.

3/7/10 SEBERMULA DAN KERANA NAWAITU

Posted By: Abdullah Chek Sahamat - July 08, 2010

Share

& Comment


(Tidakkah wajah sebegini akan sentiasa mengetuk fikiran dan hati kita agar kita tetap pada amanah untuk meringankan jika tidak menghapuskan segala derita dan kepayahan di mana-mana?)

Sejak beberapa minggu yang lepas saya telah berjalan ke serata tempat di luar bandar Sarawak bersama-sama dengan beberapa pelabur tempatan dan dari Semenanjung. Biasanya bila saya membuat tinjauan lapangan, saya bergerak agak pantas serta ketat (intensive). Saya akan menitik beratkan perincian kerja dan sering menyoal tentang banyak perkara berkenaan dengan segala projek atau kawasan yang saya lawati. Dalam masa yang sama juga saya akan menyemak akan kemajuan segala arahan saya terdahulu di samping cuba menilai dan memperbetulkan segala kelemahan yang ada.

(2) Saya tidak menduga banyak yang memerhati rapat akan cara saya bekerja, dan banyak yang menyatakan bahawa saya mempunyai ketelitian, daya ingatan yang kuat, cepat mengamati yang salah, serta dapat membuat saranan dan keputusan dengan cepat dan tegas.

(3) Yang paling menarik perhatian dan ingin saya kongsikan bersama pembaca semua adalah bilamana saya sering ditanya bagaimana saya boleh mengekalkan keutuhan tenaga (vitality)sepanjang hari tanpa ada rasa jemu dan lelah. Banyak yang ikut serta dalam lawatan saya samaada di dalam atau luar negara memerhati cara saya bekerja, mereka sering berkata dari mulai pagi sehingga malam, rentak kerja dan tenaga saya seolah-olah tiada bedanya. Banyak yang bertanya apakah amalan saya?

(4) Banyak kali, dari segi makanan, saya selalu katakan bahawa makanan saya mesti seimbang: keperluan tenaga (kabohidrat), pembaikan tisu (protein), dan penjanaan kesihatan menyeluruh (vitamin dan mineral). Makanan harian saya mesti mengandungi semua itu. Makanya, setiap makan tengah hari saya mesti ada tiga jenis sayur (termasuk ulam-ulaman), ikan (kadang-kadang sahaja daging dan ayam), dan buah-buah segar. Di awal pagi saya cuma minum segelas air suam kemudian diikuti segelas air madu. Saya jarang bersarapan. Di sebelah malam kalau saya tidak makan, saya akan minum segelas besar susu segar, sebiji buah pisang, dan kemudiannya sebelum tidur meminum segelas air madu asli. Saya gemar KFC dan steak, dan selalunya saya makan junk food ini di hujung minggu sekembali setelah agak penat bekerja di kampung. Tujuannya agar segala makanan itu mudah 'burn out' dan tidak menjadi lemak yang berlebihan.

(5) Jika saya merasakan bahawa badan saya terlalu letih atau diserang demam, sejak kecil, saya suka makan sup. Tak kira sup apa: sayur, ayam, daging atau tulang. Kita harus ingat, sup melarutkan Vitamin A,D,E, dan K. Vitamin-vitamin ini amat penting bagi kesegaran tubuh badan.

(6) Berat badan juga saya kawal supaya tidak pernah melebihi 75 Kg iaitu cuma tiga kilo melebihi berat ideal saya. Berat badan perlu dikawal agar saya terus cergas dan tangkas. Berat badan yang melampau boleh melambatkan segala gerak kerja kita. Kerana kurang kecergasan akhirnya berat kita akan terus bertambah-tambah dan akhirnya menyebabkan kita menghadapi pelbagai kesukaran kesihatan. Sejak 26 tahun sudah saya tidak pernah bersukan. Saya juga jarang bersenam melainkan di hujung minggu.

