pasti, atau nak jadi Urban Cowboy seperti John Travolta jauh sekali. Paling menarik, mereka ini, terdiri dari mereka yang saya perhatikan tiada kewibawaan yang jelas, dan sebahagiannya hanya mahu berpolitik untuk cari makan lebih, seperti peremban (perumpamaan) Melayu Sarawak dulu: seperti gemurak (gelama) di palak (permulaan) pasang!
(10) PBB, samada kita akui atau tidak adalah tongak kestabilan Kerajaan BN Negeri. Kekuatan dan keutuhan PBB adalah seperti tiang seri yang mengukuhkan lain-lain parti politik negeri. Keributan dalam PBB pasti akan mengoyahkan dan meresahkan lain-lain parti, dan jika ini berlaku, maka sudah pasti banyak masa, tenaga, wang, dan pemikiran akan terbuang untuk berkemelut yang boleh merosakkan negeri.
(11) Biar saya hamparkan sedikit biasan: Taib Mahmud kembali menerajui Negeri ini pada tahun 1981. Pada masa itu saya masih lagi dibangku pengajian. Pada masa itu, seperti saya ucapkan dalam Jamuan Tahunan PELITA pada 2008, bahawa ketika itu, amat sukar untuk saya mengangkat kepala bila berdepan dengan rakan-rakan dari Semenanjung. Negeri Sarawak pada masa itu, adalah Top Five dari segi kemunduran dan kemiskinan. Anak Sarawak pada masa itu dilihat sebagai bebanan negara. Kita bukan hanya miskin, keselamatan negeripun masih belum stabil dan kancah politik negeripun sedang membara. Saya berkira, pada masa itu, Sarawak tidak layak berada dalam Malaysia, kita tidak setaraf, kita tidak 'dihormati', saya merasa sungguh terhina!
(12) Sejak 1981 sehingga kini, tiada siapa dapat menafikan bahawa Sarawak telah banyak berubah. Dr. Mahathir suatu ketika dahulu pernah berkata:" Setiap kali saya datang ke Sarawak, saya nampak jentera-jentera berat banyak berhamburan membuat kerja. Itu tandanya, kepimpinan negeri Sarawak sangat mengambil berat tentang pembangunan negeri biar apapun orang luar katakan mengenai mereka".
(13) Kini, Sarawak adalah Top Five negeri terkaya di Malaysia. Tahap kemiiskinan kita jauh menurun. Taraf hidup rakyat jauh sudah berubah. Kita perlu sadar, Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) telah meletak dan mengiktiraf Malaysia sebagai negara paling berjaya dalam usaha pembasmian kemiskinan dan peningkatan taraf hidup rakyatnya. Afrika Selantan sedang mencontohi rapat segala usaha kita!
(14) Kalau kita melihat secara mendalam, Taib telah dapat mengawal banyak keadaan sehingga beliau kini dapat mengarah segala sumber yang ada bagi tujuan kepentingan masa depan negeri. Cuba kita bandingkan Sarawak dan Sabah dalam soal kawalan ke atas kekayaan negeri. Sama hal dengan Perak, Pulau Pinang, Pahang dan bahkan Johor. Tiada suatu negeri dalam Malaysia yang masih tetap dapat mengawal kekayaannya sehingga jika Kerajaan Persekutuan ada masalah dalam membiayai pembangunannya, negeri masih boleh berjalan sendiri. Lihat apa yang sedang terjadi di Pulau Pinang dan Selangor dewasa ini, biarpun kedua-duanya adalah tergolong dalam The Five Rich States in Malaysia bersama Sarawak. Inilah sebenarnya kekuatan dan keistimewaan Sarawak yang mesti kita kekal dan pertahankan. Kita mesti kekalkan "Kemerdekaan Ekonomi kita".
(15) Memang tidak dinafikan, dalam apa juga keadaan, pasti ada segelintir mendapat lebih. Nama-nama gergasi negeri seperti Rimbunan Hijau (RH), SinYang (SY), Shamlin, KTS, WTK, TaaN, dan Naim Cendera kini seperti menjadi sasaran kritikan seolah-olah segalanya menjadi monopoli badan-badan ini. Jika anak negeri, tanpa kira bangsa tidak kita bangunkan untuk jadi gergasi, siapa lagi yang hendak kita bangunkan? Kita juga mesti ingat, mereka jadi gergasi tidak semudah yang kita lihat, semuanya pernah hanya makan bubur dengan kicap sahaja!