(7) Jika bersenam, saya lebih gemar membuat senaman berbentuk setempat: Spot Sport, yang menitik beratkan pemanasan badan seperti membuat renggangan, bernafas panjang, serta pumping dan sit-up. Senaman berbentuk ini adalah untuk meningkatkan suhu badan dan pengambilan udara bersih yang banyak mengalakkan pembakaran lelemak dalam badan. Dalam masa yang sama, pumping, sit-up dan stretching akan membina otot dan bentuk badan yang baik.

(8) Namun, tetap ada juga yang masih ingin lebih tahu akan amalan lain yang saya lakukan. Ramai yang menduga saya punyai amalan batin. Saya dengan tegas menafikan mengamalkan ilmu-ilmu batin. Apa yang sering mungkin menjadi kelebihan saya adalah saya boleh memberitahu otak saya untuk 'switch off', maka selalunya saya mudah tidur nyenyak. Saya tidur bila saya mahu tidur. Saya tidak memaksa mata saya untuk tidur bukan pada masanya. Semasa tidur, saya selalunya mengarahkan otak dan badan saya untuk berehat sepenuhnya.

(9) Tidur yang baik adalah penting. Kita mesti cuba mendapatkan baby sleep. Tidur nyenyak dan aman seperti bayi adalah sangat baik untuk tubuh kita. Semasa tidur, hormon Melathonin akan memainkan peranan untuk meransang segala enzim dan hormon lain yang patut untuk memulihkan segala tenaga yang telah digunakan, dan disamping itu, bagi orang dewasa, segala tisu rosak akan dipulihkan semasa kita tidur. Tidur adalah ibarat memasukkan kereta ke dalam workshop untuk kerja-kerja baik pulih! Workshop yang baik dan sempurna adalah ibarat tidur yang baik dan sempurna.

(10) Anak kecil yang tidurnya nyenyak dan puas akan lebih ceria dan cergas. Orang dewasa yang cukup tidur berkualiti akan kelihatan lebih segar dan bersih. Kulitnya juga akan kelihatan segar, muda dan berseri. Maka jika makanan dan senaman sudah kita jaga, maka kualiti tidur kita juga mesti kita benar-benar jaga sama.

(11) Biarpun saya telah jelaskan 'amalan harian' saya, namun tetap masih ada terutama yang seumuran atau lebih dari saya tetap mahu tahu akan amalan selebihnya. Saya tidak dapat memikirkan yang lain, selain cuba mengimbau kembali akan usia nenek dan moyang saya. Moyang saya boleh bertahan sehingga seumur 126 tahun. Nenek saya, saya kira umurnya juga melebihi seratus tahun. Dari segi makanan, mereka hanya makan makanan kampung. Seharian kerja di kebun. Tidur mereka juga sangat teratur. Saya cuba mengikuti amalan mereka.

(12) Namun watak mereka agak berbeza dengan saya. Mereka lebih tenang. Mereka lebih sabar. Saya juga perhatikan mereka tidak ada rasa dengki, curiga, cemburu, atau suka membuang masa menjaga tepi kain orang lain. Namun mereka gemar membuat amal kebajikan. Mereka membuat apa saja dengan jujur dan ikhlas. Mungkin dengan sikap-sikap inilah yang memberikan mereka kekuatan batin yang sangat utuh!

(13) Saya berusaha mengikuti jejak langkah mereka. Saya suka menetapkan pendirian tegas saya pada nawaitu kerja yang jelas, jujur dan ikhlas. Biarpun cara saya mungkin agak 'ganas', namun segalanya saya buat hanya untuk kebaikan semua. Saya mengambil sikap tidak pedulikan sesiapa, jika saya fikir apa yang saya perlu buat adalah benar dan berkepentingan umum, saya akan mencari segala akal bagi menjayakannya. Saya mengambil sikap membuat apa yang mesti saya buat, khususnya berkait dengan kepentingan masyarakat. Maksudnya, saya bukan hanya perlu jelas, jujur dan ikhlas, namun julat nawaitu (scope of intent) saya itu saya juruskan demi bangsa, agama dan negara. Nawaitu seluas itulah yang menjadikan saya tidak boleh lelah, tidak boleh mengalah! Saya tidak boleh diam dari segi fikiran dan tenaga kerja.