(16) Untuk itu, saya berkira, Taib punya percaturan Politik Pembangunan yang tersendiri. Pada saya, Taib dengan bijak membina gergasi-gergasi ini, sebelum menggunakan mereka kemudiannya. Bayangkan pantai bandaran Miri tanpa adanya kerjasama Shamlin-PELITA, begitu juga di pantai bandaran Bintulu. Bintulu asalnya hanyalah kampung Nelayan, namun Hock Peng-PELITA telah dapat mengerakkan Bintulu menjadi bandar sebagaimana ianya sekarang. Kita juga mesti bijak menghitung, apakah industri yang akan ada di Kuala Baram jika tidak dipelopori oleh SinYang. Sama halnya dalam industri pembuatan kapal di Sibu. Setidak-tidaknya, Sarawak punya sandaran dalam permodenan industri dan pewujudan peluang-peluang pekerjaan yang pelbagai. Itulah percaturan Politik Pembangunan Taib, jika tidak boleh dilakukan oleh Tabungan Awam, dia punya alternatif sumber swasta!
(18) Tidakkah itu jalan yang digunakan oleh DMM semasa beliau mentadbir negara, sehingga kita pada kedudukan sekarang? Jika kita iktiraf kebijaksanaan DMM, maka kenapa pula rakyat Sarawak, khususnya orang Melayu Sarawak menjadi sedikit alpa dengan sepoi kemaruk politik kedai kopi (kini restoran)!
(19) Dalam soal perhutanan, contohnya, memang banyak tidak sedar bagaimana Taib dalam halus memaksa RH,SY, Shamlin, KTS, WTK, dan TaaN dalam mengerakkan usaha Perhutanan Lestari dan Pembangunan Industri Palpa dan Kertas. Usaha-usaha ini bukanlah murah dan mudah. Tanpa sadar, Taib sebenarnya mewujudkan 'reverse investment' ke atas segala kekayaan yang telah badan-badan ini perolehi dari industri pembalakan dan pengilangan yang mereka kerjakan selama ini. Mereka ini, bukan sekadar terpaksa menjalankan penghutanan semula, namun mereka juga telah 'dipaksa' untuk membangunkan ladang-ladang sawit bagi mempelbagaikan asas ekonomi negeri.
(20) Cuba imbas kembali, bahkan dalam tahun 1989, Kota Samarahan adalah sebuah Kota yang hidup hanya dari jam 0800-1700. Biarpun beberapa institusi pengajian tinggi telah dibangunkan di sana, namun kesannya masih tidak ketara, sehingga bila Naim Cendera telah seperti dipaksa bergabung dengan PELITA untuk membangun Desa Ilmu dengan kemudahan perumahan dan komersil. Kini, Naim Cendera boleh dengan senang hati mengundur diri dari Kota Samarahan dan membiarkan pembangunan seterusnya dilakukan oleh 'anak-anak kecil'.
(21) Sama halnya dengan masalah di Miri. Dulu, Miri sangat dihantui dengan masalah setinggan. Ketika itu tiada siapa yakin untuk membangun hartanah di Miri. Maka, Taib menjadikan Naim Cendera sebagai 'mangsanya'. Bayangkan jika Naim Cendera tiada, siapakah yang dapat membantu Sarawak untuk mengatasi masalah kekurangan rumah di negeri ini. Setidak-tidaknya, kekangan kewangan yang dihadapi oleh Suruhanjaya Perumahan Sarawak dapat juga dilampiaskan kepada Naim Cendera, dan kini Hock Seng Lee!
(22) Perhatikan Mukah jika tanpa Hock Peng. Hock Peng dan PELITA adalah 'mangsa' dalam menghadiah kemajuan kepada Mukah. Begitu juga Paling-PELITA di Balingian. Begitu juga halnya di Betong. Taib memaksa Hock Peng-PELITA untuk membangun bandar-bandar baru ini, kerana syarikat-syarikat yang sering 'melalak' pasti tidak berminat untuk menjadi pelopor di kedua-dua bandar ini.
(23) Kini, dalam bidang tenaga, dulu SESCO kini menjadi Sarawak Energy Sdn Bhd (SESB),sedang menjadikan Sarawak sebagai hub pembekal tenaga nasional. Anak Sarawak perlu merasa banga kerana Kerajaan Sarawak sedang gigih meningkatkan pegangan ke atas Projek Haidro Bakun. Pastinya, gergasi-gergasi inilah yang akan menjadi sasaran taib dalam usahanya ini.
(24) Saya berkira, tanpa syarikat-syarikat gergasi ini, pastinya Taib akan terkapai-kapai untuk hanya berharap sumnber Kerajaan dalam membawa pembangunan pesat kepada Sarawak, sebuah negeri yang hampir sama luas dengan Semenanjung tetapi dengan kependudukan yang berselrakan pada mukabumi yang sangat recam!