(14) Banyak orang, dan bahkan mungkin semua orang, punya niat yang jelas, jujur dan ikhlas. Seorang pencuri sekalipun juga punya niat yang jelas, jujur dan ikhlas. Jelas untuk mencuri, mungkin sejujur dan seikhlasnya untuk menyambung hidup. Begitu juga seorang peniaga, pastinya dia punya niat yang jelas, jujur dan ikhlas untuk mengaut untung buat kebaikan diri dan mungkin keluargannya. Namun, kerana, saya yakin, kesempitan julat nawaitu mereka, mereka akhirnya burn out. Jika tidak, mereka akhirnya menyandar selesa!

(15) Perhatikan contoh hidup: life example oleh Dr. Mahathir Muhammed. Dari dia masih seorang remaja, pelajar, pegawai perubatan, sehingga menjadi ahli politik, sehingga menjadi Perdana Menteri dan akhirnya bersara, dia tidak pernah bersara. Kita mungkin tertanya-tanya bagaimana dia boleh sering tampak muda, bertenaga, dan bersemangat. Bahkan dia terus cekal dan berjaya. Semua itu, kerana dia tidak melakukan segala sesuatu itu untuk diri dan keluarganya sahaja. Dia berbuat segala sesuatu atas niat, sejujur, dan seikhlasnya untuk bangsa, agama dan negaranya. Dia mahu bangsanya menjadi bangsa yang bermartabat. Dengan itu dia tidak pernah lelah, tidak pernah mahu mengalah. Dia berbuat apa yang mesti dia perbuatkan.

(16) Sama halnya dengan Tunku Abdul Rahman, Tun Dr. Ismail, Tun Razak, bahkan Mat Kilau, Rosli Dobi, Sharif Masahor, semuanya sanngup berkoran apa saja dan tidak pernah lelah dan mengalah. Begitu juga halnya dengan Yaser Arafat, Jose Rizal, Nelson Mandela, Golda Mier, Mao Tze Dung, Ho Chii Minh, dan banyak lagi.

(17) Ibu bapa kita dulupun tidak pernah merasa lelah dan mengalah semasa membesar dan memelihara kita sehingga kita mungkin berjaya sehingga kini. Semua itu kerana mereka sedar bahawa segala apa yang mereka perlakukan adalah bukan untuk mereka, tetapi untuk kebahagian dan kesejahteraan anak-anak mereka: anak-anak bangsa!

(18) Ringkasnya, kita manusia, apa lagi kita orang Islam-Melayu yang masih terkurung kuat, jika niat kita untuk bebuat sesuatu hanya disempitkan atas kepentingan diri, keluarga dan kelompok sahaja, kita memang tetap akan berjaya, namun kejayaan kita pastinya juga akan menjadi sempit. Apapun yang kita kerjakan, biarlah ianya membawa barakah buat semua. Jika itu nawaitu kita, barakah pribadi pasti akan Dia limpahi juga akhirnya.


Lawas, Sarawak
9 July, 2010

#Abdullah Chek Sahamat

Writing that complies Bizarre, Odd, Strange, Out of box facts about the stuff going around my world which you may find hard to believe and understand

2 comments:

Anonymous said...

tuan...u make me wonder..

Abdullah Chek Sahamat said...

Great to wonder. You might have read or followed the Life of Muhammad Ali, or even Micheal Jackson, or Cat Steven, Lady Diana.......in the 70s we had a very popular nude dancer named Ross Chan....they once wondered, then they landed to be Muslim....and they began not to work for themselve but for Islam and Ummah....except probably for some whom just being a muslim just before they were called off! See how and what is the meaning of serving Allah by serving His subject as our objective and our life purpose! InsyaAllah, and May Allah bless us as such forever.

Copyright © 2010 abc sadong™ is a registered trademark.

Designed by Access. Hosted on Blogger Platform.