(25) Taib, sejajar dengan kemahiran akademik beliau sebagai seorang peguam (advocate), maka saya berkira, cara beliau mentadbir negeri ini adalah secara Corporate-Advocate-Planning and Development. Secara perlahan-lahan beliau sedang beralih dari mentadbir secara Public Domain kepada Corporate-Advocate Domain. Dan ini saya kira adalah bijak selaras dengan perubahan dan peningkatan mutu pendidikan rakyat kita!
(26) Namun, kepintaran jelas Taib, biar apapun bentuk dan cara pembangunan di negeri ini, dia adalah 'in full control'. Sifat 'in full control' tidaklah semestinya bermaksud tidak baik, ianya adalah salah satu cara bagaimana segala kejayaan dan kekurangan dapat dipantau dan diperbetulkan dengan segera.
(27) Ini terbukti dari kegagalan pelbagai Projek Gergasi yang sepatutnya boleh mengheret Sarawak ke arah kebangkraban, namun kerana sifat 'in full control' beliau, rakyatpun seperti tidak sadar tentang adanya Projek Mega yang bermasalah. Beliau bukan hanya dapat mengatasi masalah Projek Mega bermasalah, namun beliau tidak terikat mati termanggu menghadap Projek-projek sakit seperrti itu, malah beliau terus dapat membawa masuk lain-lain Projek Mega yang sedang giat dibangunkan.
(28) Sebetulnya, saya sering juga bertukar fikiran dengan Taib dalam soal pembangunan negeri. Dalam keghairahana saya untuk lari pantas kedepan, sering saja dia mengingati saya: "Dulu kita susah, saya susah untuk membawa pembangunan dan perubahan kepada negeri ini. Dulu kita tak ada orang yang pandai, bijak dan mahir. Kita kena buat perlahan-lahan. Kita kena banyak buat percubaan. Ada masa kita berjaya. Ada masa kita gagal. Sekarang, alhamdullilah UNIMAS, UiTM, UNIPUTRA, Curtin, Swinburn, dan banyak lagi pusat-pusat latihan teknikal sudah banyak melahirkan tenaga kerja yang baik-baik. kita akan berjaya, cuma kita kena hati-hati!"
(29) Bagi mereka yang sering bercerita dan mengkritik tentang terlalu banyak Projek besar di monopoli oleh segelintir syarikat tertentu, saya sering bertanya kembali kepada mereka ini. Katakan Projek HEP Bakun diberi kepada sebuah syarikat bermodal RM5.00 juta, apakah kemungkinan kejayaan Projek ini? Sedang Sime Darby yang bermodal berbillion ringgitpun masih terkapai-kapai, bagaimana pula syarikat yang kecil-kecil, lagipun bak kata Dr. Mahathir: "Yang awak sebok bercakap di kedai kopi, adakah awak menjalankan usaha bersungguh-sungguh untuk mendapat Projek tersebut. Jika tidak, macamana saya nak bagi kepada yang tak pernah minta dan hanya sebok di kedai kopi?" Maka eloklah kita: ukur baju di badan sendiri!
(30) Lihatlah pada nelayan, takkanlah yang hanya dengan menjala maka kita dapat Tuna, dan bahkan kembung. Terubokpun tidak akan diperolehi oleh si Tukang Jala. Untuk dapat Ikan Merah, Tuna, Kembong, dsb ikan yang baik-baik, kita kena ada pukat tunda dan bermain di laut dalam!
(31) Pendeknya, PBB (dan sarawak) pada masa ini mempunyai seorang pemimpin yang sangat berkaliber. Kecekalan Taib dalam menongkah arus, dengan perkiraan sosio-ekonomi yang 'licik', melalui pelbagai usaha gergasi yang lain yang sedang melimpah ruah ke negeri ini, pastinya akan menjadikan Sarawak the Pillar of the National Economic Growth.
(32) Untuk itu, sistem politik dan kepimpinan Sarawak mestilah terus stabil. Kita, siapapun kita, samaada besar atau kecil, kita mesti memainkan peranan untuk memperkukuhkan kestabilan sosial kita. Kita mesti pusatkan pemikiran kita kepada pembangunan Negeri, dan bukan politik berpolimik. Saya teringat kata-kata Sanusi Junid tentang Dr. Mahathir semasa krisis perlembagaan: "Jika Mahathir adalah pohon, kita mestilah membajainya, agar sama-sama kita dapat berteduh di pohon yang rindang dan subur'.
(33) Saya percaya, jika Taib dapat 'In Full Control', kita sebenarnya akan dapat lebih berjaya, jika semua penjawat awam juga dapat 'in full control' serta menjalankan tugas negeri dengan penuh kebijaksanaan dan keberanian.
Matang Jaya, Kuching
6 Oct., 2010
1 comments:
Dear Sir,
I hope you could be our SS...Your dedication, knowledge and willingness to look into our own weakness and others strength are crucial qualities which a leader should posses.
State gov. servant
Post a Comment